Follow:
Kehamilan, Kelahiran

8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Anda Perlu Tahu

Setiap ibu yang bakal bersalin akan mengalami tanda-tanda bersalin. Ada yang sama, dan ada juga yang berbeza bagi setiap anak. Buat pasangan yang bakal menimang cahayamata pertama, adalah sedikit sukar untuk mengenalpasti bagaimanakah tanda bersalin yang sebenar. Aya sendiri mengalami tanda yang berbeza walaupun sudah beranak 4. Anak pertama dan keempat Aya mengalami bloody show, anak kedua leaking dan anak ketika pula kontraksi rahim. Jom kita ketahui bagaimana cara untuk mengenali tanda bersalin.

Oh ya, Aya kena pesan ni, walaupun mungkin ada di antara tanda-tanda ini cumalah tanda awal kelahiran, tetapi ibu mesti segera ke hospital terutamanya jika anda merasakan pergerakan bayi kurang. Sebagai info, dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika didapati bayi kurang bergerak, segeralah ke hospital.

tanda-tanda mahu bersalin

Apakah tanda-tanda bersalin yang perlu ibu ketahui?

Tanda Bersalin 1: Sakit Belakang

Sakit belakang merupakan sakit yang paling kerap dialami oleh ibu hamil. Ia juga merupakan salah satu tanda awal kelahiran yang akan ibu alami. Sakit belakang ini akan semakin lama semakin kerap dan kuat dirasai di bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi bergerak menurun dan menolak tulang belakang.

Untuk mengurangkan sakit belakang, ibu boleh meminta suami untuk mengurut bahagian bawah belakang secara lembut.

Tanda Bersalin 2: Kontraksi Rahim

Ia merupakan tanda terpenting yang menunjukkan isyarat sudah tiba masa untuk bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada bahagian tengah perut sehingga ke ari-ari. Sekiranya tanda ini muncul, ibu perlu mencatat jarak masa dan memerhati kekerapan sakit yang dialami. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten. Jika semakin lama semakin panjang tempoh kontraksi (tempoh sakit perut mengeras) iaitu dalam masa 20 hingga 45 saat dan semakin kerap dirasai, segeralah ke hospital. Terdapat juga kontraksi palsu (Braxton Hicks). Cara mengenalpastinya adalah ianya kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama kelamaan hilang.

Aya teringat sewaktu menunggu hari nak bersalinkan baby Rara. 3 hari sebelum bersalin Aya dah turun tanda Bloody Show iaitu lendir coklat-coklat. Kebetulan hari tu hari check-up dengan Gynea. So, doktor pun ada buat VE (cek bukaan). Dua hari sebelum bersalin  Aya memang mengalami Braxton Hicks yang agak sakit. Sepanjang malam Aya monitor kekerapan, dan sakit pun dah hampir 20-30 saat. Tapi kata hati Aya masanya belum tiba lagi, memang benar, lepas beberapa jam tu sakit tu stop pula.

Keesokan harinya, Aya mengalami kontraksi lagi, asal malam ja datang sakit tu, hihi… tapi kali ni memang rasa agak kuat berbanding sebelumnya, dan kali ni memang kuat instict kata dah nak bersalin. Apa lagi, tepat jam 1 pagi Aya dan Husband gerak ke hospital. Kali ni Aya memilih untuk bersalin di KPJ Sabah. Sepanjang perjalanan memang terasa kuat kontraksi, sehingga kalau kereta terhenjut-henjut pun terasa sakitnya. Selepas check in hospital jam 2 pagi, akhirnya Aya selamat bersalin jam 7.34 pagi. Alhamdulillah untuk kelahiran ke-empat ni sangat dipermudahkan. Sakit  kontraksi tak kaw-kaw berbanding anak ketiga (siap nangis waktu tu), sekali push baby dah keluar. Jam 6 pagi tu masih aktif ber-whatsapp dengan family Shaklee yang turut excited tunggu baby girl keluar, doktor sampai jam 7 pagi, dan jam 7.34 pagi dah dapat kiss pipi baby Rara. Memang pengalaman bersalin paling mudah seperti abang sulungnya. Alhamdulillah… ok sambung ke tanda berikutnya 😀

Tanda Bersalin 3

Terdapat segelintir ibu hamil yang mengalami tanda ni (Aya 2 kali tanda gini, hihi). Ia merupakan tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar melalui faraj. Lendir ini merupakan “gam” yang keluar daripada laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Tanda ini menunjukkan bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. Jika ibu mengalami tanda sebegini, ibu tidak perlu tergesa-gesa ke hospital kerana tanda seperti ini mengambil masa beberapa hari untuk bersalin. Kalau pengalaman Aya, dalam 3-4 hari akan bersalin. So enjoy dulu, hihi…

Tanda Bersalin 4: Pecah Ketuban

Pecah air ketuban berlaku apabila ada lelehan air yang banyak yang mengalir keluar dari faraj tanpa mengalami rasa ingin membuang air kencing. Air ketuban selalunya berwarna jernih dan tidak berwarna. Sekiranya air ketuban didapati berwarna hijau, itu menandakan bayi telah pun membuang air besar di dalam kandungan. Jika ibu mengalami tanda ni, sebaik-baiknya berangkatlah segera ke hospital untuk pemeriksaan.

Terdapat satu situasi lagi iaitu “leaking”. Perbezaan leaking dgn pecah air ketuban adalah kuantiti air yang lebih sedikit. Kedua-dua situasi ini tidak boleh dibiarkan lama. Ibu perlu segera ke hospital kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Menurut kajian kebanyakan ibu tidak tidak mengalami pecah air ketuban sehingga saat-saat akhir bersalin dan yang kerap berlaku adalah doktor yang akan memecahkan ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin.

Tanda Bersalin 5: Serviks Terbuka

Apabila kontraksi bermula, pangkal rahim akan menjadi lembut dan menipis. Pemeriksaan bukaan pangkal rahim dijalankan dengan melakukan prosedur VE (vagina examination) iaitu doktor akan memasukkan jari dan mengukur bukaan pangkal rahim dalam skala 1cm sehingga ke 10cm.

Pengalaman Aya, jika 4 cm tu tandanya dah nak kena sorong ke Labour Room, 10cm pula dah boleh meneran. Prosedur VE ni paling Aya tak suka. Lebih-lebih lagi kalau bersalin kat hospital kerajaan, bukan doktor saja yang nak cek, bidan pun sama. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Ibu kena banyak-banyak bersabar dan turutkan sajalah prosedur yang ditetapkan untuk kelancaran proses bersalin.

Tanda Bersalin 6: Perut Memulas

Oleh kerana bayi sudah mula turun ke bawah, ia akan memberi tekanan kepada saluran membuang air besar. Sesetengah ibu akan mengalami rasa hendak membuang air besar. Ibu dinasihatkan agar berhati-hati untuk mengelakkan ter-bersalin di dalam tandas.

Tanda Bersalin 7: Kerap Membuang Air Kecil

Apabila bayi mula bergerak turun, susah pasti ia akan menekan pundi kencing. Atas sebab ni ibu akan kerap merasa ingin kencing.

Tanda Bersalin 8: Perut “Turun”

Apabila memasuki minggu ke-38 pada tempoh kehamilan, perut yang membuncit akan perlahan-lahan turun. Ini menjadikan ruangan abdomen sebelah atas seakan-akan kosong. Keadaan ini menunjukkan yang bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan.

So Aya dah kongsikan 8 tanda bersalin. Aya nak ingatkan juga, ketika menunggu hari (38 minggu dan ke atas), ibu perlulah sentiasa monitor pergerakan bayi untuk mengelakkan bayi lemas di dalam kandungan. Ibu kena pastikan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam. Cara mengira pula seperti apa yang pihak klinik maklumkan iaitu satu sesi pergerakan dikira sebagai sekali gerakan. Ertinya, bila bayi bergerak ke kiri, siku sana, siku sini kemudian berhenti, itu dikira 1 kali. Jika ibu mendapati bayi kurang bergerak, jangan teragak-agak untuk terus ke hospital.

Aya doakan semua ibu-ibu hamil yang membaca entry ni dipermudahkan bersalin nanti. Aya ada kongsikan teknik semulajadi untuk kurangkan sakit bersalin kat sini dan kalau ada diantara ibu yang ada masalah anemia yang tak naik-naik walaupun dah hampir nak bersalin, Aya ada berkongsi rahsia mengatasi masalah anemia sebulan sebelum bersalin yang Aya sendiri alami sewaktu hamil anak ketiga. Ibu baca ok?

Moga bermanfaat mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

1 Comment

  • Reply jida

    Dua kelahiran berbeza tanda. Adiknya pecah ketuban, si kakak pula keluar lendir darah. Yang pasti, sebaik sahaja keluar bayi, sakit nak bersalin tadi semua hilang. =)
    jida pun ada entry best yang bertajuk 8 Nutrient Terbaik, Ibu Hamil Mesti TahuMy Profile

    December 10, 2015 at 6:33 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge