Follow:
Garlic Complex, Kehamilan, Keibubapaan, NutriFeron®, Tips & Petua Buat Ibu Bapa, Tips Sihat

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Ramai Ibu Tidak Tahu

Lelehan keputihan yang berlebihan semasa hamil adalah sesuatu yang normal selagi ianya berwarna putih. Namun ianya bertukar menjadi abnormal sekiranya lelehan bertukar warna menjadi kekuningan atau kehijauan.

punca-keputihan-teruk-semasa-hamil

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau Keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.

Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj.

Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin.

Sepanjang mengandungkan 4 orang anak, Kak Aya pernah terkena jangkitan faraj sekali sewaktu hamil anak pertama.

Mula-mula cuma ada lebihan lelehan berwarna putih, lama kelamaan ia bertukar menjadi kekuningan dan kehijauan. Lepas tu gatal ya ampun. Memang tidak sedar tangan ni asyik menggaru sampai tahap luka kulit tu, huhu… sampai satu tahap kak Aya tidak dapat tahan, barulah kak pergi ke Klinik dan dapatlah ubat untuk dimasukkan ke faraj.

Ubat pertama ni kurang berkesan. Kejap jak bertahan. Kemudian dijangkiti semula. Kali kedua kak Aya inform nurse di KKIA, so doktor check guna “mulut itik” acah-acah papsmear untuk ambil sample lelehan. Ya… memang lelehan tu sudah berwarna kehijauan, patutlah gatal gila!

cara-mengubati-keputihan-ketika-mengandung

Jangkitan yis semasa hamil.

 

Selepas result lab keluar, kak Aya pun diberikan ubat yang sesuai dengan jangkitan yang kak hadapi, ubat ni untuk dimasukkan ke dalam faraj. Kak lupa berapa hari kena masukkan ubat, tapi yang kak ingat memang setiap pagi sewaktu kencing, akan keluar semua putih-putih tu dari faraj. Alhamdulillah kali ni berkesan. Kegatalan tidak kembali dan lelehan pun terkawal.

Selepas kes ni, barulah kak Aya study pasal keputihan. Rupa-rupanya antara satu risiko jangkitan faraj ni boleh menyebabkan mata bayi buta, huhuhu… insaf mak, nasib baik anak sihat walafiat. Ya lah, bayangkan kalau kak Aya biarkan keadaan tu sebab malas pergi klinik kan? Nauzibillah min zalik, huhu…

Mengambil pengajaran dari pengalaman ni, setiap kali mengandung kak Aya betul-betul jaga kebersihan agar tidak mendapat jangkitan faraj. Sewaktu hamil anak keempat, kak Aya amalkan suplemen untuk elak jangkitan kuman dan kuatkan antibodi. Almaklumlah anak keempat baru berkenalan dengan suplemen kan. Dan hasilnya? Alhamdulillah tiada jangkitan sehingga melahirkan.

Ok, memandangkan keputihan ni masalah biasa dikalangan ibu hamil, dan seringkali dianggap perkara remeh, kak Aya share apa risiko keputihan semasa hamil jika tidak dirawat dengan segera.

Antara Risiko Keputihan Yang Ramai Ibu Tidak Tahu

1. Sawan

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi.

2. Gangguan Pernafasan Kepada Bayi

Jangkitan keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian bayi.

3. Kelahiran Pra-Matang

Keputihan yang disebabkan oleh Chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang kerana menyebabkan selaput ketuban pecah sebelum cukup bulan.

4. Jangkitan mata

Keputihan yang berpunca oleh Neisserea Gornorrnoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan mata bayi buta.

Tips Mencegah Jangkitan Faraj

  1. Pakai seluar dalam daripada material kapas yang longgar.
  2. Jangan mencuci faraj menggunakan sabun. Ia akan membunuh bakteria baik yang melindungi faraj anda.
  3. Sentiasa pastikan faraj bersih dan kering. Lapkan punggung dari hadapan ke belakang selepas masuk tandas.
  4. Elakkan penggunaan pantiliner yang kerap. Gunalah jika perlu sahaja.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula sebab ketika hamil faraj mengandungi gula yang tinggi disebuk glikogen, inilah yang menggalakkan pertumbuhan kulat.
  6. Basuh faraj dengan bersih sebelum dan selepas berjimak.
  7. Amalkan suplemen anti-fungus dan penggalak sistem imun untuk melawan jangkitan kuman.

Untuk tips ke-7, kak Aya mau kongsikan sket tentang suplemen yang boleh membantu ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Dua suplemen yang kak Aya amalkan sewaktu hamil anak keempat adalah Garlic dan Nutriferon. Dua-duanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang disimplify untuk memudahkan diambil.

Apa fungsi Garlic Complex dan Nutriferon ni?

#1 – Garlic

Ianya dibuat daripada Bawang Putih premium yang ditanam secara organik yang bebas daripada racun berbahaya. Berbeza dengan produk garlic di pasaran, Garlic Complex Shaklee menggabungkan manfaat bawang putih dengan herba rosemary sebagai antioksida. Untuk mengurangkan bau bawang putih, Garlic Complex ditambah dengan Spearmint, tu yang wangi sangat tablet garlic shaklee ni.

rawatan-keputihan-semasa-mengandung

Fungsinya? Ia merupakan Antibiotik semulajadi yang menghalang penyakit berjangkit seperti jangkitan yis candida, jangkitan virus, jangkitan kuman dan ia juga meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan glukos. Ingat lagi tadi gula boleh menggalakkan pertumbuhan kulat? Inilah fungsi garlic dalam memberikan perlindungan secara semulajadi.

#2 – Nutriferon

Nutriferon adalah produk berpaten yang dibuat daripada ekstrak 4 tumbuhan iaitu Biji Labu, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan Biji Plantago. Nutriferon ni merupakan satu formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee, so memang tidak akan jumpa di kedai-kedai, kena beli dengan kak Aya jak, hihi…

Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Apabila sistem pertahanan imun kita lemah dan jika kita diserang oleh kuman, mikrofaj yang banyak melalui pernafasan, sentuhan, makanan, persekitaran dan sebagainya, badan kita akan mudah sakit, stress, alergi, kena jangkitan dan sebagainya.

Pada saat kehamilan, sistem imun kita berada pada tahap terendah, tu sebab kena juga amalkan immune booster untuk pastikan badan sentiasa kuat untuk melawan jangkitan termasuklah serangan kulat, virus dan sebagainya.

ubat-keputihan-teruk-semasa-hamil

So, agak lengkap juga penerangan kak Aya tentang keputihan semasa mengandung ni kan? Ingat ibu-ibu, jangan pandang remeh keputihan ni terutama kalau sudah jadi abnormal tu. Sebab kita bukan tahu “siapa” yang menyerang kita kan. Takut-takut ja virus/bakteria yang paling jahat sekali yang boleh beri kesan terhadap baby dalam kandungan, huhu…

Jadi, nasihat kak Aya, amalkan semua tips yang kak cadangkan di atas. Kalaulah lelehan tu sudah pelik lain macam, tolonglah berjumpa doktor dengan segera. Jangan gadaikan nyawa anak dan diri kita sendiri sebab anggap benda ni remeh temeh.

Kalau mahu melindungi diri sebelum terkena jangkitan, bolehlah amalkan suplemen yang kak cadangkan. Wasap kak Aya untuk konsultasi, klik ja link kat bawah tu ATAU klik icon BUY NOW dibawah untuk tempahan Garlic dan Nutriferon (atau salah satu) secara online dan pembayaran boleh menggunakan Debit/Kredit Kad. Mudah sangats 😀

ubat-keputihan-semasa-mengandung-5-bulan

Luv,
Kak Aya Chalo
Direct wasap klik 013-8633224
Say No To Keputihan Semasa Hamil

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

6 Comments

  • Reply Jesz

    Wahh kak aya .. tq for the info .. baru tau bahaya nya keputihan ketika mengandung ne?
    Jesz pun ada entry best yang bertajuk Karang Gigi ? Baca Sini Cara Untuk Hilangkan Karang GigiMy Profile

    June 22, 2017 at 9:48 pm
  • Reply syafia

    Bahaya keputihan ni. Tak boleh dibiarkan. Lg lama lg melarat
    syafia pun ada entry best yang bertajuk Resepi Udang Goreng Butter CreamyMy Profile

    June 22, 2017 at 7:28 pm
  • Reply Ros

    Kalau dibiarkan masalah keputihan ni boleh membawa kepada masalah lain pula kan.
    Ros pun ada entry best yang bertajuk Tips Pulang Beraya Ke Kampung HalamanMy Profile

    June 22, 2017 at 8:53 am
  • Reply Byte Jannate

    Bahaya betul keputihan ini semasa hamil. Kena hati-hati. Jaga kebersihan kawasan faraj. Terima kasih info ini kak aya.

    June 22, 2017 at 7:47 am
  • Reply Mezra

    Ibu hamil yang ada masalah keputihan kena ambik ni..memang sangat membantu.
    Mezra pun ada entry best yang bertajuk Produk Penjagaan Muka Terbaik, Selamat Dan BerkesanMy Profile

    June 22, 2017 at 5:38 am
  • Reply Sarinah bte hashim

    Keputihan normal biasa je ttapi bila dh mpunyai.keputihan yg bnyk..ssgt mbrhya terutam a pd ibu3 hamil.oleh itu cegah seblm parah dgn supplmnt shaklee yg selmat tuk semua
    Sarinah bte hashim pun ada entry best yang bertajuk BISKUT ARAB SEDAP DARI DAPUR KAKINAMy Profile

    June 22, 2017 at 5:03 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge