Rawatan Masalah Vagina “Longgar” Selepas Bersalin

 

Ramai ibu yang sudah melahirkan anak risau apabila mengalami masalah “longgar” di bahagian sulit dan kemutan yang tidak sehebat sewaktu malam pertama.

Masalah vagina longgar bukanlah satu masalah yang baru dikalangan ibu. Namun, masalah ini tidak boleh dibiarkan, sebab kalau dibiarkan ia boleh membawa kepada masalah hubungan seksual dan memberi kesan kepada kebahagiaan rumah tangga.

rawatan-masalah-vagina-longgar-selepas-bersalin

Bagaimana perubahan ini boleh berlaku?

Semasa tempoh kehamilan, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran kelak. Pembesaran ini memberi perubahan kepada lantai pelvik dan vagina wanita. Proses kelahiran turut menambah lagi perubahan tersebut.

Bayi yang besar berkemungkinan akan mengoyakkan dan melukakan vagina manakala proses kelahiran yang berulang-kali turun menyebabkan saluran vagina mengembang dan longgar.

Apa rawatan yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah vagina longgar?

Terdapat pelbagai rawatan boleh dibuat oleh ibu untuk mengurangkan masalah kelonggaran tersebut. Ia boleh dilakukan di rumah atau di spa.

  1. Bertangas

Rawatan sauna atau bertangas mampu memberikan kesan mengetatkan semula bahagian intim dan menghilangkan masalah bauh an keputihan.

  1. Bertungku

Rawatan bertungku boleh menggunakan tungku herba, tungku batu atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seperti sirih, halia, serai wangi dan temulawak dikatakan mampu memberikan manfaat kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

  1. Rawatan Tradisional

Rawatan tradisional seperti mencuci bahagian sulit seperi mencuci menggunakan rebusan air sirih selang sehari dipercayai dapat mematikan bakteria yang boleh menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian sulit.

Ibu boleh mencuba petua ini, rebus 15 helai dauh sirih, 3 biji gambir ditumbuk halus, sedikit kulit pinang dicarik-carik dan sedikit air kapur sirih di dalam 2 liter air. Sejukkan air dan biarkan semua serbuk mendap, kemudian ambil air rebusan dan basuh alat sulit 3 kali sehari semasa berpantang. Luka akan cepat kering dan vagina kembali ketat.

  1. Rawatan Scrub atau Sentalan

Rawatan sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah semasa hamil.

  1. Senaman Kegel

Senaman Kegel antara satu cara termudah untuk mengetatkan kembali vagina. Ia juga antara satu senaman yang boleh diamalkan semasa berpantang untuk membantu proses penyembuhan luka episiotomy dengan lebih pantas. Senaman kegel juga dapat membantu ibu dalam mengawal air kencing dan menguatkan kembali otot-otot pelvik ibu.

Cara-buat-senaman-kegelSelain daripada rawatan, pemakanan yang sihat juga sangat penting untuk menjaga kesihatan dalaman. Seeloknya elakkan makanan kategori sejuk seperti timun, kobis, ais kerana ia memberikan kesan tidak elok kepada otot pelvik.

Pengambilan ulam seperti ulam lengkuas dikatakan mampu merapatkan semula peranakan. Manakala herba seperti biji manjakani boleh menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekaligus merapatkan bahagian vagina yang longgar dan kendur.

 

Fuh.. banyak tips yang kak Aya kongsikan atas tu. Semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang risau dengan prestasi memasing selepas bersalin terutama anak pertama tu kan.

Kak Aya faham sebab kak pun macam tu juga dulu. Hihi.. apa-apa pun, senaman kena buat, makanan kena jaga, rawatan kena buat dan satu lagi kak Aya mau share, semasa berpantang anak ke-empat kak Aya amalkan 1 “jamu modern” ni, dan kesannya, fuhhh… sampai husband tanya makan apa, haha… ok, mau tau yang tu kena tinggalkan komen, nanti kak kongsi, hihi…

Jumpa lagi di entry akan datang.

Luv,
Kak Aya Chalo
Mak anak 4 yang tak mau longgar-longgar, hiks..

8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Anda Perlu Tahu

Setiap ibu yang bakal bersalin akan mengalami tanda-tanda bersalin. Ada yang sama, dan ada juga yang berbeza bagi setiap anak. Buat pasangan yang bakal menimang cahayamata pertama, adalah sedikit sukar untuk mengenalpasti bagaimanakah tanda bersalin yang sebenar. Aya sendiri mengalami tanda yang berbeza walaupun sudah beranak 4. Anak pertama dan keempat Aya mengalami bloody show, anak kedua leaking dan anak ketika pula kontraksi rahim. Jom kita ketahui bagaimana cara untuk mengenali tanda bersalin.

Oh ya, Aya kena pesan ni, walaupun mungkin ada di antara tanda-tanda ini cumalah tanda awal kelahiran, tetapi ibu mesti segera ke hospital terutamanya jika anda merasakan pergerakan bayi kurang. Sebagai info, dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika didapati bayi kurang bergerak, segeralah ke hospital.

tanda-tanda mahu bersalin

Apakah tanda-tanda bersalin yang perlu ibu ketahui?

Tanda Bersalin 1: Sakit Belakang

Sakit belakang merupakan sakit yang paling kerap dialami oleh ibu hamil. Ia juga merupakan salah satu tanda awal kelahiran yang akan ibu alami. Sakit belakang ini akan semakin lama semakin kerap dan kuat dirasai di bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi bergerak menurun dan menolak tulang belakang.

Untuk mengurangkan sakit belakang, ibu boleh meminta suami untuk mengurut bahagian bawah belakang secara lembut.

Tanda Bersalin 2: Kontraksi Rahim

Ia merupakan tanda terpenting yang menunjukkan isyarat sudah tiba masa untuk bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada bahagian tengah perut sehingga ke ari-ari. Sekiranya tanda ini muncul, ibu perlu mencatat jarak masa dan memerhati kekerapan sakit yang dialami. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten. Jika semakin lama semakin panjang tempoh kontraksi (tempoh sakit perut mengeras) iaitu dalam masa 20 hingga 45 saat dan semakin kerap dirasai, segeralah ke hospital. Terdapat juga kontraksi palsu (Braxton Hicks). Cara mengenalpastinya adalah ianya kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama kelamaan hilang.

Aya teringat sewaktu menunggu hari nak bersalinkan baby Rara. 3 hari sebelum bersalin Aya dah turun tanda Bloody Show iaitu lendir coklat-coklat. Kebetulan hari tu hari check-up dengan Gynea. So, doktor pun ada buat VE (cek bukaan). Dua hari sebelum bersalin  Aya memang mengalami Braxton Hicks yang agak sakit. Sepanjang malam Aya monitor kekerapan, dan sakit pun dah hampir 20-30 saat. Tapi kata hati Aya masanya belum tiba lagi, memang benar, lepas beberapa jam tu sakit tu stop pula.

Keesokan harinya, Aya mengalami kontraksi lagi, asal malam ja datang sakit tu, hihi… tapi kali ni memang rasa agak kuat berbanding sebelumnya, dan kali ni memang kuat instict kata dah nak bersalin. Apa lagi, tepat jam 1 pagi Aya dan Husband gerak ke hospital. Kali ni Aya memilih untuk bersalin di KPJ Sabah. Sepanjang perjalanan memang terasa kuat kontraksi, sehingga kalau kereta terhenjut-henjut pun terasa sakitnya. Selepas check in hospital jam 2 pagi, akhirnya Aya selamat bersalin jam 7.34 pagi. Alhamdulillah untuk kelahiran ke-empat ni sangat dipermudahkan. Sakit  kontraksi tak kaw-kaw berbanding anak ketiga (siap nangis waktu tu), sekali push baby dah keluar. Jam 6 pagi tu masih aktif ber-whatsapp dengan family Shaklee yang turut excited tunggu baby girl keluar, doktor sampai jam 7 pagi, dan jam 7.34 pagi dah dapat kiss pipi baby Rara. Memang pengalaman bersalin paling mudah seperti abang sulungnya. Alhamdulillah… ok sambung ke tanda berikutnya 😀

Tanda Bersalin 3

Terdapat segelintir ibu hamil yang mengalami tanda ni (Aya 2 kali tanda gini, hihi). Ia merupakan tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar melalui faraj. Lendir ini merupakan “gam” yang keluar daripada laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Tanda ini menunjukkan bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. Jika ibu mengalami tanda sebegini, ibu tidak perlu tergesa-gesa ke hospital kerana tanda seperti ini mengambil masa beberapa hari untuk bersalin. Kalau pengalaman Aya, dalam 3-4 hari akan bersalin. So enjoy dulu, hihi…

Tanda Bersalin 4: Pecah Ketuban

Pecah air ketuban berlaku apabila ada lelehan air yang banyak yang mengalir keluar dari faraj tanpa mengalami rasa ingin membuang air kencing. Air ketuban selalunya berwarna jernih dan tidak berwarna. Sekiranya air ketuban didapati berwarna hijau, itu menandakan bayi telah pun membuang air besar di dalam kandungan. Jika ibu mengalami tanda ni, sebaik-baiknya berangkatlah segera ke hospital untuk pemeriksaan.

Terdapat satu situasi lagi iaitu “leaking”. Perbezaan leaking dgn pecah air ketuban adalah kuantiti air yang lebih sedikit. Kedua-dua situasi ini tidak boleh dibiarkan lama. Ibu perlu segera ke hospital kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Menurut kajian kebanyakan ibu tidak tidak mengalami pecah air ketuban sehingga saat-saat akhir bersalin dan yang kerap berlaku adalah doktor yang akan memecahkan ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin.

Tanda Bersalin 5: Serviks Terbuka

Apabila kontraksi bermula, pangkal rahim akan menjadi lembut dan menipis. Pemeriksaan bukaan pangkal rahim dijalankan dengan melakukan prosedur VE (vagina examination) iaitu doktor akan memasukkan jari dan mengukur bukaan pangkal rahim dalam skala 1cm sehingga ke 10cm.

Pengalaman Aya, jika 4 cm tu tandanya dah nak kena sorong ke Labour Room, 10cm pula dah boleh meneran. Prosedur VE ni paling Aya tak suka. Lebih-lebih lagi kalau bersalin kat hospital kerajaan, bukan doktor saja yang nak cek, bidan pun sama. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Ibu kena banyak-banyak bersabar dan turutkan sajalah prosedur yang ditetapkan untuk kelancaran proses bersalin.

Tanda Bersalin 6: Perut Memulas

Oleh kerana bayi sudah mula turun ke bawah, ia akan memberi tekanan kepada saluran membuang air besar. Sesetengah ibu akan mengalami rasa hendak membuang air besar. Ibu dinasihatkan agar berhati-hati untuk mengelakkan ter-bersalin di dalam tandas.

Tanda Bersalin 7: Kerap Membuang Air Kecil

Apabila bayi mula bergerak turun, susah pasti ia akan menekan pundi kencing. Atas sebab ni ibu akan kerap merasa ingin kencing.

Tanda Bersalin 8: Perut “Turun”

Apabila memasuki minggu ke-38 pada tempoh kehamilan, perut yang membuncit akan perlahan-lahan turun. Ini menjadikan ruangan abdomen sebelah atas seakan-akan kosong. Keadaan ini menunjukkan yang bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan.

So Aya dah kongsikan 8 tanda bersalin. Aya nak ingatkan juga, ketika menunggu hari (38 minggu dan ke atas), ibu perlulah sentiasa monitor pergerakan bayi untuk mengelakkan bayi lemas di dalam kandungan. Ibu kena pastikan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam. Cara mengira pula seperti apa yang pihak klinik maklumkan iaitu satu sesi pergerakan dikira sebagai sekali gerakan. Ertinya, bila bayi bergerak ke kiri, siku sana, siku sini kemudian berhenti, itu dikira 1 kali. Jika ibu mendapati bayi kurang bergerak, jangan teragak-agak untuk terus ke hospital.

Aya doakan semua ibu-ibu hamil yang membaca entry ni dipermudahkan bersalin nanti. Aya ada kongsikan teknik semulajadi untuk kurangkan sakit bersalin kat sini dan kalau ada diantara ibu yang ada masalah anemia yang tak naik-naik walaupun dah hampir nak bersalin, Aya ada berkongsi rahsia mengatasi masalah anemia sebulan sebelum bersalin yang Aya sendiri alami sewaktu hamil anak ketiga. Ibu baca ok?

Moga bermanfaat mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

8 Teknik Semulajadi Kurangkan Sakit Dan Cepatkan Bersalin

Bagaimana Cara Untuk Mengurangkan Sakit Dan Mempercepatkan Proses Bersalin?

Ramai ibu hamil risau memikirkan kesakitan yang bakal dilalui pada saat kelahiran. Setiap ibu mempunyai tanda bersalin yang berbeza namun kesemuanya akan melalui satu proses kontraksi agar berlakunya bukaan serviks dan proses kelahiran si manja. Proses kelahiran ini dikira bermula daripada kontraksi pertama yang dirasai ataupun pada saat air ketuban pecah.

Tempoh kelahiran dikatakan lebih panjang bagi anak pertama dan lebih pendek untuk anak berikutnya namun semuanya bergantung kepada “nasib” ibu sendiri kerana realitinya setiap orang adalah berbeza. Secara puratanya, ibu akan mengalami proses kelahiran sekitar 5 jam. Namun dalam keadaan tertentu, proses kelahiran anak pertama mengambil masa lebih daripada 18 jam.

Bagi pihak doktor pula, proses kelahiran aktif bermula daripada pelebaran bukaan serviks dengan ukuran 3 hingga 4 sentimeter. Kalau kat hospital kerajaan, bila bukaan dah mencapai 4 cm, selalunya ibu akan disorong ke labour room dan ibu akan merasai kekerapan kontraksi semakin kerap diikuti dengan kesakitan yang semakin bertambah. Pabila bukaan serviks ibu mencapai 10cm, maka baby bersedia untuk dilahirkan pada bila-bila masa 😀

cara cepatkan bersalin

Terdapat beberapa fakta yang ibu perlu tahu mengapa proses kelahiran bayi menjadi lambat sekaligus menyebabkan ibu merasai sakit bersalin dalam tempoh yang lama, antaranya;

  1. Perasaan tertekan merupakan antara satu sebab kelahiran menjadi lambat, oleh itu sebaiknya ibu bertenang, banyakkan berzikir.
  2. Perasaan takut pula akan menyebabkan hormon kelahiran terganggu.
  3. Proses kelahiran menjadi lambat kerana kedudukan bayi di dalam kandungan yang tidak boleh memasuki saluran peranakan secara betul.
  4. Kontraksi tak begitu kuat turut menyumbang kepada tempoh kelahiran yang lama.
  5. Kelahiran juga boleh menjadi lambat kerana pelvis ibu tidak mempunyai saiz yang sesuai atau pelvis mirip seperti pelvis lelaki yang menyukarkan proses kelahiran.
  6. Masa yang lama diambil untuk serviks melebar pada 5 cm pertama berbanding 5 cm kedua. Namun, semakin kuat kontraksi, semakin cepat serviks melebar.

Terdapat 8 teknik semulajadi yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses bersalin iaitu;

  1. Ibu perlu kerap bergerak seperti berjalan kerana pergerakan yang banyak akan membantu menguatkan kontraksi dan membantu mempercepatkan proses kelahiran. Elakkan kerap berbaring. Kalau kat dalam wad pun ibu perlu banyakkan bergerak, kerana ia memang sangat membantu berbanding hanya berbaring di katil.
  2. Jika ibu terasa tidak larat untuk berjalan, ibu boleh menukar ke posisi yang lebih selesa ketika di atas katil.
  3. Seboleh-bolehnya kerapkan membuang air kecil kerana pundi kencing yang penuh akan menghalang penurunan kepala bayi sekaligus melambatkan proses kelahiran.
  4. Sekiranya sakit kontraksi datang, gunakan teknik pernafasan untuk mengurangkan kesakitan. Cara yang Aya praktikkan ketika bersalin baby Rara adalah dengan menarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut, kalau boleh ketika hembus tu buatlah bunyian seperti “huuuhhhh” atau “aaahhhhh”. Ianya memang sangat membantu memberikan rasa tenang sekaligus mengurangkan rasa sakit.
  5. Ibu boleh mandi menggunakan air suam. Air suam akan memberikan ibu perasaan yang tenang sekaligus mengurangkan keperluan untuk mengambil ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran.
  6. Minta suami anda untuk memberikan urutan di bahagian pinggul serta bahagian yang ibu rasakan sakit atau lenguh akibat menahan sakit kontraksi. Pengalaman semasa Aya bersalin sememangnya paha akan menjadi sangat lenguh kerana menahan sakit, ada sekali tu kaki dah rasa nak krem. Huhuhu… sebab tu sewaktu Aya bersalin baby Rara, Aya telan sesiap kalsium sebelum masuk labour room, hihi.. serius ia sangat membantu.
  7. Semasa kontraksi, gerakkan punggung dan membongkok ke depan untuk membantu rahim menolak bayi ke saluran peranakan dengan betul.
  8. Cuba dengar bacaan surah-surah Al-Quran atau muzik yang menenangkan serta makan atau minum jika perlu, namun bergantung kepada hospital bersalin anda. Sewaktu bersalin anak pertama, betapa hausnya Aya rasa. Sehingga menunggu bukaan penuh sempat lagi minta air dengan nurse, nasib baik dilayan. Sebab tu untuk kelahiran berikutnya Aya dah ready angkut air minum ke labour room dan sewaktu bersalin baby Rara, Aya siap bawa minuman tenaga lagi. Hasilnya sekali push baby Rara dah keluar, alhamdulillah 😀

Aya yakin, setiap ibu mempunyai pengalaman berbeza walaupun dah bersalin lebih dari sekali. Bagi Aya sendiri, walaupun dah 4 kali bersalin, setiap kelahiran tu berikan Aya pengalaman yang berbeza-beza. Ramai yang kata anak pertama mengambil masa kelahiran yang panjang, namun Aya sebaliknya. Sungguh mudah bersalin anak pertama, sehingga anak kedua dan ketiga terasa sangatlah sakitnya, hihihihi… namun alhamdulillah, anak keempat proses bersalin Aya dipermudahkan sangat, sekali push dah keluar.

Walau apapun pengalaman yang bakal ibu lalui, nasihat Aya cuma satu, sentiasa berfikiran positif dan yakinlah bahawa semua kesakitan itu tetap akan berakhir. Oleh itu ibu perlu kuat demi si manja dan jangan lupa amalkan tips yang Aya kongsikan ni 😀

Chuppp.. kalau anda adalah ibu yang mengalami masalah anemia atau kurang darah semasa mengandung, Aya kongsikan pengalaman bagaimana Aya naikkan bacaan Hb hanya dalam masa 2 minggu sebulan sebelum bersalin dalam entry ni.

Happy reading!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

10 Perkara Perlu Tahu Oleh Ibu Hamil Apabila Kontraksi Bermula

10 Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula

Detik kelahiran merupakan satu saat indah buat seorang ibu walaupun melalui detik-detik mencemaskan, mendebarkan serta tempoh panjang yang meletihkan. Namun, selepas memandang wajah comel bayi yang dilahirkan, segala kesakitan dan keletihan hilang sekelip mata. Bagi ibu yang pernah melaluinya tentu tahu kan?

beza kontraksi palsu dan kontraksi sebenar 1

Apabila tiba saat kelahiran iaitu bermula dengan kontraksi, ibu akan mengalami beberapa tanda yang memberi penunjuk bahawa masanya hampir tiba. Selepas bermulanya kontraksi, ibu akan melalui fasa kelahiran yang mungkin ada disenaraikan di bawah. Aya kongsikan 10 perkara ini untuk rujukan ibu hamil terutamanya anda yang bakal melaluinya untuk pertama kali.

Perkara Yang Bakal Ibu Perlu Tahu & Lakukan Apabila Kontraksi Bermula

1. Memeriksa semula keperluan ketika mendaftar di Hospital

Sebelum bergerak ke hospital, ibu harus memeriksa dan membawa bersama dokumen penting untuk kemasukan ke hospital bersalin. Dokumen tersebut adalah Buku Rekod Semasa Hamil, Kad Pengenalan Suami dan Kad Pengenalan anda, serta wang untuk deposit hospital dan sebagainya.

Barang keperluan selepas bersalin nanti juga jangan lupa tau.

2. Kenalpasti Kontraksi Palsu atau Kontraksi Sebenar

Kontraksi Palsu mempunyai jarak kontraksi yang tidak teratur dan tidak tetap. Contohnya kontraksi pertama 10 minit, kemudian diikuti 3 minit dan 7 minit.

Kontraksi sebenar pula apabila jarak masa kontraksi yang tetap dan semakin kerap. Contohnya 10 minit, 7 minit, 5 minit, 3 minit dan sebagainya.

Kesakitan ketika kontraksi berpunca daripada pengecutan rahim. Kesakitan ini akan berterusan dan bertambah sakit apabila bukaan pangkal rahim semakin aktif. Kesakitan juga akan ibu rasai apabila bayi mulai turun dan sampai dalam vagina dan bersedia untuk keluar.

Bakal ibu dinasihatkan untuk segera ke hospital jika mengalami tanda-tanda awal seperti keluarnya darah bercampur lendir ataupun pecah air ketuban.

Pengalaman Aya bersalinkan 4 orang anak, 3 kali keluar tanda “bloody show” iaitu darah bercampur lendir. Satu kali pula disebabkan “leaking”. Leaking terjadi apabila keluar lelehan air dari faraj, tetapi kuantiti air yang keluar tu tidak lah sebanyak apabila pecah air ketuban. Jika berlaku leaking, ibu harus pergi ke hospital untuk pemeriksaan bagi mengelakkan risiko bayi lemas dan jika perlu, ibu akan diberikan antibiotik.

Apabila ibu mengalami tanda-tanda ni, tak payah tunggu lama, pergi saja ke hospital. Jika bukaan masih sikit atau servikc masih tebal, ibu akan diarahkan untuk pulang. Bagi Aya, biarlah banyak kali ke hospital untuk pemeriksaan, asalkan bayi selamat. Tidak berani tanggung risiko 😀

3. Pergerakan bayi

Walaupun masa bersalin hampir tiba, namun ibu jangan sesekali lalai untuk mengira pergerakan atau tendangan bayi. Jika ibu mengesyaki bayi kurang bergerak, segeralah ke hospital kerana bimbang bayi lemas di dalam kandungan. Pastikan bayi bergerak 10 kali dalam tempoh 12 jam. Ibu harus memahami cara pengiraan pergerakan bayi agar dapat mengira pergerakan dengan tepat.

4. Overdue atau terlebih dari tarikh jangkaan bersalin

Overdue adalah situasi dimana tarikh bersalin lewat daripada tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya bayi lewat 7 hari daripada tarikh jangkaan, ibu akan diberikan ubat cetusan atau “induce” kerana bayi perlu dikeluarkan segera untuk dapat mengelakkan sebarang komplikasi.

Aya sendiri pernah overdue 5 hari sewaktu hamil anak yang ketiga, namun berjaya melahirkan baby tanpa diberikan ubat pencetus. Tetapi sewaktu baby selamat dilahirkan, wajahnya kering seakan-akan terbakar terutama di kawasan “T” muka. Rakan Aya maklumkan situasi ini adalah normal kerana beliau sendiri mengalaminya. Ada tak mommies berpengalaman macam ni? Tapi alhamdulillah, sekarang kulit anak dah normal dan jarang pula naik ruam atau apa-apa penyakit kulit 😀

Antara penyebab overdue berlaku antaranya apabila saiz kepala bayi besar berbanding saiz pelvik, baby tersekat, tiada kontraksi atau boleh juga disebabkan mempunyai genetik kehamilan yang panjang.

5. Ubat membuang najis

Sebaik ibu tiba di bilik bersalin, ibu biasanya akan diberikan ubat ini. Jika ibu mengalami cirit-birit atau telah membuang air besar sebelum itu, ibu perlu memaklumkannya kepada jururawat. Ubat ini diberikan atas tujuan untuk mengelakkan najis terkeluar bersama ketika proses meneran kelak.

6. Induce atau Ubat Cetusan

Induce selalu diberikan untuk ibu yang mempunyai kandungan “overdue” iaitu tarikh bersalin lewat daripada jangkaan sebenar. Means dah melebihi tarik EDD lah. Selalunya doktor akan memberikan ubat ini jika terdapat risiko kematian bayi yang tidak dijangkakan di dalam kandungan. Suntikan ubat induce ini mampu mempercepatkan proses bersalin, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi.

7. Entonoks (gas dan udara)

Entonoks adalah campuran gas nitrus oksida dan oksigen untuk menahan rasa sakit tetapi tidak sepenuhnya seperti epidural. Prosedur ini memerlukan ibu memakai topeng untuk menghidu gas terutamanya ketika sakit kontraksi datang. Kesan hidu gas ni, ibu akan merasa ngantuk.

Aya berpengalaman menggunakan Entonoks sewaktu melahirkan anak ketiga. Bagi Aya tiada beza pun, hihihi.. sakit tu memang sakit juga, malahan time push tu badan menjadi lemas kesan menggunakan entonoks.

Antara keempat-empat anak Aya, kelahiran ketiga ni memang mencabar. Push-push tak juga keluar, sakit kontraksi pula sangat kuat sehinggakan request epidural pun dilayan (selalunya hospital kerajaan tak layan sangat melainkan jika perlu). Tetapi apabila pakar bius datang dan brief tentang risiko (sempat lagi), Aya terpaksa tolak sebab takut dengan risikonya iaitu antaranya risiko menjadi lumpuh (nauzubillah). Waktu tu, pakar vakum pun dah bersiap sedia. Namun Aya memang tekad untuk melahirkan secara normal (kelahiran kedua emergency caesar sebab baby dah berak).

Akhirnya bila midwife lain datang tengok, rupa-rupanya kepala baby senget, lepas dia putarkan sikit kepala baby memang sekali push baby meluncur keluar. Ya Allah penatnya.. hihih.. tapi best juga pengalaman ni. Boleh kongsi dengan ibu kan? 😀

8. Epidural

Epidural adalah sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan bahagian bawah badan berasa kebas seketika. Ia berkesan untuk mengurangkan kesakitan ketika kontraksi dan juga kesakitan terutamanya pada bahagian pinggang belakang. Yang ni Aya tak pernah ambil, so tak dapat kongsi pengalaman.

9. Kelahiran bantuan: Pembedahan Ceasarean, Forsep dan Vakum

Selain bersalin normal, terdapat juga kelahiran bantuan yang boleh membantu memudahkan kelahiran bayi anda. Antaranya adalah pembedahan ceasarean, forsep dan vakum.

Pembedahan ceasarean dilakukan dengan melahirkan bayi dari dinding abdomen. Forsep pula ialah alat yang digunakan untuk menarik kepala bayi keluar jika ibu sudah keletihan untuk terus meneran. Vakum pula adalah proses menyedut kepala bayi menggunakan cawan logam yang bersambung pada vakum.

Aya turut mempunyai pengalaman bersalin melalui pembedahan Ceasarean sewaktu melahirkan anak kedua. Bukaan dah 6cm, tetapi tetiba denyutan jantung baby mulai perlahan, apabila doktor membuat pemeriksaan bukaan vagina, cecair sudah bertukar menjadi kekuningan. Ini menandakan bayi sudah berak di dalam perut. Apa lagi, serta merta lah Aya disorong ke bilik pembedahan. Merasa juga laaa kena belah perut. Hihi…

10. Episiotomi

Episiotomi merupakan guntingan kecil antara faraj dan anus yang akan dilakukan jika terdapat komplikasi seperti saiz kepala bayi besar. Bahagian tersebut akan dibius sebelum digunting. Kesan luka bahagian itu akan memberikan rasa tidak selesa dalam tempoh beberapa minggu selepas bersalin sehinggalah jahitan sembuh. Luka ini juga boleh menyebabkan kesakitan terutamanya apabila mengalami sembelit.

Oleh itu, ibu perlu mengambil makanan yang boleh mempercepatkan luka bersalin sembuh dan makanan tinggi serat agar tidak sembelit, serta mengambil air yang secukupnya. Ibu perlu pastikan luka kering dan tidak bengkak. Jika ibu merasa sakit di bahagian luka, segeralah berjumpa dengan doktor.

Aya kongsikan bagaimana ibu ini, berjaya mengatasi masalah sembelit ketika berpantang.

Fuhhh selesai. Banyak sangat perkara yang bakal dilalui oleh bakal ibu ketika proses kelahiran.

Nasihat Aya, ibu perlu positifkan minda, jangan panik, rileks, jangan lupa makan sebelum ke hospital dan bawalah makanan yang boleh memberikan tenaga untuk meneran nanti.

Bagi ibu muslim, jangan lupa amalkan Doa Nabi Yunus, “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minaz zolimin” yang bermaksud “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk dalam orang-orang yang zalim.” InsyaAllah proses kelahiran bayi dipermudahkan.

Untuk risiko dan penjagaan diri selepas bersalin, ibu boleh baca entry 7 Tanda Bakal Hadapi Masalah Berbahaya Selepas Bersalin ni, agar dapat mengambil tindakan sewajarnya jika mengalami tanda-tanda seperti yang saya kongsikan di dalam artikel tersebut.

Semoga ibu mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

9 Keadaan Fizikal Bayi Baru Lahir Yang Perlu Diketahui Agar Ibu Tidak Terkejut

Bayi yang baru dilahirkan mempunyai keadaan fizikal yang unik kerana baru sahaja keluar dari perut ibu. Selain daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor untuk memastikan kesihatan dan keadaan fizikal bayi baru lahir adalah normal, ibu juga perlu mengetahui keadaan fizikal ini lebih awal agar mengetahui perkara itu adalah normal bagi bayi baru lahir, jangan terkejut pula ya nampak baby banyak bulu, hihihi…

Sewaktu dilahirkan dagu dan pinggul bayi yang baru lahir adalah sempit, perut agak buncit sedikit, manakala kaki dan lengan agak pendek. Berat purata bayi baru lahir adalah seberat 3.2kg dengan panjang dalam 14 hingga 20 inci.

keadaan baby newborn

Kenapa baby sangat comel? 😀

Jika terdapat masalah ketika pemeriksaan, doktor akan membuat tindakan susulan dan memberikan rawatan selanjutnya jika perlu. Saya kongsikan 9 keadaan fizikal normal bayi baru lahir yang ibu perlu tahu agar ibu tidak terkejut atau berasa pelik pada saat bertemu dengan bayi sejurus kelahiran.

#1 – Kepala

Bahagian ubun-ubun bayi perlu dipegang dengan sangat berhati-hati kerana ia masih lembut. Ubun-ubun ini akan menjadi keras secara perlahan-lahan sehingga usia bayi mencapai setahun, namun ada bayi yang keras lebih awal atau atau lebih lewat. Ibu tidak perlu risau. Ketika lahir bayi mungkin mempunyai rambut tebal, nipis ataupun botak.

#2 – Mata

Warna mata bayi biasanya berwarna kebiru-biruan. Jika warna mata putih bayi kelihatan kekuningan, ia petanda bahawa hati bayi masih belum berfungsi sepenuhnya.

Pada waktu ini, jika bayi menangis, ia tidak menghasilkan airmata dan bayi boleh melihat muka anda dengan jelas pada jarak 20cm. Info selanjutnya tentang penglihatan bayi baru lahir saya kongsikan di dalam 5 Fakta Penglihatan Bayi Baru Lahir yang ibu dan ayah perlu tahu.

#3 – Bahagian Dada Bayi

Sewaktu baru lahir, bahagian dada bayi kelihatan agak besar atau membengkak. Ia adalah normal tidak kira sama ada bayi perempuan atau bayi lelaki.

#4 – Kulit

Kulit akan kelihatan berbintik biru atau kelabu terutama pada bahagian punggung dan anggota badan. Ada yang mengatakan ia sebagai tanda lahir, ia akan hilang namun akan mengambil sedikit masa. Bulu roma halus juga agak kelihatan agak banyak di badan bayi, namun usah risau, ia akan hilang dalam beberapa miinggu.

#5 – Kaki dan Tangan

Terdapat juga bintik kebiruan atau kelabu pada kaki dan tangan bayi. Ia juga akan beransur hilang mengikut usia pembesaran bayi. Ibu akan melihat terdapat kulit menggelupas pada tangan dan kaki. Ini juga akan hilang dalam beberapa minggu.

Kulit bayi baru lahir kulit menggelupas

Bila tengok gambar ni kan, terus rindu nak ada baby kecik. Hihi..

#6 – Tali Pusat

Tali pusat lazimnya akan tertanggal dengan sendiri dalam masa anggaran 10 hari. Mungkin ada bayi yang akan tanggal lebih awal atau lebih lama daripada tempoh di atas. Dalam tempoh itu, ibu harus memastikan kebersihan pusat dijaga sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan. Sebaiknya “basuh” tali pusat sebanyak 2-3x setiap hari sehingga beberapa hari selepas tanggal. Jika ibu mendapati terdapat nanah atau darah, segeralah bawa ke klinik untuk menerima rawatan.

cara bersihkan tali pusat bayi

Perubahan pusat bayi mengikut usia.

#7 – Kuku

Saat dilahirkan, kuku bayi agak panjang. Pakaikan bayi sarung tangan untuk mengelakkan muka atau kulit daripada dicakar. Setelah ibu kembali ke rumah, ibu boleh memotong kuku bayi untuk mengelakkan kecederaan.

#8 – Kemaluan

Bagi bayi perempuan, kemaluannya mungkin akan kelihatan sedikit kemerahan dan kelihatan bengkak. Kemungkinan juga akan terdapat lelehen jernih dari faraj bayi.

Bayi bayi lelaki, perlu dipastikan agar tidak mengalami Hernia iaitu Angin Pasang.

#9 – Najis

Selepas 24 jam, bayi akan menghasilkan mekonium iaitu najis berwarna hitam kehijauan yang agak melekit. Selepas bayi memulakan penyusuan, warna najis akan berubah ke warna kekuningan.

Warna najis bayi baru lahir meconium

Najis bayi baru lahir adalah Meconium. Ia berwarna hitam kehijauan dan melekit serta mempunyai bau. Apabila meconium telah habis dikeluarkan, najis bayi akan bertukar ke warna kekuningan.

Diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu bakal ibu yang akan melahirkan bayi pertama dan juga sebagai rujukan kepada pasangan yang merancang untuk menimang cahayamata.

Sebelum terlupa, kalau nak sihat dan cergas disepanjang tempoh mengandung dan berikan bayi nutrisi semulajadi lengkap semasa kehamilan boleh klik kat entry Makanan Wajib Untuk Ibu Mengandung ni atau kalau nak tingkatkan kesuburan dan mudah hamil kat sini. Selamat menempuhi alam keibubapaan!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Facebook Page at AyaChalo.com – Parenting From The Heart