8 Produk Shaklee Jepun Kalau Masuk Pasaran Malaysia Mesti Best Gila

Sebenarnya kak Aya teruja dengan entry hari ni. Sebab kak mau share beberapa produk Shaklee Japan yang sangat best yang kak Aya dapat atau beli bulan lepas sewaktu menghadiri incentive trip ke sana.

Shaklee sebenarnya ada di 8 buah negara termasuklah Jepun. Produk Shaklee pun sebenarnya sangat banyak dan berbeza di setiap negara bergantung kepada permintaan atau kelulusan pihak berkuasa. Produk yang masuk ke Malaysia pula sangat istimewa sebab dibuat di kilang berbeza dengan produk lain yang diluluskan Halal oleh Islamic Service Of Amerika (ISA). Badan ini diiktiraf oleh JAKIM sejak tahun 1983.

So hari ni kak Aya akan kongsikan beberapa produk Shaklee Jepun yang kak dah try.

Kalaulah semua produk ni masuk Malaysia kan besttttt… cuma kenalah dapatkan sijil halal dan kelulusan masuk Malaysia. Oh ya, produk yang kak beli ni kak sudah check (staff Shaklee pun dah checkkan), insyaAllah tiada bahan-bahan yang meragukan, sebab kat Jepun, produknya ada juga menggunakan porcine, hihi… so kalau nak ke Jepun dan beli produk Jepun, kena hati-hati tau.

vivix-ready-stock-sabah-indah-permai

8 Produk Shaklee Jepun Yang Kalau Masuk Malaysia Mesti Best Gila

  1. ESP Pelbagai Perisa

    Semua pun tahunESP merupakan salah satu produk Top 10 di Malaysia. Yang ada di sini cumalah perisa Vanilla. Di Jepun pula ada pelbagai perisa iaitu Choco, Pecan, Coffee, Peach, Regular dan Vanilla. Mana satu yang sedap? Sejujurnya kak Aya suka kesemua perisa yang ada. Semua sedap! Tapi yang kak paling suka sekali adalah Peach sebab wangiiii sangat.

    ejen-shaklee-kk-sabah

    Instant Protein Assorted Pack. Ni best gila kalau ada di Malaysia, senang nak bawa balik kampung, senang bawa travel, boleh tukar-tukar taste. hihi… Doakan masuk Malaysia suatu hari nanti. Tinggi permintaan ni.

    Manfaatnya? sama macam ESP Shaklee yang ada disini. Untuk gebu-gebu, untuk cantikkan kulit, kuku, rambut, untuk sustained energy dan untuk kenyang yang lebih lama. Banyak lagilah manfaat ESP ni.

2. Shaklee Fiber

Shaklee Fiber ni dulu tidak silap memang ada di Malaysia. Tapi kak Aya no idea kenapa dihentikan pada pertengahan 2013. Alhamdulillah merasa juga yang dari Jepun ni.

Shaklee Fiber ni adalah satu serbuk fiber semulajadi tanpa perisa yang boleh di tambah ke dalam minuman seperti ESP, Instant Protein, jus, Vivix atau Performance Drink. Minum macam tu saja pun boleh.

pengedar-shaklee-kota-kinabalu-ready-stock

Shaklee Fiber ni kak Aya dapat sebagai gift semasa Dinner bersama Dr. Kojima (Inventor Nutriferon Shaklee) di Imperial Jepun tempoh hari. Dapatlah 3 kotak, kak 1, Awal 1, papanya 1. Alhamdulillah merasa gak. Sekarang ni setiap kali sahur kami minum ni, anak-anak pun kak Aya bagi sebab ia bantu juga untuk rasa kenyang yang lebih lama.

Antara manfaat Shaklee Fiber termasuklah untuk kesihatan usus, mudah lawas, elak sembelit dan buasir. Kak Aya minum ni memang rasa best jak membuang, puas gittew, hihihihi… jadi kalau Shaklee Fiber ni masuk Malaysia, boleh la kita “geng”kan dengan Herblax untuk pastikan membuang dengan lancar setiap hari. Selain tu terdapat pelbagai manfaat fiber yang lain termasuklah kesihatan jantung dan merendahkan kolestrol.

3. Shaklee Bifidus

Produk yang direka untuk berdasarkan tiga idea untuk persekitaran usus yang baik iaitu probiotik, prebiotik, biogenics. Ia menggabungkan bifidobakteria dan bakteria asid laktik, oligosakarida dan laktoferin yang membantu meningkatkan fungsinya.

Dengan mengamalkan Shaklee Bifidus ni, kita sediakan usus dengan bakteria baik yang sangat bagus untuk kesihatan.

pengedar-shaklee-di-sabah

Shaklee Malaysia tiada produk yang ada probiotics ni. So memang sangat baguslah kan kalau produk ni masuk. Dengar-dengar untuk penghidap eczema, antara satu cara untuk control adalah dengan mengamalkan probiotik ni.

Memandangkan Shaklee Bifidus belum ada di Malaysia, kak suggest untuk dapatkan persekitaran usus yang kaya dengan bakteria baik, amalkanlah minuman kultur. Hehe…

4. Shaklee Kids: All In One Shake

Yang ni sedap sangat, anak-anak kak Aya memang suka. Memang berlainan sikit dengan Mealshakes sebab berperisa Strawberry dan acah-acah yogurt gitu. Add air biasa or dalam susu. Dua-dua pun sedap.

Kandungannya lebih kurang dengan Mealshakes iaitu multivitamin yang lengkap dengan fiber dan beberapa nutrien lain yang penting untuk perkembangan pesat anak-anak.

pengedar-shaklee-sepanggar-sabah

Yang ni kak Aya dapat as welcome gift (suprise kat bilik) sebab kak bawa Awal Syahmi sekali ke trip Jepun. Kawan-kawan yang tiada bawa anak tak dapat ni. Untunglahhhh Awal Syahmi boleh abang adik merasa sekali. hihi…

5. Shaklee Collagen Powder

Haa, yang ni tak hairan kan sebab ada kat Malaysia. Tapi kak Aya mau story ni, Collagen Shaklee Jepun dia add on nutrien untuk meningkatkan moisture dengan lebih effective. Double moist gittew. Patutlah minum beberapa hari rasa kulit muka ni best jak.

ejen-vivix-sabah-kota-kinabalu

Lagi satu, Collagen Shaklee ni dikilangkan di Jepun so, harganya jauh lebih murah, ce teka berapa harga sekotak? hihihi… harganya kurang RM100 dari Collagen Powder Malaysia. Menggoda bak hang! Kak Aya tergoda sampai beli 5 kotak uolls. Hihi… ya lah, umur dah masuk 35 ni, collagen sangat perlu tau. Nak juga ada effect toing-toing sana sini.

Kalau mahu gebu gebas, tegangkan sana sini dan kecikkan liang roma yang semakin membesar tu, boleh la usha harga Collagen Powder Malaysia sini.

6. NutriFeron Shaklee

Yang ni pun tidak hairan sebab ada di Malaysia. Tapi, jangan tak tau, NutriFeron dicipta oleh pakar imunologi terkemuka dunia Dr. Yasuhiko Kojima yang berasal dari Jepun. Jadi NutriFeron yang datangnya dari Jepun sangatlah special. Malaysia punya datang dari US.
ubat-bengkak-tonsil-teruk

Fungsinya sama iaitu sebagai immune booster semulajadi yang meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Kalau mudah sakit, kerap tonsil, eczema, dan apa-apa yang berkaitan dengan sistem imun, eloklah amalkan Nutriferon ni.

Dr-yasihiko-kojima-pencipta-nutriferon-shaklee

Gambar kenangan bersama Pakar Immunology terkenal Dunia yang menemui interferon, Dr. Yasuhiko Kojima sewaktu trip Shaklee ke Tokyo Mei 2017 lepas. Bangga tau dapat jumpa beliau sendiri sebab kak Aya memang tidak tinggal NF ni sebab dulu-dulu kak kerap kena tonsel. Fuhh.. serik kalau boleh nda mau kena lagi.

7. Premium Mask 3D

Wow! Sebenarnya ini antara kegemaran kak Aya iaitu produk special care Shaklee Jepun Premium Mask 3D.

Pemenang Gold Medal Monde Selection tiga tahun berturutan (2014, 2015, 2016) ni bukti keberkesanan produk ni tiada tandingan. Kak Aya yang baru pakai sekali pun rasa kelainan di kulit muka apatah lagi kalau habis sekotak kan? mesti kalah Rita Rudaini ni, ahaks.

masker-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Sebenarnya kak jarang pakai mask-mask ni, selalu buat masker jak. Bukan apa, takut mencuba brand lain, almaklumlah dulu muka teruk sangat. So bila nampak Shaklee Jepun ada produk ni, kak Aya pun teruslah order. Mahal belakang kira yang penting yakin selamat. 😀

Serius best pakai mask ni, nasib jak nda nangis, hahaha… berbaloi beli walaupun harga boleh tahan gak dengan 6 keping sekotak. Mask ni baiki struktur muka, jadikan glowing, melembapkan dan menghilangkan garis halus wajah. Bak kata dalam website Shaklee Japan “We deliver prominent moisture, and it looks beautiful and shiny like after aesthetic. It prepares the texture and makes fine wrinkles less pronounced by drying”

Efficiency assessment tested tau kesan dia. Patutlah menang award kan. Kalau tengok Monde Selection tu bukan benda memain, world class tau. Kak beli ni 2 kotak, kemain kan? hihi… cantik punya pasal.

8. Refuncell UV Cut Bass Lasting BB (spf 30) dan Treatment Powder Foundation

BB Cream ni pun tiada kat Malaysia, please lah masukkan Make Up produk masuk pasaran Malaysia. InsyaAllah sentiasa licin! Haha.. ya la, bukan senang kan nak dapat produk makup natural dan organik ni.

BB Cream ni khas untuk warna kulit wajah yang tidak sekata dan berpori. Dia tutup cela uolls. Memang licin dan nampak glowing pakai cream ni. Kak Aya sebelum ni guna BB Cream MEK (bukan nama sebenar), BB Cream Shaklee ni rasa lebih ringan, murah diserap dan mudah dibersihkan menggunakan makeup remover Nutriwhite.

vitamin-jerawat-jeragat-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Treatment Powder Foundation ni pula bedak muka yang dikhaskan untuk menutup cela dan kelihatan natural pada wajah. Ia lengkap dengan bahan yang melembapkan kulit. Yang ni pun kak Aya suka. Serius rasa cerah dan sekata ja kulit wajah tu. Pakai pun jimat-jimat ni takut habis. Kang terpaksa terbang ke Tokyo semata-mana nak beli bedak, hihi…

Fuhh, selesai 8 produk kak kongsikan.

So, mana satu produk yang menggiurkan? Haha… sewaktu di Jepun tempoh hari sempat juga lepak dengan Presiden Shaklee Malaysia, Madam Helen, dan sempat jugalah tanya tentang produk Jepun untuk dimasukkan ke Malaysia ni. Beliau kata memang ada niat nak bawa masuk, cuma ya lah, kena ikut prosedur dan kena dapatkan Halal certification, penting tu.

Jadi, kita tunggu jak lah. Kalau rasa-rasa tak sabar tunggu, boleh la terbang ke Jepun, dan ajak uncle-aunty Jepun jadi ahli kat sana dan belilah dengan diorang, huhu… Bagi yang sudah jadi ahli Shaklee di Malaysia ni, boleh juga beli Ambassador Pack dan cari downline kat sana. Bolelah dia uruskan pembelian nanti. Bijak tak kak Aya, siap bagi tips ni. Hihi…

Ok lah, itu ja perkongsian hari ni. Jangan lupa follow blog kak Aya ni untuk jadi orang pertama dapat new updates tau. Take care! Jangan mimpi pakai masker 3D pula ya, hihi…

Luv,
Kak Aya Chalo
Kak Suka Produk Jepun!

11 thoughts on “8 Produk Shaklee Jepun Kalau Masuk Pasaran Malaysia Mesti Best Gila

  1. easter marcus says:

    semua ai suka!!😍😍😍

    Terutama collagen powder tu. Murah dari collagen shaklee malaysia pula tu. Harap harap lah masuk Malaysiaa. Boleh lah memborong nantii😄huhu

  2. Quelyne yusof says:

    Wow.!!! yang membaca pun join over exited gitew.. mudah-mudahan Esp pelbagai rasa, kosmetik, premium mask, shakleekids dll dapat sijil halal masyukk Malaysia pasti meriah sambutan!!

  3. Ct Rodhiah says:

    Ya rabbi…bikin terliur especially ESP, fiber, bifidus, all in one shake, nutriferon jepun, foundation, mask, collagen jepun…eh macam semua pulak. Kena doa banyak-banyak supaya Shaklee Malaysia jual jugak.

  4. tasnim says:

    Teruja sangat nih bila baca. Ehehe..

    Tak tau nak pilih yang mane,minat dengan semua barang Shaklee dari Jepun ni. Harap nya satu hari nanti dapat gak merasa.

    Mekasih kak aya atas perkongsian best ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge