Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Ramai Ibu Tidak Tahu

Lelehan keputihan yang berlebihan semasa hamil adalah sesuatu yang normal selagi ianya berwarna putih. Namun ianya bertukar menjadi abnormal sekiranya lelehan bertukar warna menjadi kekuningan atau kehijauan.

punca-keputihan-teruk-semasa-hamil

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau Keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.

Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj.

Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin.

Sepanjang mengandungkan 4 orang anak, Kak Aya pernah terkena jangkitan faraj sekali sewaktu hamil anak pertama.

Mula-mula cuma ada lebihan lelehan berwarna putih, lama kelamaan ia bertukar menjadi kekuningan dan kehijauan. Lepas tu gatal ya ampun. Memang tidak sedar tangan ni asyik menggaru sampai tahap luka kulit tu, huhu… sampai satu tahap kak Aya tidak dapat tahan, barulah kak pergi ke Klinik dan dapatlah ubat untuk dimasukkan ke faraj.

Ubat pertama ni kurang berkesan. Kejap jak bertahan. Kemudian dijangkiti semula. Kali kedua kak Aya inform nurse di KKIA, so doktor check guna “mulut itik” acah-acah papsmear untuk ambil sample lelehan. Ya… memang lelehan tu sudah berwarna kehijauan, patutlah gatal gila!

cara-mengubati-keputihan-ketika-mengandung

Jangkitan yis semasa hamil.

 

Selepas result lab keluar, kak Aya pun diberikan ubat yang sesuai dengan jangkitan yang kak hadapi, ubat ni untuk dimasukkan ke dalam faraj. Kak lupa berapa hari kena masukkan ubat, tapi yang kak ingat memang setiap pagi sewaktu kencing, akan keluar semua putih-putih tu dari faraj. Alhamdulillah kali ni berkesan. Kegatalan tidak kembali dan lelehan pun terkawal.

Selepas kes ni, barulah kak Aya study pasal keputihan. Rupa-rupanya antara satu risiko jangkitan faraj ni boleh menyebabkan mata bayi buta, huhuhu… insaf mak, nasib baik anak sihat walafiat. Ya lah, bayangkan kalau kak Aya biarkan keadaan tu sebab malas pergi klinik kan? Nauzibillah min zalik, huhu…

Mengambil pengajaran dari pengalaman ni, setiap kali mengandung kak Aya betul-betul jaga kebersihan agar tidak mendapat jangkitan faraj. Sewaktu hamil anak keempat, kak Aya amalkan suplemen untuk elak jangkitan kuman dan kuatkan antibodi. Almaklumlah anak keempat baru berkenalan dengan suplemen kan. Dan hasilnya? Alhamdulillah tiada jangkitan sehingga melahirkan.

Ok, memandangkan keputihan ni masalah biasa dikalangan ibu hamil, dan seringkali dianggap perkara remeh, kak Aya share apa risiko keputihan semasa hamil jika tidak dirawat dengan segera.

Antara Risiko Keputihan Yang Ramai Ibu Tidak Tahu

1. Sawan

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi.

2. Gangguan Pernafasan Kepada Bayi

Jangkitan keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian bayi.

3. Kelahiran Pra-Matang

Keputihan yang disebabkan oleh Chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang kerana menyebabkan selaput ketuban pecah sebelum cukup bulan.

4. Jangkitan mata

Keputihan yang berpunca oleh Neisserea Gornorrnoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan mata bayi buta.

Tips Mencegah Jangkitan Faraj

  1. Pakai seluar dalam daripada material kapas yang longgar.
  2. Jangan mencuci faraj menggunakan sabun. Ia akan membunuh bakteria baik yang melindungi faraj anda.
  3. Sentiasa pastikan faraj bersih dan kering. Lapkan punggung dari hadapan ke belakang selepas masuk tandas.
  4. Elakkan penggunaan pantiliner yang kerap. Gunalah jika perlu sahaja.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula sebab ketika hamil faraj mengandungi gula yang tinggi disebuk glikogen, inilah yang menggalakkan pertumbuhan kulat.
  6. Basuh faraj dengan bersih sebelum dan selepas berjimak.
  7. Amalkan suplemen anti-fungus dan penggalak sistem imun untuk melawan jangkitan kuman.

Untuk tips ke-7, kak Aya mau kongsikan sket tentang suplemen yang boleh membantu ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Dua suplemen yang kak Aya amalkan sewaktu hamil anak keempat adalah Garlic dan Nutriferon. Dua-duanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang disimplify untuk memudahkan diambil.

Apa fungsi Garlic Complex dan Nutriferon ni?

#1 – Garlic

Ianya dibuat daripada Bawang Putih premium yang ditanam secara organik yang bebas daripada racun berbahaya. Berbeza dengan produk garlic di pasaran, Garlic Complex Shaklee menggabungkan manfaat bawang putih dengan herba rosemary sebagai antioksida. Untuk mengurangkan bau bawang putih, Garlic Complex ditambah dengan Spearmint, tu yang wangi sangat tablet garlic shaklee ni.

rawatan-keputihan-semasa-mengandung

Fungsinya? Ia merupakan Antibiotik semulajadi yang menghalang penyakit berjangkit seperti jangkitan yis candida, jangkitan virus, jangkitan kuman dan ia juga meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan glukos. Ingat lagi tadi gula boleh menggalakkan pertumbuhan kulat? Inilah fungsi garlic dalam memberikan perlindungan secara semulajadi.

#2 – Nutriferon

Nutriferon adalah produk berpaten yang dibuat daripada ekstrak 4 tumbuhan iaitu Biji Labu, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan Biji Plantago. Nutriferon ni merupakan satu formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee, so memang tidak akan jumpa di kedai-kedai, kena beli dengan kak Aya jak, hihi…

Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Apabila sistem pertahanan imun kita lemah dan jika kita diserang oleh kuman, mikrofaj yang banyak melalui pernafasan, sentuhan, makanan, persekitaran dan sebagainya, badan kita akan mudah sakit, stress, alergi, kena jangkitan dan sebagainya.

Pada saat kehamilan, sistem imun kita berada pada tahap terendah, tu sebab kena juga amalkan immune booster untuk pastikan badan sentiasa kuat untuk melawan jangkitan termasuklah serangan kulat, virus dan sebagainya.

ubat-keputihan-teruk-semasa-hamil

So, agak lengkap juga penerangan kak Aya tentang keputihan semasa mengandung ni kan? Ingat ibu-ibu, jangan pandang remeh keputihan ni terutama kalau sudah jadi abnormal tu. Sebab kita bukan tahu “siapa” yang menyerang kita kan. Takut-takut ja virus/bakteria yang paling jahat sekali yang boleh beri kesan terhadap baby dalam kandungan, huhu…

Jadi, nasihat kak Aya, amalkan semua tips yang kak cadangkan di atas. Kalaulah lelehan tu sudah pelik lain macam, tolonglah berjumpa doktor dengan segera. Jangan gadaikan nyawa anak dan diri kita sendiri sebab anggap benda ni remeh temeh.

Kalau mahu melindungi diri sebelum terkena jangkitan, bolehlah amalkan suplemen yang kak cadangkan. Wasap kak Aya untuk konsultasi, klik ja link kat bawah tu ATAU klik icon BUY NOW dibawah untuk tempahan Garlic dan Nutriferon (atau salah satu) secara online dan pembayaran boleh menggunakan Debit/Kredit Kad. Mudah sangats 😀

ubat-keputihan-semasa-mengandung-5-bulan

Luv,
Kak Aya Chalo
Direct wasap klik 013-8633224
Say No To Keputihan Semasa Hamil

Tips Atasi Sakit Pinggang, Kejang & Kebas Ibu Hamil

Seksanya rasa bila mengandung dan terpaksa menanggung kesakitan pinggang dan tulang belakang. Lain lagi cerita bila balik-balik diserang kebas-kebas jari, lengan, kaki sewaktu tidur. Kekadang cramp pula datang menyerang, bilalah seksaan ini akan berakhir?

Tips-atasi-sakit-pinggang-kejang-kebas-ibu-hamil

Tahukah anda, sebenarnya masalah ini boleh diselesaikan? Kak Aya pun dulu pernah melalui keadaan yang sama terutama ketika hamil anak pertama. Sakit pinggang sampai susah untuk bangun, duduk kejap pun rasa mencucuk-cucuk, kekejangan kaki di waktu malam, alahai seksa sangat.

Tapi, sewaktu kehamilan ke-4 kak Aya mula rasai kelainan. Malahan mengandung anak keempat kak Aya tidak pernah diserang cramp yang sangat sakit tu.

Mahu tahu apa rahsia kak Aya menghilangkan sakit pinggang?
Mahu tahu apa rahsia kak Aya menghilangkan sakit belakang?
Mahu tahu apa rahsia kak Aya untuk atasi kebas-kebas?
Mahu tahu apa rahsia kak Aya mengelakkan cramp?

Sebenarnya tiadalah rahsia sangat. Hihi… Kak Aya cuma mengamalkan pil putih yang sangat berkesan untuk menghilangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas-kebas, cramp dan tambah satu lagi, iaitu pil putih ni bantu kak Aya elakkan sembelit. Bahaya tau sembelit ketika mengandung ni, boleh menyebabkan buasir!

Sebelum kak cerita dengan panjang lebar, kak kongsikan dulu pengalaman ibu-ibu hamil yang turut merasi benda yang sama macam kak Aya alami. Kak Aya mahu korang tahu kak bukan buat-buat cerita tau, tapi orang lain yang mengamalkan pil putih ni pun turut merasai kesan yang sama.

Testimonial-ostematrix-shaklee-ibu-hamil

Testimonial Puan Huda: Alhamdulillah, setelah seminggu lebih amalkan produk Shaklee, tidak sangka tiap-tiap hari membuang, sedangkan dulu 3-4 hari baru membuang”. Puan Huda berjaya mengatasi masalah sembelit ketika hamil yang beliau hadapi. Bayangkan 3-4 hari baru membuang, seksa…

Jenis-Kalsium-selamat-dan-berkesan-untuk-ibu-mengandung

Puan Honey pula “Saya start makan masa mengandungkan anak yang kedua. Masa mengandungkan anak pertama, alah saya memang teruk sampai muntah kuning, memang pahit sungguh. Anak yang kedua ni saya kena juga tapi tidak lama, sebab kakak saya suruh saya amalkan B-Complex, Vita C, Vitalea dan Ostematrix. Alhamdulillah kurang morning sickness, yang paling berbeza masa mengandung anak pertama dan kedua adalah masalah kebas-kebas di kaki. Memang langsung tiada“. Bestkan kesan yang puan Honey rasai 😀

Tips-elak-kaki-cramp-kejang

Puan Shida: Salam semua, saja nak share produk ostematrix, saya ni pregnant 7 bulan. Memang kerap la malam-malam cramp dekat betis dan perut yang berulang-ulang setiap hari. Baru 3 hari amalkan ostematrix 4 biji, macam tak percaya pula, malam tadi tak kena langsung, walhal hujan lebat dan cuaca sejuk sangat. Bangun pagi betapa lancarnya “usus dicuci”. Pasni tidur lena dah, tak payah bangun malam nak hilangkan cramp-cramp“. Kejang dah tiada, proses pembuangan pun lancar. Alhamdulillah puan Shida sudah boleh tidur lena.

Rawatan-sakit-belakang-ibu-hamil

Ini pula testimoni Set Mengandung iaitu Vitalea, B-Complex, Vita C, Ostematrix dan ESP. Apa kesan baik yang ibu ni dapat: 1. Berat badan terkawal 2. Muka tak kembang sangat 3. Simpul mengkarung (bengkak urat) tidak pernah lagi datang menyinggah. 4. Muka glowing…

Bagaimana Ostematrix Membantu Dalam Menyelesaikan Masalah Sakit Pinggang, Sakit Belakang, Kebas, Kejang dan Sembelit?

Perasankah persamaan keempat-empat testimoni di atas? Semua ibu-ibu ni mengamalkan Ostematrix kan? Jom kita lihat macamana Ostematrix membantu.

Ostematrix adalah mineral penting yang perlu diambil oleh semua wanita terutamanya ibu mengandung dan menyusukan. Ia terdiri daripada Kalsium, Magnesium, Boron, Vitamin D, Kuprum, Zinc dan Mangan.

Kesemua nutrisi ini penting dan perlu digabungkan sekali untuk memaksimumkan penyerapan di dalam badan. Perlu tahu bahawa kalsium sahaja tanpa magnesium, vitamin D dan lain-lain menjadikannya susah diserap di dalam badan. Takut-takut pula tertinggal di buah pinggang. So kena pilih kalsium yang benar-benar selamat untuk dimakan ya.

Bagi ibu yang tidak boleh menelan susu atau loya apabila minum susu, memang wajib la telan pil kalsium Shaklee ni untuk mengelakkan kekurangan mineral yang kak Aya sebutkan di atas.

Selain baik untuk tulang, nutrisi di atas sangat penting untuk memelihara kesihatan otot, saraf dan saluran darah.

Kekurangan mineral seperti kalsium dan magnesium mengundang berlakunya kekejangan semasa hamil. Selain itu, tekanan pada saraf juga boleh menyebabkan cramp, sakit belakang dan kebas-kebas. Sebab itu ibu mengandung perlu mengamalkan Ostematrix untuk memastikan tulang, otot, saraf dan saluran darah berfungsi sebaiknya,

Selain itu, dengan adanya magnesium di dalam Ostematrix, ia meransang lebih banyak aliran air ke dalam saluran usus sekaligus melembutkan najis. Tu sebab ibu-ibu semuanya lancar membuang tu, hihi…

Banyak sangat manfaat amalkan Ostematrix ni kan, lagi penting sebab ianya boleh mengurangkan seksaan ibu mengandung, aduh teringat pula sakitnya sembelit dan cramp kaki, huhu… So, kalau mahu try, boleh order dengan meng-klik gambar di bawah (bayaran menggunakan Debit atau Kredit Card) atau hubungi kak Aya untuk konsultasi dan tempahan.

Pengedar-Shaklee-Sabah-Kota Kinabalu

Luv,
Aya Chalo || WA 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di Pengedar Shaklee Sabah

 

8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Anda Perlu Tahu

Setiap ibu yang bakal bersalin akan mengalami tanda-tanda bersalin. Ada yang sama, dan ada juga yang berbeza bagi setiap anak. Buat pasangan yang bakal menimang cahayamata pertama, adalah sedikit sukar untuk mengenalpasti bagaimanakah tanda bersalin yang sebenar. Aya sendiri mengalami tanda yang berbeza walaupun sudah beranak 4. Anak pertama dan keempat Aya mengalami bloody show, anak kedua leaking dan anak ketika pula kontraksi rahim. Jom kita ketahui bagaimana cara untuk mengenali tanda bersalin.

Oh ya, Aya kena pesan ni, walaupun mungkin ada di antara tanda-tanda ini cumalah tanda awal kelahiran, tetapi ibu mesti segera ke hospital terutamanya jika anda merasakan pergerakan bayi kurang. Sebagai info, dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika didapati bayi kurang bergerak, segeralah ke hospital.

tanda-tanda mahu bersalin

Apakah tanda-tanda bersalin yang perlu ibu ketahui?

Tanda Bersalin 1: Sakit Belakang

Sakit belakang merupakan sakit yang paling kerap dialami oleh ibu hamil. Ia juga merupakan salah satu tanda awal kelahiran yang akan ibu alami. Sakit belakang ini akan semakin lama semakin kerap dan kuat dirasai di bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi bergerak menurun dan menolak tulang belakang.

Untuk mengurangkan sakit belakang, ibu boleh meminta suami untuk mengurut bahagian bawah belakang secara lembut.

Tanda Bersalin 2: Kontraksi Rahim

Ia merupakan tanda terpenting yang menunjukkan isyarat sudah tiba masa untuk bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada bahagian tengah perut sehingga ke ari-ari. Sekiranya tanda ini muncul, ibu perlu mencatat jarak masa dan memerhati kekerapan sakit yang dialami. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten. Jika semakin lama semakin panjang tempoh kontraksi (tempoh sakit perut mengeras) iaitu dalam masa 20 hingga 45 saat dan semakin kerap dirasai, segeralah ke hospital. Terdapat juga kontraksi palsu (Braxton Hicks). Cara mengenalpastinya adalah ianya kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama kelamaan hilang.

Aya teringat sewaktu menunggu hari nak bersalinkan baby Rara. 3 hari sebelum bersalin Aya dah turun tanda Bloody Show iaitu lendir coklat-coklat. Kebetulan hari tu hari check-up dengan Gynea. So, doktor pun ada buat VE (cek bukaan). Dua hari sebelum bersalin  Aya memang mengalami Braxton Hicks yang agak sakit. Sepanjang malam Aya monitor kekerapan, dan sakit pun dah hampir 20-30 saat. Tapi kata hati Aya masanya belum tiba lagi, memang benar, lepas beberapa jam tu sakit tu stop pula.

Keesokan harinya, Aya mengalami kontraksi lagi, asal malam ja datang sakit tu, hihi… tapi kali ni memang rasa agak kuat berbanding sebelumnya, dan kali ni memang kuat instict kata dah nak bersalin. Apa lagi, tepat jam 1 pagi Aya dan Husband gerak ke hospital. Kali ni Aya memilih untuk bersalin di KPJ Sabah. Sepanjang perjalanan memang terasa kuat kontraksi, sehingga kalau kereta terhenjut-henjut pun terasa sakitnya. Selepas check in hospital jam 2 pagi, akhirnya Aya selamat bersalin jam 7.34 pagi. Alhamdulillah untuk kelahiran ke-empat ni sangat dipermudahkan. Sakit  kontraksi tak kaw-kaw berbanding anak ketiga (siap nangis waktu tu), sekali push baby dah keluar. Jam 6 pagi tu masih aktif ber-whatsapp dengan family Shaklee yang turut excited tunggu baby girl keluar, doktor sampai jam 7 pagi, dan jam 7.34 pagi dah dapat kiss pipi baby Rara. Memang pengalaman bersalin paling mudah seperti abang sulungnya. Alhamdulillah… ok sambung ke tanda berikutnya 😀

Tanda Bersalin 3

Terdapat segelintir ibu hamil yang mengalami tanda ni (Aya 2 kali tanda gini, hihi). Ia merupakan tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar melalui faraj. Lendir ini merupakan “gam” yang keluar daripada laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Tanda ini menunjukkan bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. Jika ibu mengalami tanda sebegini, ibu tidak perlu tergesa-gesa ke hospital kerana tanda seperti ini mengambil masa beberapa hari untuk bersalin. Kalau pengalaman Aya, dalam 3-4 hari akan bersalin. So enjoy dulu, hihi…

Tanda Bersalin 4: Pecah Ketuban

Pecah air ketuban berlaku apabila ada lelehan air yang banyak yang mengalir keluar dari faraj tanpa mengalami rasa ingin membuang air kencing. Air ketuban selalunya berwarna jernih dan tidak berwarna. Sekiranya air ketuban didapati berwarna hijau, itu menandakan bayi telah pun membuang air besar di dalam kandungan. Jika ibu mengalami tanda ni, sebaik-baiknya berangkatlah segera ke hospital untuk pemeriksaan.

Terdapat satu situasi lagi iaitu “leaking”. Perbezaan leaking dgn pecah air ketuban adalah kuantiti air yang lebih sedikit. Kedua-dua situasi ini tidak boleh dibiarkan lama. Ibu perlu segera ke hospital kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Menurut kajian kebanyakan ibu tidak tidak mengalami pecah air ketuban sehingga saat-saat akhir bersalin dan yang kerap berlaku adalah doktor yang akan memecahkan ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin.

Tanda Bersalin 5: Serviks Terbuka

Apabila kontraksi bermula, pangkal rahim akan menjadi lembut dan menipis. Pemeriksaan bukaan pangkal rahim dijalankan dengan melakukan prosedur VE (vagina examination) iaitu doktor akan memasukkan jari dan mengukur bukaan pangkal rahim dalam skala 1cm sehingga ke 10cm.

Pengalaman Aya, jika 4 cm tu tandanya dah nak kena sorong ke Labour Room, 10cm pula dah boleh meneran. Prosedur VE ni paling Aya tak suka. Lebih-lebih lagi kalau bersalin kat hospital kerajaan, bukan doktor saja yang nak cek, bidan pun sama. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Ibu kena banyak-banyak bersabar dan turutkan sajalah prosedur yang ditetapkan untuk kelancaran proses bersalin.

Tanda Bersalin 6: Perut Memulas

Oleh kerana bayi sudah mula turun ke bawah, ia akan memberi tekanan kepada saluran membuang air besar. Sesetengah ibu akan mengalami rasa hendak membuang air besar. Ibu dinasihatkan agar berhati-hati untuk mengelakkan ter-bersalin di dalam tandas.

Tanda Bersalin 7: Kerap Membuang Air Kecil

Apabila bayi mula bergerak turun, susah pasti ia akan menekan pundi kencing. Atas sebab ni ibu akan kerap merasa ingin kencing.

Tanda Bersalin 8: Perut “Turun”

Apabila memasuki minggu ke-38 pada tempoh kehamilan, perut yang membuncit akan perlahan-lahan turun. Ini menjadikan ruangan abdomen sebelah atas seakan-akan kosong. Keadaan ini menunjukkan yang bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan.

So Aya dah kongsikan 8 tanda bersalin. Aya nak ingatkan juga, ketika menunggu hari (38 minggu dan ke atas), ibu perlulah sentiasa monitor pergerakan bayi untuk mengelakkan bayi lemas di dalam kandungan. Ibu kena pastikan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam. Cara mengira pula seperti apa yang pihak klinik maklumkan iaitu satu sesi pergerakan dikira sebagai sekali gerakan. Ertinya, bila bayi bergerak ke kiri, siku sana, siku sini kemudian berhenti, itu dikira 1 kali. Jika ibu mendapati bayi kurang bergerak, jangan teragak-agak untuk terus ke hospital.

Aya doakan semua ibu-ibu hamil yang membaca entry ni dipermudahkan bersalin nanti. Aya ada kongsikan teknik semulajadi untuk kurangkan sakit bersalin kat sini dan kalau ada diantara ibu yang ada masalah anemia yang tak naik-naik walaupun dah hampir nak bersalin, Aya ada berkongsi rahsia mengatasi masalah anemia sebulan sebelum bersalin yang Aya sendiri alami sewaktu hamil anak ketiga. Ibu baca ok?

Moga bermanfaat mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Risiko Kehamilan Ibu Berbadan Besar Dan Tips Kekal Sihat

Risiko kehamilan bagi ibu berbadan besar dan cara memantaunya agar kekal sihat sepanjang kehamilan

risiko berat badan berlebihan bagi ibu hamil

Pemakanan yang sihat semasa hamil sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidapi beberapa jenis komplikasi kehamilan yang membahayakan ibu dan bayi. Berat badan ketika hamil perlu dipantau terutamanya anda yang bertubuh gempal. Namun, ibu perlu menjaga pemakanan dan bukannya mengehadkan pemakanan sehingga melampaui batasan kerana ia mungkin membahayakan bayi.

Ibu dikategorikan sebagai memiliki berat badan berlebihan jika BMI pada minggu-minggu awal kehamilan diantara 25 sehingga 29.9. Bagi BMI 30 atau lebih, ibu memasuki ketegori obes. Namun usah risau, ibu hanya perlu menjaga pemakanan seharian untuk mengelak risiko komplikasi kehamilan.

Sebagai langkah pertama, ibu perlu mengetahui berat badan yang seharusnya bertambah disepanjang kehamilan. Bagi ibu yang mempunyai BMI 25-29.9, ibu perlu memastikan berat badan ibu bertambah sekitar 7 – 11kg ataupun 0.9 – 1.3kg sebulan. Manakala ibu obes pula 5 – 9kg disepanjang kehamilan.

Apakah risiko kehamilan ibu bertubuh gempal?

1. Diabetes

Masalah ini disebabkan peningkatan gula dalam darah sepanjang kehamilan dan badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Ibu perlu menjalani ujian darah (MGTT) untuk menentukannya.

Diabetes boleh menyebabkan keguguran, jangkitan kuman di bahagian sulit yang kerap, air ketuban berlebihan, pre eklampsia, kegagalan buah pinggang, berat badan bayi melebihi 4kg, kecacatan saraf tunjang dan jantung bayi, hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah) dan lemas semasa lahir.

Walaupun ibu menghidap diabetes, ibu masih boleh menjalani kehamilan yang sihat asalkan mengikuti saranan doktor dan mematuhi temujanji pemeriksaan antenatal dan rawatan yang ditetapkan. Ibu juga perlu menjaga pemakanan seharian.

2. Tekanan Darah Tinggi

Jika ibu mengalami tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 tetapi di dalam ujian air kencing tiada protein, ibu didiagnos sebagai gestational hypertension ataupun hipertensi. Tekanan darah tinggi jika tidak dikawal boleh menyebabkan sawan kepada ibu, pra eklampsia, uri terpisah dari rahim ataupun placenta abruption, strok, sesak nafas, fungsi buah pinggang dan hati terjejas, serta darah gagal membeku.

ubat tekanan darah tinggi ketika hamil

Bacaan tekanan darah biasa bagi ibu sihat adalah antara 110/70 dan 120/80. Jika tekanan darah meningkat ke 140/90 ibu perlu berhati-hati dan doktor seharusnya menjalankan pemeriksaan lanjutan.

Kesan kepada bayi pula antaranya tumbesaran terbantut di dalam kandungan, kelahiran pramatang, kelahiran kurang berat badan dan juga boleh menyebabkan kematian di dalam kandungan.

3. Pra Eklampsia

Masalah ini adalah masalah kompleks yang didiagnosis jika anda menghidap tekanan darah tinggi dan juga terdapat kandungan protein di dalam urin selepas minggu ke-20. Pra Eklampsia boleh menyebabkan saluran darah menyempit, lalu meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pengaliran darah ke seluruh tubuh ibu.

Dalam kes-kes tertentu, ia boleh menyebabkan ibu mengalami kerosakan organ, perkembangan bayi terbantut kerana kesukaran menerima zat pemakanan, air ketuban kurang dan juga uri terpisah dari rahim yang boleh menyebabkan bayi meninggal di dalam kandungan.

4. Neural Tube Defect (NTD)

NTD merupakan masalah berkaitan dengan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi. Walaupun risikonya cuma 0.1% namun jika berbadan besar, risiko keatas bayi tetap ada.

Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, ibu perlu mengamalkan suplemen asid folic sebaiknya 3 bulan sebelum dan sepanjang kehamilan. Ibu boleh meminta doktor menjalankan ujian darah triple-screen pada minggu ke-15, ujian imbasan dan amniosentesis untuk mengenalpasti NTD.

Agak fobia part ni sebab bayi rakan baik sendiri mengalami anencephaly. Baby hanya bertahan selama 2 jam kemudian meninggal. So please jangan skip pengambilan asid folic ya mommies.

5. Bayi Besar

Bayi berisiko besar jika ibu menghidap diabetes atau melepasi tarikh jangkaan bersalin. Ibu boleh membuat ujian imbasan untuk memantau berat bayi dan mengetahui jangkaan berat bayi.

Apa yang ibu boleh lakukan adalah pastikan ibu melakukan ujian tahap gula dalam darah mengikut apa yang diarahkan oleh doktor dan juga berbincang dengan doktor tentang pilihan bersalin yang ada.

Tips kekal sihat sepanjang hamil walaupun berat berlebihan

  1. Jangan skip sarapan

    Mulakan hari dengan sarapan yang sihat. Sarapan perlulah seimbang dan mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Mengambil sarapan akan membuatkan ibu bertenaga dan selesa sepanjang hari.

  2. Makan sedikit

    Makanlah dalam jumlah yang sikit tetapi kerap. Sebaiknya makan 6 kali sehari berbanding 3 kali makan utama. Ini akan membantu mengawal gula di dalam darah.

  3. Protein

    Pastikan setiap hidangan mengandungi protein dan elakkan makanan yang dihasilkan daripada gula halus dan tepung putih. Ia berupaya membantu menstabilkan paras gula di dalam darah dan mengurangkan rasa lapar.

  4. Buah dan sayur

    Ibu boleh berkreativiti dalam menyediakan hidangan buah dan sayur. Ibu boleh membuat salad dengan mencampurkan sayur, telur dan buah serta sos yang enak. Aya dah try satu sos salad ni memang sedaplah, hingga anak yang tak suka sayur boleh minta maknya ni buatkan salad. Cuba tau 😀

  5. Lemak baik

    Gunakan minyak seperti minyak kanola, minyak kacang tanah atau minyak zaitun menggantikan minyak kelapa sawit dalam masakan. Ia akan membantu mengawal jumlah kalori harian dan mengelakkan lemak jahat meningkat di dalam badan.

  6. Asid Folik

    Utamakan folat dalam pemakanan seharian. Berdasarkan kajian, ibu berbadan besar memerlukan lebih asid folik. Oleh itu, amatlah penting agar ibu mengambil sama ada suplemen atau makanan mengandungi asid folik yang tinggi seperti brokoli.

  7. Diari makanan

    Amalkan mencatat apa jua yang ibu makan di dalam buku khas atau di dalam telefon pintar anda. Ini dapat membantu ibu mengenalpasti jumlah kalori yang diambil setiap hari dan mengetahui mood serta mudah jika ditanya oleh doktor kelak.

makanan sihat ibu hamil dan ibu mengandung

Walaupun berbadan gebu, tidak semestinya ibu akan mendapat penyakit yang disenaraikan di atas. Aya turut tergolong di dalam kategori ibu hamil berbadan gempal ni, namun, alhamdulillah Aya tidak pernah mengalami masalah di atas melainkan masalah Anemia. Hihihi… kat sini Aya kongsikan rahsia mengatasi masalah anemia dalam sebulan sebelum bersalin sewaktu mengandung anak ketiga tempohari.

Sebenarnya tidak kira ibu hamil berbadan besar atau tidak, risiko penyakit di atas tetap ada. Cuma, bagi yang ibu bertubuh gempal, perlu sentiasa berhati-hati dan mengawal pemakanan agar kekal sihat sepanjang tempoh hamil. Anda sihat, baby pun sihat, insyaAllah.

Take care mommies, jumpa di next entry 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

10 Perkara Perlu Tahu Oleh Ibu Hamil Apabila Kontraksi Bermula

10 Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula

Detik kelahiran merupakan satu saat indah buat seorang ibu walaupun melalui detik-detik mencemaskan, mendebarkan serta tempoh panjang yang meletihkan. Namun, selepas memandang wajah comel bayi yang dilahirkan, segala kesakitan dan keletihan hilang sekelip mata. Bagi ibu yang pernah melaluinya tentu tahu kan?

beza kontraksi palsu dan kontraksi sebenar 1

Apabila tiba saat kelahiran iaitu bermula dengan kontraksi, ibu akan mengalami beberapa tanda yang memberi penunjuk bahawa masanya hampir tiba. Selepas bermulanya kontraksi, ibu akan melalui fasa kelahiran yang mungkin ada disenaraikan di bawah. Aya kongsikan 10 perkara ini untuk rujukan ibu hamil terutamanya anda yang bakal melaluinya untuk pertama kali.

Perkara Yang Bakal Ibu Perlu Tahu & Lakukan Apabila Kontraksi Bermula

1. Memeriksa semula keperluan ketika mendaftar di Hospital

Sebelum bergerak ke hospital, ibu harus memeriksa dan membawa bersama dokumen penting untuk kemasukan ke hospital bersalin. Dokumen tersebut adalah Buku Rekod Semasa Hamil, Kad Pengenalan Suami dan Kad Pengenalan anda, serta wang untuk deposit hospital dan sebagainya.

Barang keperluan selepas bersalin nanti juga jangan lupa tau.

2. Kenalpasti Kontraksi Palsu atau Kontraksi Sebenar

Kontraksi Palsu mempunyai jarak kontraksi yang tidak teratur dan tidak tetap. Contohnya kontraksi pertama 10 minit, kemudian diikuti 3 minit dan 7 minit.

Kontraksi sebenar pula apabila jarak masa kontraksi yang tetap dan semakin kerap. Contohnya 10 minit, 7 minit, 5 minit, 3 minit dan sebagainya.

Kesakitan ketika kontraksi berpunca daripada pengecutan rahim. Kesakitan ini akan berterusan dan bertambah sakit apabila bukaan pangkal rahim semakin aktif. Kesakitan juga akan ibu rasai apabila bayi mulai turun dan sampai dalam vagina dan bersedia untuk keluar.

Bakal ibu dinasihatkan untuk segera ke hospital jika mengalami tanda-tanda awal seperti keluarnya darah bercampur lendir ataupun pecah air ketuban.

Pengalaman Aya bersalinkan 4 orang anak, 3 kali keluar tanda “bloody show” iaitu darah bercampur lendir. Satu kali pula disebabkan “leaking”. Leaking terjadi apabila keluar lelehan air dari faraj, tetapi kuantiti air yang keluar tu tidak lah sebanyak apabila pecah air ketuban. Jika berlaku leaking, ibu harus pergi ke hospital untuk pemeriksaan bagi mengelakkan risiko bayi lemas dan jika perlu, ibu akan diberikan antibiotik.

Apabila ibu mengalami tanda-tanda ni, tak payah tunggu lama, pergi saja ke hospital. Jika bukaan masih sikit atau servikc masih tebal, ibu akan diarahkan untuk pulang. Bagi Aya, biarlah banyak kali ke hospital untuk pemeriksaan, asalkan bayi selamat. Tidak berani tanggung risiko 😀

3. Pergerakan bayi

Walaupun masa bersalin hampir tiba, namun ibu jangan sesekali lalai untuk mengira pergerakan atau tendangan bayi. Jika ibu mengesyaki bayi kurang bergerak, segeralah ke hospital kerana bimbang bayi lemas di dalam kandungan. Pastikan bayi bergerak 10 kali dalam tempoh 12 jam. Ibu harus memahami cara pengiraan pergerakan bayi agar dapat mengira pergerakan dengan tepat.

4. Overdue atau terlebih dari tarikh jangkaan bersalin

Overdue adalah situasi dimana tarikh bersalin lewat daripada tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya bayi lewat 7 hari daripada tarikh jangkaan, ibu akan diberikan ubat cetusan atau “induce” kerana bayi perlu dikeluarkan segera untuk dapat mengelakkan sebarang komplikasi.

Aya sendiri pernah overdue 5 hari sewaktu hamil anak yang ketiga, namun berjaya melahirkan baby tanpa diberikan ubat pencetus. Tetapi sewaktu baby selamat dilahirkan, wajahnya kering seakan-akan terbakar terutama di kawasan “T” muka. Rakan Aya maklumkan situasi ini adalah normal kerana beliau sendiri mengalaminya. Ada tak mommies berpengalaman macam ni? Tapi alhamdulillah, sekarang kulit anak dah normal dan jarang pula naik ruam atau apa-apa penyakit kulit 😀

Antara penyebab overdue berlaku antaranya apabila saiz kepala bayi besar berbanding saiz pelvik, baby tersekat, tiada kontraksi atau boleh juga disebabkan mempunyai genetik kehamilan yang panjang.

5. Ubat membuang najis

Sebaik ibu tiba di bilik bersalin, ibu biasanya akan diberikan ubat ini. Jika ibu mengalami cirit-birit atau telah membuang air besar sebelum itu, ibu perlu memaklumkannya kepada jururawat. Ubat ini diberikan atas tujuan untuk mengelakkan najis terkeluar bersama ketika proses meneran kelak.

6. Induce atau Ubat Cetusan

Induce selalu diberikan untuk ibu yang mempunyai kandungan “overdue” iaitu tarikh bersalin lewat daripada jangkaan sebenar. Means dah melebihi tarik EDD lah. Selalunya doktor akan memberikan ubat ini jika terdapat risiko kematian bayi yang tidak dijangkakan di dalam kandungan. Suntikan ubat induce ini mampu mempercepatkan proses bersalin, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi.

7. Entonoks (gas dan udara)

Entonoks adalah campuran gas nitrus oksida dan oksigen untuk menahan rasa sakit tetapi tidak sepenuhnya seperti epidural. Prosedur ini memerlukan ibu memakai topeng untuk menghidu gas terutamanya ketika sakit kontraksi datang. Kesan hidu gas ni, ibu akan merasa ngantuk.

Aya berpengalaman menggunakan Entonoks sewaktu melahirkan anak ketiga. Bagi Aya tiada beza pun, hihihi.. sakit tu memang sakit juga, malahan time push tu badan menjadi lemas kesan menggunakan entonoks.

Antara keempat-empat anak Aya, kelahiran ketiga ni memang mencabar. Push-push tak juga keluar, sakit kontraksi pula sangat kuat sehinggakan request epidural pun dilayan (selalunya hospital kerajaan tak layan sangat melainkan jika perlu). Tetapi apabila pakar bius datang dan brief tentang risiko (sempat lagi), Aya terpaksa tolak sebab takut dengan risikonya iaitu antaranya risiko menjadi lumpuh (nauzubillah). Waktu tu, pakar vakum pun dah bersiap sedia. Namun Aya memang tekad untuk melahirkan secara normal (kelahiran kedua emergency caesar sebab baby dah berak).

Akhirnya bila midwife lain datang tengok, rupa-rupanya kepala baby senget, lepas dia putarkan sikit kepala baby memang sekali push baby meluncur keluar. Ya Allah penatnya.. hihih.. tapi best juga pengalaman ni. Boleh kongsi dengan ibu kan? 😀

8. Epidural

Epidural adalah sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan bahagian bawah badan berasa kebas seketika. Ia berkesan untuk mengurangkan kesakitan ketika kontraksi dan juga kesakitan terutamanya pada bahagian pinggang belakang. Yang ni Aya tak pernah ambil, so tak dapat kongsi pengalaman.

9. Kelahiran bantuan: Pembedahan Ceasarean, Forsep dan Vakum

Selain bersalin normal, terdapat juga kelahiran bantuan yang boleh membantu memudahkan kelahiran bayi anda. Antaranya adalah pembedahan ceasarean, forsep dan vakum.

Pembedahan ceasarean dilakukan dengan melahirkan bayi dari dinding abdomen. Forsep pula ialah alat yang digunakan untuk menarik kepala bayi keluar jika ibu sudah keletihan untuk terus meneran. Vakum pula adalah proses menyedut kepala bayi menggunakan cawan logam yang bersambung pada vakum.

Aya turut mempunyai pengalaman bersalin melalui pembedahan Ceasarean sewaktu melahirkan anak kedua. Bukaan dah 6cm, tetapi tetiba denyutan jantung baby mulai perlahan, apabila doktor membuat pemeriksaan bukaan vagina, cecair sudah bertukar menjadi kekuningan. Ini menandakan bayi sudah berak di dalam perut. Apa lagi, serta merta lah Aya disorong ke bilik pembedahan. Merasa juga laaa kena belah perut. Hihi…

10. Episiotomi

Episiotomi merupakan guntingan kecil antara faraj dan anus yang akan dilakukan jika terdapat komplikasi seperti saiz kepala bayi besar. Bahagian tersebut akan dibius sebelum digunting. Kesan luka bahagian itu akan memberikan rasa tidak selesa dalam tempoh beberapa minggu selepas bersalin sehinggalah jahitan sembuh. Luka ini juga boleh menyebabkan kesakitan terutamanya apabila mengalami sembelit.

Oleh itu, ibu perlu mengambil makanan yang boleh mempercepatkan luka bersalin sembuh dan makanan tinggi serat agar tidak sembelit, serta mengambil air yang secukupnya. Ibu perlu pastikan luka kering dan tidak bengkak. Jika ibu merasa sakit di bahagian luka, segeralah berjumpa dengan doktor.

Aya kongsikan bagaimana ibu ini, berjaya mengatasi masalah sembelit ketika berpantang.

Fuhhh selesai. Banyak sangat perkara yang bakal dilalui oleh bakal ibu ketika proses kelahiran.

Nasihat Aya, ibu perlu positifkan minda, jangan panik, rileks, jangan lupa makan sebelum ke hospital dan bawalah makanan yang boleh memberikan tenaga untuk meneran nanti.

Bagi ibu muslim, jangan lupa amalkan Doa Nabi Yunus, “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minaz zolimin” yang bermaksud “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk dalam orang-orang yang zalim.” InsyaAllah proses kelahiran bayi dipermudahkan.

Untuk risiko dan penjagaan diri selepas bersalin, ibu boleh baca entry 7 Tanda Bakal Hadapi Masalah Berbahaya Selepas Bersalin ni, agar dapat mengambil tindakan sewajarnya jika mengalami tanda-tanda seperti yang saya kongsikan di dalam artikel tersebut.

Semoga ibu mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Rahsia Mengatasi Masalah Anemia Sebulan Sebelum Bersalin

Rahsia Bagaimana Saya Naikkan Bacaan Hb Sekaligus Bebas Anemia Ketika Hamil Anak Ketiga. Hamil Anak Keempat Pula, Tiada Lagi Masalah Kurang Darah 😀

Assalamualaikum mommies,

Hari ni Aya nak share pengalaman sendiri, masalah kurang darah atau anemia ketika hamil. Ketika hamil anak pertama, kedua, dan ketiga, Aya mengalami Anemia iaitu masalah kurang darah. Patutpun sepanjang kehamilan Aya kerap migrain, pening, pucat, lesu dan tidak bermaya. Namun, tak terfikir pula ia disebabkan masalah kurang darah tu.

cara mengatasi anemia

 

Keadaan kurang darah yang paling teruk yang Aya alami sewaktu mengandung anak ketiga iaitu bacaan Hb cuma 8.7gm/dl. Ketika itu Aya sibuk sangat kat office, kerap outstation, tidak mengambil apa-apa vitamin prenatal sebelum mendaftar klinik dan tidak mengambil makanan seimbang. Lebih-lebih lagi hamil anak ketiga ni loya kuat sikit, selera makan kurang sangat, berat pula turun, so faham-faham la kan.

Seseorang ibu hamil dikatakan mengalami Anemia apabila bacaan paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Ibu perlu membuat ujian darah untuk mengetahui bacaan ni. Hemoglobin berfungsi untuk mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Kalau kat KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak), setiap kali review bacaan darah akan diambilkan? Jadi memang tau lah berapa Hb setiap bulan. Yang tak tahan bila dah low Hb ni, nurse akan suruh datang buat review setiap 2 minggu sekali. Penat sangat, dan sampai satu tahap terpaksa dengar nasihat dan leteran hampir 2 jam dalam bilik nurse tentang bagaimana nak buat untuk naikkan bacaan Hb. Sebab apa kena leter? sebab kurang darah ni bahayakan mommies, banyak risikonya.

Antaranya risiko kurang darah atau anemia adalah jantung bayi tidak terbentuk sempurna dan terbantut, tangan dan kaki tidak lengkap, pembentukan otak terganggu, bayi kurang berat badan ketika dilahirkan dan yang paling menakutkan ia boleh menyebabkan kematian di dalam kandungan.

Risiko kepada ibu pula seperti tumpah darah semasa atau selepas bersalin, keguguran dan juga boleh menyebabkan kematian. Darah yang mencukupi sangat penting kerana ia membawa nutrisi kepada ibu dan bayi.

Sehingga minggu ke-34 mengandung, bacaan Hb Aya cuma 10gm/dl. Masih low Hb, masih Anemia. Naik buntu dibuatnya. Namun, dalam tempoh 2 minggu selepas itu, Aya berjaya naikkan bacaan Hemoglobin ke paras normal iaitu 11mg/dl. Nak tahu rahsianya? Kena baca sampai habis dan tengok sendiri bacaan Hb dalam buku klinik ni ya mommies 😀

status low hb

Throwback status gembira bila Hb naik. Hehe…

Bagaimana saya mengatasi masalah Anemia ketika mengandung anak ke-3?

Bacaan Hb ketika mengamalkan ubat klinik

masalah low hb dan cara naikkan bacaan darah

Bacaan Hb pada minggu ke 17. Waktu ni Aya buka buku (daftar kehamilan di KKIA). Hb cuma 8.7gm/dl, dan sejak itu Aya perlu review 2 minggu sekali T_T

cara naikkan bacaan Hb darah

Ini pula bacaan Hb pada minggu ke 34, 10gm/dl sahaja. Lagi 4 minggu sebelum “menunggu hari”. Dari minggu ke 17 hingga minggu 34 ni bacaan Hb naik turun macam gunung Kinabalu tapi tak pernah mencapai bacaan NORMAL.

Disebabkan memasuki minggu ke 34 saya masih kurang darah, nurse dah bagi warning, siap kata nak suntik iron dalam badan kalau tak naik-naik lagi. Kecut perut dengar. At last, saya decide untuk mencuba Set Anemia Shaklee setelah berbulan kakak saya Lin Chalo SweetBonda suruh makan dan hasilnya seperti gambar di bawah. Hihihi…

Bacaan Hb selepas 2 minggu mengambil Set Anemia Shaklee

Alhamdulillah. Sesuai sangat vitamin di dalam Set Anemia Shaklee ni dengan Aya. Bacaan terus melonjak ke normal. Kalau tahu macam ni, dari awal lagi dah amalkan set ni. Hihi…

Aya juga terus berhenti mengambil ubat yang dibekalkan dari klinik sewaktu start makan Set Anemia Shaklee ni. Kiranya 100% guna Shaklee lah. Lagipun dah berbulan makan Iberet tak naik-naik bacaan darah pon kan?

Mommies nak tahu tak bagaimana Set Anemia Shaklee ni boleh membantu ibu untuk menaikkan bacaan Hb? Baca selanjutnya ok 😀

ubat tambah darah ketika mengandung

3 Oktober – 10mg/dl. Start consume Set Anemia Shaklee. 2 minggu kemudian, bacaan Hb NORMAL. Alhamdulillahhhh.. syukur sangat. 1st time saya bangga duduk depan nurse. hihihi…

tips mengatasi anemia

Minggu ke 37. Bacaan naik lagi…

bacaan hb rendah

Minggu ke 38. Naik lagi, alhamdulillah… time ni dah berdebar nak tunggu hari bersalin. Tak sabar lettew…

Ubat atasi kurang darah anemia

Hmmm.. Overdue pula. Tapi bacaan Hb tetap maintain. Syukurrr… pada 15 November Aya selamat melahirkan baby boy yang ke3. Boy lagi… hahaha..

Bagaimana Set Anemia Shaklee membantu ibu naikkan atau maintain bacaan Hb?

Ok, ni yang best nak cerita ni. Sebenarnya vitamin dalam Set Anemia Shaklee ni “sama” dengan pil hematinik (ubat klinik) yang disediakan di klinik seperti Iron, Folic Asid, Vitamin B dan Vitamin C.

Tetapi, istimewanya Shaklee kerana ianya 100% diperbuat daripada bahan semulajadi, ianya selamat dan insyaAllah berkesan (jaminan Shaklee, sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam). Manakala ubat klinik pula adalah vitamin sintetik, iaitu diperbuat daripada bahan kimia dengan meniru komposisi dalam vitamin semulajadi.

So ibu pilih, nak makan yang semulajadi atau tiruan? kalau Aya offcos nak makan yang semulajadi sebab lebih mudah diserap oleh badan dan selamat untuk kandungan.

Vitamin Shaklee juga telah melalui pelbagai ujian klinikal agar ianya mudah diserap oleh badan dan tidak membebankan buah pinggang. Bila dah tahu wujud vitamin semulajadi, tentulah pilih yang terbaik buat baby kan?

Jom kita lihat fungsi vitamin yang terdapat di dalam Set Anemia Shaklee ni.

Set Anemia Shaklee terdiri daripada;

  1. Vitalea With Iron Formula – Ia merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan hemoglobin. Vitamin dan mineral selebihnya pula (yang ada di dalam Vitalea) sangat penting untuk cover kelompongan vitamin yang tidak tiada diambil semasa mengandung melalui pemakanan kerana loya, kurang selera makan dan sebagainya. Jadi, dengan mengambil Vitalea, ibu dapat memberikan nutrisi buat diri dan bayi di dalam kandungan.
  2. B-Complex With Acid Folic – Asid folik juga penting di dalam pembentukan sel darah merah. Selain itu, ia juga sangat penting untuk mengelakkan kecacatan saraf bayi dan juga membantu dalam pembentukan otak bayi. Juga penting untuk tukarkan gula kepada tenaga agar ibu tak lemah lesu.
  3. Vitamin C – Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan penyerapan zat besi/iron. Lebih banyak iron diserap, lebih lancarlah penghasilan sel darah merah dan semakin normallah bacaan Hb ibu. Sebab itu, kalau nak naikkan Hb, ibu selalu dinasihatkan untuk makan pil zat besi bersama jus oren. Betul ka tidak? 😀
  4. ESP (Energizing Isolated Protien) – Kenapa Aya cadangkan protein juga? Sebab tau tak setiap sel di dalam badan kita ni terdiri daripada protein? Hemoglobin sendiri terdiri daripada protein. Jadi ia sangat membantu dalam penghasilan sel darah merah yang sihat. Protein juga sangat penting untuk tumbesaran bayi dan juga memberi tenaga kepada ibu hamil.
set kurang darah anemia shaklee

Set Anemia Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex dan ESP.

Sebenarnya Set Anemia Shaklee ni boleh diamalkan oleh ibu hamil yang tidak mengalami masalah Anemia pun kerana vitamin dalam set ni cumalah vitamin asas ibu hamil.

Aya pun amalkan vitamin yang sama sejak mula mengambilnya pada minggu ke 34 hamil anak ke-3 sehingga mengandung anak ke-4. Alhamdulillah, ketika mengandungkan baby Rara (anak ke 4), bacaan Hb saya normal sehingga bersalin. Nampak tak Shaklee Effectnya? Mommies boleh play video kat bawah kalau nak dengar sendiri apa Shaklee Effect saya dan juga boleh lihat betapa “cantiknya” bacaan Hb saya ketika mendaftar klinik di KKIA pada minggu ke-11 kandungan keempat tahun lepas. 😀

cara naikkan bacaan hb darah

Dalam sejarah bila mendaftar kehamilan di klinik tanpa Anemia. Syukur sangat-sangat ya Allah. Tak sia-sia amalkan Vitamin-vitamin Shaklee sejak bersalin anak ke -3 dulu 😀

Saya juga telah dihubungi oleh ramai ibu hamil yang mempunyai masalah anemia dan ada juga yang sudi dibantu. Terima kasih kerana percayakan saya untuk membantu anda. Ibu boleh baca testimonial ibu hamil anemia di sini.

Nasihat saya kepada ibu diluar sana, kalau ada masalah kurang darah atau anemia tu, jangan berkira-kira sangat untuk tukar vitamin dan invest untuk vitamin prenatal yang lain (tak kisah la nak try Shaklee or brand lain).

Fikirkan tentang bayi anda dan juga diri ibu sendiri. Nak tak tumpah darah or bayi lahir tak sempurna? Tak nak kan? Apalah sangat nilai vitamin ni jika dibandingkan dengan nyawa anda dan bayi. Tak mahal pun, dan boleh dimakan sehingga berpantang. Harga Set Anemia Shaklee ni seperti kat bawah:

Harga Set Anemia Shaklee:

1. Vitalea: RM88.75 / 120 biji (Percuma jika join ahli sehingga Oktober 2015)
2. B-Complex: RM53.75 / 120 biji
3. Vitamin C: RM92.50 / 180 biji
4. ESP: RM150.00 / 850g
Jumlah: RM385.00

Set lengkap ni berjumlah RM385.00 tidak termasuk kos penghantaran. Penggunaannya 2-4 bulan, jimat kan? Tak perlu beli setiap bulan. Kalau nak dapat harga murah, ibu boleh pertimbangkan untuk join ahli Shaklee.

Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat konsultation seumur hidup daripada saya. Kalau join bulan ni sehingga Oktober 2015 pula, ibu boleh dapatkan VITALEA SECARA PERCUMA. Jimat RM88.75 dan dapat harga ahli pula tu. Berganda-ganda jimat!

Jika ibu sedang mengalami masalah kurang darah, sering lesu, tiada selera makan dan risau bayi tak membesar sebaiknya kerana kurang nutrisi, sudah tiba masanya untuk menghubungi Aya di 013-8633224.

Aya akan bantu ibu dan guide tentang cara pemakanan berkesan seperti mana yang Aya amalkan sehingga bacaan Hb kembali normal. Rahsia pemakanan ni eksklusif hanya kepada pelanggan Aya. Jangan nanti dah jadi macam customer Aya yang anemia teruk ni baru nak start makan. Takut-takut dah tak sempat.

Sekian saja perkongsian kisah anemia Aya. Jumpa lagi di entry akan datang!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

 

9 Makanan Ransang Otak Genius Bayi Sejak Dalam Rahim Ibu

Makanan Yang Boleh Dimakan Oleh Ibu Mengandung Untuk Ransang Otak Genius Bayi

Setiap ibu semestinya menginginkan anak yang pintar dan geniuskan? Tahu tak mommies, anda boleh meransang perkembangan otak bayi untuk menjadi genius sejak berada di dalam rahim melalui pemakanan? Kajian turut menunjukkan 90% kepintaran anak bermula sejak dalam rahim dan makanan antara sumber yang sangat penting untuk meransang otak bayi.

Nak tahu apa makanan yang best tu? jom khatamkan artikel ni 😀

makanan untuk ransang bayi genius sejak dalam rahim

9 Makanan Yang Boleh Meransang Otak Genius Bayi

#1. Madu

Makanan yang sangat berkhasiat yang juga dikenali sebagai makanan penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D, K, E, mineral seperti zat besi, zink. Selain itu ia juga mengandungi protein, hormon, antiseptik dan enzim yang mampu meningkatkan daya ingatan dan kecergasan mental.

#2. Kismis

Kismis kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk disalurkan ke otak. Darah mengangkut kesemua nutrisi yang penting agar sampai ke tempat yang diperlukan. Oleh itu, darah yang mencukupi membantu dalam pembentukan otak anak yang genius.

#3. Telur

Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, kalium, sulfur, natrium, zat besi, fosforus, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam yang terbaik adalah telur ayam kampung, tetapi telur yang mengandungi omega dan selenium juga tidak kurang baiknya untuk kepintaran anak.

#4. Susu Segar

Susu segar mampu meransang otak, membekalkan tenaga dari segi mental dan fikizal, menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan. Susu adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat serta memenuhi 6 kumpulan makanan yang diperlukan tubuh badan dan otak seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air. Susu yang terbaik untuk genius adalah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.

#5. Buah Delima

Buah ini juga mampu berfungsi sebagai penerang hati. Menurut kajian, mengamalkan jus buah delima ketika kehamilan membantu melindungi otak bayi ketika proses kelahiran. Buah delima juga bermanfaat kepada kulit bayi. Ia juga tinggi dengan asid folik untuk elak kecacatan tiub saraf bayi.

#6. Kurma

Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan vitamin E. Jus kurma mampu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu dalam tumbesaran bayi sekaligus minda yang sihat.

#7. Labu

Labu kuning kaya dengan Vitamin A, C, K, zat besi dan protein untuk menambah keupayaan fizikal dan otak bayi. Labu bagus dimakan oleh ibu hamil dan juga apabila bayi berusia 6 bulan, ia juga menjadi pilihan makanan yang terbaik buat bayi kerana kaya dengan serat.

#8. Kekacang

Kekacang juga sangat elok dimakan oleh ibu hamil untuk meningkatkan perkembangan genius otak bayi. Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah dan soya. Kekacang ini dipercayai memberi kesan kepada kecerdasan otak kerana mengandungi protein, karbohidrat, Vitamin B1, B2, Kalsium, asid folik, omega 3 dan omega 6 yang sangat penting dalam pembentukan otak bayi.

#9. Sayur-sayuran

Sayur-sayuran segar dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang terpelihara. Vitamin dan mineral yang ada di dalam sayur dan buah amat penting untuk pembentukan otak bayi.

makanan terbaik buat ibu mengandung

Berilah si manja nutrisi terbaik melalui pemakanan sejak berada di dalam rahim.

Perasan tak mommies kesemua makanan di atas sangat bagus untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan kerana mengandungi vitamin, mineral dan zat galian, protein yang penting untuk otak bayi. Oleh itu, disepanjang tempoh hamil, makanlah makanan yang seimbang dan bernutrisi. Jangan diikutkan sangat selera yang berkurangan tu, kesian baby kat dalam perut kan? Kalau ibu susah sangat telan makanan di atas, Aya cadangkan ambil vitamin semulajadi yang dapat memberikan ibu nutrisi yang lengkap untuk perkembangan bayi seperti multivitamin, protein soya, minyak ikan omega 3 dan kalsium. Mudah dan lengkap mommies. 😀

Semoga info yang ringkas ni dapat membantu mommies melahirkan baby yang comel serta genius. Jumpa lagi di entry akan datang.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

10 Perubahan Pelik Semasa Hamil Yang Bakal Ibu Perlu Ambil Tahu

Mengetahui diri sedang hamil merupakan saat yang sangat menggembirakan. Namun, terdapat beberapa perubahan semasa hamil perlu diketahui agar ibu tidak terkejut dengan perubahan yang bakal dialami.

Segala perubahan ini cuma sementara. Selepas bersalin, insyaAllah ia akan kembali kepada asal secara perlahan-lahan. Ibu jangan risau ok?

perubahan ibu semasa hamil mengandung

#1: Warna Payudara Berubah

Apabila hamil, perkara terawal yang kerap dialami adalah perubahan warna di sekitar payudara yang akan menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen.

Ibu juga mungkin mengalami sengal-sengal atau gatal di bahagian puting atau areola kerana pembuluh darah mengembang. Payudara juga akan membesar lebih daripada biasa.

Teringat semasa mengandungkan Baby Rara, saya mengalami gatal dan sensitif di kawasan payudara. Hairan juga sebab tetiba jadi macam tu. Rupa-rupanya dah ada baby dalam perut. 😍

stretchmark semasa mengandung

Gunakan losyen khas untuk mengurangkan stretch mark dan mengelakkan perut gatal. Antara Jenama yang terdapat di pasaran adalah seperti Palmers, Vaseline dan juga Herbal Blend.

#2: Timbul Garisan Tegak Di Perut

Ketika hamil, garisan tegak berwarna gelap akan timbul di bahagian tengah perut. Gunakan losyen pelembab untuk mengurangkan garisan halus tersebut. Losyen juga bagus untuk mengelakkan atau mengurangkan kesan “stretch mark” di bahagian bawah perut ibu.

#3: Kulit Kelihatan Gelap Seperti Berdaki

Terdapat ibu hamil yang akan mengalami perubahan fikizal ini. Leher, celah ketiak, paha menjadi lebih gelap seakan-akan berdaki. Perubahan ini adalah normal. Ia akan hilang selepas bersalin. Namun, selepas bersalin, ibu dinasihati agar mandi lulur agar daki-daki tersebut hilang dengan pantas.

Pengalaman saya sendiri, ketika mengandungkan Baby Rara, kulit di bahagian celah ketiak memang menjadi gelap. Setiap kali mandi saya akan gosok agak lama sedikit di bahagian tersebut, alhamdulillah kini ketiak saya kembali cun. 😋

#4: Rambut Lebih Tebal

Rambut akan menjadi lebih tebal dan kurang gugur di sepanjang tempoh kehamilan. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen. Namun, selepas bersalin, rambut ini mula gugur. Tu yang rambut banyak gugur terutama bila baby dah memasuki 3-4 bulan tu.

#5: Risiko Penyakit Gigi Meningkat

Perubahan hormon menyebabkan gusi lebih terdedah kepada jangkitan dan kadangkala mulut menjadi kering. Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut yang boleh menyebabkan gigi terhakis dan haus. So, ibu perlu meningkatkan kebersihan mulut dan gigi agar mengurangkan risiko masalah gigi dan gusi.

#6: Ubat-ubatan Menjadi Terhad

Semasa hamil, tidak semua ubat boleh diambil oleh ibu. Ibu wajib, saya ulang, ibu wajib mendapat nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana ubat.

Pengambilan ubat yang tidak dipantau boleh membahayakan bayi. Namun, ibu amat digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan seperti asid folik, zat besi, vitamin c dan vitamin b complex. Kalau nak tahu lebih lanjut saya ada kongsikan kepentingan nutrisi ini di dalam entry nutrisi yang wajib diambil oleh ibu hamil setiap hari.

#7: Berlaku Pigmentasi

Disebabkan peningkatan hormon estrogen di dalam badan ibu hamil turut memberi perubahan kepada kulit ibu. Pigmen mungkin akan lebih banyak timbul di bahagian muka Oleh itu, jangan abaikan penggunaan pelindung sinaran uv untuk mengelakkan pigmen bertambah gelap dan kekal walaupun selepas bersalin.

pelupa ketika mengandung
Pelupa di kalangan ibu mengandung adalah normal 🙂

#8: Menjadi Pelupa

Ramai ibu mengeluh kerana semakin menjadi pelupa ketika hamil. Ini dinamakan momnesia ataupun pregnancy brainKajian menunjukkan, penurunan memori ini adalah disebabkan kurang tidur, stress dan kurang nutrisi kehamilan.

#9: Kerap Berlaku Lelehan Cecair Dari Vagina

Semasa hamil, peningkatan kadar lelehan cecair berwarna putih atau pucat melalui vagina akan kerap terjadi. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dan aliran darah ke vagina.

Untuk mengatasi masalah ini, ibu boleh menggunakan pantyliner untuk menjaga kebersihan. Jika cecair ini berubah warna ke kekuningan, kehijauan dan menyebabkan kegatalan, sila berjumpa doktor dengan segera kerana itu tanda berlakunya infection. Infeksi boleh membahayakan bayi.

Yang ni saya ada pengalaman sewaktu mengandung anak sulung, Faeq. Seksanya ya Allah. Gatal! Akhirnya setelah berjumpa doktor dan sampel cecair vagina diambil, saya diberikan ubat untuk dimasukkan ke vagina. Alhamdulillah sembuh. 😀

#10: Kerap Membuang Air Kecil

Situasi ini kerap berlaku di awal kehamilan sehingga minggu ke 28. Kandungan yang semakin membesar menekan pundi kencing dan menyebabkan ibu kerap berasa ingin membuang air kecil. Ini juga berlaku disebabkan oleh peningkatan darah di dalam badan yang menyebabkan lebih banyak air dihantar ke ginjal untuk diproses.

Walau apa pun perubahan yang ibu alami, dinasihatkan ibu untuk sentiasa berbincang, mendapatkan pandangan atau nasihat daripada rakan, adik beradik atau doktor untuk memastikan bayi dilahirkan dengan sihat dan selamat. Kalau nak share dengan Aya pun boleh 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

7 Ketidakselesaan Isteri Semasa Hamil Yang Suami Wajib Tahu

Sepanjang tempoh kehamilan, terdapat pelbagai ketidakselesaan semasa hamil. Walaupun merisaukan, perkara ini adalah suatu perkara yang normal. Namun, jika suami lebih caring disepanjang tempoh ini tentu lebih bahagiakan?

Ketidakselesaan ini disebabkan oleh perubahan hormon atau badan ibu hamil yang mengalami lebihan tekanan daripada biasa. Namun begitu, ibu hamil perlu mengambil berat tentang beberapa simptom dan suami juga wajib tahu akan perkara ini.

tanda-kehamilan
Berikut merupakan ketidakselesaan ringan yang sering dialami sepanjang tempoh kehamilan, saya sendiri mengalami ketujuh-tujuh ketidakselesaan ni sepanjang mengandungkan 4 orang anak iaitu;-

GUSI BERDARAH

Ketika hamil, gusi menjadi lebih lembut dan mudah cedera. Gusi mungkin membengkak, menyebabkan plak terkumpul pada dasar gigi. Ini akan mengakibatkan penyakit gusi dan pereputan gigi dan menyebabkan gusi berdarah selepas memberus gigi.

Untuk mengurangkan gangguan ini, berus dan flos gigi dengan sempurna selepas makan, ibu juga boleh menukar ke berus gigi jenis soft dan berjumpalah dengan doktor gigi bila perlu.

SEMBELIT

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesterone mengendurkan otot usus. Oleh itu, pergerakan usus menjadi perlahan dan mengakibatkan pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap dari biasa. Cara mengatasi ketidakselesaan ini adalah dengan mengambil makanan berserat tinggi dan minum air dengan banyak.

Selain itu, ibu dinasihatkan untuk bersenam dengan tetap dan juga dinasihatkan mengambil zat besi selepas makan bersama air yang banyak. Pengambilan zat besi juga antara satu penyebab sembelit.

Sembelit ni paling kerap saya alami disepanjang kehamilan anak pertama hingga ketiga, time hamil anak keempat berbeza sebab saya diperkenalkan dengan satu “pil ajaib”, telan sebelum tidur pepagi memang berlari ke tandas. Heaven!

KEKEJANGAN

Faktor penyebab utama kekejangan adalah disebabkan kekurangan kalsium. Kekejangan adalah kontraksi otot yang menyakitkan biasanya pada betis dan kaki. Ini kerap berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula jika berlaku keregangan kaki dengan jari kaki mengarah ke bawah.

Untuk ketidakselesaan ini, suami boleh membantu mengurut anak betis dan kaki yang kejang. Selepas sakit beransur hilang, berjalanlah seketika untuk menggalakkan peredaran darah. Jika kekejangan kerap berlaku, berjumpalah dengan doktor dan selalunya doktor akan menasihatkan untuk mengambil nutrisi tambahan kalsium dan vitamin D.

BERASA PITAM

Tekanan darah semasa hamil menjadi lebih rendah menyebabkan ibu hamil mungkin berasa pitam. Duduk atau baring boleh mengurangkan ketidakselesaan ini. Elakkan berdiri terlalu lama dan jika berasa hendak pitam seeloknya duduk dan letakkan kepala di antara lutut sehingga berasa lebih baik.

Jika berasa pitam ketika baring menelentang, cuba berdiri dengan perlahan dengan mengiring terlebih dahulu dan cuba berdiri perlahan-lahan. Pitam ni pun saya selalu alami. Almaklumlah setiap kali hamil saya kurang darah. Masalah sungguh! Hehe..

KERAP MEMBUANG AIR KENCING

Pembesaran bayi di dalam kandungan mengakibatkan penambahan tekanan di pundi kencing. Ini menjadikan ibu hamil kencing dengan kerap. Elakkan minum air dengan banyak untuk mengelakkan terlalu kerap bangun ke tandas pada waktu malam.

Jika pundi kencing berasa sakit ketika membuang air kencing, segeralah berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri mendapat jangkitan. Tanda-tanda jangkitan adalah apabila ibu merasa pedih dan tidak puas ketika kencing walaupun dah kencing dengan kerap. Bahaya tau mommies.

LOYA DAN MUNTAH

Loya dan muntah kebiasaannya merupakan tanda pertama kehamilan dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya keletihan. Rasa loya biasanya hilang selepas minggu ke 12 kehamilan tetapi adakalanya kembali semula. Berasa loya selalunya disebabkan terhidu makanan tertentu atau asap rokok. Keadaan ini mungkin berlaku pada masa tertentu dalam sehari.

Cuba makan sesuatu untuk mengelakkan muntah seperti biskut, roti bakar, buah-buahan atau air berhalia juga boleh membantu. Elakkan makanan dan bau yang mencetuskan loya. Makan sedikit tetapi kerap sepanjang hari, jangan biarkan perut kosong. Bila perut kosong, mulalah masuk angin dan loya.

BERPELUH

Berpeluh berpunca daripada perubahan hormon dan pengaliran darah ke kulit yang bertambah sepanjang kehamilan. Selalunya peluh akan merembes keluar walaupun hanya menggunakan sedikit tenaga atau berasa panas pada waktu malam. Gunakan pakaian kapas dan longgar untuk keselesaan. Penghawa dingin amat digalakkan 🙂

Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal ibu untuk memahami perubahan diri dan buat bakal ayah, silalah fahami ketidakselesaan isteri anda disepanjang tempoh kehamilan ini. Bantu la mana yang mampu, tentu isteri anda sangat menghargainya dan kurang merajuk. Tak baik tau biarkan isteri kerap merajuk semasa hamil, nanti baby pun ikut perangai ibu, haaa.. penat nak pujuk balik.

Oh ya, tadi saya ada sebut tentang “pil ajaib’ tu kan? Sebenarnya sepanjang mengandung anak keempat (Baby Rara) saya mengambil nutrisi kehamilan semulajadi daripada Shaklee yang dapat membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan disamping memberikan nutrisi lengkap buat bayi di dalam kandungan. Alhamdullillah, Rara lahir dengan sihat walafiat <3

So Daddies, berikan yang terbaik buat isteri dan bayi anda tau!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart