Apa Istimewanya Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa merupakan satu tumbuhan yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga dikenali sebagai “The King Of All Food” kerana mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan tubuh badan.

Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke dalam tanah mampu menyerap nutrien dan mineral daripada tanah secara maksimum, manakala daunnya kaya dengan klorofil.

khasiat-alfalfa-shaklee

Alfalfa kaya dengan vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K serta fiber, protein, kalsium, potassium, fosforus dan zat besi.

Keunikan Dan Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa Complex merupakan Signature Formula Shaklee yang dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.

Alfalfa yang digunakan dalam Alfalfa Complex Shaklee adalah Alfalfa yang dituai ketika cukup matang iaitu 2 tahun dan ia ditanam secara 100% organic tanpa baja beracun dan bebas daripada penggunaan racun perosak. Ratusan saringan kualiti dibuat untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar selamat, kaya dengan nutrisi dan organik.

harga-alfalfa-shaklee-2017

Penyediaan Alfalfa Complex juga amat ketat iaitu dengan menggunakan suhu rendah dan teknologi angin kering untuk mengekalkan enzim dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

Apa Kepentingan Alfalfa Complex Kepada Anda

Alfalfa Complex Shaklee bersifat alkali. Ia diuretik, anti-histamin, anti-inflamasi, anti-bakteria dan ejen pembersih darah semulajadi (detoks).

Antara kegunaan alfalfa adalah untuk mengembalikan gaya hidup sihat seseorang yang mengalami:

  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Buasir
  • Darah cair
  • Kekurangan tenaga
  • Gastrik atau pedih ulu hati
  • Masalah gout
  • Masalah vagina longgar
  • Masalah Susu Ibu merundum
  • Masalah jangkitan pundi kencing
  • Masalah keputihan berlebihan
  • Masalah prostat
  • Masalah resdung
  • Ingin membuat detox untuk membersih hati, kolon dan darah
  • Masalah ekzema
  • Masalah jerawat
  • Masalah penghadaman
  • Mencegah edema (pengumpulan air dalam badan/water retention)
  • Lemak dan kolestrol tinggi
  • Simptom menopause
  • Paras gula di dalam darah yang tidak stabil
khasiat-alfalfa-shaklee-ibu-menyusu

Antara manfaat dan khasiat Alfalfa Complex Shaklee

Siapa Yang Boleh Mengambil Alfalfa Complex

  • Individu berumur 13 tahun dan ke atas
  • Individu yang mengalami masalah yang disenaraikan di atas
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan
  • Individu yang tidak gemar memakan sayur
  • Wanita menyusukan bayi

Siapa Yang TIDAK DIGALAKKAN Mengambil Alfalfa Complex Shaklee

  • Individu yang menghidap Penyakit Lupus/SLE.
  • Individu yang sedang mendapat rawatan daripada pakar kesihatan.

Harga Alfalfa Complex

Alfalfa Complex Shaklee dijual dalam dua serving size iaitu S (330 biji) dan L (700 biji)

Harga: RM 60.95 (S), RM108.65 (L)
Kuantiti: 330 tablets (S), 700 tablets (L)
Sajian: 30 hari

Untuk tempahan, klik icon BUY NOW di bawah atau hubungi Kak Aya dengan meng-klik link direct WASAP ini 013.863.3224.ejen-shaklee-sabah-kota-kinabalu

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Berbaloikah Berhenti Kerja Untuk Fokus Berniaga Shaklee?

Wah, kerlas tajuk entry kak Aya hari ni. Hari ni kita sempoi-sempoi jak la ya memandangkan sebenarnya kak Aya tengah packing baju ni, esok mau balik raya, hihi… tapi boleh lah menyelit update blog ni kan.

Cerita pasal packing-packing ni, rindu pula dengan trip melancong Shaklee yang super-duper-best-gilak tu. Sejak terjebak dengan bisnes ni sejak Oktober 2012, memang tersangatlah banyak perubahan dalam hidup kak Aya.

Dari sekadar ikhtiar untuk mengatasi masalah anemia sebulan sebelum bersalin,  sehinggalah naik ke rank tertinggi Shaklee dalam masa 11 bulan dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah di institusi pengajian awam, sekarang, alhamdulillah satu persatu impian kak Aya tercapai dan banyak pengalaman hidup yang tidak mungkin kak Aya lupakan termasuklah berpeluang berjumpa dengan Angkasawan Twins NASA yang glemer ittew Mark & Scott Kelly. Serius rasa bagaikan mimpi!

So, kak sajikan gambar-gambar kenangan (sikit jak ni), sebagai “cerita” perjalanan Shaklee kak Aya yang baru setahun jagung ni.

perniagaan-untuk-surirumah-shaklee

BIG WHY kak Aya. Anak-anak 😀

Rutin, beli stock di Kota Kinabalu Shaklee Branch, COD, pos, coaching, mentoring, bebeling my team #PolluxBiz #PolluxFamily, haha… Itu semua kerja seorang pengedar shaklee dan leader shaklee.

stokis-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Walaupun bisnes kali hampir 85% secara online (class, webinar,  mentoring, coaching etc) tapi kelas offline pun best juga. Dapat laga-laga pipi dengan anak cucu Shaklee <3

ejen-shaklee-sabah-ready-stock-vivix

Ini pun sesi laga-laga pipi dengan my team #PolluxFamily. Dinner tahunan yang kami buat since tahun 2013. Even ni kami namakan PAG – Pollux Appreciation Gala. Tahun ni kitorang buat PAG RAYA, weee….

ejen-shaklee-sabah-kota-kinabalu

Kenangan Master Celebration pada tahun 2014. Acah-acah sanding kali kedua katanya. All sponsored by Shaklee. Dulu kawin pun buat di Kampung jak, haha…

sabah-kota-kinabalu-shaklee-leader

Wakil Shaklee Malaysia ke Global Conference Shaklee Orlando USA 2016. Bangga kak nama bergema satu convention hall, lagi bangga sebab pegang jalur gemilang, hihi…

shaklee-mark-scott-kelly-nasa

Abaikan muka terlebih excited kak tu. Haha… Yeay dapat bergambar dengan Astronaut Celebrity NASA, Mark & Scott Kelly, diorang ni kembar. Best gila dengar sendiri pengalaman beliau sejak kecik sehinggalah menjadi angkasawan, sungguh menginspirasikan.

saintis-shaklee-dr-bruce-daggy

Ini pula Saintis Shaklee iaitu Dr. Bruce Daggy. Beliau ni umpama ketua saintis lah. Bestkan dapat we-fie 😀

pengedar-shaklee-tawau-roger-barnett

Ini pula CEO Shaklee Mr. Roger Barnett, Billionaire ni. Gambar ni kat Orlando sewaktu menghadiri Global Conference tahun 2016.

Ini pula gambar kenangan dengan Presiden Shaklee Malaysia yang baru iaitu Madam Helen Lam. Kak Aya pernah “dating” dengan beliau di Cafe berdekatan dengan Shaklee KK Branch, best sangat bercerita dengan dia, aura positive kuat, rasa debar ja dada, meresappp.. haha.. next time try borak-borak dengan beliau, memang best!

master-shaklee-aya-chalo

Walaupun kak Aya bekas pensyarah, tapi kak Aya segan tau bercakap di pentas di hadapan ribuan orang. Tapi, di Shaklee, beberapa kali kak Aya dijemput sebagai Speaker jemputan dan yang paling mendebarkan sekali pada tahun 2015 ketika dijemput sebagai Speaker National Conference Shaklee, fuhhhhhhhhhhhh… debar weh. Tapi memang satu pengalaman yang tidak mungkin kak Aya lupakan sampai bila-bila. Ingat senang mau dijemput sebagai Speaker, hehe…

ejen-shaklee-aktif-di-sabah

Gambar kenangan bersama Leader-leader Pollux Family kak Aya sewantu Business Leader National Conference awal tahun 2017 ni. Blue wave gittew…

ejen-shaklee-indah-permai

Rindunya trip percuma Shaklee ni. Ini trip terkini iaitu bulan Mei 2017. Yang bestnya bisnes Shaklee, kita bukan saja boleh bawa suami, tapi kita boleh bawa anak dan ibu bapa sekali. Kejayaan dikongsikan dengan orang tersayang lebih seronokkan?

pelan-perniagaan-shaklee-melancong-percuma

Ini Disneyland ketiga kak Aya yang disponsor oleh Shaklee. Berbaloi usaha bila kena rewards boleh bergembira main macam kanak-kanak, hihi…

ejen-shaklee-vivix-kota-kinabalu-sabah

Posing di dalam Colosseum Rome. Ini trip percuma Shaklee tahun 2015 ke Italy. Rinduuuuuuuu….

Ok lah, cukup la kan, kalau ikut hati kak Aya mau ja tempek gambar bebanyak, tapi next time pula la kak Aya share, hihi… kena sambung packing semula ni. Besok mau balik raya, weee…

Oh ya, menjawab persoalan berbaloi ka tidak kak Aya resign kerja dan fokus berniaga Shaklee di atas tu, semestinya kak kata sangat berbaloi. Cuma, kita kena pastikan untuk sentiasa fokus, kerja keras, jangan lalai, bantu downline untuk sama-sama berjaya dan kita kena yakin, rezeki Allah itu luas, kita boleh jana pendapatan melalui pelbagai cara, dan kak Aya pilih Shaklee.

So, kalau cik kak berminat mahu tahu dengan lebih lanjut tentang perniagaan Shaklee, jangan segan untuk kontek kak Aya tau. Klik ja ini untuk direct wasap 013.863.3224. Jumpa lagi!

Luv,
Kak Aya Chalo
Syioknya kerja dari rumah

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Ramai Ibu Tidak Tahu

Lelehan keputihan yang berlebihan semasa hamil adalah sesuatu yang normal selagi ianya berwarna putih. Namun ianya bertukar menjadi abnormal sekiranya lelehan bertukar warna menjadi kekuningan atau kehijauan.

punca-keputihan-teruk-semasa-hamil

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau Keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.

Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj.

Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin.

Sepanjang mengandungkan 4 orang anak, Kak Aya pernah terkena jangkitan faraj sekali sewaktu hamil anak pertama.

Mula-mula cuma ada lebihan lelehan berwarna putih, lama kelamaan ia bertukar menjadi kekuningan dan kehijauan. Lepas tu gatal ya ampun. Memang tidak sedar tangan ni asyik menggaru sampai tahap luka kulit tu, huhu… sampai satu tahap kak Aya tidak dapat tahan, barulah kak pergi ke Klinik dan dapatlah ubat untuk dimasukkan ke faraj.

Ubat pertama ni kurang berkesan. Kejap jak bertahan. Kemudian dijangkiti semula. Kali kedua kak Aya inform nurse di KKIA, so doktor check guna “mulut itik” acah-acah papsmear untuk ambil sample lelehan. Ya… memang lelehan tu sudah berwarna kehijauan, patutlah gatal gila!

cara-mengubati-keputihan-ketika-mengandung

Jangkitan yis semasa hamil.

 

Selepas result lab keluar, kak Aya pun diberikan ubat yang sesuai dengan jangkitan yang kak hadapi, ubat ni untuk dimasukkan ke dalam faraj. Kak lupa berapa hari kena masukkan ubat, tapi yang kak ingat memang setiap pagi sewaktu kencing, akan keluar semua putih-putih tu dari faraj. Alhamdulillah kali ni berkesan. Kegatalan tidak kembali dan lelehan pun terkawal.

Selepas kes ni, barulah kak Aya study pasal keputihan. Rupa-rupanya antara satu risiko jangkitan faraj ni boleh menyebabkan mata bayi buta, huhuhu… insaf mak, nasib baik anak sihat walafiat. Ya lah, bayangkan kalau kak Aya biarkan keadaan tu sebab malas pergi klinik kan? Nauzibillah min zalik, huhu…

Mengambil pengajaran dari pengalaman ni, setiap kali mengandung kak Aya betul-betul jaga kebersihan agar tidak mendapat jangkitan faraj. Sewaktu hamil anak keempat, kak Aya amalkan suplemen untuk elak jangkitan kuman dan kuatkan antibodi. Almaklumlah anak keempat baru berkenalan dengan suplemen kan. Dan hasilnya? Alhamdulillah tiada jangkitan sehingga melahirkan.

Ok, memandangkan keputihan ni masalah biasa dikalangan ibu hamil, dan seringkali dianggap perkara remeh, kak Aya share apa risiko keputihan semasa hamil jika tidak dirawat dengan segera.

Antara Risiko Keputihan Yang Ramai Ibu Tidak Tahu

1. Sawan

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi.

2. Gangguan Pernafasan Kepada Bayi

Jangkitan keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian bayi.

3. Kelahiran Pra-Matang

Keputihan yang disebabkan oleh Chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang kerana menyebabkan selaput ketuban pecah sebelum cukup bulan.

4. Jangkitan mata

Keputihan yang berpunca oleh Neisserea Gornorrnoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan mata bayi buta.

Tips Mencegah Jangkitan Faraj

  1. Pakai seluar dalam daripada material kapas yang longgar.
  2. Jangan mencuci faraj menggunakan sabun. Ia akan membunuh bakteria baik yang melindungi faraj anda.
  3. Sentiasa pastikan faraj bersih dan kering. Lapkan punggung dari hadapan ke belakang selepas masuk tandas.
  4. Elakkan penggunaan pantiliner yang kerap. Gunalah jika perlu sahaja.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula sebab ketika hamil faraj mengandungi gula yang tinggi disebuk glikogen, inilah yang menggalakkan pertumbuhan kulat.
  6. Basuh faraj dengan bersih sebelum dan selepas berjimak.
  7. Amalkan suplemen anti-fungus dan penggalak sistem imun untuk melawan jangkitan kuman.

Untuk tips ke-7, kak Aya mau kongsikan sket tentang suplemen yang boleh membantu ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Dua suplemen yang kak Aya amalkan sewaktu hamil anak keempat adalah Garlic dan Nutriferon. Dua-duanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang disimplify untuk memudahkan diambil.

Apa fungsi Garlic Complex dan Nutriferon ni?

#1 – Garlic

Ianya dibuat daripada Bawang Putih premium yang ditanam secara organik yang bebas daripada racun berbahaya. Berbeza dengan produk garlic di pasaran, Garlic Complex Shaklee menggabungkan manfaat bawang putih dengan herba rosemary sebagai antioksida. Untuk mengurangkan bau bawang putih, Garlic Complex ditambah dengan Spearmint, tu yang wangi sangat tablet garlic shaklee ni.

rawatan-keputihan-semasa-mengandung

Fungsinya? Ia merupakan Antibiotik semulajadi yang menghalang penyakit berjangkit seperti jangkitan yis candida, jangkitan virus, jangkitan kuman dan ia juga meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan glukos. Ingat lagi tadi gula boleh menggalakkan pertumbuhan kulat? Inilah fungsi garlic dalam memberikan perlindungan secara semulajadi.

#2 – Nutriferon

Nutriferon adalah produk berpaten yang dibuat daripada ekstrak 4 tumbuhan iaitu Biji Labu, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan Biji Plantago. Nutriferon ni merupakan satu formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee, so memang tidak akan jumpa di kedai-kedai, kena beli dengan kak Aya jak, hihi…

Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Apabila sistem pertahanan imun kita lemah dan jika kita diserang oleh kuman, mikrofaj yang banyak melalui pernafasan, sentuhan, makanan, persekitaran dan sebagainya, badan kita akan mudah sakit, stress, alergi, kena jangkitan dan sebagainya.

Pada saat kehamilan, sistem imun kita berada pada tahap terendah, tu sebab kena juga amalkan immune booster untuk pastikan badan sentiasa kuat untuk melawan jangkitan termasuklah serangan kulat, virus dan sebagainya.

ubat-keputihan-teruk-semasa-hamil

So, agak lengkap juga penerangan kak Aya tentang keputihan semasa mengandung ni kan? Ingat ibu-ibu, jangan pandang remeh keputihan ni terutama kalau sudah jadi abnormal tu. Sebab kita bukan tahu “siapa” yang menyerang kita kan. Takut-takut ja virus/bakteria yang paling jahat sekali yang boleh beri kesan terhadap baby dalam kandungan, huhu…

Jadi, nasihat kak Aya, amalkan semua tips yang kak cadangkan di atas. Kalaulah lelehan tu sudah pelik lain macam, tolonglah berjumpa doktor dengan segera. Jangan gadaikan nyawa anak dan diri kita sendiri sebab anggap benda ni remeh temeh.

Kalau mahu melindungi diri sebelum terkena jangkitan, bolehlah amalkan suplemen yang kak cadangkan. Wasap kak Aya untuk konsultasi, klik ja link kat bawah tu ATAU klik icon BUY NOW dibawah untuk tempahan Garlic dan Nutriferon (atau salah satu) secara online dan pembayaran boleh menggunakan Debit/Kredit Kad. Mudah sangats 😀

ubat-keputihan-semasa-mengandung-5-bulan

Luv,
Kak Aya Chalo
Direct wasap klik 013-8633224
Say No To Keputihan Semasa Hamil

Tips Mudah Hamil Untuk Elak Soalan Bonus Di Pagi Raya

“Ko suda ada berapa orang anak?”, soalan keramat yang paling sukar dijawab tiap kali tiba Syawal bagi pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Ya lah, sejak 5 tahun berkahwin, setiap kali balik kampung dapat soalan yang sama. Walaupun faham soal rezeki tu ditentukan oleh Allah, tapi tetap perit bila menusuk gegendang telinga, berjuta perit lagi menusuk ke jiwa.

Soalan-soalan sebegini biasa diajukan bila tiba Hari Raya. Yang tiada anak akan dapat soalan “bila lagi nak mengandung?” Yang ada anak pula akan dapat soalan “bila lagi mahu tambah rakyat?”

Masalah kesuburan ni memang menjadi satu “beban” kepada pasangan yang telah lama berkahwin.

tips-untuk-mengandung-hamil-awal

Antara penyebab kepada masalah kesuburan suami dan isteri termasuklah:

  • Suami yang mempunyai saluran sperma yang tersumbat yang menghalang sperma daripada bercampur dengan air mani suami
  • Kualiti dan kuantiti sperma suami yang rendah
  • Masalah ejakulasi dan mati pucuk
  • Masalah obesiti samada suami atau isteri
  • Tiub fallapio isteri tersumbat
  • Masalah cyst, fibroid atay endometriosis
  • Rahim terbalik
  • Tekanan atau stress

Dan pelbagai lagi masalah lain.

ubat-subur-untuk-hamil

Namun, selain berdoa, kita perlu berusahakan?

Malam ni kak Aya mahu share satu tips daripada pakar sakit puan terkemuka negara iaitu Dr. Hamid Arsyat. Seperti yang kita tahu, beliau telan membantu ramai pasangan untuk mendapat cahayamata (izin Allah jua).

tips-cepat-hamil-selepas-haid

Tips tingkatkan kesuburan untuk cepat hamil oleh Pakar Sakit Puan Dr. Hamid Arshat

“Seorang pesakit berumur 32 tahun, sudah 11 tahun kahwin dan sudah buat ujian dan berbagai jenis rawatan kesuburan termasuk IUI tapi gagal hamil. Ada seorang anak angkat berumur 7 tahun. Jumpa saya untuk rawatan pada bulan october 2012. Saya beri Adipex untuk pecah lemak, Vit E, Vit C dan Folix Asid. Alhamdulillah dia sudah hamil 7 minggu dan scan sahkan kandungannya baik. Saya pesan dengan dia dan suami buat amal2 untuk tunjuk syukur kepada Allah SWT.” – Dr Hamid Arshat.

Kalau melihat kepada kebanyakan status Facebook Dr. Hamid Arshat, mostly dia akan suggest kepada pemakanan seimbang, amalan rohani dan amalkan suplemen untuk melengkapkan nutrisi yang menyokong badan untuk meningkatkan peluang kehamilan.

Bagaimana Nutrisi Di Dalam Suplemen Boleh Membantu Dalam Masalah Kesuburan?

Empat suplemen yang Dr Hamid cadangkan di atas iaitu Pemecah Lemak, Vit E, Vit C dan Folic Asid ada di dalam range produk semulajadi Shaklee. Produk semulajadi insyaAllah lebih mudah diserap oleh badan dan tidak meninggalkan kesan negatif.

So kak Aya akan terangkan tentang kepentingan setiap suplemen berdasarkan kepada produk Shaklee ya.

Lecithin Pemecah Lemak

Lecithin Shaklee diperbuat menggunakan sumber semulajadi daripada kacang soya non-GMO. Lecithin sangat penting diambil bagi pasangan yang mempunyai masalah obesiti atau berlebihan berat badan untuk menurunkan berat badan secara efisien.

Lecithin berfungsi untuk membantu dalam pemecahan lemak secara semulajadi kepada molekul-molekul kecil untuk penghadaman sekaligus menurunkan berat badan secara efisien.

Harganya yang mampu milik sudah tentu tidak membebankan pasangan yang betul-betul mahu memiliki cahayamata.

Vita E Complex Shaklee

Vitamin E adalah satu vitamin anti-oksida yang sangat baik untuk melindungi sel daripada mengalami kerosakan. Istimewanya Vita E Shaklee kerana dilengkapi dengan Selenium dan Ekstrak Biji Anggur untuk menambahkan lagi kuasa anti-oksidannya.

makanan-subur-buat-suami

Kajian Vita E dan Selenium yang membuktikan mampu membantu meningkatkan kualiti sperma

 

Antara manfaat Vita E adalah untuk meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikal bebas yang boleh merosakkan sperma.

Gabungan Vita E dan Selenium pula berkuasa untuk meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan pergerakan sperma, laju gittew.

Vita C Plus Shaklee

Vita C Shaklee berbeza dengan Vitamin C di pasaran kerana diperbuat daripada sumber semulajadi ekstrak kanji jagung yang mempunyai sistem pelepasan yang konsisten agar lebih berkesan.

sebab-susah-hamil

Melalui kajian, Vita C memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan peluang untuk hamil, menjaga kualiti sperma, memberi keseimbangan hormon dan meningkatkan sistem imun tubuh serta support kehamilan yang sihat.

Suami isteri amalkan memang cun sangat ni.

Asid Folic di Dalam B-Complex Shaklee

Asid folic ataupun Folat/B9 vitamin terkandung di dalam B-Complex Shaklee. Ia sangat penting diambil ketika merancang untuk hamil, ketika hamil dan selepas melahirkan bayi.

Asid Folic (B9) adalah satu vitamin yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak. Jadi ia sangat penting dalam proses kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan penting disaat telur “ditanam” di dalam rahim.

Untuk suami pula, asid folik turut membantu mengatasi masalah kesuburan. Ia akan mengurangkan kecacatan dalam kromosom sperma suami. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom dan jika disenyewakan akan menghasilkan janin yang tidak sihat dan tidak dapat hidup lama. So, kalau isteri balik-balik keguguran pun ini antara satu puncanya. Jadi, pihak suami pun kenalah amalkan B-Complex ya.

Nampaknya sangat besar fungsi Asid Folik ni, patutlah Dr. Hamid duk ulang-ulang makan folic asid, makan folic asid. Hihi…

makanan-untuk-cepat-hamil

Bila doktor pun suggest, mestilah bertambah yakin dengan Nutrisi Kesuburan Shaklee kan.. kak Aya pun planning dapat anak keempat dengan set ni tau. Alhamdulillah sekarang babynya suda berusia 2 tahun lebih 😀

Panjang lebar kak Aya explain ni. Kalau tak paham, boleh wasap kak Aya terus. Kak bukan apa, sebenarnya tadi baru dapat whatsapp dari kawan meluah perasaan almaklumlah minggu depan sudah nak raya kan. Sebelum ni Kak Aya pesan amik set ni dan try petua mempercepatkan kehamilan secara moden dan tradisional ni, tapi biasalah manusia memang degil, huhu…. Lagi seminggu raya baru order, terlepas lah peluang untuk jadi baby Ramadhan, tapi insyaAllah boleh jadi baby Syawal, hihi… Kita usaha dan doa bebanyak ja la kan.

Kak Aya belanja 2 testimoni customer kak Aya yang sudah hamil dengan mengambil nutrisi kesuburan shaklee.

tips-cepat-mengandung-selepas-haid

“The greatest gift ever bila nampak 2 line yang ditunggu-tunggu sudah muncul! Hehe, tidak juga la lama suda berkahwain, cuma kami try-try dan rancang mau dapat baby tapi belum dapat rezeki. Sampai beratus-ratus duit habis check di hospital, beli pregnancy test la semua, semua sia-sia jak. Sampai saya nampak iklan di Facebook pada ni set kesuburan untuk husband and wife, dan nampak testimoni yang sangat positive, tanpa mengira harga tu supliment dengan perasaan kecewa time tu, kami terus beli di hari 1st saya period juga. Nah! tidak sampai 1 bulan ja saya makan tu Shaklee, hari ni saya positive. Thanks God, tq kak..”

cara-cepat-hamil-selepas-haid

Customer kak Aya yang ni pun memang beli sewaktu period. Alhamdulillah dipermudahkan untuk beliau untuk hamil anak ke-3.

 

Kalau mahu order set ni (jangan jadi macam kawan kak Aya tu, bertahun baru nak try, ), klik gambar BUY NOW di bawah untuk pembelian secara online menggunakan Debit/Credit Card atau hubungi kak Aya melalui whastapp http://ayachalo.wasap.myubat-supaya-subur-mudah-hamil

Luv,
Kak Aya Chalo
013.863.3224
Sedia membantu untuk lebih subur

Pengedar Vivix Shaklee Ready Stock Di Kota Kinabalu Sabah

Dua tiga hari ni banyak kak Aya dapat panggilan dari customer yang bertanyakan tentang Vivix. Ada yang sanggup tunggu, ada yang mahu cepat, so ada baiknya kak Aya senaraikan beberapa ejen Vivix Ready Stock under Pollux Family so bolehlah anda hubungi diorang terus untuk dapatkan produk Top Shaklee ni iaitu Vivix.

Sebenarnya kak Aya ada ramai lagi ejen untuk team #PolluxBiz di seluruh Malaysia, boleh refer info diorang ni di ruangan komen ya 😀

Bagi yang masih blur-blur apakah benda Vivix ni, bolehlah baca penerangannya di artikel Mengapa Anda Perlu Amalkan Vivix Setiap Hari ni. Setiap hari semakin ramai orang amalkan Vivix, so jangan ketinggalan uolls.

beli-vivix-kota-kinabalu-sabah

Inilah Vivix, si sirap merah yang powerful!

So, kalau perlukan Vivix dengan kadar segera, bolehlah berhubung terus dengan ejen Vivix Shaklee Kota Kinabalu yang kak Aya senaraikan di bawah atau di ruangan komen.

Pengedar Vivix Shaklee di Kota Kinabalu Sabah

#1 – Sue Anna

Phone: 601125353733
Facebook : Sue Anna
Instagram: @sue_anna86
Blog: mysimplysupplement.blogspot.my
Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/601125353733

Untuk order secara online (boleh bayar guna Debit/Kredit Card, klik gambar Sue Anna di bawah)

beli-vivix-melalui-ejen-sah-vivix-kota-kinabalu

Ejen Vivix Ready Stock Kota Kinabalu, Sue Anna. Klik gambar untuk Order secara online.

#2 – Nowa Nija

Phone: 60138748191
Facebook : Nowa Nija
Instagram: @nijabagitips
Blog: mommynowa.blogspot.my
Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/60138748191

Untuk order secara online (boleh bayar guna Debit/Kredit Card, klik gambar Nowa Nija di bawah)

cara-beli-vivix-di-sabah-kota-kinabalu

Ejen Vivix Ready Stock Kota Kinabalu, Noah Nija. Klik gambar untuk Order secara online.

#3 – Knur Surayati Razali

Phone: 60168429181
Facebook : Knur Surayati Razali
Instagram: @my_happyvitamins
Blog: ladyjelita.blogspot.my
Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/60168429181

Untuk order secara online (boleh bayar guna Debit/Kredit Card, klik gambar Knur di bawah)

harga-vivix-sabah-kota-kinabalu

Ejen Vivix Ready Stock Kota Kinabalu, Noah Nija. Klik gambar untuk Order secara online.

#4 – Easter Marcus

Phone: 60198952315
Facebook : Easter Marcus
Instagram: @easter_vits
Direct Whatsapp: http://eastervivix.wasap.my

Untuk order secara online (boleh bayar guna Debit/Kredit Card, klik gambar Easter di bawah)

vivix-ready-stock-kota-kinabalu-sabah

Ejen Vivix Ready Stock Kota Kinabalu, Easter Marcus. Klik gambar untuk Order secara online.

#5 – Aya Chalo

Phone: 60138633224
Facebook : Aya Chalo
Instagram: @ayachalo_vits
Blog: ayachalo.com
Direct Whatsapp: http://ayachalo.wasap.my

Untuk order secara online (boleh bayar guna Debit/Kredit Card, klik gambar kak Aya di bawah)

pengedar-shaklee-jual-vivix-sabah

Ejen Vivix Ready Stock Kota Kinabalu kak Aya. Klik gambar untuk Order secara online.

Ok, cukup 5 info Pengedar Vivix di kawasan Kota Kinabalu, selebihnya anda boleh dapatkan contact number ejen berhampiran kawasan anda di ruangan komen.

Kalau mau juga beli Vivix dari kak Aya, boleh la hubungi kak Aya terus di 013.863.3224 atau klik link ni untuk terus masuk ke whatsapp kak Aya, http://ayachalo.wasap.my.

Info lanjut tentang kebaikan, manfaat, keistimewaan Vivix kak ceritakan dalam entry Mengapa Vivix Menjadi Top Produk Shaklee Malaysia ni.

Luv,
Kak Aya Chalo
Vivix Trusted Seller Since 2012

5 Restoren Halal di Seoul Korea Wajib Try Kalau Ke Sana

Kak Aya teruja bila bercerita pasal makanan ni. Lebih-lebih lagi makanan kampung sendiri di Seoul tu kan, jangan nda tau kak ni orang Korea sesat, hihih… Antara salah satu sebab mengapa kak Aya balik-balik rindu kampung adalah makanannya. Dari Dakgalbi, ke Bulgogi, ke Kimbap, ke Lamb BBQ, ke Tteokbokki ke food street di Myeongdong memang boleh buat gila bayang.

restoren-halal-di-seoul-korea

Gara-gara rindu kak Aya siap try buat sendiri Danmuji (jeruk lobak putih), Kimbap, Bulgogi dan beberapa jenis makanan korea lagi. Step by step buat Danmuji dan Tuna Kimbap kak kongsikan dalam entry ni. Resipi Bulgogi pun ada. Try la, sedap 😀

So malam ni kak akan share beberapa restoren halal atau yang diyakini di Seoul yang kak Aya sudah try sendiri. Untuk info, kebanyakan restoren di Seoul menghidangkan banchan dan air putih secara percuma. Banchan tu adalah side dish contohnya kimchi, seaweed, danmuji, ikan bilik, dan macam-macam lagi.

Restoren Halal Wajib Try Jika Ke Seoul Korea

  1. Nami-Ok Restaurant

Jika ke Nami Island, bolehlah singgah lunch sebentar ke Restoren Nami-Ok. Restoren ni adalah restoren halal (kat luar kedai ada logo halal). So bolehlah makan ayam atau daging dengan gembira.

Menu yang famous di sini adalah Chicken Dakgalbi. Dakgalbi ni acah-acah nasi goreng. Tapi menggunakan paste Gochujang. Rasanya pedas-pedas manis dan memang heaven lah. Selalunya pelayan restoren akan sediakan bahan-bahannya seperti nasi, rice cake, kobis, marinated chicken, seaweed dan kita yang akan “goreng” nasi tu.

cara-pergi-ke-nami-ok-halal-dakgalbi-seoul

Husband ku kaki selfie, haha.. nampak logo halal tu?

Satu lagi menu yang biasa dicuba dalah Stir-Fried Squid, tapi kak Aya tidak sempat try hari tu. Oh ya, kak pergi Seoul dah 2 kali. 1st dengan personal tour guide, yang kedua backpack jak dengan Husband. Restoren ni kak pergi semasa travel backpack tu.

Dari Seoul ke Gapyeong boleh menaiki bas atau ITX. Kak prefer ITX sebab laju dan santai. Boleh baca sini untuk Tips ke Nami Island menaiki ITX.

nami-ok-halal-makanan-korea-dakgalbi

Halal Chicken Dalgalbi. Yeehaa! Jom makan!

Sedikit Travel Tips dari kak, rancang perjalanan ke Nami Island ni, ambil ITX sebelah pagi (9am gitu) dan sebaik saja sampai, terus ke Nami-Ok sebelum ke Nami Island. So bila sudah kenyang, masuk ke Nami Island terus boleh round satu pulau. Kalau lapar lagi, di Nami Island ada 2 restoren halal juga iaitu Asian Cuisine dan nasi goncang di Drama Cafe, makanan ringan seperti jagung dan ubi manis panas-panas pun ada dijual kat sana.

Alamat: South Korea, Gyeonggi-do, Gapyeong-gun, Gapyeong-eup, 읍내리 786-2
Waktu Operasi: 9am – 7pm
Phone: +82 10-2181-1686
Price: Chicken Dakgalbi – 12000won seorang

2. Yang Good Halal BBQ Lamb Restaurant

Kalau ke korea, tidak aci kalau tidak try Lamb BBQ halal ni, sedap weh. Haha.. 1st time datang ke Seoul, kak guide ada bawa kak Aya kat sini, tapi bukan rezeki, restoren tutup. Kali kedua ni kak Aya datang sendiri dengan husband. Alhamdulillah ada rezeki dan makanannya memang sedap ya ampunnnn… Lamb grill ja pun but the feeling tu yang buat rasa best. Dah la boleh bancuh free flow coffee maxim (korean coffee) secara free. Bayangkan weather di luar sejuk, di dalam restauran hangat. Best!

yang-good-korean-bbq-lamb-halal-seoul

Lepas turun bukit, jalan sikit boleh nampak signage kuning ni. Nampak tu logo halal besar gedabak di atas map Aussie?

Kalau makan sini kenalah try makan Lamb Rack dan Soybean Paste Stew. Oh ya, restoren ni pun ada sijil Halal tau. So makanlah lamb ittew tanpa was-was.

Alamat: 서울특별시 강남구 논현로95길 15 (Seoul, Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15)
Waktu Operasi: 4pm – 2am

Phone: 02-567-7060
Price: Lamb Rack – 22000won, Soybean Paste Stew – 3000won

yang-good-halal-seoul-bbq

Lamb Rack yang telah dipotong-potong. Best sangat sebab grill sendiri. Hehe…

Tips, restoren ni hanya buka pada jam 4 petang. So datang untuk Dinner. Macamana nak ke Yang Good Restaurant ni? Kak Aya ke sini dengan  menaiki Subway. Naik Subway sampai Station Yeoksan (Line 2), dan keluar ke Exit 6. Jalan terus sampai hujung, nanti jumpa KFC sebelah kiri. Masuk simpang kiri tu. Belok kanan, jalan naik ke arah bukit dan jumpa simpang pertama sebelah kiri, masuk simpang tu dan jalan sikit (turun bukit pula) dan akan jumpa restoren ni (sebelah kiri), bangunan yang ada map Australia besar gedabak.

3. Busan Jib Halal Restaurant

Ok, restoren ketiga pula. Yang ni kak Aya tak rekomen sangat sebab mahal gilos. Kak makan dalam kesenduan. Hihi.. tapi yang best sebab dia halal di tengah-tengah kebizian Myeongdong.

makan-halal-di-myeongdong-busan-jib

Restoren Halal di tengah-tengah Myeongdong. Agak pricey dengan makanan yang sebegitu. Kalau mau budget sket boleh jalan terus sehingga ke hujung lorong ni dan ada restoren Yooganae depan tu. Boleh makan Dakgalbi Seafood. Sedap gak.

Makanan yang kak Aya try disini adalah Asam Pedas dan Oyster Pancake. Rasanya pun sederhana sahaja. Sebenarnya dulu di barisan deretan kedai ni ada 1 restoren yang kak guide bawa kak Aya. Asam pedasnya ya ampun sedap gilaaaa.. tu sebab kak Aya datang sini konon cari restoren tu tapi malangnya dah tutup, sobs.

asam-pedas-korea-halal-di-myeongdong

Asam pedas korea. Tapi kak tetap rindu yang di kedai tutup tu, huhu…

menu-harga-makanan-busan-jib-myeongdong-seoul

Menu yang mencekik darah bagi kak Aya. Apa boleh buat dah terminum air baru buka menu, terpaksa la teruskan order, haha…

Lokasi restoren ni di celah bangunan. Kalau  naik subway dan turun di Myeongdong Station Line 4 (Biru) dan keluar di Exit 6. Pergi ke arah kiri dan jalan terus sehingga jumpa Frisbee Apple (logo Apple Iphone tu) dan belok kanan. Di celah ni la boleh jumpa Busan Jib. Kalau jalan terus akan jumpa restoren Yoogane (kak cerita kat bawah).

Address: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, 서울특별시 South Korea
Waktu Operasi: 10am – 10pm
Phone: +82 2-777-8660
Price: Asam Pedas – 20000won, Oyster Pancake – 20000won

4. Mabongnim Halmoeni Tteokbokki di Sindang-Dong

Restoren yang ni tiada logo halal tapi menurut buku Backpack Korea yang ditulis oleh pelajar Malaysia di Korea, restoren ini cuma menghidangkan seafood. So, bagi kak Aya ok jak sebab tiada pun yang meragukan.

Sindang-Dong ni adalah area yang glamour dengan Tteokbokki (Spicy Stir Fry Rice Cake) dan digelar sebagai Tteokbokki Town . Tteokbokki ni adalah makanan korea yang terdiri daripada kek beras, fishcake, sayuran, telur, kadang kala diletak ramen dan diletakkan dengan Gochujang (paste lada besar). Rasanya manis-manis pedas, memang sedap!

Cara ke sini? Kak Aya naik subway jak, turun di Sindang Line 2, Exit 8. Exit 8 ni susah sket mau nampak, so just follow laluan brown-orange Exit 6 sehingga jumpa Exit 8. Bila sampai luar, akan nampak Fire Station, belok kiri dan jalan terus sehingga nampak arch lampu lip lap. Restoren makcik tu cuma sebelah kiri selepas arch tu. Boleh tengok ramai orang restaurant tu.

tteokbokki-halal-sindang-dong-makanan-seoul

Malam-malam dingin mencucuk tulang pun kak Aya sampai tau demi makan, haha.. Restoren Tteokbokki belah kiri tu, yang ada hijau-hijau, betul-betul di belakang arch ni.

Cara order? cakap ja nak Tteokbokki, ahjumma tu dah faham dah sebab ramai juga orang Malaysia datang sini. Kena try la sekali. So balik Malaysia boleh banding dengan mana-mana restoren Korean sini pula.

Rasanya? Sungguh tidak mengecewakan sebab acah-acah makanan kita juga (cuma tidak berempah ratus lah), manis, pedas, memang ngam dengan tekak kak Aya dan husband. Licin kitorang makan, hahaha…

tteokbokki-halal-di-seoul-korea

Hehe, muka puas hati hajat tercapai… tengah tunggu makanan mendidih dan masak.

sindang-dong-tteokbokki-halal-korea

Slurppp… tengok gambar pun boleh terliur ni, haha…serius sedap.

Alamat: 5, Dasan-ro 35-gil, Jung-gu, Seoul
Waktu operasi: 9am – 12am
Phone: +82-2-2232-8930
Price: Tteokbokki – 11000won/2 orang

5. Yoogane Myeongdong

Restoren ni menawarkan pelbagai Dakgalbi (nasi goreng korea). Ok, ni pun sama status dengan restoren Tteokbokki tadi. Logo halal tiada, so maksudnya tidak boleh makan makanan yang ada daging or ayam, tapi kat sini tiada v*vi tu ya. So apa yang boleh dimakan? tentunya seafood.

lokasi-yoogane-myeongdong-seoul

Nampak signage putih-oren-kuning ni, itulah restoren Yoogane. Merata-rata kat Seoul.

So boleh order Seafood Dakgalbi. Sama macam di Nami-Ok tadi. Waitress akan serve nasi, seaweed, sayuran, octopus dan Gochujang paste untuk dimasak. Yang ni diorang yang akan masakkan. So tunggu ja la. Di sini ada kaunter banchan, so sila amik sendiri, free flow juga.

yoogane-seafood-dakgalbi-myeongdong

Muka happy jumpa makanan

Yoogane ni banyak cawangan. So mana-mana cawangan pun sama. Di Myeongdong ni ada 2 cawangan tidak silap. Kak Aya pegi yang berhampiran dengan Busan Jib tu. So mau ke sini follow jak macam arahan kak bagi untuk Busan Jib.

Address: 8 Myeongdong 4-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea
Waktu operasi: 10am – 1am
Phone: +82 2-3789-2492
Price: 11000won/2pax

Myeongdong Food Street

Ok, selain 5 restoren di atas, sebenarnya di Myeongdong Street pun sangat banyak makanan “food street” yang mengenyangkan. Selalunya sebelah malam area ni sangat happening, penuh gerai dan penuh juga dengan pelancong. Ini antara makanan yang boleh dimakan tanpa ragu-ragu.

street-food-roti-telur-halal-di-myeongdong-street

Korean Egg Muffin. Rasanya sedap, dalamya ada telur. Rasa manis-manis sket.

pancake-pisang-halal-korea

Pancake pisang

pancake-ikan-myeongdong-halal-food-street

Pastry Ikan. Filling dia ada macam-macam.

makanan-tepi-jalan-di-myeongdong

Seafood tempura. Yang ni kak Aya beli 2x. Haha.. sedap dimakan bersama sos yang disediakan. Pedasss…

makanan-halal-di-myeongdong-kentang

Kentang ni sedap. Tapi Malaysia pun ada kan? hihi…

lobster-cheese-myeongdong-makanan-halal

Lobster Cheese, nyums!

kuih-tradisi-korea-di-myeongdong

Yang ni kuih tradisional korea, iaitu Gula Tarik (tidak tau korean name dia apa) diperbuat daripada madu dan diletakkan filling memacam. Boleh pilih.

kimbap-halal-di-myeongdong-seoul

Kimbap! Sebenarnya rindu kimbap di SInchon Hostel tapi tidak sempat ke sana. So tapau ini jak balik Malaysia. Octopus ni pedassss.

kimbap-halal-di-seoul-myeongdong

Berliur pula tengok ni, haha!

mochi-korea-strawberry-myeongdong

Yang ni kak Aya lupa apa nama dia, tapi acah-acah mochi, kuih pulut dalamnya ada red bean paste. Yang ni special sikit, sebab selain red bean paste dalamnya ada juga sebiji strawberry. Serius sangat refreshing. Gabungan manis masam-masam, sedap!

susu-pisang-korea-onigiri

Snack untuk mengisi perut kosong sementara tunggu sampai ke restoren atau bila-bila masa. Boleh beli susu pisang pelbagai perisa di 7E, boleh juga beli Tuna Onigiri sekali (pinjam nama dalam bahasa Jepun, lupa sudah korea panggil apa). Tips untuk beli Onigiri tu, tanya dulu tau kalau ragu-ragu, sebab ada macam-macam jenis juga. Carilah yang seafood.

Fuhh.. terdera emosi (dan perut) kak Aya siapkan entry ni. Tapi info bebanyak simpan sorang-sorang buat apa kan? Bila kongsi tu jadi lebih bermanfaat terutamanya buat traveller muslim yang akan ke Seoul, mudahlah mencari makanan halal kan?

Ok lah, cukup ini saja entry kali ni. Siapa mau tau restoren dan makanan best di Bangkok pula? Entry akan datang kak Aya share ya. Jumpa lagi!

Luv,
Kak Aya Chalo
Korea dihatiku

8 Produk Shaklee Jepun Kalau Masuk Pasaran Malaysia Mesti Best Gila

Sebenarnya kak Aya teruja dengan entry hari ni. Sebab kak mau share beberapa produk Shaklee Japan yang sangat best yang kak Aya dapat atau beli bulan lepas sewaktu menghadiri incentive trip ke sana.

Shaklee sebenarnya ada di 8 buah negara termasuklah Jepun. Produk Shaklee pun sebenarnya sangat banyak dan berbeza di setiap negara bergantung kepada permintaan atau kelulusan pihak berkuasa. Produk yang masuk ke Malaysia pula sangat istimewa sebab dibuat di kilang berbeza dengan produk lain yang diluluskan Halal oleh Islamic Service Of Amerika (ISA). Badan ini diiktiraf oleh JAKIM sejak tahun 1983.

So hari ni kak Aya akan kongsikan beberapa produk Shaklee Jepun yang kak dah try.

Kalaulah semua produk ni masuk Malaysia kan besttttt… cuma kenalah dapatkan sijil halal dan kelulusan masuk Malaysia. Oh ya, produk yang kak beli ni kak sudah check (staff Shaklee pun dah checkkan), insyaAllah tiada bahan-bahan yang meragukan, sebab kat Jepun, produknya ada juga menggunakan porcine, hihi… so kalau nak ke Jepun dan beli produk Jepun, kena hati-hati tau.

vivix-ready-stock-sabah-indah-permai

8 Produk Shaklee Jepun Yang Kalau Masuk Malaysia Mesti Best Gila

  1. ESP Pelbagai Perisa

    Semua pun tahunESP merupakan salah satu produk Top 10 di Malaysia. Yang ada di sini cumalah perisa Vanilla. Di Jepun pula ada pelbagai perisa iaitu Choco, Pecan, Coffee, Peach, Regular dan Vanilla. Mana satu yang sedap? Sejujurnya kak Aya suka kesemua perisa yang ada. Semua sedap! Tapi yang kak paling suka sekali adalah Peach sebab wangiiii sangat.

    ejen-shaklee-kk-sabah

    Instant Protein Assorted Pack. Ni best gila kalau ada di Malaysia, senang nak bawa balik kampung, senang bawa travel, boleh tukar-tukar taste. hihi… Doakan masuk Malaysia suatu hari nanti. Tinggi permintaan ni.

    Manfaatnya? sama macam ESP Shaklee yang ada disini. Untuk gebu-gebu, untuk cantikkan kulit, kuku, rambut, untuk sustained energy dan untuk kenyang yang lebih lama. Banyak lagilah manfaat ESP ni.

2. Shaklee Fiber

Shaklee Fiber ni dulu tidak silap memang ada di Malaysia. Tapi kak Aya no idea kenapa dihentikan pada pertengahan 2013. Alhamdulillah merasa juga yang dari Jepun ni.

Shaklee Fiber ni adalah satu serbuk fiber semulajadi tanpa perisa yang boleh di tambah ke dalam minuman seperti ESP, Instant Protein, jus, Vivix atau Performance Drink. Minum macam tu saja pun boleh.

pengedar-shaklee-kota-kinabalu-ready-stock

Shaklee Fiber ni kak Aya dapat sebagai gift semasa Dinner bersama Dr. Kojima (Inventor Nutriferon Shaklee) di Imperial Jepun tempoh hari. Dapatlah 3 kotak, kak 1, Awal 1, papanya 1. Alhamdulillah merasa gak. Sekarang ni setiap kali sahur kami minum ni, anak-anak pun kak Aya bagi sebab ia bantu juga untuk rasa kenyang yang lebih lama.

Antara manfaat Shaklee Fiber termasuklah untuk kesihatan usus, mudah lawas, elak sembelit dan buasir. Kak Aya minum ni memang rasa best jak membuang, puas gittew, hihihihi… jadi kalau Shaklee Fiber ni masuk Malaysia, boleh la kita “geng”kan dengan Herblax untuk pastikan membuang dengan lancar setiap hari. Selain tu terdapat pelbagai manfaat fiber yang lain termasuklah kesihatan jantung dan merendahkan kolestrol.

3. Shaklee Bifidus

Produk yang direka untuk berdasarkan tiga idea untuk persekitaran usus yang baik iaitu probiotik, prebiotik, biogenics. Ia menggabungkan bifidobakteria dan bakteria asid laktik, oligosakarida dan laktoferin yang membantu meningkatkan fungsinya.

Dengan mengamalkan Shaklee Bifidus ni, kita sediakan usus dengan bakteria baik yang sangat bagus untuk kesihatan.

pengedar-shaklee-di-sabah

Shaklee Malaysia tiada produk yang ada probiotics ni. So memang sangat baguslah kan kalau produk ni masuk. Dengar-dengar untuk penghidap eczema, antara satu cara untuk control adalah dengan mengamalkan probiotik ni.

Memandangkan Shaklee Bifidus belum ada di Malaysia, kak suggest untuk dapatkan persekitaran usus yang kaya dengan bakteria baik, amalkanlah minuman kultur. Hehe…

4. Shaklee Kids: All In One Shake

Yang ni sedap sangat, anak-anak kak Aya memang suka. Memang berlainan sikit dengan Mealshakes sebab berperisa Strawberry dan acah-acah yogurt gitu. Add air biasa or dalam susu. Dua-dua pun sedap.

Kandungannya lebih kurang dengan Mealshakes iaitu multivitamin yang lengkap dengan fiber dan beberapa nutrien lain yang penting untuk perkembangan pesat anak-anak.

pengedar-shaklee-sepanggar-sabah

Yang ni kak Aya dapat as welcome gift (suprise kat bilik) sebab kak bawa Awal Syahmi sekali ke trip Jepun. Kawan-kawan yang tiada bawa anak tak dapat ni. Untunglahhhh Awal Syahmi boleh abang adik merasa sekali. hihi…

5. Shaklee Collagen Powder

Haa, yang ni tak hairan kan sebab ada kat Malaysia. Tapi kak Aya mau story ni, Collagen Shaklee Jepun dia add on nutrien untuk meningkatkan moisture dengan lebih effective. Double moist gittew. Patutlah minum beberapa hari rasa kulit muka ni best jak.

ejen-vivix-sabah-kota-kinabalu

Lagi satu, Collagen Shaklee ni dikilangkan di Jepun so, harganya jauh lebih murah, ce teka berapa harga sekotak? hihihi… harganya kurang RM100 dari Collagen Powder Malaysia. Menggoda bak hang! Kak Aya tergoda sampai beli 5 kotak uolls. Hihi… ya lah, umur dah masuk 35 ni, collagen sangat perlu tau. Nak juga ada effect toing-toing sana sini.

Kalau mahu gebu gebas, tegangkan sana sini dan kecikkan liang roma yang semakin membesar tu, boleh la usha harga Collagen Powder Malaysia sini.

6. NutriFeron Shaklee

Yang ni pun tidak hairan sebab ada di Malaysia. Tapi, jangan tak tau, NutriFeron dicipta oleh pakar imunologi terkemuka dunia Dr. Yasuhiko Kojima yang berasal dari Jepun. Jadi NutriFeron yang datangnya dari Jepun sangatlah special. Malaysia punya datang dari US.
ubat-bengkak-tonsil-teruk

Fungsinya sama iaitu sebagai immune booster semulajadi yang meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Kalau mudah sakit, kerap tonsil, eczema, dan apa-apa yang berkaitan dengan sistem imun, eloklah amalkan Nutriferon ni.

Dr-yasihiko-kojima-pencipta-nutriferon-shaklee

Gambar kenangan bersama Pakar Immunology terkenal Dunia yang menemui interferon, Dr. Yasuhiko Kojima sewaktu trip Shaklee ke Tokyo Mei 2017 lepas. Bangga tau dapat jumpa beliau sendiri sebab kak Aya memang tidak tinggal NF ni sebab dulu-dulu kak kerap kena tonsel. Fuhh.. serik kalau boleh nda mau kena lagi.

7. Premium Mask 3D

Wow! Sebenarnya ini antara kegemaran kak Aya iaitu produk special care Shaklee Jepun Premium Mask 3D.

Pemenang Gold Medal Monde Selection tiga tahun berturutan (2014, 2015, 2016) ni bukti keberkesanan produk ni tiada tandingan. Kak Aya yang baru pakai sekali pun rasa kelainan di kulit muka apatah lagi kalau habis sekotak kan? mesti kalah Rita Rudaini ni, ahaks.

masker-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Sebenarnya kak jarang pakai mask-mask ni, selalu buat masker jak. Bukan apa, takut mencuba brand lain, almaklumlah dulu muka teruk sangat. So bila nampak Shaklee Jepun ada produk ni, kak Aya pun teruslah order. Mahal belakang kira yang penting yakin selamat. 😀

Serius best pakai mask ni, nasib jak nda nangis, hahaha… berbaloi beli walaupun harga boleh tahan gak dengan 6 keping sekotak. Mask ni baiki struktur muka, jadikan glowing, melembapkan dan menghilangkan garis halus wajah. Bak kata dalam website Shaklee Japan “We deliver prominent moisture, and it looks beautiful and shiny like after aesthetic. It prepares the texture and makes fine wrinkles less pronounced by drying”

Efficiency assessment tested tau kesan dia. Patutlah menang award kan. Kalau tengok Monde Selection tu bukan benda memain, world class tau. Kak beli ni 2 kotak, kemain kan? hihi… cantik punya pasal.

8. Refuncell UV Cut Bass Lasting BB (spf 30) dan Treatment Powder Foundation

BB Cream ni pun tiada kat Malaysia, please lah masukkan Make Up produk masuk pasaran Malaysia. InsyaAllah sentiasa licin! Haha.. ya la, bukan senang kan nak dapat produk makup natural dan organik ni.

BB Cream ni khas untuk warna kulit wajah yang tidak sekata dan berpori. Dia tutup cela uolls. Memang licin dan nampak glowing pakai cream ni. Kak Aya sebelum ni guna BB Cream MEK (bukan nama sebenar), BB Cream Shaklee ni rasa lebih ringan, murah diserap dan mudah dibersihkan menggunakan makeup remover Nutriwhite.

vitamin-jerawat-jeragat-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Treatment Powder Foundation ni pula bedak muka yang dikhaskan untuk menutup cela dan kelihatan natural pada wajah. Ia lengkap dengan bahan yang melembapkan kulit. Yang ni pun kak Aya suka. Serius rasa cerah dan sekata ja kulit wajah tu. Pakai pun jimat-jimat ni takut habis. Kang terpaksa terbang ke Tokyo semata-mana nak beli bedak, hihi…

Fuhh, selesai 8 produk kak kongsikan.

So, mana satu produk yang menggiurkan? Haha… sewaktu di Jepun tempoh hari sempat juga lepak dengan Presiden Shaklee Malaysia, Madam Helen, dan sempat jugalah tanya tentang produk Jepun untuk dimasukkan ke Malaysia ni. Beliau kata memang ada niat nak bawa masuk, cuma ya lah, kena ikut prosedur dan kena dapatkan Halal certification, penting tu.

Jadi, kita tunggu jak lah. Kalau rasa-rasa tak sabar tunggu, boleh la terbang ke Jepun, dan ajak uncle-aunty Jepun jadi ahli kat sana dan belilah dengan diorang, huhu… Bagi yang sudah jadi ahli Shaklee di Malaysia ni, boleh juga beli Ambassador Pack dan cari downline kat sana. Bolelah dia uruskan pembelian nanti. Bijak tak kak Aya, siap bagi tips ni. Hihi…

Ok lah, itu ja perkongsian hari ni. Jangan lupa follow blog kak Aya ni untuk jadi orang pertama dapat new updates tau. Take care! Jangan mimpi pakai masker 3D pula ya, hihi…

Luv,
Kak Aya Chalo
Kak Suka Produk Jepun!

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Parut & Lubang Chicken Pox

Terkejut kak Aya baca status seorang lelaki bernama Donny Reyn di Facebook yang berkongsi cerita beliau memicit nanah chicken pox sehingga meninggalkan lubang dalam dan parut teruk di wajahnya. Siap picit tu, confirm lah lubang akan kekal selama-lamanya cik abang oiiii..

Donny cerita lagi bahawa doktor sendiri katakan lubang dan parut cacar air tu sukar untuk sembuh dan kalau sembuh pun ia akan mengambil masa yang lama dan bukannya sembuh 100% seperti sediakala.

Ya lah, maklum sajalah kalau sudah dewasa ni segala parut dan lubang-lubang ni degil sangat mau pulih kan, bukan macam budak-budak.

Jadi siapa tidak panik bila doktor katakan sedemikian. Hilanglah wajah hensem dan halus selama ni. Lubang chicken pox dan parut tu confirm lah akan kekal. Sedihnya!cara-merawat-chicken-pox-cacar-air

Tapi, Donny katanya beliau berjaya pulihkan lubang dan parut tu dan kulit wajahnya kembali seperti asal. Bagaimana Donny lakukannya?

Suspen pula. Betul ka tidak cerita beliau ni? Jom kita baca dulu status asal beliau. Siap ditujukan kepada Pengedar Shaklee tu, huhu… berdebar kak.

Kpd Syarikat & Agen2 SHAKLEE… ini utk kamu…

Tujuan sy buat pkongsian ni bukan mahu mjatuhkan @ mgaibkan Syarikat…..
Sy hnya bkongsi kpd kwn2 fb mnatau bmanfaat… tahun lepas lbh kurang 29.11.16 sy mula kena cikon pox. Mulanya sy fikir jerawat jd sy x peduli. Sy makan ja kerang. Sekali trus jd byak & gatal sampai sy x blh tahan. Sy tampar2 muka sy. Sy garu. Barulah sy perasan rupanya cikon pox…mgkn sbb sy mkn kerang trus bernanah. Jd krna gatal sy pn picit tu nanah spy kluar. Apa lg muka sy pn trus blubang.. dlm lg tu..doktor cakap susah mau sembuh tu lubang klu sembuh pn mgkn ambil masa yg lama tp bukan 100% sbb kulit sy bukan lg kulit budak2. Perasaan sy masa tu takut.. Camna sy bdepan dgn org dgn muka yg hancur😂😂😂..sampai sy jln2 pn guna penutup muka….bila sy post pic sy d fb ramai kwn2 yg bg cadangan guna produk dr A ke Z & herba kg. Klu herba kg camna sy mo cari d tengah2 bandar ni😂😂😂….Terima kasih kpd smua kwn2 yg bg cadangan.. yg pertama mdahului cadangan adalah produk shaklee. SHAKLEE ni sdh sy dgar btahun2 tp sy x pernah ambil peduli. Sy ni jenis negatif dgn produk2 apalagi yg bkaitan dgn MLM. Tp krna tpaksa, sy pn cuba…sy gunakan ESP & VITAMIN C…apa yg tjadi mmang luar biasa… dlm seminggu ja sy guna sy sdh merasa ada perubahan pd muka sy. Proses pyembuhan yg cepat. Cikon pox jd kering & mgecut.. ptengahan bln 12 cikon pox sy mula pudar. Hanya sebulan lbh shja cikon pox sy sembuh 100%.. langsung x kesan d muka sy. Lubang2 yg besar serta dalam hilang.. bln januari 2017 ada kwn tnya…aiks bukan ko kena cikon pox ka dia blang hairan… sy jwb…iya tp sdh sembuh 100%😂😂.. Hebat kan😀😀..gambar tu x d edit & bukan guna camera 360… camera sy biasa ja…tu pic original.. blh jumpa & cek sndiri muka sy mmang sdh x bekas cikon pox…mcm x pernah kena…yg tggal lubang hidung & tai lalat sy lg😂😂…. Sorry sy bukan agen @ member Shaklee… sy hnya ingin bkongsi & btrima kasih kpd produk Shaklee….jd pgajarannya jika ada kwn2 fb tag kta apa2 produk smada Shaklee, La soul, Stg, trutama produk2 kesihatan yg sah & bdaftar KKM, jgn marah & negatif…manatau 1 hari nant kta perlukan…x paya kta cari2 d luar.. hubungi ja agen dia…sekian pkongsian sy….manatau bmanfaat…

Ini post asal beliau. Fuhh… baca sampai keluar peluh. Ingatkan dia mau kutuk Shaklee, hihi…

Memandangkan dua produk yang beliau guna ni berkesan, jom kak Aya ceritakan lebih lanjut tentang dua produk yang membantu dalam mengembalikan kehemseman beliau iaitu ESP dan Vita C Shaklee. Dua-dua masuk dalam Produk Top 10 Shaklee ni.ubat-hilangkan-parut-bekas-chicken-pox-cacar-air

Bagaimana ESP dan Vita C Shaklee boleh membantu kulit beliau pulih.

ESP

ESP merupakan satu sumber protein berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan. Sel Kulit kita terhasil daripada blok-blok protein. Protein ni bahan asas untuk sel. Cukup bekalan protein berkualiti tinggi, cun lah kejadian sel tu.

Jadi, bila sel kulit kita rosak, protein untuk bantu repair dan hasilkan sel-sel sihat sekaligus kulit tu nampak lebih sihat, gebu sekaligus membaiki struktur kulit seperti parut dan lubang. Protein juga membantu menghasilkan collagen di dalam badan, collagen bagi kesan tegang pada kulit. Nah, jadi tau sudah kan cemana Donny boleh “dapat balik” kehensemannya, hihi… Orang bilang, sihat di dalam, terpancar di luar gittew.

Vita C

Istimewanya Vita C Shaklee sebab ada sistem pelepasan berperingkat (lepas slow-slow) yang membolehkan vitamin c diserap secara maksimum ke dalam badan. Vitamin C ni adalah vitamin larut air. Kalau tiada sistem pelepasan ni, itu yang kata jadi urin mahal sebab semua vitamin c keluar melalui air kencing sejam selepas diambil.

So, vitamin c yang menyerap sepenuhnya ke dalam darah membolehkan badan mendapat vitamin c yang cukup untuk bantu pembaikan sel kulit setiap hari. Vitamin C juga sangat bagus dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Tu yang Donny cakap cepat jak sembuh chicken pox dia tu.

Selain itu, vitamin c juga terbukti memutihkan dan mencerahkan kulit. Jadi, parut-parut hitam tu secara perlahan-lahan menjadi cerah.

Itulah sebenarnya yang berlaku kepada Donny. Untunglah beliau mahu berikhtiar dengan Shaklee kan?

Badan kita kalau mahu sembuh lebih cepat kena amalkan makanan seimbang, minum air yang cukup, tapi, faham-faham la kan, kalau sudah sakit, gatal sana sini, makan pun kena hati-hati, salah makan gatal pula. Tu sebab mengambil makanan tambahan (suplemen) sangat penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka tanpa meninggalkan parut.

So, kak Aya mahu bagitau ni, dua produk ni bukan terhad kepada masalah Cacar Air atau Chicken Pox sahaja, tapi juga boleh diambil untuk kekalkan wajah yang flowless, cerah, gebu atau jika ada masalah jerawat teruk pun boleh juga. Kita repair dari dalam.

Kalau berminat untuk try dua produk ni, boleh klik poster BUY NOW di bawah atau hubungi kak Aya untuk info lanjut. Klik link ni untuk direct whatsapp http://ayachalo.wasap.my.harga-ESP-shaklee-dan-cara-order-ESP-shaklee

Luv,
Kak Aya Chalo
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Like Fanpage Rak Vitamin AyaChalo
Follow Instagram ayachalo_vits

Resipi Kuih Makmur Sabah Mudah Dan Sedap

Kuih makmur antara biskut raya yang menjadi favorite setiap kali Hari Raya di Sabah. Ada peminat tersendiri gittew. Kalau open house Hari Raya, insyaAllah senang la jumpa di setiap rumah yang dikunjungi. Cuma, yang membezakan cuma sedap atau tidak jak kan, hihi…

Bercerita tentang kuih makmur ni kan, sebenarnya tahun ni kak Aya saja plan untuk buat sendiri sebab susah sangat jumpa kuih makmur Sabah yang sedap di tekak kak Aya ni. So, kuih lain kak tunjuk-tunjuk, yang ini, kak gagahi diri tuk buat.

resipi-kuih-makmur-sabah-sedap

Rara makan sampai 5 bijik ni, huhu… mama hanya mampu memandang.

Kuih makmur ni memang kegemaran kak Aya dari kecik sampai la ke tua bangka ni ha.. hihihi.. kalau Hari Raya, rasa tidak lengkap tanpanya. Teksturnya yang lembut, cair di mulut dan aroma minyak sapi yang nyamannn sangat rasa di tekak tu jadi push factor kak Aya tuk tabah membuatnya. Haha.. (siap ada push factor, hihihi), almaklumlah, kak Aya kan surirumah bz, ada push factor baru semangat mau buat, hihi…

So, hari ni kak akan kongsikan bahan-bahan dan langkah-langkah membuat kuih raya ni sehinggalah boleh dinikmati selepas berbuka, hehe.. belum raya confirm dah habis ni.

Follow step by step tau, jangan murtadddd resipi.. kalau nda jadi jangan salahkan kak Aya pula tau.

Resipi Kuih Makmur (Anggaran 180 biji)

Bahan A:

800-1000g Tepung Gandum – kak pakai Cap Rama-rama

400g Minyak Sapi – pilih jenama QBB Pure Ghee tin hijau tu (ini sedap)

200-300g Kacang Tanah Berkulit – tapi bukan guna semua tau, adjust ikut tekstur doh nanti

100g Susu Tepung – pilih susu Nespray

Bahan B:

Gula Ising

Susu tepung – pilih susu Nespray

bahan-bahan-kuih-makmur-sedap

Bahan-bahannya Kuih Makmur Sabah. Simple jak.

Cara Penyediaan:

  1. Sangai tepung dengan api kecil sehingga ringan, angkat, ayak dan ketepikan.

    biskut-makmur-susu-sabah

    Tepung yang telah disangai dan diayak. Bila sangai tu akan ada tepung yang bergumpal, So ayak la ya.

  2. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai kacang masak. Kopekkan kulitnya dan blender (kering) sehingga sederhana acah-acah halus. Kalau kasar sangat nanti susah bentukkan.
  3. Panaskan Ghee sehingga cair secara keseluruhan. Kak letak ja tin tu atas api dengan api kecik. Kejap jak cair.
  4. Campurkan setengah minyak sapi ke dalam tepung yang sudah diayak tadi. Kemudian sebatikan guna tangan seketika.
  5. Masukkan kacang dan susu tepung sedikit demi sedikit, begitu juga dengan baki minyak sapi. Uli sehingga boleh dibentuk bulat comel. Kalau doh sukar dibentuk dan minyak sapi dah habis, boleh add minyak jagung atau minyak masak sikit-sikit.

    resipi-kuih-makmur-sedap

    Ok, gini rupa dohnya. Yang penting boleh bentukkan kuih makmur tu bulat-bulat macam ni. Kalau tepung masi peroi, tambahkan sedikit minyak sapi atau minyak makan.

  6. Susun di atas dulang bakar dan bakar pada suhu 160 darjah dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Tipsnya, bila kuih dah masak, aroma menyengat boleh dihidu… nyummy… time tu dah boleh check montot kuih sudah perang atau belum. Jangan sampai hangit pula.

    cara-buat-kuih-makmur-sabah

    Suhu dan masa tu sebenarnya bergantung kepada oven memasing. Kak setkan ke 160-170 degree, 20 minit, api atas bawah. Sebelum masukkan kuih makmur mentah ni, pastikan panaskan dulu oven tu dalam 15 minit.

  7. Selepas masak, sejukkan sekejap, kemudian salutkan dengan campuran gula ising dan susu (jika suka). Ada juga orang cuma letak ising saja. Tapi kalau letak susu, rasa lemak-lemak gitu.
  8. Alhamdulillah, siap dan boleh dimakan selepas berbuka.

Sebenarnya tadi time kak Aya goreng kacang tanah, kak lupa yang kak tengah puasa, kak goreng sambil makan kacang sebab konon mau rasa kacang masak ka tidak kannnnn… Nasib baik sedar diri sewaktu berniat mau ambil air minum tu kannn, baru teringat tengah puasa. Fuhh.. untunglah kalau siap lengkap pakej minum air tu. Haha… jangan ikut macam kak tau. Hihi…

So, lepas ni, boleh la try buat sendiri, insyaAllah puas hati. Nanti kalau sudah try resipi ni, bagilah feedback ya. Buat biskut raya ni penat gak, lepas settle buat kuih tadi kak Aya tidur macam orang pengsan sampai jam 4.45 petang, haha… jadi kalau plan buat biskut raya tu pastikan semasa sahur amik minuman tenaga. Penat weh.. salute la dengan bakers yang buat beribu biji kuih.

Bah, jumpa di entry akan datang, kalau sudah try buat, helo-helo lah di ruangan komen. 😀

Luv,
Kak Aya Chalo
Peminat Tegar Kuih Makmur di Hari Raya, hehe…
(Follow kak Aya di Facebook)