Follow:
Set Kesuburan, Tips Sihat

Cara Meningkatkan Kesuburan Suami Semudah 1-2-3

Tanggungjawab untuk mendapat zuriat bukan hanya digalas oleh isteri sahaja tapi kesuburan dan sperma suamilah yang banyak menentukan kejayaan proses tersebut.

petua-pekatkan-air-mani-suami

Ini adalah kerana, telur isteri iaitu Ovum perlu ditunggu oleh telur suami iaitu Sperma di rahim isteri untuk disenyawakan.

Oleh itu, sangat penting untuk suami mempunyai sperma yang sihat, berkualiti dan mampu bergerak ke hadapan dengan pantas dan tuntas. Bukannya terkedek-kedek atau hanya bergerak pusing-pusing hingga tidak menjumpai si Ovum.

Sangat penting sebenarnya adalah sperma suami perlulah sempurna keadaannya, bukannya cair, bukannya cacat, kuantiti perlu banyak bukannya sedikit agar peluang persenyewaan lebih tinggi. Selain itu, “performance” suami juga perlulah terbaik.

Ada pelbagai tips dan petua yang boleh dibuat untuk meningkatkan kesuburan suami.

Tapi kali ni kak Aya ingin kongsikan satu cara yang mudah malahan sangat berkesan untuk meningkatkan kesuburan suami iaitu dengan kembali kepada fitrah sperma dan sistem reproduktif itu sendiri yang memerlukan beberapa nutrisi yang cukup agar ia terhasil sempurna, kuantitinya banyak dan kualitinya tip top disokong oleh kesihatan seksual suami.

Ada 2 nutrisi yang sangat penting bagi lelaki iaitu Zink dan Vitamin E.

Cara-tingkatkan-kesuburan-suami-lelaki-dengan-mudah

Zink dan Vitamin E adalah dua nutrisi yang sangat kritikal untuk tingkatkan kesuburan suami

Mengapa Zink?

Zink merupakan mineral yang paling banyak ditemui di dalam sel prostat. Ia amat penting untuk tahap paras testosteron (hormon lelaki).

Zink juga membantu meningkatkan kesihatan seksual dan pemacu seks. Jika anda mengalami disfungsi eraksi kerana paras testosteron yang rendah, maka anda memerlukan suplemen zink untuk mengatasi masalah tersebut.

Zink turut membantu kesihatan prostat. Jangan tak tau kalau prostat dah sakit, susah tau nak eraksi. Kajian mendapati zink juga membantu mengekalkan kesihatan prostat dan bantu halang pertumbuhan cancer prostat.

Selain itu, Zink juga banyak membantu dalam mengekalkan tenaga di dalam otot, membantu kesihatan jantung dan meningkatkan prestasi kelelakian.

Jadi, pastikan Zink ada di dalam diet seharian anda.

Mengapa Vitamin E pula?

Kekurangan Vitamin E terbukti melalui kajian mengakibatkan ketidaksuburan. Ini adalah kerana, sel sperma boleh rosak disebabkan oleh serangan radikal bebas di dalam badan. Jadi, Vitamin E diperlukan kerana mampu mengurangkan tekanan oksidasi dan melindungi sel sperma daripada rosak sekaligus meningkatkan kesuburan.

Vitamin E yang lengkap dengan Selenium bantu meningkatkan kualiti sperma dari segi motiliti/pergerakan sperma. Ia menjadikan sperma lengkap dengan sistem GPS untuk sampai ke sasaran.

Seperti yang diketahui, jangka hayat sperma tidak lama iaitu dalam 3-4 hari, itupun jika persekitaran rahim isteri pada keadaan baik. Jika persekitaran rahim dan vagina isteri lebih berasid, ia akan membunuh sperma dengan lebih cepat. Banyak cabaran yang perlu dihadapi membuatkan sel sperma perlu sihat, sado dan pantas untuk sampai ke destinasi. Oleh itu penting sangat Vitamin E yang lengkap dengan Selenium bang oi…

Mengambil nutrisi Vitamin E yang cukup ke dalam diet harian juga mampu meningkatkan paras testosteron lelaki. Paras testosteron yang cukup dapat meningkatkan stamina dan minat seksual.

Vitamin E turut mencegah atau membantu dalam masalah disfungsi seksual akibat ketidakseimbangan hormon.

Cukup dua nutrisi yang kak sentuh hari ni. Nampak mudahkan untuk naikkan kesuburan suami. Yang susahnya cuma suami yang tak mau makan, hahaha.. tapi bukan semua la. Sebab bila dah konsisten makan suplemen dan merasa kesannya, confirm setiap hari tak sabar-sabar nak telan dua vitamin power ni.

Oh ya, banyak sangat suplemen Zinc dan Vitamin E di luar sana. Yang kak punya ni namanya Vitalea (multimineral dan multivitamin yang lengkap dengan Zinc) dan Vita E Complex dalam bentuk D-Alpha-Tocopherol (katanya Vitamin E yang paling power dan berkesan) serta lengkap dengan Selenium untuk meningkatkan aktiviti Vitamin E tu.

Fungsinya macam kak hurai kat atas tu. Dua vitamin ni, 100% daripada tumbuhan dan makanan. So jangan risau, lulus KKM since 1983, dah beribu orang makan kat Malaysia ni. Hehe… dah beribu juga baby-baby comel lote yang lahir.

Kalau nak, roger kak melalui link ni http://ayachalo.wasap.my (013-8633224) atau klik BUY NOW dibawah untuk direct order kat website Shaklee Malaysia. Boleh bayau guna debit or credit card kalau beli kat situ. Lepas dah order mohon whatsapp kak di http://ayachalo.wasap.my untuk kak kongsikan Cara Makan Yang Berkesan dan Power.

ejen-shaklee-sabah-kota-kinabalu

cara-daftar-jadi-ahli-shaklee

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

4 Comments

  • Reply Linda Misz

    Tq info yang sangat bagus untuk kesuburan lelaki.

    November 7, 2017 at 8:53 pm
  • Reply Dionz Goh

    Lengkap..nice info..

    November 7, 2017 at 8:26 pm
  • Reply Sharren Kaur

    Waa..menambahkan ilmu baca post master aya ni.. Sia kan pastikan laki sia kan sintiasa ada zinc dalam makanan sehariannya! 👍😁😁

    November 7, 2017 at 8:22 pm
  • Reply Jacqueline usop

    Selain mengamalkan hidup sihat penting juga pengambilan supplement agar sperma aktif bergerak.

    November 7, 2017 at 8:19 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge