5 Restoren Halal di Seoul Korea Wajib Try Kalau Ke Sana

Kak Aya teruja bila bercerita pasal makanan ni. Lebih-lebih lagi makanan kampung sendiri di Seoul tu kan, jangan nda tau kak ni orang Korea sesat, hihih… Antara salah satu sebab mengapa kak Aya balik-balik rindu kampung adalah makanannya. Dari Dakgalbi, ke Bulgogi, ke Kimbap, ke Lamb BBQ, ke Tteokbokki ke food street di Myeongdong memang boleh buat gila bayang.

restoren-halal-di-seoul-korea

Gara-gara rindu kak Aya siap try buat sendiri Danmuji (jeruk lobak putih), Kimbap, Bulgogi dan beberapa jenis makanan korea lagi. Step by step buat Danmuji dan Tuna Kimbap kak kongsikan dalam entry ni. Resipi Bulgogi pun ada. Try la, sedap 😀

So malam ni kak akan share beberapa restoren halal atau yang diyakini di Seoul yang kak Aya sudah try sendiri. Untuk info, kebanyakan restoren di Seoul menghidangkan banchan dan air putih secara percuma. Banchan tu adalah side dish contohnya kimchi, seaweed, danmuji, ikan bilik, dan macam-macam lagi.

Restoren Halal Wajib Try Jika Ke Seoul Korea

  1. Nami-Ok Restaurant

Jika ke Nami Island, bolehlah singgah lunch sebentar ke Restoren Nami-Ok. Restoren ni adalah restoren halal (kat luar kedai ada logo halal). So bolehlah makan ayam atau daging dengan gembira.

Menu yang famous di sini adalah Chicken Dakgalbi. Dakgalbi ni acah-acah nasi goreng. Tapi menggunakan paste Gochujang. Rasanya pedas-pedas manis dan memang heaven lah. Selalunya pelayan restoren akan sediakan bahan-bahannya seperti nasi, rice cake, kobis, marinated chicken, seaweed dan kita yang akan “goreng” nasi tu.

cara-pergi-ke-nami-ok-halal-dakgalbi-seoul

Husband ku kaki selfie, haha.. nampak logo halal tu?

Satu lagi menu yang biasa dicuba dalah Stir-Fried Squid, tapi kak Aya tidak sempat try hari tu. Oh ya, kak pergi Seoul dah 2 kali. 1st dengan personal tour guide, yang kedua backpack jak dengan Husband. Restoren ni kak pergi semasa travel backpack tu.

Dari Seoul ke Gapyeong boleh menaiki bas atau ITX. Kak prefer ITX sebab laju dan santai. Boleh baca sini untuk Tips ke Nami Island menaiki ITX.

nami-ok-halal-makanan-korea-dakgalbi

Halal Chicken Dalgalbi. Yeehaa! Jom makan!

Sedikit Travel Tips dari kak, rancang perjalanan ke Nami Island ni, ambil ITX sebelah pagi (9am gitu) dan sebaik saja sampai, terus ke Nami-Ok sebelum ke Nami Island. So bila sudah kenyang, masuk ke Nami Island terus boleh round satu pulau. Kalau lapar lagi, di Nami Island ada 2 restoren halal juga iaitu Asian Cuisine dan nasi goncang di Drama Cafe, makanan ringan seperti jagung dan ubi manis panas-panas pun ada dijual kat sana.

Alamat: South Korea, Gyeonggi-do, Gapyeong-gun, Gapyeong-eup, 읍내리 786-2
Waktu Operasi: 9am – 7pm
Phone: +82 10-2181-1686
Price: Chicken Dakgalbi – 12000won seorang

2. Yang Good Halal BBQ Lamb Restaurant

Kalau ke korea, tidak aci kalau tidak try Lamb BBQ halal ni, sedap weh. Haha.. 1st time datang ke Seoul, kak guide ada bawa kak Aya kat sini, tapi bukan rezeki, restoren tutup. Kali kedua ni kak Aya datang sendiri dengan husband. Alhamdulillah ada rezeki dan makanannya memang sedap ya ampunnnn… Lamb grill ja pun but the feeling tu yang buat rasa best. Dah la boleh bancuh free flow coffee maxim (korean coffee) secara free. Bayangkan weather di luar sejuk, di dalam restauran hangat. Best!

yang-good-korean-bbq-lamb-halal-seoul

Lepas turun bukit, jalan sikit boleh nampak signage kuning ni. Nampak tu logo halal besar gedabak di atas map Aussie?

Kalau makan sini kenalah try makan Lamb Rack dan Soybean Paste Stew. Oh ya, restoren ni pun ada sijil Halal tau. So makanlah lamb ittew tanpa was-was.

Alamat: 서울특별시 강남구 논현로95길 15 (Seoul, Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15)
Waktu Operasi: 4pm – 2am

Phone: 02-567-7060
Price: Lamb Rack – 22000won, Soybean Paste Stew – 3000won

yang-good-halal-seoul-bbq

Lamb Rack yang telah dipotong-potong. Best sangat sebab grill sendiri. Hehe…

Tips, restoren ni hanya buka pada jam 4 petang. So datang untuk Dinner. Macamana nak ke Yang Good Restaurant ni? Kak Aya ke sini dengan  menaiki Subway. Naik Subway sampai Station Yeoksan (Line 2), dan keluar ke Exit 6. Jalan terus sampai hujung, nanti jumpa KFC sebelah kiri. Masuk simpang kiri tu. Belok kanan, jalan naik ke arah bukit dan jumpa simpang pertama sebelah kiri, masuk simpang tu dan jalan sikit (turun bukit pula) dan akan jumpa restoren ni (sebelah kiri), bangunan yang ada map Australia besar gedabak.

3. Busan Jib Halal Restaurant

Ok, restoren ketiga pula. Yang ni kak Aya tak rekomen sangat sebab mahal gilos. Kak makan dalam kesenduan. Hihi.. tapi yang best sebab dia halal di tengah-tengah kebizian Myeongdong.

makan-halal-di-myeongdong-busan-jib

Restoren Halal di tengah-tengah Myeongdong. Agak pricey dengan makanan yang sebegitu. Kalau mau budget sket boleh jalan terus sehingga ke hujung lorong ni dan ada restoren Yooganae depan tu. Boleh makan Dakgalbi Seafood. Sedap gak.

Makanan yang kak Aya try disini adalah Asam Pedas dan Oyster Pancake. Rasanya pun sederhana sahaja. Sebenarnya dulu di barisan deretan kedai ni ada 1 restoren yang kak guide bawa kak Aya. Asam pedasnya ya ampun sedap gilaaaa.. tu sebab kak Aya datang sini konon cari restoren tu tapi malangnya dah tutup, sobs.

asam-pedas-korea-halal-di-myeongdong

Asam pedas korea. Tapi kak tetap rindu yang di kedai tutup tu, huhu…

menu-harga-makanan-busan-jib-myeongdong-seoul

Menu yang mencekik darah bagi kak Aya. Apa boleh buat dah terminum air baru buka menu, terpaksa la teruskan order, haha…

Lokasi restoren ni di celah bangunan. Kalau  naik subway dan turun di Myeongdong Station Line 4 (Biru) dan keluar di Exit 6. Pergi ke arah kiri dan jalan terus sehingga jumpa Frisbee Apple (logo Apple Iphone tu) dan belok kanan. Di celah ni la boleh jumpa Busan Jib. Kalau jalan terus akan jumpa restoren Yoogane (kak cerita kat bawah).

Address: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, 서울특별시 South Korea
Waktu Operasi: 10am – 10pm
Phone: +82 2-777-8660
Price: Asam Pedas – 20000won, Oyster Pancake – 20000won

4. Mabongnim Halmoeni Tteokbokki di Sindang-Dong

Restoren yang ni tiada logo halal tapi menurut buku Backpack Korea yang ditulis oleh pelajar Malaysia di Korea, restoren ini cuma menghidangkan seafood. So, bagi kak Aya ok jak sebab tiada pun yang meragukan.

Sindang-Dong ni adalah area yang glamour dengan Tteokbokki (Spicy Stir Fry Rice Cake) dan digelar sebagai Tteokbokki Town . Tteokbokki ni adalah makanan korea yang terdiri daripada kek beras, fishcake, sayuran, telur, kadang kala diletak ramen dan diletakkan dengan Gochujang (paste lada besar). Rasanya manis-manis pedas, memang sedap!

Cara ke sini? Kak Aya naik subway jak, turun di Sindang Line 2, Exit 8. Exit 8 ni susah sket mau nampak, so just follow laluan brown-orange Exit 6 sehingga jumpa Exit 8. Bila sampai luar, akan nampak Fire Station, belok kiri dan jalan terus sehingga nampak arch lampu lip lap. Restoren makcik tu cuma sebelah kiri selepas arch tu. Boleh tengok ramai orang restaurant tu.

tteokbokki-halal-sindang-dong-makanan-seoul

Malam-malam dingin mencucuk tulang pun kak Aya sampai tau demi makan, haha.. Restoren Tteokbokki belah kiri tu, yang ada hijau-hijau, betul-betul di belakang arch ni.

Cara order? cakap ja nak Tteokbokki, ahjumma tu dah faham dah sebab ramai juga orang Malaysia datang sini. Kena try la sekali. So balik Malaysia boleh banding dengan mana-mana restoren Korean sini pula.

Rasanya? Sungguh tidak mengecewakan sebab acah-acah makanan kita juga (cuma tidak berempah ratus lah), manis, pedas, memang ngam dengan tekak kak Aya dan husband. Licin kitorang makan, hahaha…

tteokbokki-halal-di-seoul-korea

Hehe, muka puas hati hajat tercapai… tengah tunggu makanan mendidih dan masak.

sindang-dong-tteokbokki-halal-korea

Slurppp… tengok gambar pun boleh terliur ni, haha…serius sedap.

Alamat: 5, Dasan-ro 35-gil, Jung-gu, Seoul
Waktu operasi: 9am – 12am
Phone: +82-2-2232-8930
Price: Tteokbokki – 11000won/2 orang

5. Yoogane Myeongdong

Restoren ni menawarkan pelbagai Dakgalbi (nasi goreng korea). Ok, ni pun sama status dengan restoren Tteokbokki tadi. Logo halal tiada, so maksudnya tidak boleh makan makanan yang ada daging or ayam, tapi kat sini tiada v*vi tu ya. So apa yang boleh dimakan? tentunya seafood.

lokasi-yoogane-myeongdong-seoul

Nampak signage putih-oren-kuning ni, itulah restoren Yoogane. Merata-rata kat Seoul.

So boleh order Seafood Dakgalbi. Sama macam di Nami-Ok tadi. Waitress akan serve nasi, seaweed, sayuran, octopus dan Gochujang paste untuk dimasak. Yang ni diorang yang akan masakkan. So tunggu ja la. Di sini ada kaunter banchan, so sila amik sendiri, free flow juga.

yoogane-seafood-dakgalbi-myeongdong

Muka happy jumpa makanan

Yoogane ni banyak cawangan. So mana-mana cawangan pun sama. Di Myeongdong ni ada 2 cawangan tidak silap. Kak Aya pegi yang berhampiran dengan Busan Jib tu. So mau ke sini follow jak macam arahan kak bagi untuk Busan Jib.

Address: 8 Myeongdong 4-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea
Waktu operasi: 10am – 1am
Phone: +82 2-3789-2492
Price: 11000won/2pax

Myeongdong Food Street

Ok, selain 5 restoren di atas, sebenarnya di Myeongdong Street pun sangat banyak makanan “food street” yang mengenyangkan. Selalunya sebelah malam area ni sangat happening, penuh gerai dan penuh juga dengan pelancong. Ini antara makanan yang boleh dimakan tanpa ragu-ragu.

street-food-roti-telur-halal-di-myeongdong-street

Korean Egg Muffin. Rasanya sedap, dalamya ada telur. Rasa manis-manis sket.

pancake-pisang-halal-korea

Pancake pisang

pancake-ikan-myeongdong-halal-food-street

Pastry Ikan. Filling dia ada macam-macam.

makanan-tepi-jalan-di-myeongdong

Seafood tempura. Yang ni kak Aya beli 2x. Haha.. sedap dimakan bersama sos yang disediakan. Pedasss…

makanan-halal-di-myeongdong-kentang

Kentang ni sedap. Tapi Malaysia pun ada kan? hihi…

lobster-cheese-myeongdong-makanan-halal

Lobster Cheese, nyums!

kuih-tradisi-korea-di-myeongdong

Yang ni kuih tradisional korea, iaitu Gula Tarik (tidak tau korean name dia apa) diperbuat daripada madu dan diletakkan filling memacam. Boleh pilih.

kimbap-halal-di-myeongdong-seoul

Kimbap! Sebenarnya rindu kimbap di SInchon Hostel tapi tidak sempat ke sana. So tapau ini jak balik Malaysia. Octopus ni pedassss.

kimbap-halal-di-seoul-myeongdong

Berliur pula tengok ni, haha!

mochi-korea-strawberry-myeongdong

Yang ni kak Aya lupa apa nama dia, tapi acah-acah mochi, kuih pulut dalamnya ada red bean paste. Yang ni special sikit, sebab selain red bean paste dalamnya ada juga sebiji strawberry. Serius sangat refreshing. Gabungan manis masam-masam, sedap!

susu-pisang-korea-onigiri

Snack untuk mengisi perut kosong sementara tunggu sampai ke restoren atau bila-bila masa. Boleh beli susu pisang pelbagai perisa di 7E, boleh juga beli Tuna Onigiri sekali (pinjam nama dalam bahasa Jepun, lupa sudah korea panggil apa). Tips untuk beli Onigiri tu, tanya dulu tau kalau ragu-ragu, sebab ada macam-macam jenis juga. Carilah yang seafood.

Fuhh.. terdera emosi (dan perut) kak Aya siapkan entry ni. Tapi info bebanyak simpan sorang-sorang buat apa kan? Bila kongsi tu jadi lebih bermanfaat terutamanya buat traveller muslim yang akan ke Seoul, mudahlah mencari makanan halal kan?

Ok lah, cukup ini saja entry kali ni. Siapa mau tau restoren dan makanan best di Bangkok pula? Entry akan datang kak Aya share ya. Jumpa lagi!

Luv,
Kak Aya Chalo
Korea dihatiku

8 thoughts on “5 Restoren Halal di Seoul Korea Wajib Try Kalau Ke Sana

  1. Illa says:

    aduh kak aya… teringat pula masa pergi Seoul hari tu. rindu bangat. next time kak try la buat home-made Rapokki. Husband yang introduce, katanya fav food masa study dulu heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge