Follow:
Kecantikan, Tips Sihat

Cara Mengatasi Masalah Kulit Berminyak Dan Kusam

Kak Aya dulu memang ada masalah kulit berminyak ni. Bukan biasa-biasa, tapi melampau jugalah. Lepas berminyak datang pula masalah jerawat, huhu… Bayangkan jak lah bangun pagi muka macam baru lepas pakai masker minyak, balik kerja pula habis tudung bawal ada peta minyak. Stresskan? Cuci pun tidak hilang weh.

Kak Aya tau masalah ni bukan masalah kak seorang jak. Ramai juga ada masalah macam ni kan. Memang rimas dibuatnya.

Sebenarnya minyak dirembeskan di permukaan kulit untuk mengimbangi kulit agar tidak terlalu kering. Tapi, disebabkan faktor-faktor tertentu, minyak dirembeskan secara berlebihan dan boleh mengundang masalah kulit yang lain seperti pori-pori tersumbat, berjerawat, kulit kusam, kulit tidak sekata, kulit mudah kotor dan berkilat. Semua masalah ni boleh buat down kan? Rasa rendah diri sangat.

Cara-atasi-masalah-muka-berminyak-dan-kusam

Adakah cara menyelesaikannya? Ada tu memang ada, tapi sebelum kak Aya cerita dengan lebih lanjut, kak mahu share beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah muka berminyak ni.

Tips Berkesan Untuk Hilangkan Masalah Kulit Berminyak

  1. Cuci muka sebaik sahaja bangun tidur dan sebelum tidur. Ini akan menyeimbangkan kadar pengeluaran minyak secara semulajadi.
  2. Cuci muka dengan air bersuhu bilik. Elakkan mencuci muka dengan air panas sebab ini akan menyebabkan minyak di kulit muka hilang keseimbangan.
  3. Elakkan makanan berminyak. Haaa, ni kak Aya perasan, kalau ko asyik layan ayam goreng, memang minyak muka pun mampu diperah untuk menggoreng ayam, hihi…
  4. Elakkan memakai tuala, span atau benda yang kasar untuk membasuh muka.
  5. Rutinkan penggunaan masker timun! Ia dipercayai dapat mengatasi masalah jerawat, mencegah radang pada kulit dan menghilangkan minyak berlebihan pada wajah. Cara membuat masker timun ni adalah dengan memblender timun bersama kulitnya dan tempek di wajah selama 30 minit kemudian basuh.
  6. Tips terakhir iaitu menggunakan PENCUCI MUKA yang lembut dan terbukti mampu mengurangkan wajah oily serta mencerahkan kulit yang kusam. Kalau dapat yang organik berasaskan tumbuhan lagi bagus kan?

So kali ni kak Aya mahu perkenalkan Pencuci Muka Organik Nutriwhite. Orang kata produk bagus untuk muka berminyak. Tidak berbau, tiada paraben, tiada bahan kimia berbahaya yang boleh mengikis kulit dan yang paling penting, ia BERKESAN, minyak tiada lagi dan semakin cerah gitu.

Pencuci-muka-shaklee-organik

Apa bendanya Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite ni?

Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite ni adalah pencuci muka organik yang terdiri daripada 16 jenis bahan botanikal. Ia dirumus khas untuk kulit orang asia dan berfungsi untuk mencerahkan dan memudarkan jeragat.

Manfaat bahan botanikal yang ada dalam pencuci muka ini adalah:

  1. Buah-buahan Beri untuk memutihkan: Strawberi, Bearberi, Mulberi, Scullcap, Kacang Soya dan Pokok Bic.
  2. Ramuan botanikal untuk menyihat, melembap dan menegang: Linden, Marshmallow, Rumpai Laut, Alga Hijau dan Cat’s Clow.
  3. Nutrien bagi melembapkan dan melegakan kulit: Aloe Vera, Rosemary, Mountain Arnica, Peony dan Kudzu.

Cukup 16 bahan. Semuanya berasaskan tumbuh-tumbuhan. Kerana ianya bersumberkan alam semulajadi, ianya mudah diserap, dapat membantu menyeimbangkan minyak di wajah secara natural dan memberikan kesan semulajadi ke atas kulit.

Ini antara Testimonial pengguna Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite.

Cara-memutihkan-wajah-dengan-selamat

Testimonial 1: “Pencuci muka nutriwhite memang best sangat sangat. Bila cuci muka rasa lembut dan tidak pedih plus rasa bersih sangat. Jerawat memang susah nak tumbuh, pori-pori semakin mengecil. Kulit pun makin cerah dan kurang berminyak. Sebelum ni kulit kusam ja. Rasa ringan ja muka. Pakai sikit buih dia banyak. Saya dah pakai dekat setahun dah satu tiub. Berbaloi dengan harga”. Amboi lamanya dia pakai, berjimat sungguh. Paling lama kak Aya pakai 1 tube dalam 6 bulan. Cuci muka dalam 3x sehari. Hihi…

Cara-menghilangkan-jeragat-dan-jerawat

Testimonial 2: “Pakai dia muka tak oily, best sebab tiada bau chemical, tiada macam kena paksa muka, lembut sangat”. Kena paksa tu rasa muka stress kot, haha.. Ya lah, kekadang kalau guna pencuci muka lain, lepas cuci tu rasa muka tegang, ada yang pedih, yang ni tiada rasa apa-apa melainkan lembut sangat. Aduh, silalah cuba sekaki. Hihi…

Cara-menghilangkan-wajah-berminyak

Testimonial 3: “Saya memang jenis kulit sangat sensitif dan cepat naik ruam. Tapi selepas saya guna pencuci muka shaklee ni, alhamdulillah sangat muka serasi, kulit jadi lebih halus dan lembut malah pori-pori juga mengecil tau. Memang jatuh hati dah dengan Gentle Deep Foaming Cleanser ni. Salah satu jimat sangat 6-9 tau boleh tahan”. Kalau mau tahu, produk Nutriwhite ni hipoelergik, means, sesuai untuk yang berkulit sensitif.

Cara-putihkan-wajah-kusam

Testimonial 4: Ni feedback akak kulitnya sunburn. Katanya “seminggu sunburn hilang. Aku tidak pakai apa-apa melainkan pencuci muka Nutriwhite ni. Muka burn terus sampai pedih-pedih. Biasa kalau burn muka ambil masa berbulan nak back to normal sebab aku tak pakai apa-apa. Hari ni dalam kereta dan betulkan tudung tetiba perasan muka ok dah, garis hitam bekas tudung pun tiada”. Nampak muka ahkak ni makin cerah kan?

Pencuci-muka-untuk-kurangkan-jerawat

Testimonial 5: “Kulit muka syu jenis berminyak. Kalau panas, berpeluh sampai rasa melekit muka. Bila cuci pun tak rasa bersih pun. Masih rasa gatal kulit muka. Tu yang try Set Nutriwhite. Syu pakai makeup remover, foam cleanser, softener, whitening lotion. Bila pakai make up remover, keluar semua daki-daki, cuci muka memang rasa bersihnya dan kulit lembut jer. Saya suka sangat. Takkan tukar dah set pencuci muka nie”.

Testimonial-nutriwhite-shaklee-pencuci-muka

Testimonial 6: “Saya baru pakai pencuci muka Nutriwhite ja. Belum pakai yang lain-lain. Perubahan yang paling ketara, kulit sudah tidak berminyak walaupun cuci muka 1 atau 2 kali ja sehari.”, bahagia muka dah tidak berminyakkan? Alhamdulillah serasi.

Ok lah, banyak lagi sebenarnya feedback-feedback best dari penguna Pencuci Muka Nutriwhite ni. Dan sebenarnya Nutriwhite Skincare range lengkap dari pencuci muka sehinggalah ke krim malam. Entry penuh kak Aya kongsikan dalam entry Wajah Putih Bebas Jeragat Dengan Skincare Organik NutriWhite Shaklee  ni, jemputlah tengok-tengok apa yang ada.
Kalau mahu try 1 dulu, kak Aya sangat suggest start dengan Pencuci Muka ni. Kalau teringin hapuskan minyak-minyak degil di muka tu sekaligus nyahkan jerawat dan kulit kusam, kena la cuba 1 tube sekarang. Untuk tempahan pantas, boleh klik gambar buy now di bawah ni (pembelian boleh dibayar meggunakan Debit atau Kredit Card) atau direct whatsapp kak Aya di http://ayachalo.wasap.my.Pengedar-Shaklee-Sabah-Kota Kinabalu

So, jumpa lagi di entry akan datang. Kak chow dulu, mahu belai-belai wajah dengan pencuci muka Nutriwhite, hehe…

Luv,
Aya Chalo || WA 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di Pengedar Shaklee Sabah

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

3 Comments

  • Reply Lydia Pius

    aduuuhhh.pernah try makeup remover tu,fuhhh, best sangat2

    June 10, 2017 at 7:05 pm
  • Reply Kuai

    Sedang mencari krim ni, nak cuba krin Nutriwhite nanti.

    June 10, 2017 at 5:49 pm
  • Reply Girllyen Marcie

    Sy belum cuba lagi Nutriwhite ni.. rasa mau mau beli skrg pula..

    June 10, 2017 at 9:31 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge