11 Tips Mengajar Anak Di Rumah Dengan Berkesan

Tentu risaukan bila dapat result anak yang tidak memberansangkan? lagi risau kalau gagal subjek teras. Tahun ni anak sulung saya naik Tahun 1. Memang pengalaman baru bagi saya. Macam-macam bermain di fikiran. Paling saya risaukan part ujian dan peperiksaan ni. Pre-school lain, sekolah rendah lain. Tidak meluangkan masa mengajar anak di rumah menjadi satu risiko sebab akan memberi kesan terhadap pencapaian anak di sekolah. Sebab itu, mahu tidak mahu, kita harus meluangkan masa untuk mengajar anak di rumah.

Tentu ibu pun tertanya-tanya apa tips atau cara mengajar anak di rumah secara berkesan agar result peperiksaan anak-anak cemerlang atau pun sekurang-kurangnya tidak gagal kan? Ibu boleh baca 11 tips yang saya kongsikan di bawah.

tips mengajar anak membaca

Antara tips mengajar anak di rumah, ibu perlu duduk bersebelahan dan satu aras dengan anak.

Tips Mengajar Anak Di Rumah Dengan Berkesan

  1. Cuba mendengar masalah anak, cari jalan untuk mulakan komunikasi dengannya.
  2. Cuba sediakan sesi pembelajaran yang seronok seperti sediakan hidangan ringkas kerana sesi belajar yang panjang boleh menyebabkan anak lapar.
  3. Duduk bersebelahan dengan anak dan bukannya secara berhadapan. Kedudukan juga sebaiknya sama aras untuk wujudkan kemesraan. Jika anak selesa, kuranglah ragamnya semasa sesi belajar.
  4. Jika anak kelihatan kurang berminat, cuba tanya dan dengar apa yang dia mahu katakan. Mungkin ada benda lain yang menganggu fikirannya.
  5. Jangan terus menghukum jika anak kurang memberi kerjasama pada awalnya. Mungkin dia takut tidak mampu mencapai kehendak kita.
  6. Pastikan arahan dan langkah-langkah disampaikan dengan jelas dan mudah difahami, kemudian buat dengan perlahan dan teratur.
  7. Jika anak bercakap, perhatikan wajahnya. Ini akan memudahkan ibu untuk mengenalpasti kekecewaan atau kekeliruan yang berlaku.
  8. Jangan abaikan mana-mana soalan yang diajukan oleh anak. Ini untuk melatih anak agar lebih tekun walaupun susah.
  9. Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif sebaliknya berikan sokongan dan dorongan serta kata-kata motivasi.
  10. Jika anak memberikan jawapan yang salah, nyatakan semula soalan dan berikan panduan untuk dia berfikir.
  11. Sekiranya berjaya, berikan pujian.
tips mengajar anak belajar di rumah

Tak best kan kalau anak belajar sorang-sorang. Confirm muka dia jadi macam ni 😀

Selain mengamalkan tips di atas, ibu juga boleh menerapkan budaya belajar seperti menyediakan jadual belajar di rumah. Ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan perlu bersedia meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa inilah yang memotivasikan anak untuk terus belajar di rumah.

Nantikan perkongsian saya tentang bagaimana ibu bapa boleh mewujudkan budaya belajar di rumah. Oh ya, kalau nak cari makanan tambahan agar anak lebih fokus dan cergas ketika di sekolah saya ada kongsikan kat Artikel Makanan Tambahan Kanak-Kanak ni.

Selamat berhujung minggu!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge