Follow:
Penyusuan Susu Ibu, Tips & Petua Buat Ibu Bapa

3 Cara Pantas Cukupkan Stok Susu Ibu Sebelum Kembali Bekerja

Sedar tidak sedar, cuti bersalin sudah sampai ke penghujungnya dan tarikh ibu kembali bekerja semakin hampir. Persoalan tentang cukup atau tidak stok susu ibu sebelum kembali bekerja semakin menghantui ibu. Bagaimana cara mengumpul stok susu dengan masa yang semakin suntuk ni?

Jangan panic Ibu. Ia tidak akan membantu, malahan akan merencatkan Let Down Reflex atau kata mudahnya Refleks Ejeksi Susu. Perah susu ibu seperti biasa dan cuba tiga cara ini untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

cara mengumpul stok susu ibu sebelum kembali bekerja

Tiga Cara Yang Boleh Dicuba Untuk Mengumpul Stok Susu Ibu

#Cara Pertama – Perah Susu Sambil Menyusukan Anak

Cara ini sangat membantu dalam meningkatkan Let Down Reflex kerana kedua-dua payudara digunakan serentak.

Untuk memulakan cara ini, bayi boleh diletakkan pada posisi mendakap (football hold) dengan badan dan kakinya diampu bantal. Pastikan bayi selesa, disokong sepenuhnya dengan bantal dan melekap sempurna. Kemudian, satu tangan ibu digunakan untuk meletakkan dan mengepam di payudara sebelah.

football hold posisi menyusu bayi

Posisi “football hold” semasa melakukan perahan susu sambil menyusukan anak

Cara ini lebih mudah dilakukan ketika bayi masih kecil dan tidak mudah dipengaruh oleh keadaan sekeliling. Namun, apabila bayi sudah berumur 6 bulan ke atas dan mulai lasak, cara ini boleh menjadi agak mencabar sedikit kerana bayi mula mempunyai keinginan ingin tahu yang tinggi dan memberi gangguan semasa sesi memerah stok susu ibu.

#Cara Kedua – Perah Selepas Menyusu

Cara ini mampu untuk memberi isyarat kepada badan ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Di awal sesi, ibu akan merasakan tidak banyak susu yang terhasil, namun selepas beberapa hari, badan ibu akan secara semulajadinya menyesuaikan diri dengan rutin ini dan lebih banyak susu boleh dihasilkan dan diperah.

60 minit selepas sesi menyusu adalah masa yang paling sesuai untuk mengamalkan cara ini. Jika terlalu lewat, ia tidak akan memberi manfaat kepada usaha ibu untuk mengumpul stok susu ibu.

#Cara Ketiga – Memerah Pada Tengah Malam Atau Awal Pagi

Memerah pada waktu malam atau awal pagi memberikan ibu jumlah susu perahan yang banyak kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah pada tahap paling tinggi sekali.

Hormon prolaktin adalah hormon yang penting bagi penghasilan susu dan meransang perasaan kasih seorang ibu kepada bayinya. Ia dirembeskan 7 hingga 20 kali sehari dan lebih banyak pada waktu tidur. Semakin kerap bayi disusukan, semakin tinggi paras prolaktin dan semakin banyak susu dihasilkan.

kaedah power pumping untuk mengumpul stok susu ibu

Pam susu yang bersesuaian amat penting untuk memaksimumkan kuantiti perahan susu ibu

Oleh itu, pada waktu ini ibu sangat digalakkan untuk melakukan Kaedah Power Pumping. Power Pumping adalah satu kaedah memerah susu selama 5 hingga 10 minit setiap 45 minit atau satu jam. Selang selikan payudara kanan dan kiri iaitu contohnya 10 minit di payudara kanan dan beralih ke payudara kiri dan pam sehingga 10 minit.

Setelah mencuba ketiga-tiga cara mengumpul stok susu ibu di atas, ibu hendaklah sentiasa berfikiran positif dan cuba amalkan doa banyakkan susu ibu. Saya juga mahu berkongsi kisah bagaimana seorang ibu bekerjaya yang kerap penat sehingga tidak larat untuk mengumpul stok akhirnya berjaya akhirnya. Semoga menjadi inspirasi kepada ibu bekerjaya di luar sana.

doa banyakkan air susu

Amalkan doa ini, insyaAllah susu akan sentiasa ada untuk bayi anda

Susu ibu adalah anugerah dan rezeki Allah untuk bayi. Mintalah daripada Allah agar diberikan rezeki yang melimpah-ruah untuk perkembangan dan kesihatan bayi. Nyatakan secara spesifik keinginan ibu untuk menyusukan bayi sekurang-kurangnya dua tahun. InsyaAllah dipermudahkan buat ibu dan bayi.

Jika anda ada masalah berkenaan penyusuan susu ibu dan ingin berkongsi dengan saya, anda boleh menghubungi saya. Saya tidaklah expert, tapi saya sangat happy jika dapat berkongsi ilmu 😀

Take care Mommies!

Sharing With Love,
Aya Chalo | 0138633224
Parenting From The Heart

 

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

1 Comment

  • Reply su

    tak pernah ada pengalaman memerah dan menyimpan stok susu.. btw tips yang sangat bagus 🙂
    su pun ada entry best yang bertajuk 12 Tips Berjaya Susukan Anak Hingga Dua Tahun Walau Pernah Gagal SebelumnyaMy Profile

    October 30, 2015 at 10:13 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge