Apa Istimewanya Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa merupakan satu tumbuhan yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga dikenali sebagai “The King Of All Food” kerana mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan tubuh badan.

Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke dalam tanah mampu menyerap nutrien dan mineral daripada tanah secara maksimum, manakala daunnya kaya dengan klorofil.

khasiat-alfalfa-shaklee

Alfalfa kaya dengan vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K serta fiber, protein, kalsium, potassium, fosforus dan zat besi.

Keunikan Dan Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa Complex merupakan Signature Formula Shaklee yang dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.

Alfalfa yang digunakan dalam Alfalfa Complex Shaklee adalah Alfalfa yang dituai ketika cukup matang iaitu 2 tahun dan ia ditanam secara 100% organic tanpa baja beracun dan bebas daripada penggunaan racun perosak. Ratusan saringan kualiti dibuat untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar selamat, kaya dengan nutrisi dan organik.

harga-alfalfa-shaklee-2017

Penyediaan Alfalfa Complex juga amat ketat iaitu dengan menggunakan suhu rendah dan teknologi angin kering untuk mengekalkan enzim dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

Apa Kepentingan Alfalfa Complex Kepada Anda

Alfalfa Complex Shaklee bersifat alkali. Ia diuretik, anti-histamin, anti-inflamasi, anti-bakteria dan ejen pembersih darah semulajadi (detoks).

Antara kegunaan alfalfa adalah untuk mengembalikan gaya hidup sihat seseorang yang mengalami:

  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Buasir
  • Darah cair
  • Kekurangan tenaga
  • Gastrik atau pedih ulu hati
  • Masalah gout
  • Masalah vagina longgar
  • Masalah Susu Ibu merundum
  • Masalah jangkitan pundi kencing
  • Masalah keputihan berlebihan
  • Masalah prostat
  • Masalah resdung
  • Ingin membuat detox untuk membersih hati, kolon dan darah
  • Masalah ekzema
  • Masalah jerawat
  • Masalah penghadaman
  • Mencegah edema (pengumpulan air dalam badan/water retention)
  • Lemak dan kolestrol tinggi
  • Simptom menopause
  • Paras gula di dalam darah yang tidak stabil
khasiat-alfalfa-shaklee-ibu-menyusu

Antara manfaat dan khasiat Alfalfa Complex Shaklee

Siapa Yang Boleh Mengambil Alfalfa Complex

  • Individu berumur 13 tahun dan ke atas
  • Individu yang mengalami masalah yang disenaraikan di atas
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan
  • Individu yang tidak gemar memakan sayur
  • Wanita menyusukan bayi

Siapa Yang TIDAK DIGALAKKAN Mengambil Alfalfa Complex Shaklee

  • Individu yang menghidap Penyakit Lupus/SLE.
  • Individu yang sedang mendapat rawatan daripada pakar kesihatan.

Harga Alfalfa Complex

Alfalfa Complex Shaklee dijual dalam dua serving size iaitu S (330 biji) dan L (700 biji)

Harga: RM 60.95 (S), RM108.65 (L)
Kuantiti: 330 tablets (S), 700 tablets (L)
Sajian: 30 hari

Untuk tempahan, klik icon BUY NOW di bawah atau hubungi Kak Aya dengan meng-klik link direct WASAP ini 013.863.3224.ejen-shaklee-sabah-kota-kinabalu

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Rawatan Masalah Vagina “Longgar” Selepas Bersalin

 

Ramai ibu yang sudah melahirkan anak risau apabila mengalami masalah “longgar” di bahagian sulit dan kemutan yang tidak sehebat sewaktu malam pertama.

Masalah vagina longgar bukanlah satu masalah yang baru dikalangan ibu. Namun, masalah ini tidak boleh dibiarkan, sebab kalau dibiarkan ia boleh membawa kepada masalah hubungan seksual dan memberi kesan kepada kebahagiaan rumah tangga.

rawatan-masalah-vagina-longgar-selepas-bersalin

Bagaimana perubahan ini boleh berlaku?

Semasa tempoh kehamilan, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran kelak. Pembesaran ini memberi perubahan kepada lantai pelvik dan vagina wanita. Proses kelahiran turut menambah lagi perubahan tersebut.

Bayi yang besar berkemungkinan akan mengoyakkan dan melukakan vagina manakala proses kelahiran yang berulang-kali turun menyebabkan saluran vagina mengembang dan longgar.

Apa rawatan yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah vagina longgar?

Terdapat pelbagai rawatan boleh dibuat oleh ibu untuk mengurangkan masalah kelonggaran tersebut. Ia boleh dilakukan di rumah atau di spa.

  1. Bertangas

Rawatan sauna atau bertangas mampu memberikan kesan mengetatkan semula bahagian intim dan menghilangkan masalah bauh an keputihan.

  1. Bertungku

Rawatan bertungku boleh menggunakan tungku herba, tungku batu atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seperti sirih, halia, serai wangi dan temulawak dikatakan mampu memberikan manfaat kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

  1. Rawatan Tradisional

Rawatan tradisional seperti mencuci bahagian sulit seperi mencuci menggunakan rebusan air sirih selang sehari dipercayai dapat mematikan bakteria yang boleh menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian sulit.

Ibu boleh mencuba petua ini, rebus 15 helai dauh sirih, 3 biji gambir ditumbuk halus, sedikit kulit pinang dicarik-carik dan sedikit air kapur sirih di dalam 2 liter air. Sejukkan air dan biarkan semua serbuk mendap, kemudian ambil air rebusan dan basuh alat sulit 3 kali sehari semasa berpantang. Luka akan cepat kering dan vagina kembali ketat.

  1. Rawatan Scrub atau Sentalan

Rawatan sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah semasa hamil.

  1. Senaman Kegel

Senaman Kegel antara satu cara termudah untuk mengetatkan kembali vagina. Ia juga antara satu senaman yang boleh diamalkan semasa berpantang untuk membantu proses penyembuhan luka episiotomy dengan lebih pantas. Senaman kegel juga dapat membantu ibu dalam mengawal air kencing dan menguatkan kembali otot-otot pelvik ibu.

Cara-buat-senaman-kegelSelain daripada rawatan, pemakanan yang sihat juga sangat penting untuk menjaga kesihatan dalaman. Seeloknya elakkan makanan kategori sejuk seperti timun, kobis, ais kerana ia memberikan kesan tidak elok kepada otot pelvik.

Pengambilan ulam seperti ulam lengkuas dikatakan mampu merapatkan semula peranakan. Manakala herba seperti biji manjakani boleh menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekaligus merapatkan bahagian vagina yang longgar dan kendur.

 

Fuh.. banyak tips yang kak Aya kongsikan atas tu. Semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang risau dengan prestasi memasing selepas bersalin terutama anak pertama tu kan.

Kak Aya faham sebab kak pun macam tu juga dulu. Hihi.. apa-apa pun, senaman kena buat, makanan kena jaga, rawatan kena buat dan satu lagi kak Aya mau share, semasa berpantang anak ke-empat kak Aya amalkan 1 “jamu modern” ni, dan kesannya, fuhhh… sampai husband tanya makan apa, haha… ok, mau tau yang tu kena tinggalkan komen, nanti kak kongsi, hihi…

Jumpa lagi di entry akan datang.

Luv,
Kak Aya Chalo
Mak anak 4 yang tak mau longgar-longgar, hiks..

Penawar Sakit Gastrik Yang Teruk Di Bulan Ramadhan

“2 tahun yang lalu saya kena gastrik for the 1st time ever. Serius sengsara okay, sungguh tidak selesa, makan itu ini kena kontrol. Waktu tu hanya rajin telan ubat doktor & beli dari farmasi. Beberapa minggu sebelum masuk bulan puasa, keadaan masih belum kembali normal. Saya ingat lagi waktu tu, dalam hati saya cakap, Tuhan tolonglah saya sembuhkan masalah gastrik saya ni, supaya saya boleh berpuasa nanti…” ~ Suzu.

Ini sebahagian dari cerita salah seorang kawan travel Kak Aya iaitu Suzu. Macamana beliau akhirnya boleh berpuasa tanpa diserang gastrik pada ketika itu? haa, tu nanti kak Aya sambung di bawah ya. Kak cerita dulu tentang gastrik ni.

Masalah Gastrik ni selalunya dikaitkan dengan masalah pedih atau sakit di bahagian perut atau sakit di bahagian ulu hati. Tanda gastrik menyerang antaranya apabila mula muntah berhari-hari sehingga demam, muntah darah, kembung perut melampau, sendawa yang kerap, sakit, pedih, lemah, sengsara kerana perut sakit atau pedih ulu hati. Ada yang menahan kesakitan sehingga seperti udang, ada yang siap pengsan, huhu.. tidak terbayang azabnya.

Mengapa perlu menahan azab kalau boleh cuba petua hilangkan gastrik yang bakal kak Aya kongsikan ni?

Bila suda diserang gastrik buat pertama kalinya, bermulalah episode bergantung kepada ubat klinik atau farmasi seperti Gaviscon, atau ubat tahan sakit yang boleh menyebabkan lapisan perut terhakis yang boleh menyebabkan gastrik bertambah teruk. Takkan mahu bergantung kepada ubat kapur putih seumur hidup?

Serangan gastrik berulang kali boleh menyebabkan lapisan perut melecet, luka, timbul tompok-tompok merah dan boleh berlaku pendarahan. Disebabkan ini, najis boleh kelihatan kehitaman. Gastrik juga boleh menyebabkan lemah, letih, lesu dan kadang kala pitam kerana komplikasi pendarahan di perut serta kekurangan sel darah merah.

Mengapa tidak cuba rawatan gastrik secara semulajadi yang boleh mengembalikan hidup tanpa gastrik tanpa perlu menanggung azab yang boleh berlarutan berpuluh tahun?

Kak Aya kongsikan kisah Puan Fara yang menghidap penyakit gastrik kronik selama lebih 10 tahun. Dengar sendiri perkongsian beliau.

Puan Fara sudah lebih 10 tahun menghidap gastrik kronik, namun, setelah mengamalkan Set Berpantang Shaklee yang kebetulan dalamnya ada ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger, secara tidak sengaja set ini membantu mengatasi masalah gastrik beliau, sehingga skip makan pun gastrik tidak menyerang. Alangkah seronoknya beliau bila dapat kembali nikmat hidup bebas gastrik selepas mengamalkan Set Berpantang termasuklah ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger.

Kini tidak perlu bergantung kepada ubat, tidak perlu menahan sakit dan kini bila skip makan pun gastrik tidak menyerang.

Ubat-gastrik-ketika-berpuasa

Testimonial Gastrik sejak berusia 10 tahun. Amalkan ESP, Mealshakes, PD setiap kali sahur dan sebelum tidur membantu beliau untuk berpuasa dengan lebih bertenaga tanpa gastrik.

Rawatan-gastrik-secara-semulajadi

Testimonail dari Puan Suzu, beliau juga berjaya berpuasa tanpa masalah gastrik dan berjaya mengawal masalah gastrik beliau sepanjang tahun bukan seperti sebelum ini. Selain daripada mengamalkan suplemen, beliau juga jaga makan. Kena balance la kan 😀

Bagaimana Set Gastrik Shaklee boleh membantu?

Setiap suplemen di dalam set ini membantu mengatasi masalah gastrik dan memasing ada fungsi tersendiri, jadi kak Aya sangat sarankan untuk mengambil satu set lengkap untuk kesan yang maksimum.

Set Gastrik ini terdiri daripada ESP, Ostematrix, Peppermint Ginger dan Alfalfa. Jom kita baca apa fungsi setiap produk ni.

Set-berpuasa-set-gastrik-shaklee-ramadhan

Set vitamin yang boleh membantu masalah gastrik di bulan ramadhan ataupun hari biasa.

ESP: Energizing Soy Protein Berperisa Vanilla

Esp adalah minuman protein yang sangat baik dalam memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada pesakit gastrik. Selain itu, ia juga membantu untuk membaiki tisu yang sudah rosak di bahagian lapisan perut yang luka akibat jus gastrik.

Jika permukaan perut yang telah terhakis oleh asid perut semakin teruk dan menyebabkan kecederaan semakin besar ia berpotensi menjadi ulser. Salah satu cara merawat ulser adalah melalui pembedahan. Ngeri pula kan. Jadi, ESP yang merupakan protein tumbuhan adalah sangat bermanfaat untuk mempercepatkan penyembuhan dan pembaharuan sel dinding perut yang lebih sihat.

Ostematrix

Ostematrix yang terdiri daripada kalsium, zink, magnesiam yang sangat membantu dalam meneutralkan asid berlebihan di dalam perut. Ini boleh mengelakkan asid perut terus menghakis lapisan perut dan menyebabkan serangan gastrik. Zink di dalam ostematrix pula berfungsi untuk penyembuhan luka dengan lebih berkesan. Sifat alkali di dalam Ostematrix juga boleh mengelakkan jus perut memasuki esofagus yang boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Peppermint Ginger Plus

Mengandungi pelbagai herba seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis yang sangat baik dalam melegakan ketidakselesaan perut dan juga usus. Ia turut membantu melegakan kembung perut dan pedih ulu hati. Peppermint Ginger juga membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman yang sihat dengan melegakan perut.

Alfalfa

Alfalfa merupakan suplemen yang kaya dengan serat yang juga bersifat alkali dan membantu dalam masalah penghadaman. Alfalfa juga sangat bagus sebagai ejen anti-inflamasi iaitu mengurangkan bengkak dan radang di dinding perut yang mana jika dibiarkan boleh mengakibatkan ulser pada perut.

Kalau anda salah seorang yang mengalami masalah gastrik dan sudah bosan sakit dan bergantung kepada ubat penahan sakit atau kapur putih, boleh la ikhtiarkan dengan Set Gastrik Shaklee ni pula. Klik gambar di bawah untuk pembelian;

Pengedar-Shaklee-Sabah-Kota Kinabalu

Mahu jimat sehingga 25%?, anda masih boleh mendapatkannya dengan harga istimewa dengan menjadi ahli. Klik di bawah untuk mendaftar dan nikmatilah penjimatan sehingga 25%.

Pengedar-Shaklee-Malaysia-Sabah

Jika nak konsultasi sebelum pembelian, hubungi kak Aya (klik no hp di bawah untuk direct whatsapp). InsyaAllah kak Aya akan membantu dan kak doakan, anda tidak menderita lagi.

Luv,
Aya Chalo || WA 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di Pengedar Shaklee Sabah