Follow:
Berpantang, Set Berpantang

12 Makanan Berkhasiat Yang Wajib Dimakan Ketika Berpantang

12 Makanan Berkhasiat Yang Wajib Dimakan Ketika Berpantang

40 hari berpantang merupakan satu tempoh yang penuh cabaran yang perlu dilalui oleh ibu selepas bersalin. Pelbagai makanan dikatakan mampu mengembalikan kecergasan dan bentuk badan, mengelakkan urat kembang, menghilangkan angin  serta menyembuhkan luka-luka dalaman sekaligus memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu berpantang. Namun, tidak kurang juga terdapat beberapa makanan yang dikatakan panas, tajam, sejuk dan sebagainya yang mampu membuatkan ibu bentan.

Makanan yang seimbang dan bernutrisi tinggi serta pengambilan air yang mencukupi sangat penting sepanjang tempoh berpantang untuk kekal cergas.

 

Aya nak kongsikan 12 makanan yang sebaiknya diambil oleh ibu berpantang agar badan segera sembuh dan mengembalikan semula kecergasan selepas bersalin.

makanan untuk pantang selepas bersalin1

Antara makanan berkhasiat yang sebaiknya dimakan ketika berpantang adalah;-

  1. Jamu – Kebanyakan ibu-ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, jamu tidak sesuai dimulakan di awal waktu berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan.
  2. Rempah Ratus – Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu.
  3. Bawang Putih – Berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika bersalin, mampu membuang angin dan juga melancarkan peredaran darah di dalam tubuh.
  4. Halia Muda – Halia bagus ditambah ke dalam masakan kerana ianya boleh memecahkan angin di dalam badan, memanaskan badan dan melancarkan proses penghadaman.
  5. Kunyit – Kunyit sering dijadikan sebagai minuman kerana dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mencuci darah.
  6. Asam Jawa – Membantu dalam mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarkan tubuh.
  7. Sayur dan ulam-ulaman – Sayur dan ulaman membantu ibu untuk mengelakkan sembelit dan membekalkan vitamin serta mineral untuk membantu mengembalikan kecergasan ibu berpantang.
  8. Sawi – Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin di dalam tubuh ibu.
  9. Pegaga – Daun pegaga dipercayai mampu menambahkan ingatan dan merehatkan minda. Ia dapat mengatasi masalah kemurungan dan kerap lupa selepas bersalin.
  10. Peria – Peria sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Ibu berpantang perlu menjaga pemakanan untuk mengelakkan buasir yang mudahh menyerang ketika berpantang. Peria juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu serta melancarkan peredaran darah.
  11. Ikan tenggiri dan haruan – Pemakanan ikan tenggiri dan haruan dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah.
  12. Ayam dan daging – Ia merupakan sumber protein haiwan yang penting untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.

Kongsi Pengalaman Aya Berpantang

Sewaktu Aya berpantang anak pertama, Aya kurang ilmu tentang berpantang ni. Tambahan pula ibu Aya juga tidak mengamalkan tradisi pantang yang ketat. Cukup sekadar memakan makanan berkhasiat agar cepat sembuh dan cergas seperti biasa. Ketika itu, Aya kononnya nak mengamalkan jamu. Ya la, haruslah terpengaruh dengan iklan kat majalan Pa & Ma tu kan.

Tapi malangnya Aya tak dapat meneruskan pengambilan jamu dari awal kerana baby Aya jaundis. Mak Aya pun suruh stop, badan pula rasa berat sangat. Nasib baik lah ada juga kawan sekerja yang cadangkan untuk berurut, maka selepas berurut tu barulah badan terasa ringan, namun, terasa badan lambat sangat cergas. Naik stress dibuatnya dengan baby yang nak menyusu sepanjang masa, mungkin susu cair dan tak kenyang.

Pengalaman yang hampir sama Aya lalui ketika berpantang anak kedua. Kali ni pula berpantang selepas bersalin ceaserian. Tuhan saja yang tahu peritnya, time ni memang tak ready jamu or apa-apa suplemen pun, luka lambat sangat sembuh. Memang relakan jek diri terseksa gittew. 100% bergantung kepada makanan sahaja. Sehingga setahun juga barulah rasa sengal-sengal kat bekas jahitan tu hilang. Badan pula kerap penat lebih-lebih lagi menguruskan 2 budak kecil yang lahir berturutan, tahun 2008 dan 2009. Cuba bayangkan? Jam 9 malam memang dah pengsan. 😀

Namun, ketika Aya berpantang anak ketiga, Aya cuma teruskan pengambilan vitamin yang Aya makan untuk naikkan bacaan Hb sekaligus menyelesaikan masalah Anemia Aya dan cuma tambah beberapa vitamin untuk mencukupkan keperluan semasa berpantang.

Perasaan amazing tu Aya dah rasakan sejak hari pertama berpantang. Beza memang sangat berbeza. Tak nak percaya tak pa. Tapi bukan Aya seorang yang rasa macam ni. Yang bestnya lagi, dah la badan terasa sihat semacam, tiada sembelit, susu meriah, muka pun tak pucat, muka berseri-seri lepas pantang dan naik kerja pula semua orang kata kurus, hihih…

Bersambung pula sewaktu Aya berpantang anak keempat, Aya masih setia mengamalkan vitamin ini sebab Aya percaya, badan Aya ni akan segera pulih dan sembuh sepenuhnya dengan pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi selain daripada apa yang diperolehi melalui pemakanan berpantang dan penjagaan pantang seperti berurut, bertungku, mandi herba, bertangas dan berbengkung. Luar dan dalam kena jaga kan mommies?

So apa vitamin yang Aya makan ketika berpantang yang menjadikan Aya kekal bertenaga, luka cepat sembuh dan susu meriah? Aya mengamalkan Set Berpantang Shaklee.

Aya belanja 4 testimonial ibu berpantang yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee ni ketika berpanjang dan dilanjutkan untuk menyusukan bayi pula.

Testimonial Set Berpantang Shaklee

Testimonial 1:

“Salam, nak share tentang Set Pantang Shaklee. Mula-mula beli dulu macam tak percaya, ye lah, selalunya pantang ni mesti lah kena makan jamu untuk panaskan badan dan kurus. Vitamin shaklee ni pendapat saya macam suplemen sampingan je, maksudnya untuk kita lebih sihat. Tapi selepas bersalin, terus makan set pantang, alhamdulillah rahim saya kecut dalam masa tiga hingga lima hari, selepas baby elok kuning, saya makan alfalfa. Berpeluh-peluh sampai lenjun baju, badan rasa panas dan kepala rasa ringan. ESP pula selain pekatkan susu, kulit hitam saya masa preggy semua menggelupas macam daki, dah putih balik.tips berpantang tanpa jamu

Testimonial 2:

“Salam semua. Hari ni nak kongsi pengalaman saya dengan shaklee. Mula saya ambil set berpantang: Zinc, Vitalea, Vitamin C, B-Compleks dan ESP. Yang saya perasan saya lebih bertenaga, tak letih berbeza dengan bersalin sebelum ni. Pastu anak kuning sikit je. Dan yang paling gembira sebab cepat kurus. Dulu anak 1st & 2nd susah nak kembali ke berat ideal. Tapi dengan amalkan set pantang ni cepat kurus.

Lagi satu nak share, selalu bersalin mesti sembelit. Lepas pantang saya just amik alfalfa saje. Saya mengalami sembelit yang teruk sebab dalam pantang saya amalkan ubat farmasi. Bila berenti makan terus je sembelit teruk. Sampai menangis-nangis & ambil masa di dalam toilet. Jadi solution saya, saya kembali ambil Zinc dan Ostematrix. Hanya 4 hari saja saya pulih dari sengsara sembelit. Alhamdulillah dengan izin Allah saya tidak mengalami mimpi ngeri lagi”

testimonial set berpantang shaklee cepat sembuh

Testimonial 3:

“Alhamdulillah hari ni hari ke 15 saya berpantang. Nak share testimoni menggunakan Set Berpantang, ESP dan Omega.

  1. Saya rasa bertenaga. Takde rasa letih sangat macam bersalin anak pertama.
  2. Darah nifas juga cepat kering. Arini dah sangat-sangat sikit darah nifas. Sebelum ni nak dekat sampai habis pantang baru habis. Luka pun dah baik, dah boleh jalan laju-laju.
  3. Susu macam biasa. Masih belum banyak lagi tapi cukup untuk baby. Yang penting, hari pertama tu susu dah keluar dan dah rasa bengkak.
  4. Berat badan saya lagi sikit nak kembali ke berat asal. Last timbang sebelum bersalin 63kg, sekarang tinggal 55kg. Lagi 3kg nak kembali ke berat asal. Memang sangat cepat, mana taknya tak sampai sebulan lagi dah turun berat banyak tu.

Saya tidak makan alfalfa lagi sebab baby masih tak stabil jaundicenya. Kalau dah makan alfalfa mesti lebih lancar pembuangan, ni tinggal nak touch up kat bahagian perut je lagi sikit.”

testimonial set pantang shaklee

Testimonial 4:

“Semasa dalam pantang, saya ambil set shaklee untuk berpantang. Hasilnya bila masuk kerja selepas bercuti pantang 2 bulan, ramai kawan-kawan tegur cepatnya kurus, muka nampak kecil, alhamdulillah back to normal. Sebelum pregnant 52kg, 9 bulan pregnant 59kg. Selepas 2 bulan selepas bersalin berat badan 52kg.”

cara turunkan berat badan pantas selepas bersalin dan sewaktu berpantang

Apa Manfaat Set Berpantang Shaklee ni?

Set berpantang Shaklee mempunyai manfaat serta gabungan suplemen yang terdiri daripada;-

  1. ESP – Minuman berasaskan protein soya berperisa vanilla yang bermanfaat untuk membaiki sel-sel dalaman yang luka ketika bersalin, memberikan tenaga berpanjangan, memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang sekaligus kurang meragam serta mengurangkan sembelit.
  2. Vitalea – Multivitamin dan multimineral yang membekalkan nutrisi lengkap untuk mengembalikan kesihatan menyeluruh tubuh serta membantu membina darah yang hilang ketika bersalin agar ibu cepat naik seri, sihat dan cergas.
  3. B-Complex – Bermanfaat untuk memberikan perasaan tenang kepada ibu agar menghindari kemurungan, meroyan, melancarkan penghasilan susu ibu serta membantu ibu agar lebih bertenaga.
  4. Vitamin C – Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi yang menyusu susu ibu. Ia juga berfungsi untuk menyembuhkan luka dengan lebih cepat serta membantu dalam memaksimumkan penyerapan zat besi untuk penghasilan semula darah di dalam badan.
  5. Zinc Complex – Manfaat utama zinc untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran serta mengelakkan rambut gugur dengan banyaknya selepas bersalin.

set berpantang shaklee untuk ibu berpantang selepas bersalin ceaserian

Harga Set Berpantang Shaklee:

1. Vitalea: RM94.08 / 120 biji
2. B-Complex: RM56.98 / 120 biji
3. Vitamin C: RM98.05 / 180 biji
4. ESP: RM159.00 / 850g
Jumlah: RM408.11

Set lengkap ni berjumlah RM408.11 tidak termasuk kos penghantaran. Penggunaannya sehingga 2-4 bulan dan masih boleh digunakan walaupun dah habis berpantang. Kalau nak dapat harga lebih murah, ibu boleh pertimbangkan untuk join ahli Shaklee.

Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat consultation seumur hidup daripada saya. Berganda-ganda jimat!

Jika anda sedang sarat mengandung atau menunggu hari dan sedang mencari-cari Set Berpantang yang boleh sembuhkan luka dengan cepat, bertenaga, susu ibu meriah dan nak kembalikan berat badan dengan pantas, sudah tiba masanya untuk menghubungi Aya di 013-8633224. Jangan pula dah bersalin nanti dan dah tak larat ataupun sembelit dan buasir baru nak cari tau. Takut menyesal pula.

Aya akan bantu ibu dan guide tentang cara pemakanan berkesan seperti mana yang Aya amalkan ketika berpantang. Rahsia pemakanan ni eksklusif hanya kepada pelanggan Aya.

Jumpa lagi di entry akan datang!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

7 Comments

  • Reply Tips Elak Sembelit, Luka Lambat Kering dan Meroyan Ketika Berpantang | Parenting From The Heart

    […] mau cerita ni), hehe.. Kak Aya, sangatlah mencadangkan agar ibu menjaga makan minum dengan mencuba 12 makanan berkhasiat yang wajib dimakan semasa berpantang ni dan mengamalkan makanan tambahan untuk membantu ibu sihat dengan lebih […]

    October 10, 2016 at 3:33 am
  • Reply Mama Putri

    Saya paling suka set berpantang shaklee sebab langsung tak sembelit. Kalau berpantang sebelum2 ni, sengsara duduk lama di tandas sebab susah mau membuang. Nasib baik saya amalkan shaklee ^_^
    http://mamaputri.com/609/10-senarai-produk-perlu-ada-untuk-menjayakan-penyusuan-susu-ibu/

    September 10, 2015 at 4:12 pm
  • Reply ibu Zarith

    Teringat masa berpantang minum air kunyit, asam jawa ddan madu..Slurpp..sedap sangat. Lepas tu, confinement lady yang menjaga Zarith dalam pantang cakap Zarith nampak sihat dan cergas je masa hamil. Rahsianya tentulah Set Berpantang Shaklee ni =)
    ibu Zarith pun ada entry best yang bertajuk 5 Alasan Salah Bagi Ibu Yang Pilih Cara Kelahiran Secara CaesareanMy Profile

    September 6, 2015 at 12:33 am
    • Reply Aya Chalo

      Hihihi… kalau kak Aya tiada minuman air kunyit, tapi mak ada sediakan air akar. Sekali teguk ja Zarith, pastu tak terteguk2 dah. Hahaa.. tu sbb bersalin anak 1st luka lambat sembuh, badan pun cepat ja penat. Nasib baik anak ketiga dan keempat sempat juga berpantang dengan Set Berpantang Shaklee ni. Merasa la jugakkk 😀
      Aya Chalo pun ada entry best yang bertajuk 7 Sebab Anda Mengidam Makan Macam-Macam Walaupun Tidak MengandungMy Profile

      September 7, 2015 at 4:18 pm
  • Reply Ros

    Bagi Ros, elak sembelit tu penting. Lagi lah kalau banyak jahitan. Gerun dengar orang cerita kena jahit balik.
    Berpantang anak kedua dengan set shaklee memang best! Orang yang datang melawat pun ingat dah habis pantang. Padahal baru bersalin beberapa minggu. Bertenaga je.
    Ros pun ada entry best yang bertajuk Persediaan Berpantang Terutamanya Berpantang Anak PertamaMy Profile

    September 3, 2015 at 10:52 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge