Follow:
Tips & Petua Buat Ibu Bapa, Tips Sihat

6 “Penyakit” Semasa Berpuasa Dan Tips Menghadapinya

Semasa berpuasa tubuh badan kita berhadapan dengan pelbagai ketidakselesaan yang diibaratkan sebagai “penyakit bulan puasa” yang mengganggu emosi, fizikal dan mental semasa berpuasa. Antara “penyakit” atau ketidakselesaan yang biasa dialami termasuklah masalah pedih ulu hati, sembelit, kelesuan, sakit kepala yanag teruk, dehidrasi, naik berat badan dan sebagainya.tips-hadapi-pedih-ulu-hati-semasa-puasaHari ni kak Aya kongsikan apa “penyakit bulan puasa” yang kerap dialami dan bagaimana mengatasi masalah ketidakselesaan yang kak sebutkan di atas, agar dapat menjalankan Ibadah puasa dengan lancar dan gembira. Ya lah, takkan mau ponteng puasa kan? Hihi…

Ketidakselesaan Yang Kerap Berlaku Semasa Berpuasa

  1. Masalah Pedih Ulu Hati

Keadaan berasid di dalam perut berfungsi untuk menghadam makanan dan membunuh bakteria. Tapi, jika asid perut terhasil secara berlebihan atau ia naik semula ke kawasan esophagus, ini akan menyebabkan pedih ulu hati atau heartburn.

Semasa berpuasa, kebiasannnya asid perut yang terhasil akan berkurangan. Tetapi, masalah pedih ulu hati boleh berpunca daripada kerana terbayang tentang makanan atau aroma makanan yang mana menyebabkan tindak balas semulajadi dari otak untuk meningkatkan penghasilan asid di dalam perut.

Pedih Ulu Hati boleh dikawal dengan:

  • Makanlah secara sederhana
  • Elakkan memakan makanan berminyak dan pedas
  • Kurangkan pengambilan kafien
  • Mengambil protein berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan untuk menguatkan otot perut dan esofagus. Jadi tidaklah mudah dicederakan oleh asid perut.

Tips Kak Aya:

Musim puasa ni kak tiada masalah pedih ulu hati. Cuma, kak selalu kembung perut, stress juga. Untuk pastikan angin keluar dari badan secara efisien, kak amalkan makanan tambahan Peppermint Ginger untuk mengatasi masalah ketidakselesaan perut tu. Untuk atasi masalah pedih ulu hati, kak Aya juga sarankan masukkan ESP Protein dalam menu sebab ia bagus untuk otot perut dan esofagus.

  1. Sembelit

Sembelit adalah masalah biasa yang dihadapi di bulan Ramadhan. Ini berpunca daripada kekurangan bendalir dalam badan dan kurangnya mengambil fiber/serat semasa berbuka dan bersahur.

Bagaimana mengatasi masalah Sembelit ni pula? Kenalah buat benda ni:

  • Pastikan minum air secukupnya semasa sahur dan iftar.
  • Banyakkan mengambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran.

Tips Kak Aya:

Ambil makanan tambahan yang boleh meransang aktiviti usus seperti Herblax iaitu sejenis julap lembut, so tiadalah masalah sembelit teruk di bulan Ramadhan. Nda mau la kan time raya kena buasir pula. Huhu…

  1. Keletihan

Kurang tidur, makan makanan kurang bernutrisi dan kurang seimbang, dan kehilangan elektrolit badan akan menyebabkan badan mengalami keletihan.

So, sepanjang bulan Ramadhan, pastikan;

  • Dapat rehat yang cukup, tidur yang berkualiti supaya boleh bangun dengan segar semasa sahur. Tiadalah jadi macam zombie kampong pisang kan, hihi…

Tips Kak Aya

Pastikan badan kekal hidrat dengan Perfomance Drink untuk tenaga berpanjangan. Rancang menu berbuka dan sahur yang mengandungi makanan yang dapat kekalkan tenaga lebih lama seperti ESP Protein.

  1. Sakit Kepala

Dehidrasi atau kekurangan bendalir di dalam badan yang disebabkan kandungan elektrolit badan yang tidak seimbang, kelaparan, atau keletihan boleh menyebabkan sakit kepala menyerang.

Tips elak sakit kepala, pastikan:

  • Jangan skip sahur dan kekalkan diet yang seimbang.

Tips Kak Aya

Masukkan ESP Protein dalam menu untuk kekalkan tenaga dan panjangkan tempoh rasa kenyang tu. Untuk mengatasi masalah kekurangan bendalir badan, kak Aya amalkan Performance Drink yang terkandung campuran unik elekrolit yang sangat membantu untuk kekal hidrat. Stress tau kalau migraine time puasa.

  1. Dehidrasi/Kekurangan Air

Semasa berpuasa, secara semulajadi badan akan kehilangan elektrolit melalui pernafasan, perpeluhan dan perkumuhan. Pengurangan air yang berlebihan boleh berlaku bila terdedah kepada cuaca panas, tidak meminum air mencukupi semasa berbuka atau sebelum sahur dan juga disebabkan aktiviti fikizal.

Elakkan dehidrasi dengan

  • Elakkan terdedah kepada panas
  • Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan berpeluh dengan banyak

Tips Kak Aya

Offcourse minum Performance Drink agar menyeimbangkan elektrolit badan dan untuk tenaga berpanjangan.

tips-minum-8-gelas-air-di-bulan-ramadhan

  1. Naik Berat Badan dan Obesiti

Sepatutnya bila puasa ni berat turun la kan? Tapi tidak mustahil juga naik kalau makan secara berlebihan, makan makanan tinggi lemak, makanan tinggi gula dan sebagainya. Dah kenyang tidur pula, alahai, confirm naik berat badan, huhu…

Jadi, solusinya

  • Makanlah secara sederhana, kalau boleh elakkan la bazar ramadhan sebab nanti macam-macam pula dibeli, pastu sudah beli, kena habiskan pula sebab takut membazir kan.
  • Disiplin yang ketat, dan kawal pemakanan boleh elak daripada berat badan naik.

Tips Kak Aya

Untuk mencukupkan nutrisi harian, kak amalkan Mealshakes sebab ia bekalkan kak dengan 19 jenis vitamins dan mineral dan yang paling penting, kak Aya telan Lecithin yang merupakan natural fat emulsifier yang berfungsi untuk emulsi dan pecahkan lemak yang masuk dalam badan dan bawanya keluar daripada badan. So, boleh la kurangkan lemak yang diserap dalam badan. Aci la kan?

Fuhh.. settle. Panjang lebar kak Aya ulas dengan penyakit bulan puasa kali ni. Lagi satu masalah yang kerap berlaku juga adalah Gastrik. Yang ni kak cerita panjang lebar di artikel Penawar Gastrik Teruk Di Bulan Ramadhan ni.

So kak Aya pesan supaya penyakit-penyakit ni tidak datang menjenguk, silalah minum air secukupnya, makan secara sederhana, jangan membazir, keep cool agar tidak mudah dehidrasi, makan buah dan sayur dan suplement wisely.

Luv,
Kak Aya Chalo
Ibu menyusu tapi kekal bertenaga sepanjang hari
Alhamdulillah!

 

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

5 Comments

  • Reply Brigett

    Nasib boleh iktiar oo ni penyakit
    Brigett pun ada entry best yang bertajuk 6 Cara Paling Murah Untuk Dapatkan Kulit FlawlessMy Profile

    June 14, 2017 at 6:13 pm
  • Reply Mezra

    Syukur puasa btenaga biarpun mnyusukan anak ni..

    June 14, 2017 at 5:52 pm
  • Reply NyinYing

    Tipss yg sangt bestt ??

    June 14, 2017 at 5:45 pm
  • Reply Falinah

    Sangat informative?.tq juga tipsnya

    June 14, 2017 at 5:22 pm
  • Reply Sueanna

    Saya amalkn set ramadhan shaklee…alhamdulilah, masalah sembelit & pedih ulu hati xada lagi..terima kasih tipsnya

    June 14, 2017 at 4:44 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge