7 Petua Mengatasi Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin

Keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal, namun ia amat menggusarkan. Bagi wanita biasa, keguguran rambut sehari adalah dalam lingkungan 50 hingga 100 helai. Namun, semasa mengandung, pertambahan hormon estrogen akan menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak, menjadi tebal dan lebih sihat berbanding biasa.

Selepas bersalin, paras hormon estrogen akan turun mendadak ke paras normal. Penurunan hormon estrogen ini mengambil masa 2 hingga 3 bulan atau ada yang mencapai sehingga 9 bulan lamanya bergantung kepada badan ibu. Jadi, di sepanjang tempoh penurunan ini, ibu akan mengalami keguguran rambut yang amat teruk.

petua atasi rambut gugur selepas bersalin

Sekarang Aya sendiri sedang mengalami masalah ini, ngeri tengok water trap setiap kali lepas mandi. Banyaknya rambut walhal baby Rara sudah hampir menjejak usia 5 bulan. T_T

Selepas tempoh tersebut, proses keguguran rambut akan kembali seperti asal. Pertumbuhan serta keadaan rambut juga akan kembali normal seperti sebelum hamil. Walau bagaimanapun, ibu usah risau, situasi ini tidak akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Tentu ibu tertanya-tanya, adakah cara untuk mengatasi masalah ni kan? atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan keguguran rambut, silap langkah boleh botak pula. Jom kita baca petua yang Aya kongsikat di bawah. 😀

vitamin atasi masalah keguguran rambut selepas bersalin

Memang sedihkan bila nampak rambut banyak ni setiap kali lepas mandi? T_T

Cara mengatasi rambut gugur selepas bersalin

  1. Potong rambut menjadi pendek. Rambut yang pendek dapat mengurangkan keguguran rambut serta mudah diurus.
  2. Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Kemudian sikat rambut dengan lemah lembut untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.
  3. Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut mudah tercabut.
  4. Elakkan mewarnakan rambut, mengeriting, merawat rambut atau meletakkan pelembut rambut sehingga rambut kembali normal.
  5. Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin ini membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.
  6. Amalkan pengambilan multivitamin untuk memastikan nutrien sampai ke bahagian rambut.
  7. Minum air yang mencukupi untuk melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur.

Sekiranya masalah ibu bertambah teruk, silalah berjumpa doktor dengan segera. Usah tunggu sehingga botak pula ya. Diharap sedikit petua ini boleh membantu ibu menghadapi krisis rambut gugur selepas bersalin. Bertabahlah ibu, ia pasti akan berakhir jua.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

5 thoughts on “7 Petua Mengatasi Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin

  1. Judith says:

    Lepas bersalin memang kena sedia fizikal dan mental pasal rambut gugur ni. Ramai ibu berpengalaman mengatakan memang confirm rambut gugur lebih2 bila bayi pandai main air liur. Syukurlah bertemu dengan set berpantang Shaklee. Konsisten mengambil esp dan rambut kurang gugur. Ada memang ada tp sekurang-kurang tidaklah sampai tahap hampir botak. Rambut baru pun cepat tumbuh. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge