Resipi Kuih Makmur Sabah Mudah Dan Sedap

Kuih makmur antara biskut raya yang menjadi favorite setiap kali Hari Raya di Sabah. Ada peminat tersendiri gittew. Kalau open house Hari Raya, insyaAllah senang la jumpa di setiap rumah yang dikunjungi. Cuma, yang membezakan cuma sedap atau tidak jak kan, hihi…

Bercerita tentang kuih makmur ni kan, sebenarnya tahun ni kak Aya saja plan untuk buat sendiri sebab susah sangat jumpa kuih makmur Sabah yang sedap di tekak kak Aya ni. So, kuih lain kak tunjuk-tunjuk, yang ini, kak gagahi diri tuk buat.

resipi-kuih-makmur-sabah-sedap

Rara makan sampai 5 bijik ni, huhu… mama hanya mampu memandang.

Kuih makmur ni memang kegemaran kak Aya dari kecik sampai la ke tua bangka ni ha.. hihihi.. kalau Hari Raya, rasa tidak lengkap tanpanya. Teksturnya yang lembut, cair di mulut dan aroma minyak sapi yang nyamannn sangat rasa di tekak tu jadi push factor kak Aya tuk tabah membuatnya. Haha.. (siap ada push factor, hihihi), almaklumlah, kak Aya kan surirumah bz, ada push factor baru semangat mau buat, hihi…

So, hari ni kak akan kongsikan bahan-bahan dan langkah-langkah membuat kuih raya ni sehinggalah boleh dinikmati selepas berbuka, hehe.. belum raya confirm dah habis ni.

Follow step by step tau, jangan murtadddd resipi.. kalau nda jadi jangan salahkan kak Aya pula tau.

Resipi Kuih Makmur (Anggaran 180 biji)

Bahan A:

800-1000g Tepung Gandum – kak pakai Cap Rama-rama

400g Minyak Sapi – pilih jenama QBB Pure Ghee tin hijau tu (ini sedap)

200-300g Kacang Tanah Berkulit – tapi bukan guna semua tau, adjust ikut tekstur doh nanti

100g Susu Tepung – pilih susu Nespray

Bahan B:

Gula Ising

Susu tepung – pilih susu Nespray

bahan-bahan-kuih-makmur-sedap

Bahan-bahannya Kuih Makmur Sabah. Simple jak.

Cara Penyediaan:

  1. Sangai tepung dengan api kecil sehingga ringan, angkat, ayak dan ketepikan.

    biskut-makmur-susu-sabah

    Tepung yang telah disangai dan diayak. Bila sangai tu akan ada tepung yang bergumpal, So ayak la ya.

  2. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai kacang masak. Kopekkan kulitnya dan blender (kering) sehingga sederhana acah-acah halus. Kalau kasar sangat nanti susah bentukkan.
  3. Panaskan Ghee sehingga cair secara keseluruhan. Kak letak ja tin tu atas api dengan api kecik. Kejap jak cair.
  4. Campurkan setengah minyak sapi ke dalam tepung yang sudah diayak tadi. Kemudian sebatikan guna tangan seketika.
  5. Masukkan kacang dan susu tepung sedikit demi sedikit, begitu juga dengan baki minyak sapi. Uli sehingga boleh dibentuk bulat comel. Kalau doh sukar dibentuk dan minyak sapi dah habis, boleh add minyak jagung atau minyak masak sikit-sikit.

    resipi-kuih-makmur-sedap

    Ok, gini rupa dohnya. Yang penting boleh bentukkan kuih makmur tu bulat-bulat macam ni. Kalau tepung masi peroi, tambahkan sedikit minyak sapi atau minyak makan.

  6. Susun di atas dulang bakar dan bakar pada suhu 160 darjah dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Tipsnya, bila kuih dah masak, aroma menyengat boleh dihidu… nyummy… time tu dah boleh check montot kuih sudah perang atau belum. Jangan sampai hangit pula.

    cara-buat-kuih-makmur-sabah

    Suhu dan masa tu sebenarnya bergantung kepada oven memasing. Kak setkan ke 160-170 degree, 20 minit, api atas bawah. Sebelum masukkan kuih makmur mentah ni, pastikan panaskan dulu oven tu dalam 15 minit.

  7. Selepas masak, sejukkan sekejap, kemudian salutkan dengan campuran gula ising dan susu (jika suka). Ada juga orang cuma letak ising saja. Tapi kalau letak susu, rasa lemak-lemak gitu.
  8. Alhamdulillah, siap dan boleh dimakan selepas berbuka.

Sebenarnya tadi time kak Aya goreng kacang tanah, kak lupa yang kak tengah puasa, kak goreng sambil makan kacang sebab konon mau rasa kacang masak ka tidak kannnnn… Nasib baik sedar diri sewaktu berniat mau ambil air minum tu kannn, baru teringat tengah puasa. Fuhh.. untunglah kalau siap lengkap pakej minum air tu. Haha… jangan ikut macam kak tau. Hihi…

So, lepas ni, boleh la try buat sendiri, insyaAllah puas hati. Nanti kalau sudah try resipi ni, bagilah feedback ya. Buat biskut raya ni penat gak, lepas settle buat kuih tadi kak Aya tidur macam orang pengsan sampai jam 4.45 petang, haha… jadi kalau plan buat biskut raya tu pastikan semasa sahur amik minuman tenaga. Penat weh.. salute la dengan bakers yang buat beribu biji kuih.

Bah, jumpa di entry akan datang, kalau sudah try buat, helo-helo lah di ruangan komen. 😀

Luv,
Kak Aya Chalo
Peminat Tegar Kuih Makmur di Hari Raya, hehe…
(Follow kak Aya di Facebook)

Resipi dan Step By Step Homemade Kimbap

Kimbap (김밥) adalah makanan Korea yang diperbuat daripada nasi putih (bap) dan ditambah dgn macam-macam ingredient dan digulung dalam lapisan seaweed kering (kim/gim). Kira macam nasi gulung la ni. 
Korea ada Kimbap, Jepun pula ada Sushi. Bezanya, nasi Kimbap ditambah dgn minyak bijan, sushi pula ditambah vinegar. Filling pun berbeza. 

Antara bahan wajib yang diletak didalam kimbap adalah danmuji/takuan, telur dadar, crab stick, cheese, sayuran seperti bayam, carrot dan timun. Kemudian bolelah letak bahan pilihan seperti tuna, udang tempura, ayam dan daging untuk menjadikannya Kimbap Tuna, Kimbap Udang dan sebagainya. 

Selalunya kimbap disajikan dgn kimchi atau danmuji. 

Dalam entry ni kak Aya share step by step dan bahan yang diperlukan untuk membuat Homemade Tuna Kimbap. 

Sebenarnya teringin makan Tempura Prawn Kimbap, sebab hari tu makan di Seoul sedap gilak 😂

Secara ringkasnya bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Beras sushi 
  2. Kimbap Laver (Seaweed)
  3. Tuna In Water (Ayam Brand)
  4. Mayonise
  5. Timun
  6. Bayam
  7. Lobak Merah
  8. Danmuji (White Raddish Pickle)
  9. Sesame Seed
  10. Sesame Oil
  11. Garam
  12. Gula
  13. Serbuk Lada Putih
  14. Kicap Soya (dipping)

Ok, belek gambar satu persatu untuk cara2 dan resipi Tuna Kimbap. 

resipi_kimbap_cara_buat_kimbap
Penerangan step by step buat Kimbap ada di bawah setiap gambar ok? Follow jak. 

resipi_kimbap_cara_buat_kimbap
Step 1: Masak Nasi Putih 

Bahan-bahan: 

– 2 cup Beras Sushi

– 2.5 cup air untuk masak nasi

– 2 sudu besar Minyak Bijan 

– 1/2 sudu kecil Garam 

Langkah penyediaan:

– Rendam 2 cup Beras Sushi + 2.5 cup air selama 30 minit lepas tu masuk rice cooker dan masak macam biasa. (Kak Aya guna noxxa, LP 7 minit)

– Bila sudah masak, keluarkan ke dalam bekas lain dan masukkan minyak bijan garam. Gaul sehingga sebati.

Tips: garam boleh juga di-add semasa masak nasi. Kalau sudah add semasa memasak, tidak perlu add sudah selepas masak. Nanti darah tinggi uolls 😂


Ini contoh beras sushi yang kak Aya beli. Harga? Maaf sebab kak lupa, huhu… satu paket ni 6 cup beras tak silap. 2 cup beras boleh buat 5-6 roll kimbap. 


Step 2: Buat Filling Tuna Mayo

Bahan-bahan: 

– 1 tin Tuna In Water (yg ni rasa lebih sedap)

– Mayonise secukupnya

– Gula secukup rasa

– Garam secukup rasa

– Serbuk Lada hitam secukupnya

– Serbuk Lada putih secukupnya

Langkah penyediaan:

– Buang semua air tuna, pastikan kering sekering yang mampu. Masukkan semua bahan2 dan gaul sebati. Adjust rasa sampai sedap 😋

Tips:

– Kak Aya suka rasa yang kuat sket (masin + manis) sbb nanti letak sikit ja dalam kimbap, so kalau kurang rasa, nda dapat feel tuna tu. 😂


Step 3: Buat Filling Wajib 😅

Bahan-bahan:

– Bayam

– Timun (sebaiknya timun jepun tu)

– Carrot

– Danmuji/Takuan

Langkah penyediaan:

– Bayam: Ambil daun jak dan rebus bersama beberapa titis minyak bijan. 

– Timun: Hiris memanjang. 

– Carrot: Hiris nipis2 dan masak sebentar. Semasa masak, letak sikit garam dan blackpepper. 

– Danmuji/Takuan: Yang ni kena buat sendiri 😂 sebaiknya time buat tu buat secara jejari memanjang. Kak Aya lupa buat so gunakan ja yang ada. 

Tips:

– Takuan ada dijual di kedai2 yg menjual makanan korea seperti Jaya Grocer, Everise. Di CKS Menggatal pun ada. Tapi nda yakin dengan kehalalannya. Takut ada alcohol. So better buat sendiri. Resipi Danmuji nanti kak Aya update di gambar bawah ya. Simple jak bahan dan sangat mudah dibuat. 


Ini rupa Danmuji yang kak Aya buat. Rangup dan cukup rasa macam danmuji yang kak Aya makan di Seoul 😂

DANMUJI (Yellow Pickled Radish)
– White Raddish (yg gemuk & panjang)

– 1/2 sudu kecik serbuk kunyit

– Sebotol Cuka Beras (sll beli yg 280ml nda silap)

– Air (sama kuantiti dengan rice vinegar, kasi lebih sikit dlm 100ml)

– 1 cup gula

– 1 sudu besar garam (tp kak aya letak 1/2 ja)

– 2 helai bay leaves

– 20 biji Black Pepper

Cara-cara:

– Untuk Banchan: Kopek kulit white raddish dan hiris2. Jangan nipis sgt kasi tebal2 sikit ja baru rasa crunchy. 

– Untuk Kimbap: Kopek kulit dan hiris setebal 1cm dan potong memanjang (mcm timun atas tu)

– Panaskan Rice Vinegar, air, gula, serbuk kunyit, black pepper dan bay leaves sehingga mendidih. Lepas tu matikan api. 

– Masukkan white raddish yang sudah dipotong2 tu dan biarkan menyejuk dalam suhu bilik. 

– Selepas sejuk, pindahkan ke dalam bekas tertutup yang muat di peti ais dan biarkan semalaman di dalam peti ais sebelum makan. 

Siap! Simple ja kan? 

Untuk beberapa hari, bau cuka tu ada kuat sikit, tapi lama2 hilang jg. Bau white raddish pun ada kuat sikit, tp time makan nda jg menggangulah. Cuma anak2 sll cakap “eee bau apa ni” 😅 Yang penting, rasanya yang sedap (manis, masam) dan rangup tu yang nyaman.


Step 4: Buat Telur Dadar

Bahan-bahan:

– 3 biji telur Grad A (kalau guna telur grade B, C, kasi add kuantiti telur)

– Serbuk lada putij

– Garam

Langkah Penyediaan:

– Buat ja macam telur dadar biasa, masak dan hiris2 dalam lebar 1.5cm. 

Step 5: Sediakan Seaweed Laver dan Tikar Bambu

– Seaweed Laver ni kak Aya beli online dengan seller korean food halal. Bila sampai, baru kak Aya perasan, seaweed laver ni sama macam dijual di Everise Imago. So lepas ni boleh la beli sana jak. Hehe jimat duit pos 😋

– Tikar bambu kak Aya beli di Daiso. Kalau boleh jangan beli size kecik (time tu ada 2 size), beli size biasa ni. 


Hiasan: Minyak Bijan dan Sesame Seed untuk hiasan. 

Bahan-bahan:

– Minyak bijan 

– Sesame Seed

Cara Penyediaan:

– Sesame seed tu panaskan dalam 1-2 minit dalam microwave atau bole sangai kejap. 

– Dua bahan ni digunakan untuk sapu dan tabur selepas kimbap siap digulung. 


Gunakan berus comel ni untuk sapu2 atas kimbap nanti. Kalau teda berus, ko sapu2 guna jari pun boleh 😋


Step 6: Jom buat Kimbap

– Selepas semua bahan ready, bolelah kita start gulung2. 

– Sebelum gulung, sediakan seaweed laver dan letakkan di atas tikar bambu. 

– Seaweed laver ni ada dua muka: satu kasar, satu berkilat. Pastikan yang berkilat tu belah bawah, yang kasar tu belah atas. Kita tayang muka yang licin jak 😂

– Ok, pastu letak nasi macam atas tu. Jangan banyak sangat nanti kimbap jadi gemuk gilos, nipis2 cukup dan tinggalkan ruang atas tu dalam 1-2 inci, bawah tu pun tinggalkan sedikit ruang supaya dia bole melekat. 

– Ratakan dulu nasi, barulah penyek2kan supaya padat. 


Step 7: Letak filling

– Ok, kena ikut tips menyusun filling ni supaya senang mau roll. 

1. Memula susun timun dan telur. Jarakkan dalam 1 inci. (Bahan keras ala2 tembok penahan la di tepi2 tu)

2. Kemudian letakkan bayam, lobak dan tuna mayo di antara timun dan telur. 

3. Atas tuna mayo tu letak danmuji.


Ok, ala2 gini la kejadian dalam step 7 tu ya. Tidak perlu letak disepanjang-panjang hamparan nasi tu. Letak di area bawah jak.


Step 8: Roll roll roll Kimbap

– Ok yang ni kena hati2 dan penuh keyakinan. 
– Semasa mula menggulung, kena pegang hujung bambu dan jari jemari lain kena tahan segala timun tu. 

– Kalau nda tahan, nanti dia akan terburai ke bawah. Tapi jangan panic, ikut ja tips kak Aya ni. Confirm cun! 😂


Step 9: Teruskan usaha me-roll kimbap itu

– Bila dah jadi macam ni, silalah genggam tikar tu kuat2 sket supaya nasi dan filling bersatu dan padat. 

– Guna dua2 tangan tau. Kak Aya nda dapat buat dua2 time ni sebab sebelah tangan tekan camera ni haa 😂

– So tekan ja dan buka tikar bhgn atas tu pelan2 (time ni nampak area bawah seaweed yg kita tinggalkan 1 inci tu sudah melekat ke nasi bhgn atas)

– Jadi tarik tikar tu dan roll sampai habis. 

– Amik masa untuk tekan2 lagi kimbap tu sampai rasa dia suda padat dan bolehlah buka balik tikar tu dan tada! Kimbap suda siap! 😍


Lepas tikar tu kita buka, ginilah hasilnya. Nyum-nyum. Area hujung ni paling sedap tau. Sebab apa? Nasi kurang, filling banyak. Hahahaha…


Step 10: Sapu sesame oil atas kimbap dan tabur2 sesame seed. 

Bila sapu minyak ni selain buatkan kimbap berkilat dan menyelerakan, ia juga beri aroma dan tambah sedap gittew.
Tada! Kimbap siap digulung, nyum-nyumm…


Step 11: Potong-potong kimbap macam ni dan susun atas pinggan. 


Step 11: Siap untuk dimakan 😍😍

Sajikan Kimbap dengan kicap soya cair, danmuji dan kimchi. Dan, bolelah la fefeling makan di Korea, layannn…

Kalau dah try, tinggalkan komen tauuu 😄

♥️

Kak Aya 

Resipi Bulgogi (Grilled Marinated Beef) Mudah dan Sedap

Pagi tadi tiba-tiba teringat keenakan Bulgogi kegemaran cik suami. Selalunya kalau makan di Dubuyo dia mesti order Bulgogi. Siapa-siapa yang pernah rasa Bulgogi di Korea atau restoren Korea mesti tahu rasanya yang sedap tu kan?

Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Berliurkah nampak gambar ni? Hihi.. kalau gitu wajib try resipi ni ya 😄

Memandangkan kak Aya ada stok daging di peti ais, so apa lagi, haruslah google resipi. Bila baca resipi, terus senyum simpul sebab semua bahan ada di dapur. Yesss! Nda perlu pening kepala mau masak lunch hari ni, hehe…

Bulgogi ni merupakan salah satu makanan Korea yang terkenal. Ia merupakan daging grill yang dihiris halus, diperap dengan kicap soya, minyak bijan, bawang putih dan beberapa bahan lain dan rasanya agak manis-manis gitu.

Ok, mesti nda sabar-sabar sudah mau tahu apa resipinya kan? Orites, teruskan membaca…

BULGOGI (Grilled Marinated Beef)
Bahan-bahan:
  • 500g daging dihiris halus
  • 1/3 cawan Kicap Soya Cair
  • 1/4 cawan Minyak Bijan
  • 4 ulas Bawang Putih dicincang
  • 1bj Bawang Besar, hiris dan bahagi 2
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Sesame seed – grill kejap guna microwave atau atas api pun boleh.
  • 2 batang carrot – hiris nipis.
Cara memasak:
  1. Campurkan semua bahan kecuali carrot dan bawang besar (separuh): daging, kicap soya cair, minyak bijan, garlic, bawang besar hiris (separuh lagi), garam, gula dan sesame seed (tinggalkan sikit untuk hiasan).
  2. Perapkan di peti ais selama 1-2 jam.
  3. Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
  4. Sebelum angkat, masukkan hirisan carrot dan bawang tadi dan biarkan sehingga layu.
  5. Bila semua suda masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap banget.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.

Ok, kak Aya mau bagi beberap tips memasak dan penyediaan bahan-bahan.

Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Tips memotong daging dengan halus: Pastikan daging dipotong ketika masih beku dan gunakan pisau yang tajam. Jangan lupa untuk elakkan daging liat, daging perlu dihiris bertentangan dengan “ira” daging.


Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Bahan-bahan Bulgogi yang simple: Daging, kicap soya cair, minyak bijan, bawang besar, bawang putih, garam (kak Aya guna garam Himalaya tu yang warna pink), gula (guna gula organik) dan sesame.


Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Ginilah rupa dia bila sudah campurkan semua bahan. Tutup dan letak dalam peti ais selama 1-2 jam supaya bahan-bahan menyerap ke dalam daging.


Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Kak Aya masak guna magic pan ni. So kejap ja la masaknya. Bila daging dah empuk dan masak, masukkan hirisan carrot dan bawang besar. Kacau sehingga layu kemudian bolehlah matikan api. Sebelum hidang bolehlah letak lebihan sesame seed tadi sebagai hiasan.


Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Tada! Siap! Nom nom nom… ready untuk dimakan. Jangan lupa baca Doa Makan tau.

Ok, selesai sudah perkongsian resipi Bulgogi. Simple jak kan? So kepada peminat makanan Korea, kalau makan di restoren nda puas kan? Lepas ni bolehlah masak sendiri. Hihi…

Selamat mencuba. Jumpa di entry resipi akan datang.

Luv, kak Aya Chalo yang kekadang jak rajin masak 😅

Resipi Homemade Meatball Simple dan Sedap

Awal bulan ni kak Aya berjaya memiliki Food Processor idaman setelah berbulan-bulan kak Aya skodeng, ngeh ngeh.. alhamdulillah, akhirnya ada rezeki juga beli FP ni kan. So, sejak semalam teringat-ingat suda lama tidak masakkan anak-anak Spaghetti Bolognese, jadi kononnya kak Aya mahulah merasmikan FP ni dengan mengisar daging untuk dimasukkan ke dalam sos spaghetti tu, tapi, ntah mengapa, gatal pula pi buat Meatball. Maka, jadilah makanan dinner tadi Spaghetti Bolognese Meatball. Homemade Meatball pertama kak Aya tau, hihi…

Seperti dijanjikan, kak Aya akan kongsikan resipi Meatball ni. Resipi Spageti tidak perlu la kan? Yang tu just beli Sos Bolognese di kedai, hihihi.. pastu add ja bawang besar yang dipotong dadu, tomato potong dadu dan kalau ada capsicum bole add sekali. Spaghetti pula rebuslah sehingga “Al-Dente”. Selalu kak Aya buat macam tu jak. Kalau mau enhance rasa dia, boleh la add sos tomato dan sos cili sikit dan add garam, gula sikit, herbs sikit. Confirm mertua lalu pun nda perasan. Ahaks…

resipi-spageti-bol

Spaghetti ni memang fav kak Aya anak beranak, tiada yang terkecualo, hehe…

Ok, tanpa membuang masa, kak Aya kongsikan resipi google (lupa suda blog mana satu, adehh) tapi kak Aya add sikit-sikit ikut suka hati kak.

Resipi Homemade MeatBall 

Bahan-bahan:

  • 500g daging – buang segala lemak dan apa-apa selain daging, kemudian kisar. Guna daging kisar beli di kedai pun boleh.
  • Bawang besar – hiris-hiris
  • Serbuk garlic – kalau teda, boleh guna bawang putih biasa tu, hiris-hiris
  • Butter –  untuk menumis bawang
  • Bread Crumbs – agak agak dalam 3-4 sudu besar, blend halus
  • Blackpepper – kasar dan serbuk
  • Whitepepper – serbuk
  • Mixed herbs – agak-agak dalam 1/2 sudu besar
  • 1 biji telur – saiz apa pun boleh
  • Garam & Gula – agak agak jak
  • Seasoning – Kak Aya pakai Organik Mushroom Seasoning no MSG
  • Susu segar – 1/3 cup

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan naik bau. Tutup api. Biarkan sejuk sebelum masuk ke FP atau blender.
  2. Hiris daging kecik-kecik sikit supaya senang kisar dan kisar sampai mencapai kepuasan hati. Kalau tiada FP, jangan kecewa, boleh juga guna Minced Beef yang dibeli dari pasaraya. Cuma, ada banyak lemak sket la. (Tu faktor terbesar kepada kak Aya beli FP) mau juga bagitau. Kalau anda ada blender yang pisaunya bergigi, boleh juga try test blend daging, hihi…
  3. Gunakan dry mill blender dan blend bread crumbs sehingga halus.
  4. Masukkan bawang tadi beserta bread crumbs, blackpepper, whitepepper, mixed herbs, garam, gula, telur dan seasoning dan susu ke dalam FP atau Blender (kalau dua-dua tiada, boleh la gaul manual guna tangan) dan blend sehingga sebati dan cukup rasa.
  5. Bulat-bulatkan dan goreng separuh masak atas minyak yang sedikit. (Kalau mau makan meatball ala-ala Ikea tu, bolehlah biarkan sehingga masak sepenuhnya. Untuk blackpepper, google la sendiri ya, hihi…)
  6. Masukkan meatball ke dalam sos bolognese tadi dan biarkan masak sepenuhnya.
  7. Sedia untuk dihidang.

Gambar Penyediaan Step by Step macam ni pula:

resipi-bebola-daging-sedap-dan-simple

Kisar daging sehingga halus

recipe-homemade-mealball-ikea

Tumis bawang menggunakan butter sehingga layu dan naik bau

resipi-meatball-ikea-yang-sedap-dan-mudah

Kemudian, mix semua bahan. Rupa macam Bibimbap pula, haha…

resipi-meatball-ala-ala-ikea

Bulat-bulatkan seperti baby Dragon Ball

ikea-meatball-simple

Panaskan separuh masak sebab lepas ni mau masukkan dalam sos Bolognese pula kan..

cara-buat-meatball-ikea

Alhamdulillah sudah siap! Boleh makan, hihi…

Yeay, siap! Mudahkan buat homemade meatball yang sihat dan sedap ikut tekak sendiri? hehe.. Selepas baca resipi ni pastikan buat tau, penat kak Aya share. Hihi…

Mealball ni sesuai juga kalau mahu dijadikan sup bebola daging, dan apa-apa jak la resipi yang sesuai. Bahhh.. itu jak, jumpa lagi di entry memasak akan datang. Jangan lupa try tau.

Luv,
Kak Aya Chalo
Surirumah Sepenuh Masa yang juga Online Seller Tegar

Resipi Ayam Grill Simple, Sedap Sehingga Menjilat Jari

Dah lama nak share Resipi Ayam Grill yang mudah, simple dan yang paaaaling penting, sedap sehingga menjilat jari. Ilham resipi ni saya dapat time proses cuba-jaya ketika merasmikan oven baru, hihi.. sejak itu, menu ni lah yang saya selalu buat lebih-lebih lagi suami dan anak-anak bagaikan ketagih dan yang bestnya boleh buat banyak-banyak sekaligus dan difrozenkan.

Ayam yang difrozenkan ni lebih sedap rasanya sebab rempah dah meresap sehingga ke tulang dan cara ni memang menjimatkan masa memasak kerana hanya perlu cairkan, bakar di oven dan siap!

Ayam Grill Resipi mudah dan sedap

Nyummy… ni lauk kegemaran anak-anak dan suami. Makan sampai bohsannn.. hihi

So tanpa membuang masa, hari ni saya nak kongsikan resipi rahsia (pasni dah bukan rahsia lagi, hihi). Nasihat saya, ketika menyediakan menu ni, pastikan mommies happy, mata bersinar-sinar dan hati penuh dengan kasih sayang. Barulah rasa sedap berganda-ganda dan menusuk ke jiwa suami dan anak-anak. Kidding 😀

Resipi Ayam Grill Resipi Bonda

Bahan-Bahan:

4 ketul Ayam bahagian paha – Kelarkan
15 biji Bawang Merah – Dikisar/Tumbuk
10 ulas Bawang Putih – Dikisar/Tumbuk
4 sudu besar Kari Ikan (memang sengaja tidak guna kari ayam, rasanya lagi sedap)
3 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Kicap Manis
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Mixed Herbs
Gula
Garam
Perasa

Cara penyediaan:
1. Bersihkan dan kelar-kelarkan ayam, tambahkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati. Adjust perasa sehingga menepati tekak.
2. Masukkan ke dalam tray membakar. Saya guna casserole sebab nak berkuah sikit.
3. Tutupkan menggunakan aluminium foil. Pastikan aluminium foil ditebuk agar terdapat kitaran haba semasa memasak.
4. Masukkan tray membakar ke dalam Oven dan setkan suhu 200 hingga 250 degree, api atas dan bawah selama 30-40 minit. Yang ni bergantung kepada oven masing-masing, jangan takut untuk cuba-jaya okeh.
5. Setelah 40 minit, buka aluminum foil dan panaskan semula selama 20 minit dengan suhu 180 hingga 200 degree. Ini untuk menjadikan ayam juicy di dalam tapi garing di permukaan luar.
6. Anda bole mengurangkan atau menambah tempoh memasak bergantung kepada ayam anda. Jangan makan ayam mentah pula.
7. Hidang dan sedia untuk dimakan.

Untuk bekukan ayam yang telah diperap, masukkan ke dalam bekas dan asingkan mengikut portion satu kali masak. Saya selalu mengasingkan dua paha untuk sekali makan. Untuk memasak ayam yang telah difrozenkan, keluarkan 2 jam lebih awal agar ayam cair sepenuhnya.

Ok jom cuci-cuci mata tengok gambar cara menyediakan Ayam Grill Resipi Bonda ni.

Resipi Ayam Grill Mudah dan Sedap

Saya suka grill menggunakan casserole sebab kuahnya nanti sedap. Kalau nak diet jangan tiru tau. Banyak minyak. Hehehe..

cara masak ayam grill

Jangan lupa untuk tebuk-tebukkan aluminium foil.

resipi ayam berempah yang sedap dan mudah

Setting kat oven: Api atas bawah, 40 minit, 230 Degree. Kalau paha besar kena tambahkan masa dan grill sehingga masak.

Cara masak ayam grill yang mudah

Emmmm.. wangi semerbakkkk…

Resipi mudah, bahan simple tetapi hasilnya sungguh sedap. Jangan lupa kongsikan resipi ini tau. Selamat mencuba. Pasti tak menyesal.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

 

Resipi Roti Jala Mudah Dan Confirm Sedap

Tidak sanggup rasanya tidur sebelum sempat berkongsi resipi Roti Jala Mudah dan Kari Ayam yang saya sharekan di facebook tengahari tadi. Saya tau ramai yang berliur dan ternanti-nanti resipinya kannn? Siapa nak resipi confirm jadi sila angkat handphone masing-masing. *haha*

Sebelum saya share resipi, saya tayang gambarnya dulu, semoga selepas ni mommies terus ke dapur untuk mencuba resipi ni. Hehe…

Lunch tengahari tadi. Balik-balik ja dari ambil anak di sekolah terus masuk dapur berperang dengan tepung dan ayam. Hasilnya memang berbaloi-baloi.

RESIPI ROTI JALA MUDAH & KARI AYAM TANPA SANTAN

Roti Jala Mudah

Bahan-bahan:

  • 500g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning (saya guna serbuk kunyit sebab tak jumpa pewarna kuning)
  • Acuan roti jala
  • Air secukupnya (sorry tiada sukatan sebab saya main agak-agak ja kecairannya, +- 600ml)

Cara Penyediaan:

  • Satukan tepung, garam, serbuk kunyit (jika tiada pewarna kuning) dan air (masukkan sikit demi sedikit untuk elakkan terlalu cair)
  • Apabila sudah sebati, masukkan telur kemudian tuangkan ke dalam pengisar (blender) dan blend sehingga sebati.
  • Tapis bancuhan tepung yang telah diblend tersebut. Selalunya sukatan air mencukupi apabila bancuhan dengan mudah boleh ditapis. Jika pekat sangat sila tambahkan air sedikit demi sedikit dan blend semula. Pindahkan ke dalam bekas (saya selalu gunakan jug supaya mudah tuang ke dalam acuan roti jala)
  • Alirkan bancuhan ke dalam acuan. Jika aliran bancuhan lancar tanpa tersekat, bermakna dah ok la tahap kecairan bancuhan tepung roti jala tersebut. Jika tersekat-sekat, sila add air lagi dan ulang proses di atas.
  • Selalunya bancuhan tepung memang agak cair untuk menghasilkan “jala” yang halus dan kurang tebal. Lagi nipis lagi best.
  • Panaskan kuali dan sapukan dengan sedikit minyak agar bancuhan tidak melekat.
  • Tebarkan roti jala bermula dari bahagian tengah kuali dan membulat disekitarnya.
  • Selepas masak (dalam 30 saat-1 minit), angkat dan bolehlah menggulung ala-ala buat popia tu. Lipat saja pun boleh.
  • Sedia untuk di makan (tapi pastikan kari ayam dah siap masak. haha)

Kari Ayam Mama Aya (Tanpa santan/susu cair)

Bahan-Bahan:

  • 6 ketul sayap ayam
  • 3 biji bawang merah (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 tangkai cili  merah (hiris)
  • 2 biji kentang (kupas dan belah dadu)
  • 2 sudu besar cili boh
  • Serbuk kari ayam secukupnya (maaf tiada sukatan sebab tuang sesuka hati)
  • Kayu manis (1 batang kecik cukup)
  • Bunga lawang (1 ja – jimat, haha)
  • Air asam jawa (jadikan pes)
  • Perasa (garam-gula)

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan ayam, potong kecil-kecil.
  • Kupas bawang merah dan putih, tumbuk hingga lumat.
  • Panaskan kuali, tumis bawang, cili boh, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  • Kecilkan api, masukkan serbuk kari. Tumis sehingga naik bau. Gunakan api kecil sahaja dan kacau dengan kerap. Kalau rasa-rasa serbuk kari tidak mencukupi, boleh add pada bila-bila masa sepanjang tempoh memasak.
  • Masukkan ayam. Masak sebentar.
  • Masukkan air, air asam jawa dan kentang.
  • Biarkan sehingga masak.
  • 15 minit sebelum masak masukkan hirisan bawang besar dan lada merah. Masukkan perasa.
  • Setelah kentang dan ayam masak, matikan api dan sedia untuk dihidang.

TIPS: Saya suka masak ayam kari ni lama-lama sikit sehingga kuahnya pekat, isi ayam lembut dan minyak naik, baru la umpphh makan dengan roti jala kan. Ada yang bertanya saya, macamana rupa acuan roti jala ni, saya kongsikan gambar acuan saya di bawah ya. Pasni boleh cari di kedai. Hehe..

Acuan ni saya beli di kedai peralatan memasak di Kolombong Trading KK.

Acuan ni saya beli di kedai peralatan memasak di Kolombong Trading KK.

Ok lah, itu saja perkongsian pagi ini. Diharap dapat memenuhi selera suami dan anak-anak k. Kalau ada nak kongsi-kongsi resepi tinggalkan la jejak. Nanti saya datang melawat 🙂

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

2 Idea Simple Bekal Anak Ke Sekolah

Afternoon mommmies!

Esok memasuki minggu kedua persekolahan. Saya tau mostly mommies bangun awal dan berperang di dapur untuk siapkan sarapan dan bekal anak ke Sekolah kan? Ini merupakan “hidup” baru saya, almaklumlah, anak sulung baru tahun 1, hehe… dan semestinya saya mahu berikan yang terbaik buat dia.

Hari pertama sekolah hari tu saya suda buat “lawatan rasmi” ke kantin sekolah dan lihat sendiri makanan yang dijual di sana, hmmmm.. tidak lah menyelerakan sangat dan lebih-lebih lagi kelihatan kurang bernutrisi. Kesian pula tengok Faeq berebut-rebut dengan abang-kakak untuk membeli makanan. (kesian anak aku, hihi..)

Harga makanan di kantin pun boleh tahan, paling murah 50 sen, contohnya sedikit bihun goreng, sebiji kuih, air minuman bergula pula RM1 bagi setiap cup. Kalau anak tidak bawa bekal paling-paling RM2.50 – RM 3 baru cukup untuk memastikan perut anak kenyang sewaktu rehat. Banyak juga budget duit poket yang perlu disediakan untuk anak kalau macam tu. Hmmm…

Sewaktu di pre-school saya tidak risau sangat, sebab makanan di taska lebih terjamin (ya la bilangan kanak-kanak tidak seramai sekolah rendah), dan confirm anak saya mendapat bahagian makanan, tapi bila masuk sekolah rendah ni risau pula Faeq tidak mampu berebut di kantin sebelum loceng waktu rehat dibunyikan. (Sungguh kritikal pemikiran seorang mak *lol*)

So, hari ni saya akan kongsikan apa bekal yang anak saya bawa pada minggu lepas, rabu-khamis dan jumaat dia request Roti John hokey. Jadi 2 resipi ja la yang saya boleh kongsikan kali ni. Harap-harap perkongsian idea bekal yang mudah dan simple disediakan ni dapat membantu mommies di luar sana dan kalau sudi tinggalkan comment di bawah untuk sesi tukar-tukar resipi ok? *wink*wink*

1. Roti John Simple

Roti John ni sangat mudah disediakan, rasa-rasa dalam 10 minit ja. Memandangkan ini pengalaman pertama kali anak bersekolah, dan setelah hampir 2 bulan cuti sekolah maknya hampir tiap pagi sambung tidur dan bangun lewat *haha*, so saya pun memilih idea bekal yang paling simple dan yang penting Faeq suka. <3

RESIPI ROTI JOHN SIMPLE

Inilah bekal Faeq yang paling simple. Selain tu saya juga bekalkan 2 botol air, satu air putih dan satu lagi air performance drink.

Bahan-Bahan:

  1. 1 biji telur saiz L
  2. Bawang besar potong dadu-dadu
  3. Capsicum potong dadu-dadu
  4. Daun sup hiris
  5. Sedikit garam, tak mau letak pun boleh.
  6. Roti hotdog
  7. 3 keping Keju
  8. Mayonis
  9. Sos tomato

Cara Penyediaan:

  • Satukan semua bahan di atas. Buat seperti membuat telur dadar.
  • Panaskan kuali. Dadarkan telur.
  • Belah 2 roti hotdog.
  • Bila telur hampir-hampir masak (atas dia ada cair-cair) sikit tempek roti di atas telur dan biarkan kejap. Tebalikkan sebentar.
  • Angkat kemudian letakkan cheesedale, mayonis dan sos tomato sikit.
  • Potong-potong dan susun comel-comel ke dalam bekal.

 

Bekal extra: Saya tambahkan 1 kotak milo dan 1 kotak kismis sebagai pelengkap bekal. Sehari sebelum ni saya tambahkan limau mandarin kecik-kecik ke dalam bekal, tapi Faeq tidak habiskan. So kali ni saya gantikan dengan kismis dan saya selang selikan juga dengan biskut mini chipsmore, oreo, biskut tiger atau cereal, untuk menambat perut anak saya (takut sangat anak kebulur) Hihi…

2. Sandwich Chicken Meatloaf With Cheese

Idea bekal ini pun best juga, senang, simple dan sangat mudah disediakan. Ini pun antara kegemaran Faeq juga, suyukurlah perut dia ni ala-ala western sikit, kalau offer mee goreng ka hapa memang tidak dilayan melainkan kena paksa. Hehe.. ok saya kongsikan idea resipinya di bawah.

RESIPI SANDWICH CHICKEN MEATLOAF WITH CHEESE

Chicken Meatloaf with Cheese dikahwinkan dengan sosej dan limau mandarin comel.

Chicken Meatloaf with Cheese “dikahwinkan” dengan grilled sosej dan limau mandarin comel.

Bahan-bahan:

  1. 2 keping roti
  2. 1 keping keju
  3. 1 keping chicken meatloaf (saya selalu guna ayamas)
  4. Sedikit butter
  5. Mayonis
  6. Sedikit daun salad

Cara Penyediaan:

  • Basuh sekejap chicken meatloaf dan panaskan di atas kuali. Angkat.
  • Basuh daun salad.
  • Lepakan butter ke roti.
  • Sapukan mayonis pula.
  • Susunkan chicken meatlaof, daun salad dan kepingan keju di atas roti.
  • Potong sandwich ke 4 bahagian untuk memudahkan dimakan.

Bekal extra: Saya tambahkan grilled sosej dan limau mandarin ke dalam “rehat-box” Faeq. Saya juga bekalkan biskut-biskut dan susu kotak ducthlady perisa strawberry. Nampaknya sosej itu tidak dimakan oleh Faeq, next time kena ubah side menu lain agaknya.

*****

Nampaknya hanya 2 idea yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Esok saya plan untuk masak nasi goreng. Tadi sudah minta izin dengan Faeq. Dia kata “Ok mama”.. terpaksa bagi nasi sebab belum sempat beli roti.

Idea-idea lain bekal simple yang saya fikirkan boleh disediakan kepada anak-anak adalah seperti nasi goreng, mee goreng, bihun goreng yang dimasukkan siap-siap ke dalam plastik, so nanti anak boleh bocorkan bucu plastik dan makan terus. Tidaklah comot sana sini dan tiada pertumpahan minyak berlaku. Selain tu, cekodok, pancake, sandwich nutella, peanut butter, strawberry jem juga boleh dipertimbangkan.

Lagi tips tambahan, elakkan menggunakan sayur yang cepat berair seperti timun, tomato, takut-takut cepat basi atau berair yang menyebabkan anak kurang selera untuk makan.

performance drink shaklee

Terpaksa cedok gambar performance drink untuk dibawa ke training teakwondo anak-anak. Saja nak tunjuk air yang special ni 😀

Bekalkan anak air minuman yang mencukupi. Faeq bawa 2 botol air setiap hari, air putih dan air performance drink plus ribena dan 1 minuman kotak samada susu ducthlady strawberry atau milo kotak. Ya, itu kegemaran dia. Saya suka bekalkan air performance drink ni sebab selain merupakan minuman isotonik yang sihat (tidak bergas), ia dapat kurangkan haus, bekalkan tenaga dan membuatkan neuro-transmitter bergerak lebih pantas, dalam bahasa mudah, otak anak dapat tangkap dengan cepat info yang diterima.

Ok, sekian sahaja perkongsian untuk kali ni. Nantikan perkongsian saya pada minggu kedua persekolahan.

 

 

 

 

 

Selepas sarapan Faeq akan makan vitamin kegemarannya supaya sihat dan cergas.

Selepas sarapan Faeq akan makan vitamin kegemarannya supaya sihat dan cergas.

Kepada mommies yang “sekasut” dengan saya, sudi-sudikanlah tinggalkan jejak dan berkongsi idea simple bekal anak ke sekolah ya. Saya selalu juga ketandusan idea ni. Hihihi… *hugs*

Oh ya, lupa nak pesan, jangan lupa selain bekal, pastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah. Saya kongsikan rahsia kebanyakan Top Student daripada facebook ni, betul-betul menginsafkan saya.

*Inilah Faeq saya, anak mama yang goodboy 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart