Berbaloikah Berhenti Kerja Untuk Fokus Berniaga Shaklee?

Wah, kerlas tajuk entry kak Aya hari ni. Hari ni kita sempoi-sempoi jak la ya memandangkan sebenarnya kak Aya tengah packing baju ni, esok mau balik raya, hihi… tapi boleh lah menyelit update blog ni kan.

Cerita pasal packing-packing ni, rindu pula dengan trip melancong Shaklee yang super-duper-best-gilak tu. Sejak terjebak dengan bisnes ni sejak Oktober 2012, memang tersangatlah banyak perubahan dalam hidup kak Aya.

Dari sekadar ikhtiar untuk mengatasi masalah anemia sebulan sebelum bersalin,  sehinggalah naik ke rank tertinggi Shaklee dalam masa 11 bulan dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah di institusi pengajian awam, sekarang, alhamdulillah satu persatu impian kak Aya tercapai dan banyak pengalaman hidup yang tidak mungkin kak Aya lupakan termasuklah berpeluang berjumpa dengan Angkasawan Twins NASA yang glemer ittew Mark & Scott Kelly. Serius rasa bagaikan mimpi!

So, kak sajikan gambar-gambar kenangan (sikit jak ni), sebagai “cerita” perjalanan Shaklee kak Aya yang baru setahun jagung ni.

perniagaan-untuk-surirumah-shaklee

BIG WHY kak Aya. Anak-anak 😀

Rutin, beli stock di Kota Kinabalu Shaklee Branch, COD, pos, coaching, mentoring, bebeling my team #PolluxBiz #PolluxFamily, haha… Itu semua kerja seorang pengedar shaklee dan leader shaklee.

stokis-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Walaupun bisnes kali hampir 85% secara online (class, webinar,  mentoring, coaching etc) tapi kelas offline pun best juga. Dapat laga-laga pipi dengan anak cucu Shaklee <3

ejen-shaklee-sabah-ready-stock-vivix

Ini pun sesi laga-laga pipi dengan my team #PolluxFamily. Dinner tahunan yang kami buat since tahun 2013. Even ni kami namakan PAG – Pollux Appreciation Gala. Tahun ni kitorang buat PAG RAYA, weee….

ejen-shaklee-sabah-kota-kinabalu

Kenangan Master Celebration pada tahun 2014. Acah-acah sanding kali kedua katanya. All sponsored by Shaklee. Dulu kawin pun buat di Kampung jak, haha…

sabah-kota-kinabalu-shaklee-leader

Wakil Shaklee Malaysia ke Global Conference Shaklee Orlando USA 2016. Bangga kak nama bergema satu convention hall, lagi bangga sebab pegang jalur gemilang, hihi…

shaklee-mark-scott-kelly-nasa

Abaikan muka terlebih excited kak tu. Haha… Yeay dapat bergambar dengan Astronaut Celebrity NASA, Mark & Scott Kelly, diorang ni kembar. Best gila dengar sendiri pengalaman beliau sejak kecik sehinggalah menjadi angkasawan, sungguh menginspirasikan.

saintis-shaklee-dr-bruce-daggy

Ini pula Saintis Shaklee iaitu Dr. Bruce Daggy. Beliau ni umpama ketua saintis lah. Bestkan dapat we-fie 😀

pengedar-shaklee-tawau-roger-barnett

Ini pula CEO Shaklee Mr. Roger Barnett, Billionaire ni. Gambar ni kat Orlando sewaktu menghadiri Global Conference tahun 2016.

Ini pula gambar kenangan dengan Presiden Shaklee Malaysia yang baru iaitu Madam Helen Lam. Kak Aya pernah “dating” dengan beliau di Cafe berdekatan dengan Shaklee KK Branch, best sangat bercerita dengan dia, aura positive kuat, rasa debar ja dada, meresappp.. haha.. next time try borak-borak dengan beliau, memang best!

master-shaklee-aya-chalo

Walaupun kak Aya bekas pensyarah, tapi kak Aya segan tau bercakap di pentas di hadapan ribuan orang. Tapi, di Shaklee, beberapa kali kak Aya dijemput sebagai Speaker jemputan dan yang paling mendebarkan sekali pada tahun 2015 ketika dijemput sebagai Speaker National Conference Shaklee, fuhhhhhhhhhhhh… debar weh. Tapi memang satu pengalaman yang tidak mungkin kak Aya lupakan sampai bila-bila. Ingat senang mau dijemput sebagai Speaker, hehe…

ejen-shaklee-aktif-di-sabah

Gambar kenangan bersama Leader-leader Pollux Family kak Aya sewantu Business Leader National Conference awal tahun 2017 ni. Blue wave gittew…

ejen-shaklee-indah-permai

Rindunya trip percuma Shaklee ni. Ini trip terkini iaitu bulan Mei 2017. Yang bestnya bisnes Shaklee, kita bukan saja boleh bawa suami, tapi kita boleh bawa anak dan ibu bapa sekali. Kejayaan dikongsikan dengan orang tersayang lebih seronokkan?

pelan-perniagaan-shaklee-melancong-percuma

Ini Disneyland ketiga kak Aya yang disponsor oleh Shaklee. Berbaloi usaha bila kena rewards boleh bergembira main macam kanak-kanak, hihi…

ejen-shaklee-vivix-kota-kinabalu-sabah

Posing di dalam Colosseum Rome. Ini trip percuma Shaklee tahun 2015 ke Italy. Rinduuuuuuuu….

Ok lah, cukup la kan, kalau ikut hati kak Aya mau ja tempek gambar bebanyak, tapi next time pula la kak Aya share, hihi… kena sambung packing semula ni. Besok mau balik raya, weee…

Oh ya, menjawab persoalan berbaloi ka tidak kak Aya resign kerja dan fokus berniaga Shaklee di atas tu, semestinya kak kata sangat berbaloi. Cuma, kita kena pastikan untuk sentiasa fokus, kerja keras, jangan lalai, bantu downline untuk sama-sama berjaya dan kita kena yakin, rezeki Allah itu luas, kita boleh jana pendapatan melalui pelbagai cara, dan kak Aya pilih Shaklee.

So, kalau cik kak berminat mahu tahu dengan lebih lanjut tentang perniagaan Shaklee, jangan segan untuk kontek kak Aya tau. Klik ja ini untuk direct wasap 013.863.3224. Jumpa lagi!

Luv,
Kak Aya Chalo
Syioknya kerja dari rumah

8 Produk Shaklee Jepun Kalau Masuk Pasaran Malaysia Mesti Best Gila

Sebenarnya kak Aya teruja dengan entry hari ni. Sebab kak mau share beberapa produk Shaklee Japan yang sangat best yang kak Aya dapat atau beli bulan lepas sewaktu menghadiri incentive trip ke sana.

Shaklee sebenarnya ada di 8 buah negara termasuklah Jepun. Produk Shaklee pun sebenarnya sangat banyak dan berbeza di setiap negara bergantung kepada permintaan atau kelulusan pihak berkuasa. Produk yang masuk ke Malaysia pula sangat istimewa sebab dibuat di kilang berbeza dengan produk lain yang diluluskan Halal oleh Islamic Service Of Amerika (ISA). Badan ini diiktiraf oleh JAKIM sejak tahun 1983.

So hari ni kak Aya akan kongsikan beberapa produk Shaklee Jepun yang kak dah try.

Kalaulah semua produk ni masuk Malaysia kan besttttt… cuma kenalah dapatkan sijil halal dan kelulusan masuk Malaysia. Oh ya, produk yang kak beli ni kak sudah check (staff Shaklee pun dah checkkan), insyaAllah tiada bahan-bahan yang meragukan, sebab kat Jepun, produknya ada juga menggunakan porcine, hihi… so kalau nak ke Jepun dan beli produk Jepun, kena hati-hati tau.

vivix-ready-stock-sabah-indah-permai

8 Produk Shaklee Jepun Yang Kalau Masuk Malaysia Mesti Best Gila

  1. ESP Pelbagai Perisa

    Semua pun tahunESP merupakan salah satu produk Top 10 di Malaysia. Yang ada di sini cumalah perisa Vanilla. Di Jepun pula ada pelbagai perisa iaitu Choco, Pecan, Coffee, Peach, Regular dan Vanilla. Mana satu yang sedap? Sejujurnya kak Aya suka kesemua perisa yang ada. Semua sedap! Tapi yang kak paling suka sekali adalah Peach sebab wangiiii sangat.

    ejen-shaklee-kk-sabah

    Instant Protein Assorted Pack. Ni best gila kalau ada di Malaysia, senang nak bawa balik kampung, senang bawa travel, boleh tukar-tukar taste. hihi… Doakan masuk Malaysia suatu hari nanti. Tinggi permintaan ni.

    Manfaatnya? sama macam ESP Shaklee yang ada disini. Untuk gebu-gebu, untuk cantikkan kulit, kuku, rambut, untuk sustained energy dan untuk kenyang yang lebih lama. Banyak lagilah manfaat ESP ni.

2. Shaklee Fiber

Shaklee Fiber ni dulu tidak silap memang ada di Malaysia. Tapi kak Aya no idea kenapa dihentikan pada pertengahan 2013. Alhamdulillah merasa juga yang dari Jepun ni.

Shaklee Fiber ni adalah satu serbuk fiber semulajadi tanpa perisa yang boleh di tambah ke dalam minuman seperti ESP, Instant Protein, jus, Vivix atau Performance Drink. Minum macam tu saja pun boleh.

pengedar-shaklee-kota-kinabalu-ready-stock

Shaklee Fiber ni kak Aya dapat sebagai gift semasa Dinner bersama Dr. Kojima (Inventor Nutriferon Shaklee) di Imperial Jepun tempoh hari. Dapatlah 3 kotak, kak 1, Awal 1, papanya 1. Alhamdulillah merasa gak. Sekarang ni setiap kali sahur kami minum ni, anak-anak pun kak Aya bagi sebab ia bantu juga untuk rasa kenyang yang lebih lama.

Antara manfaat Shaklee Fiber termasuklah untuk kesihatan usus, mudah lawas, elak sembelit dan buasir. Kak Aya minum ni memang rasa best jak membuang, puas gittew, hihihihi… jadi kalau Shaklee Fiber ni masuk Malaysia, boleh la kita “geng”kan dengan Herblax untuk pastikan membuang dengan lancar setiap hari. Selain tu terdapat pelbagai manfaat fiber yang lain termasuklah kesihatan jantung dan merendahkan kolestrol.

3. Shaklee Bifidus

Produk yang direka untuk berdasarkan tiga idea untuk persekitaran usus yang baik iaitu probiotik, prebiotik, biogenics. Ia menggabungkan bifidobakteria dan bakteria asid laktik, oligosakarida dan laktoferin yang membantu meningkatkan fungsinya.

Dengan mengamalkan Shaklee Bifidus ni, kita sediakan usus dengan bakteria baik yang sangat bagus untuk kesihatan.

pengedar-shaklee-di-sabah

Shaklee Malaysia tiada produk yang ada probiotics ni. So memang sangat baguslah kan kalau produk ni masuk. Dengar-dengar untuk penghidap eczema, antara satu cara untuk control adalah dengan mengamalkan probiotik ni.

Memandangkan Shaklee Bifidus belum ada di Malaysia, kak suggest untuk dapatkan persekitaran usus yang kaya dengan bakteria baik, amalkanlah minuman kultur. Hehe…

4. Shaklee Kids: All In One Shake

Yang ni sedap sangat, anak-anak kak Aya memang suka. Memang berlainan sikit dengan Mealshakes sebab berperisa Strawberry dan acah-acah yogurt gitu. Add air biasa or dalam susu. Dua-dua pun sedap.

Kandungannya lebih kurang dengan Mealshakes iaitu multivitamin yang lengkap dengan fiber dan beberapa nutrien lain yang penting untuk perkembangan pesat anak-anak.

pengedar-shaklee-sepanggar-sabah

Yang ni kak Aya dapat as welcome gift (suprise kat bilik) sebab kak bawa Awal Syahmi sekali ke trip Jepun. Kawan-kawan yang tiada bawa anak tak dapat ni. Untunglahhhh Awal Syahmi boleh abang adik merasa sekali. hihi…

5. Shaklee Collagen Powder

Haa, yang ni tak hairan kan sebab ada kat Malaysia. Tapi kak Aya mau story ni, Collagen Shaklee Jepun dia add on nutrien untuk meningkatkan moisture dengan lebih effective. Double moist gittew. Patutlah minum beberapa hari rasa kulit muka ni best jak.

ejen-vivix-sabah-kota-kinabalu

Lagi satu, Collagen Shaklee ni dikilangkan di Jepun so, harganya jauh lebih murah, ce teka berapa harga sekotak? hihihi… harganya kurang RM100 dari Collagen Powder Malaysia. Menggoda bak hang! Kak Aya tergoda sampai beli 5 kotak uolls. Hihi… ya lah, umur dah masuk 35 ni, collagen sangat perlu tau. Nak juga ada effect toing-toing sana sini.

Kalau mahu gebu gebas, tegangkan sana sini dan kecikkan liang roma yang semakin membesar tu, boleh la usha harga Collagen Powder Malaysia sini.

6. NutriFeron Shaklee

Yang ni pun tidak hairan sebab ada di Malaysia. Tapi, jangan tak tau, NutriFeron dicipta oleh pakar imunologi terkemuka dunia Dr. Yasuhiko Kojima yang berasal dari Jepun. Jadi NutriFeron yang datangnya dari Jepun sangatlah special. Malaysia punya datang dari US.
ubat-bengkak-tonsil-teruk

Fungsinya sama iaitu sebagai immune booster semulajadi yang meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Kalau mudah sakit, kerap tonsil, eczema, dan apa-apa yang berkaitan dengan sistem imun, eloklah amalkan Nutriferon ni.

Dr-yasihiko-kojima-pencipta-nutriferon-shaklee

Gambar kenangan bersama Pakar Immunology terkenal Dunia yang menemui interferon, Dr. Yasuhiko Kojima sewaktu trip Shaklee ke Tokyo Mei 2017 lepas. Bangga tau dapat jumpa beliau sendiri sebab kak Aya memang tidak tinggal NF ni sebab dulu-dulu kak kerap kena tonsel. Fuhh.. serik kalau boleh nda mau kena lagi.

7. Premium Mask 3D

Wow! Sebenarnya ini antara kegemaran kak Aya iaitu produk special care Shaklee Jepun Premium Mask 3D.

Pemenang Gold Medal Monde Selection tiga tahun berturutan (2014, 2015, 2016) ni bukti keberkesanan produk ni tiada tandingan. Kak Aya yang baru pakai sekali pun rasa kelainan di kulit muka apatah lagi kalau habis sekotak kan? mesti kalah Rita Rudaini ni, ahaks.

masker-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Sebenarnya kak jarang pakai mask-mask ni, selalu buat masker jak. Bukan apa, takut mencuba brand lain, almaklumlah dulu muka teruk sangat. So bila nampak Shaklee Jepun ada produk ni, kak Aya pun teruslah order. Mahal belakang kira yang penting yakin selamat. 😀

Serius best pakai mask ni, nasib jak nda nangis, hahaha… berbaloi beli walaupun harga boleh tahan gak dengan 6 keping sekotak. Mask ni baiki struktur muka, jadikan glowing, melembapkan dan menghilangkan garis halus wajah. Bak kata dalam website Shaklee Japan “We deliver prominent moisture, and it looks beautiful and shiny like after aesthetic. It prepares the texture and makes fine wrinkles less pronounced by drying”

Efficiency assessment tested tau kesan dia. Patutlah menang award kan. Kalau tengok Monde Selection tu bukan benda memain, world class tau. Kak beli ni 2 kotak, kemain kan? hihi… cantik punya pasal.

8. Refuncell UV Cut Bass Lasting BB (spf 30) dan Treatment Powder Foundation

BB Cream ni pun tiada kat Malaysia, please lah masukkan Make Up produk masuk pasaran Malaysia. InsyaAllah sentiasa licin! Haha.. ya la, bukan senang kan nak dapat produk makup natural dan organik ni.

BB Cream ni khas untuk warna kulit wajah yang tidak sekata dan berpori. Dia tutup cela uolls. Memang licin dan nampak glowing pakai cream ni. Kak Aya sebelum ni guna BB Cream MEK (bukan nama sebenar), BB Cream Shaklee ni rasa lebih ringan, murah diserap dan mudah dibersihkan menggunakan makeup remover Nutriwhite.

vitamin-jerawat-jeragat-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Treatment Powder Foundation ni pula bedak muka yang dikhaskan untuk menutup cela dan kelihatan natural pada wajah. Ia lengkap dengan bahan yang melembapkan kulit. Yang ni pun kak Aya suka. Serius rasa cerah dan sekata ja kulit wajah tu. Pakai pun jimat-jimat ni takut habis. Kang terpaksa terbang ke Tokyo semata-mana nak beli bedak, hihi…

Fuhh, selesai 8 produk kak kongsikan.

So, mana satu produk yang menggiurkan? Haha… sewaktu di Jepun tempoh hari sempat juga lepak dengan Presiden Shaklee Malaysia, Madam Helen, dan sempat jugalah tanya tentang produk Jepun untuk dimasukkan ke Malaysia ni. Beliau kata memang ada niat nak bawa masuk, cuma ya lah, kena ikut prosedur dan kena dapatkan Halal certification, penting tu.

Jadi, kita tunggu jak lah. Kalau rasa-rasa tak sabar tunggu, boleh la terbang ke Jepun, dan ajak uncle-aunty Jepun jadi ahli kat sana dan belilah dengan diorang, huhu… Bagi yang sudah jadi ahli Shaklee di Malaysia ni, boleh juga beli Ambassador Pack dan cari downline kat sana. Bolelah dia uruskan pembelian nanti. Bijak tak kak Aya, siap bagi tips ni. Hihi…

Ok lah, itu ja perkongsian hari ni. Jangan lupa follow blog kak Aya ni untuk jadi orang pertama dapat new updates tau. Take care! Jangan mimpi pakai masker 3D pula ya, hihi…

Luv,
Kak Aya Chalo
Kak Suka Produk Jepun!

Itinerary Percutian Ke Jepun Yang Tidak Mungkin Dilupakan

Pertama kali dapat tahu percutian tajaan percuma 2017 ke Jepun, kak Aya like… krik krik krik… biar betul jepun jak?? haa, macam tu la suara-suara kecik bermain di jiwa kak Aya. Ya lah, kak harapkan percutian free ke Switzerland ka ke New Zealand ka, mana-mana lah negara yang best, but, why Japan??? ha.. sampai cenggitu sekali.

Tapi, selepas kak Aya jejakkan kaki ke Jepun, terus rasa menyesal pula pandang rendah cenggitu. Sebenarnya Jepun sangat besttttt… Walhal trip kali ni cuma ke Nagoya dan Tokyo selama 8 hari 7 malam. Insyaallah lepas ni repeat lagi ni, guna duit sendiri, free trip tempat lain pula.

Itinerary-percutian-ke-nagoya-dan-tokyo-jepun

Sebenarnya kali ke-empat kami menikmati Incentive Trip Shaklee. Alhamdulillah seperti biasa, mana-mana Trip Shaklee pun memang terbaik dan melebihi apa yang dijangkakan, tu sebab setiap tahun pun ternanti-nanti dan mungkin sebab tu pandangan tentang Jepun berubah 360 darjah. hihi…

Sepanjang hampir 5 tahun ber-Shaklee, setiap tahun kak Aya layak ke Free Trip Shaklee ni, kak summarykan seperti di bawah:

2014 US: Los Angeles & San Francisco (2 tiket international & 4 local trip)
2015 Italy: Milan, Florence & Rome (4 tiket international & 1 local trip)
2016 US: Orlando Florida (2 tiket international & 2 local trip)
2017 Japan: Nagoya & Tokyo (3 tiket international & 1 local trip)

Yang bestnya Inventive Trip Shaklee, bukan saja boleh bawa suami malahan boleh bawa anak dan parents sekali. Yang penting kumpul points bebanyak, hihi… mau tau rahsia dapat points banyak kenalah join jadi downline kak, hihihi…

Incentives Trip Jepun kali ni memang betul-betul membuka mata kak Aya tentang Jepun. Sebelum ni kak Aya sudah 2 kali ke Seoul Korea sebab rasa best sangat kat sana.

Tapi bila ke Jepun, kak Aya rasa terlalu banyak benda yang perlu di-explore di Jepun tambahan lagi negaranya memang cantik, terjaga, bersih dan orang-orangnya pun sangat baik hati. Awal (anak kak yang ikut ke trip Jepun kali ni, siap dapat 1000yen dari seorang atok. Pemurah sangat diorang ni.

apa-yang-menarik-di-nagoya-jepun

Kalau landing di Nagoya, boleh pegi tempat-tempat ni: Shirakawa-Go (UNESCO Heritage Site), Takayama (Old Town), Nagoya, Kyoto, Ise, Tateyama Kurobe (Alpine Route & Snow Wall, best gila) dan Mt. Fuji.

Tentative Shaklee pula memang sangat ohsem, gunung dapat, bunga dapat, strawberry dapat, Shaklee Japan dapat, semua dapat! Dari Nayoga ke Tokyo. Berbaloi fight untuk trip Percuma ni.

Secara summary trip ni bermula dari Takayama Morning Market di Old Town Sannomachi, kemudian ke perkampungan tradisi jepun yang sangat cantik di Shirakawa-Go dengan berpakaian tradisi Jepun iaitu Yukata, kemudian ke Apline Rounte di Mt. Tateyama.

Kemudian turun pula ke Ishihara Nojo untuk Strawberry picking (strawberry ditanam KHAS untuk trip ni, serius terharu time makan strawberry tu), lepas kenyang makan strawberry, Shaklee bawa pula ke Fuji Motosu (Pink Moss Festival), subhanalllah memang lawa sangat bunga-bunga di situ, kemudian ke Sumida River Cruise di Tokyo, berShaklee walk di Hibiya Park and last Shaklee belanja pula berjimba-jimba di Disneyland Tokyo.

All for FREE… ko kumpul ja points bebanyak. 8 hari yang sangat memorable untuk kami anak-beranak.

Macam kak Aya cakap tadi sejujurnya sewaktu kak Aya tau Incentive Trip cycle 2016-2017 pergi Jepun, kak rasa sedikit frust. Ya la, ke Jepun jak?? macam tu la lebih kurang. Tapi, selepas merasai sendiri pengalaman ke Jepun bersama Shaklee ni, rasa bertuah sangat sebab tripnya bukan trip cikai2, even Tour Guide tunduk ucap terima kasih kepada Shaklee sebab dia dapat merasa gak stay 3 malam di Imperial Hotel Tokyo, 5 star hotel.

Beliau cerita lagi, bebanyak group Incentive Trip yang dia handle, kebanyakan cuma stay di 3-4 star hotel, tapi Shaklee, dari day 1st, stay di 5 star hotel malahan top 3 Onsen hotel Japan.

Ada satu malam tu dinner kat Restoren Makanan India, beliau siap inform Shaklee bayar RM300 per person untuk dinner malam tu, siap booking restoren tu untuk deligasi Shaklee, walhal banyak lagi seat kosong. Berbaloi fight habis-habisan trip Shaklee ni tau.. rugi nda buat betul2 sebab memang Shaklee benar-benar hargai penat lelah leader Shakleenya. Shaklee suruh enjoy! 😍
Ok jom layan gambar-gambar highlight hari pertama dan kedua trip ni, banyak sangat gambar step by step la kak Aya share ya, huhu…

13 Mei terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA. Flight ke Bangkok (transit) pada ja 8.30 malam dengan menaiki Thai Airlines.

13 Mei terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA. Flight ke Bangkok (transit) pada ja 8.30 malam dengan menaiki Thai Airlines.

Seperti biasa, sudah sampai KLIA, kita lapor diri dulu dengan Staff Shaklee. Dapat la luggage tag, tentative booklet dan yang paling best, dapat duit elaun makan untuk mana-mana waktu makan yang Shaklee tidak dapat provide seperti di Disneyland dan Toki Premium Outlet. Sorang dapat 12000 Yen, satu family dapat 36000yen. Kaya mak, hihi...

Seperti biasa, sudah sampai KLIA, kita lapor diri dulu dengan Staff Shaklee. Dapat la luggage tag, tentative booklet dan yang paling best, dapat duit elaun makan untuk mana-mana waktu makan yang Shaklee tidak dapat provide seperti di Disneyland dan Toki Premium Outlet. Sorang dapat 12000 Yen, satu family dapat 36000yen. Kaya mak, hihi…

pengalaman menaiki thai airlines

Kali ini kami menaiki Thai Airlines ke Nagoya, transit sekejap di Suvarnabhumi Airport, Bangkok.

tips shopping di toki premium outlet jepun

Landing ja terus Shaklee bawa kami ke Toki Premium Outlet. Haa.. murah ka tidak kat sini? So far Premium Outlet di US offcos jauh lebih murah. Tapi, Kak Aya sempat juga beli G-Shock dan Baby-G yang harganya half daripada Malaysia. Jam Swatch pun gila murah. Serius tidak percaya, tanya seller tu ulang kali, bayangkan 5 utas jam swatch hanya 9800 yen, gila murah, so wajib la kak Aya beli kann…

Yukata sejenis kimono musim panas

Selesai shopping kami di bawa ke Hotel iaitu di Gero Suineikan Hot Spring Resort yang merupakan hotel tradisional jepun. Menurut Tour Guide, hotel ni adalah Top 3 Onsen Hotel (Hotel Kolam Air Panas) di seluruh Japan. Wow sangat! Sebelum naik ke bilik memasing, kami anak-beranak diberikan Yukata Set dan Geta untuk dipakai keesokan hari. Merasalah jadi orang jepun kejap kan, hihi…

Sesampainya di bilik, luggage sudah ready. Lepas tu ada sesuatu di atas meja. Tidak sempat buka lagi sebab rushing ready untuk Kaiseki Dinner.

Kaiseki Dinner. Kaiseki dinner adalah salah satu tradisional multi-course dinner. Tidak silap hampir 14 jenis makanan dihidangkan. Hmm.. sikit-sikit tapi kenyang juga. Satu pengalaman yang best, sudah la makan sambil pakai Yukata, terlondeh uolls. hihihi…

incentive-trip-shaklee-jepun-japan-malaysia

Konichiwa!! Muka-muka kenyang qualifier Shaklee incentive Trip Japan 2017. Seronott…

pengalaman-tidur-atas-tatami-bed-di-hotel-tradisional-jepun

Ok, selepas dinner memasing sudah penat, sesampainya di bilik tatami bed sudah ready, comel ja betul-betul merasai hidup orang jepun ni, hihi… jam 3 lebih pagi dah subuh weh, kagum gila jam 5am dah cerah, haha..

Ok lah, settle hari pertama dan kedua. Day 3 dan berikutnya lagi best sebab day 3 kak Aya akan ke pekan tradisi orang jepun Takayama dan perkampungan tradisi Jepun di Shirakawa-Go dengan menggunakan Yukata & Geta (terompah). Tapi, nanti kak Aya sambung kehh…

Banyak pengalaman manis di Jepun ni, insyaAllah jejak jepun kak Aya tidak akan terhenti disini saja, kena pegi Kyoto, kena pegi Hokkaido, kena pegi semua. haha… dan dan tertukar kampung cenggini, bye Seoul, hihi.. apa-apapun, korea tetap di hati sebab makanan dia sedap.

Ok, jumpa di part 2 nanti.

Luv,
Kak Aya Chalo
Shaklee International Incentive Trip Japan Qualifier
Pengedar Shaklee Sabah

Shaklee Business Leaders National Conference 2017, Built To Last

Agak terlewat kak Aya share aktiviti dua minggu lepas. Ni semua gara-gara terlebih makan pulut mangga di Bangkok (juga 2 minggu lepas), hihi…

17 Februari lepas, kak Aya fly dari Kota Kinabalu ke KL untuk menghadiri Shaklee  Business Leaders Conference 2017. Kak bukan turun seorang, tapi dengan berbelas-belas Leader #PolluxFamily dari Borneo. Aumm gittew.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Touchdown KLIA, naik Grab ke hotel dengan my leaders.

Ini merupakan 1st time Shaklee anjurkan BLNC sejak wujud di Malaysia 25 tahun lepas, bertuah la kan terjebak sama. Jadi hanya Leader Shaklee yang layak ja dijemput hadir untuk menghadiri BLNC yang best gila sebab makan free dan banyak free gift juga, kihkih…

Shaklee Leaders National Conference 2017

Tu dia, semua leader-leader hebat Shaklee Malaysia. Aumm!

Banyak perkara yang super-best sepanjang berlangsungnya conference ni antaranya:

  • Bertemu dan mendengar amanat CEO Shaklee Corporation Mr. Roger Barnett, yang terbang jauh dari US semata-mata untuk bertemu dengan Malaysian Shaklee Leaders. Banyak yang beliau kongsikan. Antaranya tentang Forum Ekonomi Dunia dan bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia yang mempunyai matlamat mencegah lebih baik dari mengubati. Cerah peluang berniaga Shaklee di Malaysia ya. Hihi…
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

CEO Mr. Roger Barnett yang turut hadir bersama-sama BLNC pertama ni.

  • Roundtable forum tentang kepentingan suplemen. Speakernya terdiri daripada Saintis Shaklee, Dr. Bruce Daggy (terbang khas dari US, Doktor selebriti Dato Dr. Rajbans Singh dan Dietition (lupa pula nama). Best forum ni sebab Dr. Rajbans sebagai doktor sendiri mengakui beliau tidaklah pakar dalam bidang Nutrisi berbanding drugs. See? So bukan mau kata jangan percaya kata doktor kalau bercakap tentang suplemen, tapi berjumpalah dengan Nutritionist.
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Do Suplement Works? Eh offcos. Sekarang suplemen sudah jadi keperluan tau, bukan lagi hobby. Banyak faktor seperti makanan tidak sihat, lifestyle, pencemaran, kekurangan nutrisi pada makanan dan banyak lagi

  • Pengumuman tentang Incentive Trip untuk FY2018. Wohoo… no more melancong dalam negeri, tapi dua-duanya ke Oversea. Bole la kumpul koleksi stamp imiggration. Ahaks.. Kita ada trip to Bangkok dan Mediterranean Cruise ~ singgah 3 negara, Italy, Spain & France, 7 bandar. Aummm… #KakAyaHappy

Presiden Shaklee Malaysia Madam Helen Lam mengumumkan Incentive Trip FY2018. Perghhh… kak Aya mesti tidur dalam cruise tu 7 malam. Hihi…

  • Lagi, Bahagian Marketing present the New Starter Kit untuk keahlian baru mulai April 2017. Gila gojess Starter Kit baru ni. Info pula tip top.. confirm kalau bawa time meeting orang nda lari, hihihi… ya la, bawa briefcase ni kan tipical MLM, orang takut weh 😂
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

The new Starter Kit Shaklee. Bila belek satu-satu memang superb lah. Lepas ni semua yang join ahli bole terus mengorak langkah hanya dengan refer kit ni jak. Terbaiklah Shaklee!

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Pabila puan Presiden menggayakan Starter Kit Baru. Comel jak. Hihi

  • Selain Starter Kit baru, Shaklee juga mengumumkan beberapa produk dan sales aid baru yang lebih mengujakan dan sangat menarik. Serius, besttt…tapi biarlah rahsia. Yang satu ni ja kak Aya share sebab nda sabar suda iaitu Shaklee Baby 😍😍. Memandangkan kak Aya sudah decide tuk tutup kilang, maka, kak Aya putuskan sabun ni nanti baby besar yang pakai, hahaha…
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Bak pesanan Ee Ling ~ Suka takkk??? Offcos kak Aya sukaaa 😂😂

  • Haaa… hampir terlupa. Yang lagi best sebenarnya time BLNC ni leader-leader yang layak ke Jepun (Incentive Trip Cycle ni), dijemput untuk fitting Yukata. Yukata ni ala2 kimono tapi simple sket la, kengkonon sebagai kenang-kenangan untuk trip Jepun Mei ni. Kak Aya, Masta Sam dan Awal insyaAllah pegi trip kali ni. Jadi sesiap ukur Yukata dulu la. Hikhik..
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Yukata Fitting untuk Qualifier Jepun 2017 😍

Overall itu ja la yang menarik dengan #BLNC2017 ni. Berkumpul dengan Leaders saya, bertemu dengan geng-geng sidelines, serap-serap aura, makan-makan, dapat free gift dan dapat tips best dari CEO Shaklee.

Lepas ni, memang sangat jelaslah halatuju Shaklee Malaysia. Support company tu pentingkan untuk pastikan organisasi kita tahan lama? Tu sebab wajib join event Shaklee gittew.

Ok jom layan gambar pula.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Barisan #PolluxLeader yang berikan 200% komitmen dengan empayar Shaklee masing-masing. Kami terbang dari Borneo ok?

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Makan percuma memang best, hihi…

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Kengkonon mau bagitau yang kami biz Shaklee 90% secara online. Biz di hujung jari gittew…

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Pengasas Pollux Family ~ Master Aya & Sam. Mau jadi salah seorang leader kami? Cari kak Aya di http://bit.ly/pm_ayachalo (direct wasap). Hihi

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Wajib We-fie

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Aktiviti keesokan harinya pula. Roadshow LandMark Study bersama Dr. Bruce Daggy.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Hasil ber-Conference. Lumayan!

Bah, bah, bah… cukup lah kan gambar. Sebelum kak say goodbye, kak Aya mau pesan jak, kalau ko mau join Ahli Shaklee dan mau berada dalam group yang betul, pilihlah #PolluxFamily, insyaAllah kak guide sampai jadi.

Sejak 2012, ramai sudah yang dapat income stabil dalam Shaklee, cuma, pastikan join group yang betul dan mentor yang sedia membantu.

Kita mau biz bukan takat 1-2 hari, tapi kita biz untuk diwariskan ke anak cucu.

We build to last!

Salam sayang,
Master Aya Chalo
Cari kak di http://bit.ly/pm_ayachalo
Founder Of Pollux Family
Group Paling Aktif di Sabah

Cara Paling Mudah Daftar Ahli Shaklee

Ramai yang approach kak Aya bertanyakan tentang Bagaimana Cara Paling Mudah untuk join atau daftar menjadi Ahli ShakleeAlmaklumlah semua orang mahu menikmati harga lebih murah sehingga 25% daripada biasa kan?

Selain dapat menikmati harga yang jauh lebih murah, anda juga akan dapat Personal Shaklee Konsultan yang akan membantu ada dari segi pemilihan produk sebelum buat pembelian, cara makan, tempahan dan banyak lagi. Sebab tu lah ramai yang mendaftar sebagai Ahli Shaklee.

Caranya mendaftar menjadi ahli amat mudah dan simple. Anda cuma perlu MENGISI FORM  di bawah (tunggu sampai form muncul tau, lambat sikit dia loading) atau boleh hubungi Kak Aya untuk Pendaftaran Pantas!

Kalau masih ragu-ragu untuk menjadi ahli, Kak Aya kongsikan beberapa tips memilih Shaklee Konsultan dalam entry Tips Memilih Upline Sebelum Menjadi Ahli Shaklee agar anda tahu apa yang akan dapat apabila mendaftar bersama akak. Takut menyesal pula kan, hihi… Oh ya, bole baca entry ni juga Bagaimana Menjadi Pengedar Shaklee Terhangat Di Pasaran.

Berapa Yuran Keahlian ni? bayarannya cuma RM68.90 sahaja belum termasuk postage. Postage kita cerita kemudian la ya.

PERHATIAN: Tunggu beberapa saat, form amik masa sikit untuk muncul 😀

Dah settle isi form kan? Kak Aya akan menghubungi anda secepat mungkin, so be alert kalau ada Whatsapp dari no 0138633224 ya. Kita akan settlekan proses pendaftaran terakhir sebelum anda boleh menikmati harga ahli yang jauh lebih murah.

See you soon!

Luv,
Kak Aya Chalo || Whatsapp/Telegram 013-8633224
Pengedar Shaklee Sah Malaysia
Like page kami di Rak Vitamin Aya Chalo

 

Pengedar Shaklee Perak, Kedah & Pulau Pinang

Senarai Pengedar Shaklee Pollux yang berada di Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Anda boleh menghubungi terus Shaklee Independent Distributor (SID) di bawah untuk pertanyaan tentang Produk Shaklee, Peluang Perniagaan atau Tempahan Produk Shaklee.

pengedar-shaklee-perak-kedah-dan-pulau-pinang

Pengedar Shaklee Perak

  1. Adznizah Mizuan 6014-3570461 (Tanjung Malim)
  2. Azmirah Hana Ayub 6017-5133520 (Teluk Intan)
  3. Nur Amalina Abdul Ghani 6013-5943847 (Ipoh)

Pengedar Shaklee Kedah

  1. Nur Amalina Abdul Ghani 6013-5943847 (Alor Setar)

—————–

Jika anda tidak dapat menghubungi Agen Shaklee Perak, Kedah dan Pulau Pinang yang dinyatakan di atas, sila hubungi 013-863 3224 (Puan Aya) untuk mendapat bantuan.

Berminat menjadi sebahagian daripada Keluarga Shaklee #Pollux Family? Ketahui Cara Paling Mudah Join Ahli Shaklee dan daftar ahli Shaklee secara online.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
ID 889835
Master Coordinator Shaklee Malaysia (Sept 2013)
The Founder of Pollux Family
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar

Orlando Trip The Best Shaklee International Trip Ever (Part 1)

Alhamdulillah, 13hb Ogos 2016, jam 12.15am selamat saya dan suami sampai ke rumah dan berjumpa dengan anak-anak setelah hampir 10 hari mengikuti Shaklee International Trip ke Orlando, Florida, USA. Rindu gila dengan bebudak ni terutama budak kecik Rara 😀

Ini kali kedua saya layak untuk trip ke US, dan insyaAllah berkali-kali lagi akan datang ke sini almaklumlah Visa 10 tahun kan, haha…

Kenangan di Orlando masih terasa, rinduuuuu.. apa tidaknya, layanan VVIP yang diberikan oleh Shaklee, 10 hari nda payah masak tau, haha (itu kebahagiaan tahap tinggi seorang surirumah :P)

Meh ai cerita pengalaman di sana…

Day 1: Kuala Lumpur to Orlando

2 Ogos 2016: Seawal jam 10 pagi kami terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Jam 4.30 petang kena berkumpul di KLIA untuk check in dan dapat meal allowance. Part paling gembira bab terima duit elaun makan tu, seorang dapat 300usd tau (bersamaan +- RM1200, so total RM2400), suami bukan main hepi dapat duit tu, boleh shopping katanya. Duit elaun makan ni Shaklee berikan untuk waktu2 makan ketika berada di Walt Disney World Epcot, Vineland Premium Outlet dan masa-masa waktu makan yang kitorang dilepaskan untuk berjimba-jimba. Pi la makan sendiri. Hihi..

Kali ni naik Emirates lagi (owh i likeee emirates, ke Italy hari tu pun naik emirates), dan ada 2 flite iaitu KUL – Dubai (7 jam) dan kemudian Dubai-Orlando (16 jam). Perjalanannya, fuhhh… krem punggung, haha.. tapi memandangkan naik Emirates yang super best itu, dengan makanan yang sedap dan mewah (walaupun kelas ekonomi), ada beratus movie (yg latest2 pula tu) dan yang paaaling best, ada Free wifi (10mb) dan boleh beli wifi 500mb dengan hanya 1usd. Heaven! Siap bole online, coaching anak cucu lagi tau, tidak terasa duduk 16  jam tu 😀

Ops lupa mau cerita, sebelum trip Shaklee bagi Luggage Beryl Smith dua bijik, tapi sebab ai mau shopping banyak gila nanti, saya bawa luggage US 2014 dan Italy 2015 jak, yang tu besar gedabak, hehe..

Shaklee Trip Orlando 2016 Aya Chalo

Free Luggage, Elaun Makan, Emirates Airline & Makanan inflight yang sedap. I am blessed 😀

Day 2: Sampai di Orlando, Florida, USA

3 Ogos 2016: Perjalanan yang panjang iaitu 23 jam terbang. Landing di Orlando lebih kurang jam 9 pagi tak silap. Tapi kena melalui pemeriksaan Imegresen yang sangat ketat (tau-tau lah, this is USA ok), hampir 2 jam setengah beratur dan akhirnya selesai. Kemudian kami dibawa terus ke hotel untuk Welcome Lunch. Makanan special dan semestinya Halal. Shaklee memang terbaik part ni 😀

Selepas lunch, kami terus dibawa ke Target untuk shopping kejap memandangkan bilik belum ready lagi. Amboi, baru sampai teru shopping, hihi.. Time ni beli minuman Starbuck Coffee dalam bottle tu ja sebab super murah, 4 botol dalam 4usd, dan beli Almond Milk, kat Malaysia mahal. Cukuplah bekalan untuk seminggu lebih di sini.

Selepas shopping kami balik ke hotel, sebelum masuk bilik sempat lagi kutip Gift untuk conference (wrist band and charms, sling bag Shaklee, Shaklee pouch untuk suami). Sesampainya ke bilik pula, lugagge dah ready, yippie, tidak perlu sorong lugagge, memang bawa diri jak, hehe.. atas katil ada surprise lagi, ada Gift lagi (malar gift kann), dapat Pillbox Shaklee pula. Alhamdulillah 😀 Pastu mandi, solat dan rehat, pheww..penat, esok nda sabar-sabar mau conference.

Malamnya pula Shaklee bawa dinner ke Maggiano’s 9101 Little Italy. Makan italian food pula. Ingatkan dinner biasa-biasa ja tau, rupa-rupanya Shaklee buat KEJUTAN lagi. Bayangkan setiap seorang yang hadir malam tu Shaklee bagi Sebotol Vivix New-Improved Formula yang belum masuk ke Malaysia tau dan bagi delagasi non-muslim pula, diorang dapat sekotak Life Plan. Tau ka harga untuk Vivix tu mencecah RM400 dan Life Plan pula lebih kurang RM800++, perghhh.. memang happy gila. Hihihi, thanks Shaklee. Tapi yang paling best suami dapat sekotak Collagen pula sebab menang challenge menari di depan, hahahaha.. nyaris-nyaris hampir lupa diri menari gangnam style, adoilah lakiku, hahaha… Ok la cukup itu tuk hari pertama, fuhh..

Welcome to Orlando :D Senyum tetap senyum walaupun hakikatnya sudah hampir 2 hari nda mandi, hehe...

Welcome to Orlando 😀
Senyum tetap senyum walaupun hakikatnya sudah hampir 2 hari nda mandi, hehe…

Aya Chalo Shaklee Trip US 2016

Sempat lalu atas Greenland uolls. Ai is 1st time tahu, haha.. Kalau mau tau apa tu Greenland boleh google ya 😀 Yang lain-lain tu Welcome Lunch dan hasil jalan2 di Target

Aya Chalo Shaklee Trip US 2016 Orlando

Dinner malam tu. Ehhh mana gambar vivix itteww. Lupa pula letak dalam sini. Nda pa la yang penting rupa sama ja, cuma power Vivix free lebih 13x ganda berbanding Vivix yang ada di pasaran Malaysia (10x ganda). Tepi tu muka excited suami berjaya memenangi Collagen Powder worth almost RM300 juga tau. Hahaa.. thanks papa!

Day 3: Conference

4 Ogos 2016: Hari yang ditunggu-tunggu (selain shopping :P), Shaklee Live 2016 😀 Memang mengujakan dengan opening speech oleh CEO Shaklee iaitu Mr. Roger Barnett. Banyak info yang beliau sampaikan dari segi perkembangan bisnes antaranya Sales Shaklee Global sebanyak 2.8 Billion USD, pergh… kemudian Vivix yang terjual hampir 222 Juta Serving, Vitalea yang merupakan multivitamin pertama di dunia pula terjual lebih kurang 930 Juta Bottle. Ai la tu penyumbang statistik, haha..

Lagi satu, perkara terpenting semasa conference, CEO Shaklee Mr Roger umumkan untuk invest 1 Billion USD (1000 juta usd) salah satu untuk Research & Development. Mana mau cari MLM company yang sanggup invest banyak macam ni, boleh nampakkan keikhlasan Shaklee untuk hasilkan produk yang membantu tingkatkan kesihatan dan disamping tingkatkan income sendiri? Tu sebab memang semakin lama kenal Shaklee, serius makin jatuh cinta dan rasa best sangat menjadi salah satu Distributor Shaklee Malaysia 😀

Sesi conference yang pertama ni, saya awal-awal sudah shopping untuk merchandise Shaklee untuk hadiahkan buat leaders #PolluxFamily yang maintain last cycle. Kena lah menghargai usaha keras diorang kann… sempat juga round2 area pameran Shaklee dan sempat gak bergambar dengan Botol Vivix yang diorang angkut dari Home Office Shaklee di Pleasonton, California, dapat tengok Botol Vitalized Minerals yang berusia 101 tahun tu (skrg kita sebut Vitalea). Inilah yang best kalau ke Global Conference ni, banyak benda kita boleh lihat sendiri, memang pengalaman yang sukar digambarkan lah 😀

Selepas tamat sesi conference Shaklee bawa kami untuk dinner di Paramount Fine Food iaitu makanan Mediterranean. Sedap sangat dan selepas tu kami berpeluang untuk meronda-ronda kawasan sekitar dan kebetulan restoren tu terletak berhampiran dengan Coca Cola Orlando Eye (macam Eye On Malaysia tu).

Shaklee buat conference di Orlando kali ni sebab mau sambut Birthday ke 60 tahun yang sama dengan Birthday Disney ke 60 tahu.

Shaklee buat conference di Orlando kali ni sebab mau sambut Birthday ke 60 tahun yang sama dengan Birthday Disney ke 60 tahu.

Hari pertama conference. Sempat amik gambar Olympian yang dikuasakan oleh Shaklee

Hari pertama conference. Sempat amik gambar Olympian yang dikuasakan oleh Shaklee

Global COnference Paramount Orlando 2016

Dinner Mediterranean Cuisine dan jalan-jalan tepi restaurant.

Ok, sudah panjang berjela cerita walaupun baru hari kedua. Hihi.. maaflah sebab memang excited gila dan mau share semua supaya kamu pun boleh la fefeling macam join trip juga kan? Ataupun paling tidak, join lah saya ke US 2018 nanti. Boleh kita story-story pengalaman di negara orang.

So, nantikan Part 2 pula. 😀

Luv,
Aya Chalo || 013.863.3224
Pengedar Shaklee Sabah
Shaklee Biz Mentor juga

Psssttt… kalau mahu saya ajar cemana caranya untuk ke US 2018, whatsapp tau 😀

National Conference Shaklee 2016 dan Air Mata

Alhamdulillah, saya selamat kembali ke Kota Kinabalu semalam selepas menghadiri National Conference 2016 di Sunway Convention Centre, Sunway Pyramid 28 Mei tu.

Aura National Conference Shaklee kali ini memang lain macam sedikit. Ini kali ketiga saya menghadiri Shaklee NC, tapi kali ni, banyak sangat moment-moment penting yang meresap ke dalam jiwa saya yang menjadikan saya lebih jelas tentang apa sebenarnya yang saya mahukan melalui bisnes ini.

Suasana National Conference 2016

Suasana National Conference 2016 di Sunway Pyramid Convention Centre

Pengakuan ikhlas Adibah Noor yang merupakan Emcee kali ini pun membuat saya sedar dan bertambah yakin bisnes ni lain daripada MLM lain. Ini antara apa yang diucapkan oleh beliau dan saya tahu, beliau ikhlas mengatakan ini kerana kata-katanya menusuk terus ke dalam kalbu, sebak bah…

“… What i saw there, is ketaksuban terhadap wang ringgit. Wang ringgit itu seolah-oleh Tuhan. Mereka bersorak, mereka macam taksub sangat dengan kejayaan dari segi wang ringgit. Tapi, although i was skeptical when i was here, in Shaklee, but i’m not a member yet, what i see today, that u people sharing experiences from your soul. Which is soo Ohsem!

Kebebasan kewangan itu hanyalah BONUS sahaja, dan bukan merupakan matlamat utama, matlamat sebenar yg saya nampaklah, dari my observation the whole day from morning is, YOU PUNYA KEINGINAN UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAAN DEMI INSAN-INSAN YANG TELAH BERKORBAN UNTUK ANDA. Wow! That really touched me ”
– Adibah Noor.

Saksikan Pengakuan ikhlas Adibah Noor terhadap Shaklee di sini.

Adibah Noor di National Conference Shaklee 2016

Emcee of the day – Adibah Noor, ohsem man… terbaik dan menghiburkan.

O ya, excited mau kongsikan cerita sehingga lupa cerita apa benda Shaklee NC (National Conference) ni? NC ni merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia untuk memberi penghargaan kepada ejen-ejen Shaklee yang memenuhi kriteria Star Achiever.

Time ni la segala usaha keras tahun sebelumnya diiktiraf dan dihargai. Best sangat sebab dapat naik pentas amik award. Dan bezanya Shaklee, disebabkan ianya bisnes keluarga, anda boleh lihat ramai yang naik pentas bersama anak-anak. Last year saya naik pentas bertiga dengan baby Rara, tapi tahun ni saya pergi berdua dengan suami, insyaAllah next year saya mahu naik pentas bersama 4 orang anak dan suami. Doakan saya ya.

Alhamdulillah, thank u Shaklee

Alhamdulillah, thank u Shaklee!

Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang NC ni berlangsung. Ada pameran, ada demo produk, ada penjualan item premium Shaklee, dan yang bestnya ada Promosi Istimewa sempena NC (ramai yang berbaris 2-3 jam, huhu), nasib baik saya beli awal, hehe..

Lagi best sebab Shaklee turut menyediakan Child Care yang lengkap dengan free flow minuman kesukaan kanak-kanak Mealshakes serta popcorn buat anak-anak. Bapa-bapa pun ramai lepak sambil tengok movie di layar besar yang disediakan. Seronok kan? Alhamdulillah, Shaklee memang sangat memahami keperluan ejen-ejennya.

Mak bapa bz conference, anak pula bz main :D

Mak bapa bz conference, anak pula bz main 😀

Seronokkann?? :D

Child Care di Shaklee NC 2016. Seronokkann?? 😀

NC kali ni juga banyak perkongsian tentang #ShakleeEffect. Antaranya kisah pengorbanan Ibu kerana anak yang menghidap penyakit yang sukar diubati, namun setelah berikhtiar dengan Shaklee dan anak sembuh, si anak pula membalas jasa baik ibunya. Sayu sangat dengar sharing Master Alice Koh dan Master Daniel Loo. Saya hurai kisah mereka di post ini #ShakleeEffect Pesakit SLE Lupus.

Perkongsian daripada SLE Survivor

Perkongsian daripada SLE Survivor. Alhamdulillah kini beliau bebas daripada penyakit Lupus. Semoga kekal sihat agar dapat membantu lebih ramai pesakit SLE ya Master.

Sesi Forum juga penuh dengan linangan air mata. Bagaimana seorang surirumah, yang hanya mempunyai taraf pendidikan SPM, berjaya menghadiahkan suami sebuah kereta Toyota dan tiket percuma ke Umrah (Video perkongsian beliau di sini Kisah Surirumah Jana 5 Angka).

Barisan Forumer yang menyebabkan ramai menitiskan air mata mendengar kisah mereka

Barisan Forumer yang menyebabkan ramai menitiskan air mata mendengar kisah mereka

Juga satu lagi perkongsian bagaimana seorang Nose Cancer Survivor, yang dikatakan hanya mampu hidup dalam tempoh 3 bulan, namun akhirnya sembuh dari cancer (Nanti saya update link, dari pagi upload video tapi line slow).

Banyak lagi perkongsian lain seperti kisah mentor saya, Master Lyna Noh, yang dulunya seorang Jurutera Oil & Gas namun akhirnya resign dan berikan tumpuan 100% menjadi Shaklee Independent Distributor. Rakaman video beliau ada di sini Ada apa dengan Shaklee?

Tidak kurang juga kisah Master Farihah, yang suaminya tiba-tiba mengambil keputusan untuk resign 24 jam dari agensi kerajaan dan mengajaknya berpindah ke kampung untuk berbakti kepada ayah yang sakit.

Perkongsian yang best daripada Master Farihah

Perkongsian yang best daripada Master Farihah

Jika, mereka ini tidak bersungguh-sungguh berniaga Shaklee, agak-agak dapatkah mereka memilih untuk meninggalkan pekerjaan mereka? Kerana berniaga Shakleelah, mereka ini punyai pilihan. Kita pun boleh memilih jika kita sanggup komited terhadap perniagaan sendiri.

Sungguh menginspirasikan kisah Shaklee Effect ni kan?

Itu antara pengisian event, dan kali ni saya juga mendapat Award. Tapi, award tu tidaklah penting sangat berbanding apa yang telah saya dapat melalui bisnes ni. Dan yang paling best adalah, aura yang ditiupkan ke dalam diri dan dapat bertemu upline, sidelines yang dirindui, hihihi..

Keluarga besar iReach Family

Keluarga besar iReach Family

Interprem jap

Interprem jap

Sideline, Downline and Uplines. Kami satu family dan kami adalah Fighters.

Sideline, Downline and Uplines. Kami satu family dan kami adalah Fighters.

Rombongan Pollux Family yang terbang jauh dari Sabah.

Rombongan Pollux Family yang terbang jauh dari Sabah. Tahniah my leader Alexandra Brigett dan Hidayah Kassim.

Soooo.. jika anda (yg sedang baca ni) adalah seorang SID (ejen Shaklee), pastikan NC2017 anda hadir untuk merasai dan mendengar sendiri kisah-kisah Shaklee Effect yang dikongsikan.

Kedua, kalau anda (yang sedang membaca ni) belum lagi menjadi Ejen Shaklee or Ahli Shaklee, silalah hubungi akak untuk join dan sama-sama mengubah hidup menjadi lebih sihat dan lebih baik dari sebelum ini.

Let’s be part of Shaklee Effect!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Peluang Percutian Percuma Ke Bangkok Takkan Nak Tolak?

Bila peluang percutian antarabangsa PERCUMA ke Bangkok ditawarkan, takkan nak tolak kan?

Sejak kecil Aya memang selalu berangan-angan nak melancong ke seluruh dunia. Selalu terbayang dapat cabutan bertuah dapat melancong percuma ke luar negara. Tapi realitinya, tak pernah bertuah sebegitu dan nak melancong kena lah kumpul duit kan? Dengan gaji yang cukup-cukup makan (sebelum resign hari tu), memang hanya mampu bercuti-cuti dalam negara saja lah. Kalau nak pergi ke luar negara pun kena tunggu tiket AirAsia RM0 dan percutian budget sajalah. Setuju tak?

Tapi Shaklee menawarkan Percutian Percuma ke Bangkok dan ianya terbuka kepada anda semua. Apa? tak percaya? Baca sampai habis, manalah tau andalah calon yang layak untuk percutian PERCUMA tersebut.

Mengapa Aya kata terbuka kepada anda semua? Aya terangkan kat bawah hokey?

cara layak ke percutian bangkok shaklee

Apakah Shaklee Bangkok Star Asia Trip ni?

Shaklee Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan lawatan antarabangsa khusus untuk Supervisor dan Senior Supervisor. Lawatan selama 4 hari 3 malam ke Bangkok yang terkenal dengan tempat bersejarah, makanan yang enak serta merupakan surga membeli-belah ini diberikan secara PERCUMA. Selain lawatan, majlis Gala Dinner yang hebat di Bangkok turut diadakan. Bestkan?

Yang seronoknya lagi, pangkat Supervisor tu merupakan pangkat pertama daripada tujuh pangkat yang ada di dalam sistem perniagaan Shaklee. Tersangat mudah, kalau tak rebut peluang sekali seumur hidup ni memang anda pasti menyesal.

Bila bermulanya tempoh kelayakan Bangkok Star Asia Trip ni?

Tempoh kelayakan bagi program ini bermula pada 1 September 2015 sehingga 30 April 2016. Peluang hanya beberapa bulan ni sahaja.

Apa Kriteria Kelayakan untuk join program ni?

Dalam tempoh September 2015 sehingga Januari 2016, anda wajib naik rank (pangkat) paling minimum ke rank Supervisor atau lebih tinggi dan efektif (maintain) dalam mana-mana 4 bulan sepanjang tempoh kelayakan (Sept 15 – April 2016).

Disebabkan antara kriteria kelayakan adalah anda perlu maintain selama 4 bulan, maka tarikh terakhir untuk join ahli adalah pada 31 Januari 2016. Naik rank Supervisor di bulan Januari 2016 dan dengan hanya efektif (maintain rank) pada bulan Febuari-Mac-April 2016 anda layak ke Bangkok!

Kalau nak lebih faham lagi boleh Whatsapp Aya sekarang juga ditalian 013-863 3224. Nak tanya-tanya saja dulu pun boleh. Aya ok jek.

Jom kita layan dulu video yang pihak Shaklee sediakan ni untuk ambil feel 😀

Apa macam, nak rebut peluang tak? Aya bagitau sesiap, kalau percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee ni memang bukan alang-alang orang kata. Hotel pun insyaAllah yang terrrbest sekali kat Bangkok tu. Ogos last year Aya ke US, hotel yang Shaklee sediakan untuk kitorang adalah Hilton dan Marriot. Tak best gitu? 😀

DCIM285GOPRO

Delegasi Malaysia Ke US Shaklee Global Conference Ogos 2014, stay kat Hilton Long Beach California.

DCIM286GOPRO

Yang ni dah masuk bab cuti-cuti selepas conference. Ni dah kat San Francisco 😀

Apa langkah seterusnya untuk melayakkan diri merebut peluang keemasan ni?

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan Mendaftar Sebagai Ahli atau Pengedar Shaklee barulah anda layak untuk menyertai Bangkok: Star Asia Trip ni.

Untuk menjadi Ahli, anda cuma perlu untuk Whatsapp Aya di 013-863-3224. Secara ringkasnya hanya ada 3 langkah mudah untuk menjadi Ahli Shaklee iaitu;

  1. Hubungi Akak di 013-8633224 [prefer Whatsapp atau Telegram] 😀
  2. Berikan info pendaftaran dan buat bayaran keahlian RM69 dan kos postage jika perlu. Daftar sehingga 31 Oktober 2015 anda layak dapat sebotol Vitalea Percuma.
  3. Tunggu Kit Beg ahli baru sampai kepada anda.

shaklee free bangkok trip

Mudahkan? Semudah ABC… Selebihnya tentang pelan pemasaran, tips pemasaran, produk dan segala-galanya akan Aya kongsikan di dalam group coaching and mentoring #ProjectBangkok nanti dan Aya juga akan bantu anda untuk mengatur strategi sehingga layak tiket ke Bangkok.

Peluang dah terbentang di depan mata, takkan nak tolak kan? Manalah tahu dengan hanya invest yuran keahlian RM69 anda ke Bangkok dengan PERCUMA pula tu. Jangan tunggu lagi, masa itu emas.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart