7 Tanda Bakal Hadapi Masalah Berbahaya Selepas Bersalin

Ketika mengandung, tentu tidak sabar-sabar hendak bersalin kan? Nak berjumpa dengan baby yang dikandungkan selama 9 bulan, pasti comel dan berbau wangi. Ia merupakan saat bahagia suami dan isteri. Namun, selepas bersalin sama ada bersalin normal ataupun melalui pembedahan, ibu terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap beberapa masalah yang berbahaya, yang boleh meragut nyawa.

Oleh itu, jika ibu mengalami masalah tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan dan rawatan. Jangan pandang remeh tau mommies.

Tanda masalah selepas bersalin

7 masalah di bawah meningkatkan risiko berbahaya kepada ibu selepas bersalin dan ibu perlu mendapatkan bantuan segera.

#1 : Sakit di bahagian betis

Sakit di kawasan ini seringkali disebabkan oleh darah beku yang tersumbat di saluran darah. Darah beku ini boleh bergerak ke saluran darah di paru-pru yang boleh menyebabkan sesak nafas dan kematian. Kadangkala ibu boleh nampak tanda merah dan bengkak di sekitar betis.

#2 : Sakit Dada

Kadang kala ibu akan mengalami sakit di bahagian dada. Ini mungkin berpunca daripada ketegangan otot semasa proses meneran. Jika ibu mengalami sesak nafas, kesakitan atau batuk berdarah, itu mungkin penunjuk lain. Silalah ke hospital dengan sedera.

#3 : Tumpah Darah

Tumpah darah disebabkan oleh rahim yang tidak menguncup dengan sempurna atau terdapat cebisan uri tertinggal di dalam rahim ibu. Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan memerlukan rawatan segera di hospital.

Ibu yang kerap hamil merupakan ibu yang mempunyai risiko tinggi mengalami masalah ini. Antara tanda ibu mengalami tumpah darah adalah apabila pening kepala, denyutan jantung yang pantas, seram sejuk dan mungkin berpeluh serta pitam.

#4 : Sakit Kepala Yang Teruk

Ini kemungkinan kesan suntikan epidural ataupun bius spinal. Ibu dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Masalah yang ni saya sendiri mengalaminya semasa saya bersalin anak kedua melalui caesarian. Saya memang mengalami masalah sakit kepala yang teruk selepas hari ke 6 bersalin. Time tu tidak tahu pun kesan daripada bius spinal, ketika sakit menyerang saya kurangkan kesakitan dengan baring. Nasib baik tiada perkara buruk berlaku. Tapi memang sakit kepala kaw-kaw juga la.

#5 : Jangkitan Kuman Di Perineum (Kemaluan)

Jangkitan kuman di perineum akan menyebabkan luka episiotomy lambat sembuh. Apabila keadaan ini berlaku, kuman boleh merebak ke bahagian pundi kencing dan menyebabkan kesakitan ketika membuang air kencing dan jika lebih teruk, kuman boleh merebak melalui darah.

Sangat penting untuk menjaga kebersihan di bahagian ini dan sentiasa pastikan ianya kering. Ibu juga perlu meningkatkan kesihatan diri agar serangan kuman boleh dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang dengan nutrisi yang lengkap.

#6 : Demam Yang Tinggi Secara Tiba-Tiba

Selepas bersalin, ibu boleh mendapat demam yang teruk dalam jangka masa yang singkat jika tidak dirawat dengan segera disebabkan jangkitan di bahagian luka perineum atau luka pembedahan di perut. Pastikan kedua-dua luka ini mendapat penjagaan sebaiknya.

tanda-tanda meroyan selepas bersalin

Dapatkan bantuan keluarga dan kaunseling jika ibu mengalami kemurungan

#7 : Meroyan

Meroyan dialami oleh sesetengah ibu selepas bersalin kerana perubahan drastik pada keadaan emosi dan mental ibu serta perubahan hormon. Ibu yang mengalami simptom meroyan berisiko untuk mencederakan diri sendiri dan bayi dan ini turut memberi kesan kepada proses penyusuan susu ibu.

Diharap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu untuk  mendapat “alarm” awal tentang masalah yang boleh berlaku selepas bersalin. Maklumkan suami anda tentang petanda ini agar mereka tahu langkah yang boleh dibuat untuk menyelamatkan anda. Take care mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-863 3224
ID 889835
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar

2 thoughts on “7 Tanda Bakal Hadapi Masalah Berbahaya Selepas Bersalin

  1. Najihah Abdul Mutalib says:

    Saya pernah alami sakit kepala yg teruk lepas bersalin czer anak ke-4..lbh 2 minggu jgk sakit kepala yg teruk kesan ubat bius..mmg trauma rs nak bersalin czer..tp alhamdulillah bersalin anak ke6 ni czer jgk xde dh berlaku mcmni..mslh luka perineum pulak berlaku ms anak no 1 dan no 2/3 (kembar). jangkitan kuman smpai sekali tu kena g jahit semula!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge