Follow:
Keibubapaan, Tips & Petua Buat Ibu Bapa

8 Tips Menghadapi & Mengatasi Masalah Kembung Perut Bayi

Bayi sememangnya tidak boleh berpisah dengan tangisan. Menangis merupakan komunikasi bayi yang biasanya menandakan bayi tidak selesa, berada dalam kesakitan, lapar, kesejukan atau kepanasan ataupun bayi sedang mengalami masalah kembung perut ataupun kolik.

tips menghadapi dan cara mengatasi kembung perut bayi 1

Tanda berlakunya kolik adalah apabila bayi kembung perut, menangis sambil mengangkat kakinya dan menjerit pada satu masa biasanya di antara jam 6 petang sehingga 12 malam. Sehingga 28% bayi mengalami keadaan ini dan biasanya berlaku pada minggu ke 2 hingga 6 selepas dilahirkan. Lebih 85% kes sebegini berakhir ketika bayi berusia 3 bulan.

Tips Menghadapi & Mengatasi Masalah Kembung Perut Bayi

Masalah kembung perut bayi merupakan masalah yang biasa berlaku namun boleh diatasi dan juga boleh dielakkan. Ya la kan, kesian sangat dekat baby kalau kembung perut, serba serbi tidak kena, nangis memanjang. Alahai sakitnya. Aya ingat sewaktu anak 1st (Faeq) minggu pertama ditinggalkan ke taksa. Waktu tu saya sediakan Susu Perahan. Hari pertama ambil dari taska, dia nangis tak berhenti. Dekat sejam juga menangis. Time tu memang segala cara Aya cuba; sapu minyak, dukung ke sana ke mari, tiarapkan, “cyclekan” kaki, macam-macam. Alhamdulillah, akhirnya berhenti juga dia menangis. Sampai sekarang teringat-ingat. Itulah pengalaman yang mengerikan kembung perut ni.

tanda-tanda bayi mengalami kembung perut

Tanda-tanda bayi mengalami kembung perut

Terdapat beberapa perkara yang boleh ibu lakukan untuk menghadapi dan mengatasi masalah kembung perut ni. Aya share 8 tips, baca sampai habis tau. 😀

Tips 1 – Dukung dan dakapkan perut bayi ke dada anda

Apabila bayi mengalami kembung perut, cuba dukung bayi sambil mendakapkan perutnya ke bahagian dada ibu. Selain itu, ibu juga boleh tiarapkan bayi dan urut belakangnya perlahan-lahan.

Tips 2 – Dukung bayi lebih kerap di waktu siang

Kajian menunjukkan, mendukung bayi lebih kerap pada waktu siang dapat mengurangkan kembung perut bayi atau elak bayi meragam pada waktu petang kerana kembung perut kerap berlaku pada waktu petang.

Tips 3 – Berhati-hati dalam pemakanan (Bagi bayi yang diberikan Susu Ibu)

Jika bayi yang diberikan susu ibu mengalami kembung perut, ada kemungkinan ianya berpunca daripada pemakanan ibu. Ibu tentu tahu kan apa makanan yang boleh menyebabkan kembung perut? Jadi, elakkan lah. Jika kembung perut terjadi akibat pemakanan ibu, ia akan berkurang dalam sehari dua selepas ibu mengubah pemakanan.

Saya pantang makan sayur nangka. Makan sikit pun confirm kembung. Memandangkan masih menyusukan baby Rara, saya memang tak berani makan. Ibu pun mesti ada juga makanan yang boleh menyebabkan kembung perut kan? So, hati-hati ya mommies.

Tips 4 – Elak berikan puri buah-buahan sebelum usia bayi 6 bulan

Elakkan memberi puri buah-buahan kepada bayi sebelum dia berumur 6 bulan. Sesetengah bayi yang berumur 4 hingga 6 bulan dan pernah mengalami kembung perut didapati lebih mudah mengalami kembung perut, ketidakselesaan dan gangguan semasa tidur selepas meminum puri epal dan puri pir.

Tips 5 – Jangan goncangkan bayi

Ketika bayi sedang mengalami masalah kembung perut, jangan sesekali mengoncang-goncangkan bayi kerana ia boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak, memberi kesan kepada mata dan boleh membawa maut. Berikan bayi anda urutan lembut di perut atau dada.

Tips 6 – Penawar kepada masalah kembung perut

Cara menyembuhkan kembung perut adalah dengan menyendawakan bayi, mengurut perut dengan minyak/tuala panas, mengurut belakang bayi, memandikan bayi dengan air suam dan juga boleh mencuba buat gerakan seakan-akan mengayuh basikal kepada bayi.

Tips 7 – Ibu jangan stress

Tangisan bayi boleh menyebabkan ibu merasa stress, cemas dan kadang kala menyebabkan marah. Sabar ibu, cuba tarik nafas dalam-dalam selama beberapa saat, dan hembuskan perlahan-lahan. Fahamilah keadaan bayi yang sedang kesakitan. Namun, jika ibu tidak mampu menahan perasaan, serahkan bayi dengan orang lain dan ambil masa untuk menenangkan fikiran. Ibu harus tabah, saat inilah bayi anda sangat memerlukan belaian dan sokongan ibunya.

Tips 8 – Bawalah berjumpa doktor

Jika keadaan bayi tidak surut setelah mencuba teknik dan tips mengatasi masalah kembung perut di atas, segeralah bawa bayi berjumpa doktor agar doktor boleh pastikan yang anak anda cuma mengalami kembung perut dan bukannya kerana penyakit lain.

Ibu perlu ingat, selagi bayi berhenti meragam selepas beberapa jam dan bertenang sepanjang hari, ibu tidak perlu risau. Perangai bayi yang mengalami kembung perut biasanya bukanlah tanda satu penyakit dan tidak membawa kesan berterusan kepada bayi. Namun, jika bayi demam, muntah atau mengalami cirit birit atau perut kelihatan kembung sehingga menampakkan garisan urat, segeralah bawa bayi ke hospital.

Semoga bermanfaat mommies 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

 

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

1 Comment

  • Reply titan

    harap anak tak kena la masalah ni.

    kesian kekadang tengok diorang menangis.
    titan pun ada entry best yang bertajuk Jubah Lelaki Moden dari ELRAH ExclusiveMy Profile

    September 1, 2015 at 6:14 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge