6 Persoalan Glamour Tentang Perancang Keluarga Selepas Bersalin

Seringkali selepas bersalin, pada pertemuan pertama dengan Pakar Sakit Puan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, ibu akan dimaklumkan tentang kepentingan dan kaedah Perancang Keluarga yang ada disediakan. Nampak macam penting sangat mengambil perancang keluarga ni kan?

Perancang keluarga bertujuan untuk merancang bilangan anak, menjarakkan kehamilan dan menentukan masa kehamilan yang sesuai.

Kebaikan perancang keluarga

Thanks Google!

Ketika bersalin anak pertama tahun 2008, saya mengambil kaedah perancang keluarga yang nurse cadangkan iaitu melalui suntikan. Saya dah lupa bagaimana kesannya, tapi seingat saya, apabila saya stop, terus melekat anak kedua. Hihihi.. since tu sehinggalah anak keempat sekarang ni saya merancang secara semulajadi sahaja. (nak juga cerita, haha) >.<

Persoalan #1 – Apa Faedah Merancang Keluarga ni?

  1. Membantu ibu untuk bersedia dari segi mental, sosial dan kesihatan untuk hamil semula.
  2. Memberi peluang kepada suami untuk bersedia dan mampu menyediakan kemudahan asas keluarga mengikut kemampuan dalam semua segi.
  3. Memberi peluang kepada anak untuk mendapat kasih sayang, perhatian serta penjagaan secukupnya dan proses pemakanan yang sihat melalui susu ibu telah lengkap.
  4. Untuk hamil dengan jarak kehamilan yang sesuai iaitu sekurang-kurangnya 2 tahun selepas anak terakhir lahir.
  5. Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini.

Persoalan #2 – Apa Kaedah Yang Boleh Digunakan Sebagai Perancang Keluarga?

Terdapat beberapa Kaedah Merancang Keluarga yang terbukti berkesan secara saintifik, namun, kalau terrrlepas, itu sudah tentu rezeki daripada Allah 🙂

Antara Kaedah Perancang Keluarga adalah;-

  1. Pil
  2. Suntikan
  3. Implan
  4. Alat Dalam Rahim – IUCD
  5. Kondom, Topi Servik, Diafram
  6. Kaedah Pemandulan Kekal bagi wanita (Ikatan pada Tiub Fallopian) dan bagi lelaki (Pembedahan Salur Air Mani)
kaedah merancang dengan implanon

Kaedah Implan. Satu tiub hormon berukuran lebih kurang sebatang macis akan dimasukkan ke dalam lengan.

Kaedah lain yang boleh digunakan adalah Kaedah Semulajadi yang mana merupakan cara merancang kehamilan tanpa ubat.

Kaedah ini boleh dipilih, namun ianya kurang berkesan berbanding kaedah di atas. Kaedahnya adalah;-

  1. Kaedah Tanpa Haid Semasa Penyusuan Bayi
  2. Kaedah Cairan dan Lendiran faraj
  3. Kaedah Masa Subur
pil perancang keluarga

Kaedah Perancang Keluarga menggunakan pil. Ia boleh dibeli di Farmasi.

Persoalan #3 – Dimana Ia Boleh Diperolehi?

Kebanyakan kaedah ini boleh diperolehi di;-

  • Klinik atau Hospital Kerajaan
  • Klinik atau Hospital Swasta
  • Klinik LPPKN (Perkhidmatan dan Harga sila rujuk website LPPKN ni ya)
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga

Bagi kaedah tertentu seperti Pil dan Kondom, ianya boleh diperolehi daripada Farmasi atau Kedai Serbaneka.

Persoalan #4 – Bilakah Ia Boleh Dimulakan Selepas Bersalin?

Tiada masa yang tetap tentang bila Perancang Keluarga perlu dimulakan. Ia bergantung kepada kaedah apa yang dipilih. Perbincangan dengan Doktor atau Nurse Klinik Kesihatan adalah amat digalakkan. Selain itu, ibu mengandung juga boleh berbincang mengenai kaedah perancang keluarga ini semasa lawatan pemeriksaan sebelum bersalin.

Persoalan #5 – Selepas Bersalin, Perlukan Menunggu Datang Haid Untuk Memulakan Kaedah Perancang Keluarga?

Tidak perlu mommies, kerana kebanyakan kaedah merancang boleh dimulakan seawal 6 minggu selepas bersalin bergantung kepada kaedah yang dipilih dan keadaan ibu pada ketika itu.

Persoalan #6 – Bagaimana Hendak Memilih Kaedah Yang Sesuai?

Pemilihan kaedah yang sesuai bergantung kepada individu. Ibu perlu mengkaji apa pilihan yang ada dan mengambilkira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan susu ibu, pengambilan ubat-ubatan serta lain-lain faktor.

Diharap info ringkas ini dapat menjawab persoalan mommies tentang perancang keluarga yang dapat menghasilkan memastikan mommies bersedia untuk menerima orang baru secara mental, fizikal dan sosial.

Nasihat saya, dapatkan pandangan Doktor atau Nurse anda tentang kaedah yang paling sesuai untuk anda, dan pastikan anda merancang untuk jarakkan kehamilan terutama ibu yang baru bersalin anak pertama. Jangan jadi macam saya pula, baby baru berusia 8 bulan dan mengandung adik. Kesian tau anak 1st kurang kasih sayang. 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge