Follow:
Kelahiran

8 Teknik Semulajadi Kurangkan Sakit Dan Cepatkan Bersalin

Bagaimana Cara Untuk Mengurangkan Sakit Dan Mempercepatkan Proses Bersalin?

Ramai ibu hamil risau memikirkan kesakitan yang bakal dilalui pada saat kelahiran. Setiap ibu mempunyai tanda bersalin yang berbeza namun kesemuanya akan melalui satu proses kontraksi agar berlakunya bukaan serviks dan proses kelahiran si manja. Proses kelahiran ini dikira bermula daripada kontraksi pertama yang dirasai ataupun pada saat air ketuban pecah.

Tempoh kelahiran dikatakan lebih panjang bagi anak pertama dan lebih pendek untuk anak berikutnya namun semuanya bergantung kepada “nasib” ibu sendiri kerana realitinya setiap orang adalah berbeza. Secara puratanya, ibu akan mengalami proses kelahiran sekitar 5 jam. Namun dalam keadaan tertentu, proses kelahiran anak pertama mengambil masa lebih daripada 18 jam.

Bagi pihak doktor pula, proses kelahiran aktif bermula daripada pelebaran bukaan serviks dengan ukuran 3 hingga 4 sentimeter. Kalau kat hospital kerajaan, bila bukaan dah mencapai 4 cm, selalunya ibu akan disorong ke labour room dan ibu akan merasai kekerapan kontraksi semakin kerap diikuti dengan kesakitan yang semakin bertambah. Pabila bukaan serviks ibu mencapai 10cm, maka baby bersedia untuk dilahirkan pada bila-bila masa 😀

cara cepatkan bersalin

Terdapat beberapa fakta yang ibu perlu tahu mengapa proses kelahiran bayi menjadi lambat sekaligus menyebabkan ibu merasai sakit bersalin dalam tempoh yang lama, antaranya;

  1. Perasaan tertekan merupakan antara satu sebab kelahiran menjadi lambat, oleh itu sebaiknya ibu bertenang, banyakkan berzikir.
  2. Perasaan takut pula akan menyebabkan hormon kelahiran terganggu.
  3. Proses kelahiran menjadi lambat kerana kedudukan bayi di dalam kandungan yang tidak boleh memasuki saluran peranakan secara betul.
  4. Kontraksi tak begitu kuat turut menyumbang kepada tempoh kelahiran yang lama.
  5. Kelahiran juga boleh menjadi lambat kerana pelvis ibu tidak mempunyai saiz yang sesuai atau pelvis mirip seperti pelvis lelaki yang menyukarkan proses kelahiran.
  6. Masa yang lama diambil untuk serviks melebar pada 5 cm pertama berbanding 5 cm kedua. Namun, semakin kuat kontraksi, semakin cepat serviks melebar.

Terdapat 8 teknik semulajadi yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses bersalin iaitu;

  1. Ibu perlu kerap bergerak seperti berjalan kerana pergerakan yang banyak akan membantu menguatkan kontraksi dan membantu mempercepatkan proses kelahiran. Elakkan kerap berbaring. Kalau kat dalam wad pun ibu perlu banyakkan bergerak, kerana ia memang sangat membantu berbanding hanya berbaring di katil.
  2. Jika ibu terasa tidak larat untuk berjalan, ibu boleh menukar ke posisi yang lebih selesa ketika di atas katil.
  3. Seboleh-bolehnya kerapkan membuang air kecil kerana pundi kencing yang penuh akan menghalang penurunan kepala bayi sekaligus melambatkan proses kelahiran.
  4. Sekiranya sakit kontraksi datang, gunakan teknik pernafasan untuk mengurangkan kesakitan. Cara yang Aya praktikkan ketika bersalin baby Rara adalah dengan menarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut, kalau boleh ketika hembus tu buatlah bunyian seperti “huuuhhhh” atau “aaahhhhh”. Ianya memang sangat membantu memberikan rasa tenang sekaligus mengurangkan rasa sakit.
  5. Ibu boleh mandi menggunakan air suam. Air suam akan memberikan ibu perasaan yang tenang sekaligus mengurangkan keperluan untuk mengambil ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran.
  6. Minta suami anda untuk memberikan urutan di bahagian pinggul serta bahagian yang ibu rasakan sakit atau lenguh akibat menahan sakit kontraksi. Pengalaman semasa Aya bersalin sememangnya paha akan menjadi sangat lenguh kerana menahan sakit, ada sekali tu kaki dah rasa nak krem. Huhuhu… sebab tu sewaktu Aya bersalin baby Rara, Aya telan sesiap kalsium sebelum masuk labour room, hihi.. serius ia sangat membantu.
  7. Semasa kontraksi, gerakkan punggung dan membongkok ke depan untuk membantu rahim menolak bayi ke saluran peranakan dengan betul.
  8. Cuba dengar bacaan surah-surah Al-Quran atau muzik yang menenangkan serta makan atau minum jika perlu, namun bergantung kepada hospital bersalin anda. Sewaktu bersalin anak pertama, betapa hausnya Aya rasa. Sehingga menunggu bukaan penuh sempat lagi minta air dengan nurse, nasib baik dilayan. Sebab tu untuk kelahiran berikutnya Aya dah ready angkut air minum ke labour room dan sewaktu bersalin baby Rara, Aya siap bawa minuman tenaga lagi. Hasilnya sekali push baby Rara dah keluar, alhamdulillah 😀

Aya yakin, setiap ibu mempunyai pengalaman berbeza walaupun dah bersalin lebih dari sekali. Bagi Aya sendiri, walaupun dah 4 kali bersalin, setiap kelahiran tu berikan Aya pengalaman yang berbeza-beza. Ramai yang kata anak pertama mengambil masa kelahiran yang panjang, namun Aya sebaliknya. Sungguh mudah bersalin anak pertama, sehingga anak kedua dan ketiga terasa sangatlah sakitnya, hihihihi… namun alhamdulillah, anak keempat proses bersalin Aya dipermudahkan sangat, sekali push dah keluar.

Walau apapun pengalaman yang bakal ibu lalui, nasihat Aya cuma satu, sentiasa berfikiran positif dan yakinlah bahawa semua kesakitan itu tetap akan berakhir. Oleh itu ibu perlu kuat demi si manja dan jangan lupa amalkan tips yang Aya kongsikan ni 😀

Chuppp.. kalau anda adalah ibu yang mengalami masalah anemia atau kurang darah semasa mengandung, Aya kongsikan pengalaman bagaimana Aya naikkan bacaan Hb hanya dalam masa 2 minggu sebulan sebelum bersalin dalam entry ni.

Happy reading!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

3 Comments

  • Reply 8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Tahu | Parenting From The Heart

    […] doakan semua ibu-ibu hamil yang membaca entry ni dipermudahkan bersalin nanti. Aya ada kongsikan teknik semulajadi untuk kurangkan sakit bersalin kat sini dan kalau ada diantara ibu yang ada masalah anemia yang tak naik-naik walaupun dah hampir […]

    November 18, 2015 at 10:27 am
  • Reply Admin

    bila anak sudah lahir, rasa sakit semua hilang 🙂
    Admin pun ada entry best yang bertajuk Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    November 16, 2015 at 2:32 am
  • Reply titan

    18 jam?

    fuhh..lama tuh.

    syukur bini lahirkan anak cepat juga hari tu.
    titan pun ada entry best yang bertajuk Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.My Profile

    November 8, 2015 at 9:04 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge