Follow:
Keibubapaan

20 Tips Elak Kematian Bayi Secara Mengejut Ketika Tidur

20 Tips Yang Boleh Ibu Lakukan Untuk Elak Kematian Bayi Secara Mengejut Ketika Tidur

Pernah tak ibu mendengar tentang Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ni? Tahu tak ibu bahawa SIDS kerap berlaku kepada bayi berusia di bawah setahun? Mengikut statistik di negara Barat, lebih 9O% kes SIDS berlaku kepada bayi berusia di bawah 7 bulan. Sangat menakutkan, nauzubillah…

Kebanyakkan kes, SIDS berlaku kepada bayi yang sebelumnya sihat namun tanpa sebarang tanda, bayi ditemui mati di tempat tidur. Antara punca yang dikenalpasti menyumbang kepada kematian mengejut ini disebabkan oleh masalah kesihatan dan juga kelalaian ibu bapa itu sendiri.

tips elak bahaya ketika bayi tidur SIDS

So hari ni Aya nak share bagaimana ibu boleh mengelakkan bahaya ketika bayi tidur. Ibu harus ingat, malang tak berbau, jadi seeloknya kita mengambil langkah berjaga-jaga dan tanamkan di minda, bahawa semua yang berada di sekeliling kita termasuk diri sendiri boleh menjadi ancaman termasuk ibu yang menyusukan yang tidur bersama-sama bayi.

20 Langkah Yang Boleh Diambil Untuk Elak Bahaya Ketika Bayi Tidur

  1. Pastikan tempat tidur bayi anda selamat.
  2. Elakkan terlalu banyak aksesori berada di sekitarnya. Patung-patung memang comel, tapi ia juga boleh menjadi ancaman kepada bayi.
  3. Pastikan muka bayi tidak ditutupi sesuatu seperti bantal, selimut mahupun mainan lembut.
  4. Jangan tidurkan bayi secara meniarap atau mengiring. Sebaiknya adalah secara menelentang.
  5. Ubah posisi bayi setiap kali ibu melihatnya meniarap atau mengiring.
  6. Jika bayi ditidurkan di katil bayi, pastikan kedudukan kakinya berada di hujung katil untuk mengelakkannya bergerak ke bawah.
  7. Jika bayi memakai selimut sewaktu di katil bayi, selitkan selimut di bawah tilam – kiri, kanan dan hujung.
  8. Pilih katil yang mempunyai aras tilam yang dalam untuk mengelakkan bayi memanjat keluar.
  9. Letakkan katil bayi di tempat yang jauh dari tingkap, pintu dan apa-apa bukaan serta terlindung dari sinaran matahari.
  10. Jika bayi sudah pandai berdiri, alihkan semua mainan bergantung pada katil bayi.
  11. Pastikan hiasan katil bayi tidak berlebihan dan jika terdapat tali, ikat tali dengan kemas dan tidak berjuntaian.
  12. Elakkan meletakkan mainan kecil di katil bayi. Bayi anda mungkin akan memasukkannya ke dalam mulut.
  13. Sentiasa perhatikan sekeliling katil bayi bebas dari mainan kecil terutamanya sekiranya bayi sudah mempunyai abang atau kakak yang suka memberikannya mainan.
  14. Pilih tilam yang mempunyai permukaan rata, mendatar dan mantap.
  15. Elakkan meletakkan bayi pada tilam yang lembut kerana boleh menyebabkan bayi lemas terustamanya ketika bertiarap.
  16. Sebaiknya bayi tidak perlu baring beralaskan bantal. Tidur di atas tilam sahaja lebih selamat.
  17. Pastikan bayi tidak dibiarkan menghisap botol sendirian. Ini boleh menyebabkan bayi tersedak dan sukar bernafas.
  18. Pastikan ibu sentiasa peka terhadap bayi ketika memberi susu ibu. Sebaiknya berikan dalam posisi duduk berbanding dalam posisi baring.
  19. Gunakan baju yang sesuai ketika malam agar bayi tidak perlu diselimutkan.
  20. Gunakan selimut bayi yang ringan agar bayi tidak mudah lemas.

Walaupun tips di atas kelihatan simple, tapi ibu dan bapa perlu ambil berat kerana si kecil masih belum mampu untuk mengawal situasi tidur mereka sendiri. Tambahan pula, si manja sudah semestinya belum memahami erti bahaya dan tidak berupaya untuk mengelak situasi bahaya. Jadi, langkah berjaga-jaga itu sudah semestinya perlu diambil sebelum perkara buruk terjadi.

Semoga ibu mendapat manfaat dari perkongsian ringkas ni. Jom kita buat spot check katil dan tempat tidur si manja selepas ni 😀

Luv,
Kak Aya
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge