Follow:
Keibubapaan, Tips & Petua Buat Ibu Bapa, WAHM

10 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Penapis Air 

Penapis air memang satu keperluan bagi kak Aya. Dulu bertahun-tahun hidup dengan cerek. Bila terlupa masak air, air habis sampai kering, seksanya ya Allah. Lebih-lebih lagi kalau time tu haus gila. Jadi, terjadilah adegan minum air panas-panas. 😂😂

Tips-panduan-memilih-penapis-air-tanpa-perlu-masak

Penapis Air kini semakin glemer. Ramai orang perlukan 😁

Jadi, bila pindah rumah pada penghujung 2014, kak Aya dan suami decide untuk ambil penapis air yang menyediakan air bersuhu bilik, air sejuk dan air panas tanpa perlu susah-susah masak. Senang bancuh susu anak kan? 😁 anytime kupi-kupi pun boleh.

So, berdasarkan pengalaman yang kak Aya ada, kak mahu kongsikan beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum sewa-beli atau beli penapis air ni. Kak Aya bukan ejen tau, kak pengguna jak 😅

Tips Memilih Penapis Air

  1. Jenama yang dipercayai. Ada banyak brand Penapis Air di pasaran. Pilihlah yang mempunyai banyak feedback positif. Rajin-rajin google dan minta pendapat rakan-rakan.
  2. Kontrak Sewa Beli. Kontrak selalunya selama 12-24-36 bulan. Ikut brand juga. So kena decide untuk terikat dengan kontrak atau terus beli penapis air tu. Kak Aya sewa. Sebab, bila sewa, kompeni penapis air akan “jaga” dan maintain penapis air tu. Penukaran filter pun percuma. So orang bz macam kak Aya sesuai sangat lah. Sebab nda kuasa mau ingat semua. Dan, kak Aya tidak sanggup keluarkan lump sum untuk beli Penapis tu. Kak Aya ni cepat bosan, so kalau kontrak, bila tamat kontrak kak bolehlah tukar ke penapis lain 😂. Kalau bayar sampai habis tempoh, penapis air tu akan jadi milik kita.
  3. Sewa bulanan. Sewa bulanan pun kena check. Pastikan sesuai dengan kemampuan memasing.
  4. Jenis air yang dihasilkan. Kak Aya pilih yang ada air panas, sejuk dan suhu bilik. Complete gitu.
  5. Kualiti Air Yang Ditapis. Sama ada air mineral atau air RO (reverse osmosis). Selalunya ramai yang akan pilih air mineral berbanding RO.
  6. Kapasiti Air. Setiap model Penapis Air mempunyai kapasiti berbeza. Kalau yang minum cuma seorang, tidak perlulah pilih kapasiti besar dan bergitulah sebaliknya. Fikirkan juga masa yang diambil untuk mengisi semula atau memanaskan semula air. Perkara ni penting lebih-lebih lagi sewaktu kenduri atau jika family datang.
  7. Rupabentuk Penapis Air. Mahu yang cun, yang ketot, yang tinggi, yang auto-stop. Macam-macam ada. Pilihlah mana berkenan.
  8. Jika Blackout, Masih Menapis Air ka Tidak? Ha, ini pun ciri-ciri penting juga bagi kak Aya. Kak memang pilih penapis air yang masih berfungsi walaupun blackout seharian. Cuma air panas tu memang tiada la kan? Ada juga penapis air yang langsung tidak boleh digunakan jika blackout.
  9. Certified Halal. Bagi yang muslim, semestinya pilih yang halal. So air yang dihasilkan boleh diminum tanpa ragu-ragu gittew.
  10. Ejen Penapis Air. Haa… ni pun penting sebab Penapis Air ni dijual melalui ejen. So carilah ejen yang serba tahu tentang produk, jujur, telus dan sentiasa membantu. Kak Aya ada pengalaman dengan ejen yang kurang telus. Kak sudah setuju ambil, barulah dia bagitau ada bayaran itu ini. Huh, panas juga laaa. So kalau boleh semua urusan pun kita minta dipermudahkan, nda mau la ada “momen panas” macam ni. Hihi…

Ok, cukup 10 panduan kak kongsikan malam ni. Semuanya penting bagi kak Aya. Walau bagaimanapun ikutlah apa prioriti korang kan. Sebab ada yang lihat kepada sewa bulanan, ada yang pilih berdasarkan jenis air yang dihasilkan, ada pula pilih kapasiti dan rekabentuk.

Penapis-air-terbaik-di-malaysia

Banyak brand penapis air yang ada di pasaran seperti Cuckoo, Coway, Get Clean Shaklee. Tapi Shaklee cuma ada air biasa. Kelebihannya ianya mobile dan free maintenance.

Walau apa pun prioriti anda, kak Aya nasihatkan study dulu bebanyak tentang brand yang dimahukan. Sebab kontrak tu lama. Once dah sign kena telan la apa jua yang sudah kita pilih.

Kak harap panduan ni bermanfaat. Apa, mau tahu apa pilihan penapis air kak Aya? Biarlah rahsia. Hehe…

❤️ Kak Aya, wahm 😅

Share on
Previous Post

Artikel ini pun menarik tau

10 Comments

  • Reply Falinah

    Good tips.Saya guna water pitcher shaklee tu.jimat dan mudah di bawa bila travel.

    July 13, 2017 at 6:47 am
  • Reply Jesz

    Air sangat penting untuk badan kita, kalau tidak kuat minum air, maka penyakit pun banyak yg dtg .. Dan mestilah pilih penapis air berkualiti ikut tips yg kak aya kongsi ni
    Jesz pun ada entry best yang bertajuk Set Detox ShakleeMy Profile

    July 12, 2017 at 9:05 pm
  • Reply Nija

    Nice sharing kak 😊 Sangat bermanfaat ni untuk saya dan keluarga kecil 😊
    Nija pun ada entry best yang bertajuk Beraya Dengan Baby Boy atau Baby Girl yang Mencabar?My Profile

    July 12, 2017 at 8:53 pm
  • Reply Collen

    Thanks tipsnya… Ada yang tak terfikir pula sebelum ni… Bolehlah dijadikan guide nanti 😁😁

    July 12, 2017 at 7:33 pm
  • Reply syafia

    Mula-mula pindah rumah..air dirumah sya kuning dan berkarat. Tak selesa nak guna. Beli air mineral. Kemudian baru sya pasang penapis air. Rasa selamat ada air bersih.
    syafia pun ada entry best yang bertajuk Resipi Pengat Labu Gula MelakaMy Profile

    July 12, 2017 at 7:30 pm
  • Reply Nija

    Tq tips ni master aya 😍 Saya perlukan ni
    Nija pun ada entry best yang bertajuk Beraya Dengan Baby Boy atau Baby Girl yang Mencabar?My Profile

    July 12, 2017 at 6:21 pm
  • Reply Byte Jannate

    Cegumanes setia dengan get clean shaklee sebab memang rajin buat air panas. Mau keluar asap gitu. Minum panas-panas. Nyaman rasa. Air tapis get clean pun memang bersih dan sedap. Suka sangat. Pernah lah ada jenama penapis di rumah mak. Sudah lebih 10 tahun guna. Cuma tak tahan,duit servis. Mahal sangat. Jadi,kami stop dan guna get clean shaklee saja. Terima kasih untuk tips ini.
    Byte Jannate pun ada entry best yang bertajuk 5 TIPS PUDARKAN BEKAS JERAWATMy Profile

    July 12, 2017 at 4:32 pm
  • Reply sarinah bte hashim

    Terbaik lah panduan yang diberik…
    Nextime boleh try…
    sarinah bte hashim pun ada entry best yang bertajuk RESIPI RENDANG AYAM SEDAP dari DAPUR KECIL KAKINAMy Profile

    July 12, 2017 at 12:55 pm
  • Reply jida

    berguna sangat ni pada yang tengah survey penapis air. ye lah, banyak jenama juga penapis air ni. of coz la mau cari yang terbaik dan sesuai dengan gaya hidup sendiri. tq for sharing
    jida pun ada entry best yang bertajuk Aktiviti Bersama Keluarga : Kolam Air Panas SelayangMy Profile

    July 12, 2017 at 11:20 am
  • Reply Asyrafiah

    Asy pilih Coway! Hari tu ada juga cuba Cuckoo tapi kelat-kelat rasanya bda ngam sama tekak
    Asyrafiah pun ada entry best yang bertajuk Tips Pengurusan Masa yang Mudah Sebagai Isteri yang BerkerjayaMy Profile

    July 12, 2017 at 9:48 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge