Follow:
Keibubapaan, Tips & Petua Buat Anak

7 Tips Memilih Kasut Untuk Si Manja Agar Tidak Tersalah Beli

Apa Kriteria Yang Diperlukan Untuk Memilih Kasut Yang Sesuai Untuk Anak Anda Agar Tidak Tersalah Beli?

Apabila anak memasuki usia 1 tahun dan mula berjalan, semestinya ibu dan ayah sangat excitedkan? Tentu ibu rambang mata untuk memilih kasut apa yang sesuai untuk si manja. Memilih kasut dianggap mudah dan remeh namun, ia sangat penting agar dapat memilih kasut yang sesuai, selamat untuk perkembangan kaki anak dan untuk mengelakkan pembaziran.

tips membeli kasut anak perempuan

Tak sabarnya nak tunggu Baby Rara pandai berjalan, kasut dah siap-siap beli setahun yang lalu. Hahaha.. Saya tahu, saya over 😀

Tujuan penggunaan kasut adalah untuk memberi perlindungan kepada kaki serta mengelakkan kecederaan. Oleh itu, ibu perlulah memilih kasut yang sesuai dengan tapak kaki anak, tidak terlalu sempit atau terlalu besar yang boleh menyebabkan ketidakselesaan, kecederaan atau kecacatan tetap.

Beberapa info Ibu harus tahu tentang pemakaian kasut untuk anak yang baru mula bertatih berjalan;

  1. Kasut bukan sekadar alas kaki atau penyeri kasut sahaja, ia penting untuk pembentukan otot dan tulang kaki si manja yang masih sangat sentitif.
  2. Elakkan memilih kasut berdasarkan rupa bentuk dan cantik untuk mengelakkan kesan negatif kepada kaki anak seperti melecet kerana ini boleh mengurangkan motivasi anak untuk berjalan.
  3. Elakkan membeli saiz kasut yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan anak tidak selesa dan mudah tersungkur atau jatuh.
  4. Kasut yang terlalu kecil pula boleh membuatkan kaki anak membengkok.
  5. Waktu yang sesuai untuk memilih dan membeli kasut untuk anak adalah pada usia 12 hingga 15 bulan atau ketika anak pandai berdiri dan berjalan.
  6. Jika anak masih belum boleh berjalan, gunakan stokin atau pelapik kaki untuk melindungi kaki bayi terutamanya ketika merangkak agar sentiasa selamat.
tips memilih kasut bayi

Comelnyaaaaaa…

Tips & kriteria memilih kasut anak agar tidak tersalah beli;

Tips 1 – Dalaman kasut

Kasut seharusnya lembut dan mudah lentur serta mempunyai ruang yang selesa dan bertapak lembut sesuai untuk kanak-kanak.

Ruang jari kaki perlu mempunyai ruangan yang secukupnya serta lebar yang bersesuaian dengan tumbesaran anak untuk menyediakan ruang pergerakan jari kaki yang selesa.

Tips 2 – Reka bentuk kasut

Elakkan memilih kasut yang berhujung runcing kerana ia membuat jari kaki anak tersepit. Bagi anak perempuan, jangan beli kasut bertumit tinggi kerana ia membuatkan kaki anak cenderung ke depan dan mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki.

Sentiasa memeriksa kaki anak anda agar tidak melecet, luka dan sebagainya.

Tips 3 – Ukuran kasut

Sebelum membeli kasut, cuba pakaikan kasut tersebut di kaki anak dalam keadaan berdiri dan memakai stokin. Selalunya kaki kiri dan kanan tidak sama besar. Pilihlah saiz mengikut ukuran kaki yang lebih besar. Minta anak untuk berjalan menggunakan kasut yang ingin dibeli. Pastikan anak selesa. Waktu yang sesuai untuk membawa anak membeli kasut adalah pada waktu petang.

Jika ibu membeli kasut secara online, ibu boleh meminta ukuran panjang kasut daripada hujung ibu jari ke bahagian tengah tumit daripada online seller dan mengukurnya semula kaki anak anda untuk memastikan tidak tersalah pilih size.

Tips 4 – Ruang dalaman kasut

Kaki anak sangat sensitif dan lembut. Oleh itu, ibu harus memastikan kasut yang dipilih mempunyai pengalas yang lembut dan menyerap hentakan ketika si manja berjalan dan berlari. Kasut juga perlu mempunyai ruang pengaliran udara yang baik untuk mengelakkan kaki berbau.

Tips 5 – Bahan Kasut

Kasut yang dipilih haruslah dibuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel. Elakkan memilih kasut daripada bahan yang keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki. Kesannya bentuk kaki anak anda tidak berkembang dengan baik.

Tips 6 – Ringan

Untuk anak yang baru mula berjalan, kasut yang terbaik adalah kasut jenis ringan. Ia akan memudahkan pergerakan si manja dan untuk mengelakkan anak jatuh dengan mudah. Kasut yang berat akan menyukarkan pergerakan anak.

Tips 7 – Mudah dipakai

Akhir sekali, dapatkan kasut yang mudah dipakai dan ditanggalkan buat si manja. Sebaiknya ibu memilih kasut jenis velcro berbanding bertali untuk anak yang baru sahaja diperkenalkan dengan pemakaian kasut.

Selain daripada tips di atas, ibu juga boleh memilih kasut berwarna terang dan cerah agar lebih menarik untuk kanak-kanak. Ibu juga perlu ingat bahawa bukan semua jenis dan rekaan kasut sesuai dengan kaki anak anda.

Semoga sedikit tips santai berkenaan tips memilih kasut anak ini dapat membantu ibu untuk memilih kasut yang terbaik buat si manja.

Oh ya, sekarang ni musim selesema kan? Kalau anak anda mengalami selesema, ibu mungkin perlukan petua merawat selesema dan batuk bayi tanpa perlu ke klinik. Moga membantu!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge