20 Petua Penyediaan Makanan Bayi Yang Mak Mesti Tahu

Pada usia 6 bulan, bayi anda kini bersedia untuk diperkenalkan dengan makanan pelengkap. Meskipun proses penyediaan makanan si manja akan mengambil masa sedikit, namun ibu harus ingat, ianya tidaklah sesukar mana. Apa yang penting, bayi mendapat makanan yang berkhasiat dan segar yang disediakan dengan penuh kasih sayang oleh anda.

tips penyediaan makanan bayi 1

20 Petua Menyediakan Makanan Bayi

  1. Gunakan ramuan segar dan elakkan penggunaan bahan makanan dalam tin kerana kandungan garam yang tinggi.
  2. Jangan tambah garam, gula, kicap ke dalam makanan bayi, terutama jika umur di bawah 1 tahun.
  3. Elakkan pemberian putih telur sebelum mencapai usia 1 tahun untuk mengelakkan alahan.
  4. Makanan boleh dicampurkan dengan susu ibu agar bayi lebih bersedia menerima makanan baru dan menjadikan makanannya lebih berkhasiat.
  5. Elakkan menggoreng makanan untuk bayi dalam minyak yang banyak.
  6. Kukus sayur untuk mengekalkan kandungan nutriennya. Sayuran yang dikukus kemudian boleh dijadikan puri dan masukkan ke dalam bubur.
  7. Buah-buahan lembut boleh dilenyek dengan menggunakan garpu manakala yang lebih keras boleh dikukus dahulu, kemudian dilenyek atau dijadikan puri.
  8. Anda boleh masak sayuran dan buah-buahan berkulit lembut dengan kulitnya sekali untuk mengekalkan nutrien.
  9. Daging, ikan atau ayam hendaklah dimasak dengan betul. Cara untuk memasak makanan ini dengan mengekalkan kandungan nutriennya ialah dengan mengukus, mereneh atau merebus.
  10. petua menyediakan makanan bayiMakanan lembut lebih memudahkan bayi menerima dan menghadamkannya.
  11. Mulakan dengan makanan yang mempunyai tekstur halus, licin dan lembut (seperti makanan yang dijadikan puri, dilenyek).
  12. Elakkan pemberian makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik, seperti bijian, anggur dan sayuran mentah.
  13. Elakkan menambah terlalu banyak air ke dalam makanan sebaliknya ibu boleh menambah susu ibu, stok ayam, ikan bilis, sayuran atau sedikit minyak sayuran untuk mencapai kepekatan yang diingini.
  14. Sediakan lebih daripada yang diperlukan dan sejuk bekukan bahagian lebihan dalam dulang kiub ais atau bekas kecil. Dengan cara ini, anda tidak perlu masak pada setiap hari. Makanan yang dibekukan tahan sehingga 3 bulan.
  15. Makanan hendaklah dicair-beku di bahagian bawah peti sejuk semalaman, bukan di dalam singki atau dengan merendamnya dalam air.
  16. Sediakan ramuan seperti air rebusan lebih awal dan sejuk bekukan. Ia menyenangkan kerja bila anda kesuntukan masa.
  17. Sentiasa jaga kebersihan dan amalkan cara yang betul apabila mengendalikan dan menyediakan makanan.
  18. Sentiasa gunakan peralatan yang bersih apabila memberi bayi makan.
  19. Gunakan peralatan memasak yang dikhaskan untuk memasak makanan bayi sahaja, jangan guna mesin pengisar cili untuk mengisar makanan bayi.
  20. Sebaik sahaja makanan dicair beku, jangan sejuk bekukan sekali lagi untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Tindakan ini juga akan menjejaskan tekstur, kesegaran dan juga kandungan nutrien makanan.

Selamat menyediakan juadah dengan penuh kasih sayang buat si manja!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

7 thoughts on “20 Petua Penyediaan Makanan Bayi Yang Mak Mesti Tahu

  1. Pingback: Berkhasiatkah Makanan Frozen Diberikan Kepada Bayi? | Parenting From The Heart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge