Follow:
Bisnes Shaklee, WAHM

Bagaikan Mimpi Apabila Ella Muncul Di National Conference Shaklee 2015

Genap seminggu National Conference 2015 Shaklee berakhir namun aura masih terasa. Terlalu banyak perkara seronok untuk diceritakan. Suara manja Ella masih terngiang-ngiang, apatah lagi kali ini saya dijemput sebagai salah seorang Speaker National Conference. Fuhhhh.. berbulan juga tidak tidur lena, Hihi.. Saat berada di pentas dihadapan ribuan Shaklee Family tu memang sangat priceless lah. Terima Kasih kepada Shaklee Malaysia atas peluang seumur hidup yang diberikan ni.

Terasa bagaikan mimpi bila Ella muncul di pentas dan menyanyikan lagu Master Celebration saya tempoh hari. Feelingnya tu ala-ala dia nyayikan lagu Standing In The Eyes Of The World buat Aya sorang. hehe..

Ella National Conference Shaklee 2015

Tidak pernah terlintas di fikiran dapat berjumpa dengan Ella dan dengar sendiri beliau menyanyikan lagu secara live. Memang ohsemmm dan manja. hehe..

Apa Sebenarnya National Conference ni?

Setiap apa yang diusahakan, penat lelah serta kesungguhan Shaklee Independent Distributor di dalam Shaklee akan mendapat pengiktirafan di dalam majlis gilang gemilang ini. Itulah tujuan utama National Conference ni. Mereka yang mendapat pengiktirafan ini akan digelar sebagai Star Achiever Qualifiers.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Tahniah kepada semua leaders Pollux Family yang berjaya mendapat Award masing-masing. Tahun depan kita turun beramai-ramai lagi ke Sunway Pyramid pula ya.

hall of fame pollux family NC 2015

Kami terbang dari Sabah tau. Inilah my Pollux Leaders. Sebenarnya ada ramai lagi tapi tak dapat turun. Next year semua wajib turun ya.

Selain memberikan pengiktirafan kepada Star Achiever Qualifiers, terdapat juga peserta yang datang ke National Conference ni sebagai NC Qualifier. Mereka ni yang terdiri daripada Leaders-Leaders Shaklee yang layak dan akan diberikan penginapan Hotel Bertaraf 6 Bintang secara PERCUMA sepanjang National Conference ini berlangsung.

Aya sangat cemburu sebab tahun ni turun sebagai Speaker dan bukannya NC Qualifier. Diorang dapat banyak surprise gift, huhuhu… tapi tak apa, kat Italy nanti Aya pula yang akan dapat gift best-best, tak mo kalah 😛

Apa Program Di Sepanjang 3 Hari National Conference Kali Ini

National Conference kali ini diadakan pada 5, 6 dan 7 June 2015 bertempat di MIECC, Sri Kembangan. Bagi NC Qualifier, program bermula pada 5 June 2015 iaitu check in di hotel 6 star (kata google) di Palace Of The Golden Horses. Selepas tu aktiviti melawat sekitar KL dijalankan iaitu ke Muzium, KL Central dan Aquaria, malam tu pula dinner di Grand Hyatt.

hotel percuma shaklee

Lihat ramainya yang dapat tidur hotel percuma. Seronokkan ada company yang sanggup belanjakan jutaan ringgit untuk pengedarnya 🙂

palace of the golden horses shaklee nc 2015

Katil yang sungguh mengancam. Kalau diri sendiri sah-sah tidak sanggup nak stay sini.

dinner nc qualifier shaklee grand hyatt

Kambing itu pujaan hatiku.

National Conference Shaklee 2014/2015

Kejutan selepas dinner. Collagen Shaklee sekotak berharga lebih RM300.

special gift shaklee burberry

Kejutan lagi. Dapat shawl Burberry pula!

Bilik free, makan free, elaun free dan dapat surprise gift pula tu. Betapa Shaklee bersungguh-sungguh memberikan pengiktirafan terbaik buat leaders yang sentiasa gigih berusaha. Good job semua.

6 dan 7 June pula bermulalah program untuk Star Achiever Qualifier di MIECC. Selain penganugerahan Award kepada Star Achiever Qualifier, ada bermacam-macam aktiviti lain antaranya Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Nutritionist Shaklee, Shaklee Sales Expo, Product Demonstration dan yang paling best, Day Care untuk kanak-kanak juga disediakan dan yang paling best adalah sharing daripada tujuh Master Coordinator terpilih yang memasing berkongsi tentang topik berlainan yang kalau anda dengar confirm meremang bulu roma. Malamnya pula diadakan Majestic Dinner khas untuk pada penerima Awards.

aya chalo speaker national conference shaklee 2015

How To Do An Effective Goal Setting oleh saya sendiri.

national conference shaklee miecc 2015

Suasana di dalam MIECC. Ada rasa aura kah?

national conference shaklee 2015 MIECC

Dapat Award yeay!

master parade lyna noh azrin mohd aya chalo shaklee

Master iReach: Aya Chalo, Azrin Mohd, Norhanita dan Lyna Noh

ireach pollux shaklee national conference 2015

Ireach Family, YES, YES, YES!!

pollux family shaklee national conference 2015

My Leaders tunggu giliran naik pentas terima Award. Congrates!

aya chalo national conference shaklee 2015

Tahun ni datang bertiga dengan baby Rara.

National Conference kali ini berakhir dengan kemunculan Ratu Rock negara iaitu Ella. Beliau menyanyikan 4 buah lagu antaranya Gemilang dan Standing In The Eyes Of The World. Best sangat, memang menusuk ke dalam kalbu.

Nak tengok betapa meriahnya Event ni, saksikan video ringkas ni dan rasai getarannya.

Ini pula perkongsian saya tentang bagaimana menukar impian anda menjadi realiti. Saya ada menceritakan kisah sebenar yang saya alami sendiri tentang The Power of Goal Setting.

Selepas video ni saya kongsikan di facebook, ramai kawan bekas seopis, sekolah hubungi saya untuk membantu mereka membuat Goal Setting kerana katanya mereka pun ada impian yang mahu dicapai. Happy rasanya dapat timbulkan kesedaran tentang pentingnya menulis segala impian yang kita inginkan.

Jumpa lagi tahun depan di National Conference 2016 yang akan diadakan di Sunway Pyramid.

Luv,

Aya Chalo | 013-8633224

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge