Resipi Kuih Makmur Sabah Mudah Dan Sedap

Kuih makmur antara biskut raya yang menjadi favorite setiap kali Hari Raya di Sabah. Ada peminat tersendiri gittew. Kalau open house Hari Raya, insyaAllah senang la jumpa di setiap rumah yang dikunjungi. Cuma, yang membezakan cuma sedap atau tidak jak kan, hihi…

Bercerita tentang kuih makmur ni kan, sebenarnya tahun ni kak Aya saja plan untuk buat sendiri sebab susah sangat jumpa kuih makmur Sabah yang sedap di tekak kak Aya ni. So, kuih lain kak tunjuk-tunjuk, yang ini, kak gagahi diri tuk buat.

resipi-kuih-makmur-sabah-sedap

Rara makan sampai 5 bijik ni, huhu… mama hanya mampu memandang.

Kuih makmur ni memang kegemaran kak Aya dari kecik sampai la ke tua bangka ni ha.. hihihi.. kalau Hari Raya, rasa tidak lengkap tanpanya. Teksturnya yang lembut, cair di mulut dan aroma minyak sapi yang nyamannn sangat rasa di tekak tu jadi push factor kak Aya tuk tabah membuatnya. Haha.. (siap ada push factor, hihihi), almaklumlah, kak Aya kan surirumah bz, ada push factor baru semangat mau buat, hihi…

So, hari ni kak akan kongsikan bahan-bahan dan langkah-langkah membuat kuih raya ni sehinggalah boleh dinikmati selepas berbuka, hehe.. belum raya confirm dah habis ni.

Follow step by step tau, jangan murtadddd resipi.. kalau nda jadi jangan salahkan kak Aya pula tau.

Resipi Kuih Makmur (Anggaran 180 biji)

Bahan A:

800-1000g Tepung Gandum – kak pakai Cap Rama-rama

400g Minyak Sapi – pilih jenama QBB Pure Ghee tin hijau tu (ini sedap)

200-300g Kacang Tanah Berkulit – tapi bukan guna semua tau, adjust ikut tekstur doh nanti

100g Susu Tepung – pilih susu Nespray

Bahan B:

Gula Ising

Susu tepung – pilih susu Nespray

bahan-bahan-kuih-makmur-sedap

Bahan-bahannya Kuih Makmur Sabah. Simple jak.

Cara Penyediaan:

  1. Sangai tepung dengan api kecil sehingga ringan, angkat, ayak dan ketepikan.

    biskut-makmur-susu-sabah

    Tepung yang telah disangai dan diayak. Bila sangai tu akan ada tepung yang bergumpal, So ayak la ya.

  2. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai kacang masak. Kopekkan kulitnya dan blender (kering) sehingga sederhana acah-acah halus. Kalau kasar sangat nanti susah bentukkan.
  3. Panaskan Ghee sehingga cair secara keseluruhan. Kak letak ja tin tu atas api dengan api kecik. Kejap jak cair.
  4. Campurkan setengah minyak sapi ke dalam tepung yang sudah diayak tadi. Kemudian sebatikan guna tangan seketika.
  5. Masukkan kacang dan susu tepung sedikit demi sedikit, begitu juga dengan baki minyak sapi. Uli sehingga boleh dibentuk bulat comel. Kalau doh sukar dibentuk dan minyak sapi dah habis, boleh add minyak jagung atau minyak masak sikit-sikit.

    resipi-kuih-makmur-sedap

    Ok, gini rupa dohnya. Yang penting boleh bentukkan kuih makmur tu bulat-bulat macam ni. Kalau tepung masi peroi, tambahkan sedikit minyak sapi atau minyak makan.

  6. Susun di atas dulang bakar dan bakar pada suhu 160 darjah dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Tipsnya, bila kuih dah masak, aroma menyengat boleh dihidu… nyummy… time tu dah boleh check montot kuih sudah perang atau belum. Jangan sampai hangit pula.

    cara-buat-kuih-makmur-sabah

    Suhu dan masa tu sebenarnya bergantung kepada oven memasing. Kak setkan ke 160-170 degree, 20 minit, api atas bawah. Sebelum masukkan kuih makmur mentah ni, pastikan panaskan dulu oven tu dalam 15 minit.

  7. Selepas masak, sejukkan sekejap, kemudian salutkan dengan campuran gula ising dan susu (jika suka). Ada juga orang cuma letak ising saja. Tapi kalau letak susu, rasa lemak-lemak gitu.
  8. Alhamdulillah, siap dan boleh dimakan selepas berbuka.

Sebenarnya tadi time kak Aya goreng kacang tanah, kak lupa yang kak tengah puasa, kak goreng sambil makan kacang sebab konon mau rasa kacang masak ka tidak kannnnn… Nasib baik sedar diri sewaktu berniat mau ambil air minum tu kannn, baru teringat tengah puasa. Fuhh.. untunglah kalau siap lengkap pakej minum air tu. Haha… jangan ikut macam kak tau. Hihi…

So, lepas ni, boleh la try buat sendiri, insyaAllah puas hati. Nanti kalau sudah try resipi ni, bagilah feedback ya. Buat biskut raya ni penat gak, lepas settle buat kuih tadi kak Aya tidur macam orang pengsan sampai jam 4.45 petang, haha… jadi kalau plan buat biskut raya tu pastikan semasa sahur amik minuman tenaga. Penat weh.. salute la dengan bakers yang buat beribu biji kuih.

Bah, jumpa di entry akan datang, kalau sudah try buat, helo-helo lah di ruangan komen. 😀

Luv,
Kak Aya Chalo
Peminat Tegar Kuih Makmur di Hari Raya, hehe…
(Follow kak Aya di Facebook)

Minuman Untuk Tenaga Berpanjangan Dan Elak Keletihan

Biasa dengar minuman isotonik seperti 100 plus? Haa, yang tu versi minuman bertenaga bergas kan? Shaklee pun ada produk seumpamanya namun jauh lebih sihat kerana tanpa gas, tidak mengandungi gula tiruan dan terbukti mampu memberi lebih tenaga, kurangkan haus dan keletihan melalui ujian klinikal.

Penyahhidratan merupakan sebab biasa yang menyebabkan kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberansangkan terutamanya atlit.

Ini juga merupakan salah satu faktor penting mengapa Performance® Drink Shaklee menjadi minuman pilihan atlit Olimpik Amerika Syarikat dan ia juga menjadi pilihan NASA untuk dibekalkan kepada angkasawannya.

Shaklee Performance telah terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang ada di pasaran.

harga-performance-drink-shaklee

Diorang ni amalkan Sport Nutrition Shaklee tau.

Bukan calang-calang tau minuman ni, atlit Olimpik USA dan Angkasawan NASA pun minum PD ni, so pastikan kena test power sendiri, hihi..

Dalam performance drink terdapat rumusan eksklusif OPTI-Lyte (patented) yang terbukti mampu memberi penghidratan berkesan, memaksimumkan ketahanan dan membekalkan lebih tenaga kepada atlit. Tapi, ini bukan bermakna atlit jak boleh minum, kita pun boleh sebab turut terdedah kepada dehidrasi, kita pun bersukan dan sebagainya.

Keistimewaan Performance Drink

  • Minuman isotonik tidak berkarbonat (tidak bergas)
  • Lengkap dengan proprietari OPTI-Lyte™ iaitu campuran elektrolit ditambah dengan campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.
  • Tanpa kandungan gula tiruan seperti sucralose atau aspartame
  • Kandungan gula yang sangat minimum
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan memberikan rasa yang lebih bertenaga lebih lama.
  • Menstabilkan bendalir di dalam badan agar tidak mudah terdehidrasi
  • Baik untuk tindak balas saraf dan otot
performance-drink-shaklee

Keistimewaan Performance Drink Shaklee berbanding minuman tenaga lain di pasaran. Kalau anda atlet, jangan risau sebab nutrisi ni tidak akan mengganggu ujian kesihatan atlet.

Manfaat Performance Drink

  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Memberikan tenaga kepada sel dan otot dengan cepat. Ia turut menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal

Ia membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi sodium, potassium, kalsium, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

  • Mencegah Dehidrasi

Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan dan mengelakkan kulit kering.

  • Mengekalkan Paras Gula Darah

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

minuman-tenaga-untuk-sukan

Barisan Olympian USA yang dikuasakan oleh Shaklee


kajian-klinikal-minuman-performance-shaklee

Ujian Klinikal yang dijalankan ke atas produk Shaklee Performance. Ini bukti produk berkesan terhadap penghidratan berkesan, memberikan lebih tenaga dan memaksimumkan ketahanan badan ketika bersukan.

Siapa yang boleh mengambil Shaklee Performance Drink?

  • Para atlit atau mereka yang mempunyai gaya hidup aktif
  • Lelaki
  • Wanita
  • Warga emas
  • Kanak-kanak 2 tahun ke atas (alternatif kepada air garam ORS)
  • Mereka yang berpuasa
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Mereka yang ingin tidur lewat malam
  • Badan rasa keletihan atau demam
  • Penyahhidratan otot dan kulit
  • Cirit-birit
  • Rendah paras gula
  • Tiada selera makan
  • Migraine atau pening kepala disebabkan dehidrasi
  • Para ibu yang menyusukan anak

Harga dan Kuantiti Shaklee Performance

Harga: RM 91.40
Perisa: Orange
Kuantiti: 539g
Sajian: 30 hari
Cara pengambilan: Akan diberikan selepas pembelian 

Untuk tempahan sila klik icon BUY NOW di bawah atau hubungi Kak Aya melalui whastapp di 013-8633224  klik untuk direct whastapp.

harga-performance-shaklee-dan-cara-order-pd-shaklee

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.Tidak boleh diambil oleh wanita hamil.