7 Ketidakselesaan Isteri Semasa Hamil Yang Suami Wajib Tahu

Sepanjang tempoh kehamilan, terdapat pelbagai ketidakselesaan semasa hamil. Walaupun merisaukan, perkara ini adalah suatu perkara yang normal. Namun, jika suami lebih caring disepanjang tempoh ini tentu lebih bahagiakan?

Ketidakselesaan ini disebabkan oleh perubahan hormon atau badan ibu hamil yang mengalami lebihan tekanan daripada biasa. Namun begitu, ibu hamil perlu mengambil berat tentang beberapa simptom dan suami juga wajib tahu akan perkara ini.

tanda-kehamilan
Berikut merupakan ketidakselesaan ringan yang sering dialami sepanjang tempoh kehamilan, saya sendiri mengalami ketujuh-tujuh ketidakselesaan ni sepanjang mengandungkan 4 orang anak iaitu;-

GUSI BERDARAH

Ketika hamil, gusi menjadi lebih lembut dan mudah cedera. Gusi mungkin membengkak, menyebabkan plak terkumpul pada dasar gigi. Ini akan mengakibatkan penyakit gusi dan pereputan gigi dan menyebabkan gusi berdarah selepas memberus gigi.

Untuk mengurangkan gangguan ini, berus dan flos gigi dengan sempurna selepas makan, ibu juga boleh menukar ke berus gigi jenis soft dan berjumpalah dengan doktor gigi bila perlu.

SEMBELIT

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesterone mengendurkan otot usus. Oleh itu, pergerakan usus menjadi perlahan dan mengakibatkan pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap dari biasa. Cara mengatasi ketidakselesaan ini adalah dengan mengambil makanan berserat tinggi dan minum air dengan banyak.

Selain itu, ibu dinasihatkan untuk bersenam dengan tetap dan juga dinasihatkan mengambil zat besi selepas makan bersama air yang banyak. Pengambilan zat besi juga antara satu penyebab sembelit.

Sembelit ni paling kerap saya alami disepanjang kehamilan anak pertama hingga ketiga, time hamil anak keempat berbeza sebab saya diperkenalkan dengan satu “pil ajaib”, telan sebelum tidur pepagi memang berlari ke tandas. Heaven!

KEKEJANGAN

Faktor penyebab utama kekejangan adalah disebabkan kekurangan kalsium. Kekejangan adalah kontraksi otot yang menyakitkan biasanya pada betis dan kaki. Ini kerap berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula jika berlaku keregangan kaki dengan jari kaki mengarah ke bawah.

Untuk ketidakselesaan ini, suami boleh membantu mengurut anak betis dan kaki yang kejang. Selepas sakit beransur hilang, berjalanlah seketika untuk menggalakkan peredaran darah. Jika kekejangan kerap berlaku, berjumpalah dengan doktor dan selalunya doktor akan menasihatkan untuk mengambil nutrisi tambahan kalsium dan vitamin D.

BERASA PITAM

Tekanan darah semasa hamil menjadi lebih rendah menyebabkan ibu hamil mungkin berasa pitam. Duduk atau baring boleh mengurangkan ketidakselesaan ini. Elakkan berdiri terlalu lama dan jika berasa hendak pitam seeloknya duduk dan letakkan kepala di antara lutut sehingga berasa lebih baik.

Jika berasa pitam ketika baring menelentang, cuba berdiri dengan perlahan dengan mengiring terlebih dahulu dan cuba berdiri perlahan-lahan. Pitam ni pun saya selalu alami. Almaklumlah setiap kali hamil saya kurang darah. Masalah sungguh! Hehe..

KERAP MEMBUANG AIR KENCING

Pembesaran bayi di dalam kandungan mengakibatkan penambahan tekanan di pundi kencing. Ini menjadikan ibu hamil kencing dengan kerap. Elakkan minum air dengan banyak untuk mengelakkan terlalu kerap bangun ke tandas pada waktu malam.

Jika pundi kencing berasa sakit ketika membuang air kencing, segeralah berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri mendapat jangkitan. Tanda-tanda jangkitan adalah apabila ibu merasa pedih dan tidak puas ketika kencing walaupun dah kencing dengan kerap. Bahaya tau mommies.

LOYA DAN MUNTAH

Loya dan muntah kebiasaannya merupakan tanda pertama kehamilan dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya keletihan. Rasa loya biasanya hilang selepas minggu ke 12 kehamilan tetapi adakalanya kembali semula. Berasa loya selalunya disebabkan terhidu makanan tertentu atau asap rokok. Keadaan ini mungkin berlaku pada masa tertentu dalam sehari.

Cuba makan sesuatu untuk mengelakkan muntah seperti biskut, roti bakar, buah-buahan atau air berhalia juga boleh membantu. Elakkan makanan dan bau yang mencetuskan loya. Makan sedikit tetapi kerap sepanjang hari, jangan biarkan perut kosong. Bila perut kosong, mulalah masuk angin dan loya.

BERPELUH

Berpeluh berpunca daripada perubahan hormon dan pengaliran darah ke kulit yang bertambah sepanjang kehamilan. Selalunya peluh akan merembes keluar walaupun hanya menggunakan sedikit tenaga atau berasa panas pada waktu malam. Gunakan pakaian kapas dan longgar untuk keselesaan. Penghawa dingin amat digalakkan 🙂

Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal ibu untuk memahami perubahan diri dan buat bakal ayah, silalah fahami ketidakselesaan isteri anda disepanjang tempoh kehamilan ini. Bantu la mana yang mampu, tentu isteri anda sangat menghargainya dan kurang merajuk. Tak baik tau biarkan isteri kerap merajuk semasa hamil, nanti baby pun ikut perangai ibu, haaa.. penat nak pujuk balik.

Oh ya, tadi saya ada sebut tentang “pil ajaib’ tu kan? Sebenarnya sepanjang mengandung anak keempat (Baby Rara) saya mengambil nutrisi kehamilan semulajadi daripada Shaklee yang dapat membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan disamping memberikan nutrisi lengkap buat bayi di dalam kandungan. Alhamdullillah, Rara lahir dengan sihat walafiat <3

So Daddies, berikan yang terbaik buat isteri dan bayi anda tau!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

8 thoughts on “7 Ketidakselesaan Isteri Semasa Hamil Yang Suami Wajib Tahu

  1. Ida Chalo says:

    Time pregnant nilah sebenarnya masa utk bermanja2 dgn suami. Request ja mau mkn apa in shaa allah dpt.hehe.. jd semua ketidakselesaan tu rs berbaloi.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge