Berbaloikah Berhenti Kerja Untuk Fokus Berniaga Shaklee?

Wah, kerlas tajuk entry kak Aya hari ni. Hari ni kita sempoi-sempoi jak la ya memandangkan sebenarnya kak Aya tengah packing baju ni, esok mau balik raya, hihi… tapi boleh lah menyelit update blog ni kan.

Cerita pasal packing-packing ni, rindu pula dengan trip melancong Shaklee yang super-duper-best-gilak tu. Sejak terjebak dengan bisnes ni sejak Oktober 2012, memang tersangatlah banyak perubahan dalam hidup kak Aya.

Dari sekadar ikhtiar untuk mengatasi masalah anemia sebulan sebelum bersalin,  sehinggalah naik ke rank tertinggi Shaklee dalam masa 11 bulan dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah di institusi pengajian awam, sekarang, alhamdulillah satu persatu impian kak Aya tercapai dan banyak pengalaman hidup yang tidak mungkin kak Aya lupakan termasuklah berpeluang berjumpa dengan Angkasawan Twins NASA yang glemer ittew Mark & Scott Kelly. Serius rasa bagaikan mimpi!

So, kak sajikan gambar-gambar kenangan (sikit jak ni), sebagai “cerita” perjalanan Shaklee kak Aya yang baru setahun jagung ni.

perniagaan-untuk-surirumah-shaklee

BIG WHY kak Aya. Anak-anak 😀

Rutin, beli stock di Kota Kinabalu Shaklee Branch, COD, pos, coaching, mentoring, bebeling my team #PolluxBiz #PolluxFamily, haha… Itu semua kerja seorang pengedar shaklee dan leader shaklee.

stokis-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Walaupun bisnes kali hampir 85% secara online (class, webinar,  mentoring, coaching etc) tapi kelas offline pun best juga. Dapat laga-laga pipi dengan anak cucu Shaklee <3

ejen-shaklee-sabah-ready-stock-vivix

Ini pun sesi laga-laga pipi dengan my team #PolluxFamily. Dinner tahunan yang kami buat since tahun 2013. Even ni kami namakan PAG – Pollux Appreciation Gala. Tahun ni kitorang buat PAG RAYA, weee….

ejen-shaklee-sabah-kota-kinabalu

Kenangan Master Celebration pada tahun 2014. Acah-acah sanding kali kedua katanya. All sponsored by Shaklee. Dulu kawin pun buat di Kampung jak, haha…

sabah-kota-kinabalu-shaklee-leader

Wakil Shaklee Malaysia ke Global Conference Shaklee Orlando USA 2016. Bangga kak nama bergema satu convention hall, lagi bangga sebab pegang jalur gemilang, hihi…

shaklee-mark-scott-kelly-nasa

Abaikan muka terlebih excited kak tu. Haha… Yeay dapat bergambar dengan Astronaut Celebrity NASA, Mark & Scott Kelly, diorang ni kembar. Best gila dengar sendiri pengalaman beliau sejak kecik sehinggalah menjadi angkasawan, sungguh menginspirasikan.

saintis-shaklee-dr-bruce-daggy

Ini pula Saintis Shaklee iaitu Dr. Bruce Daggy. Beliau ni umpama ketua saintis lah. Bestkan dapat we-fie 😀

pengedar-shaklee-tawau-roger-barnett

Ini pula CEO Shaklee Mr. Roger Barnett, Billionaire ni. Gambar ni kat Orlando sewaktu menghadiri Global Conference tahun 2016.

Ini pula gambar kenangan dengan Presiden Shaklee Malaysia yang baru iaitu Madam Helen Lam. Kak Aya pernah “dating” dengan beliau di Cafe berdekatan dengan Shaklee KK Branch, best sangat bercerita dengan dia, aura positive kuat, rasa debar ja dada, meresappp.. haha.. next time try borak-borak dengan beliau, memang best!

master-shaklee-aya-chalo

Walaupun kak Aya bekas pensyarah, tapi kak Aya segan tau bercakap di pentas di hadapan ribuan orang. Tapi, di Shaklee, beberapa kali kak Aya dijemput sebagai Speaker jemputan dan yang paling mendebarkan sekali pada tahun 2015 ketika dijemput sebagai Speaker National Conference Shaklee, fuhhhhhhhhhhhh… debar weh. Tapi memang satu pengalaman yang tidak mungkin kak Aya lupakan sampai bila-bila. Ingat senang mau dijemput sebagai Speaker, hehe…

ejen-shaklee-aktif-di-sabah

Gambar kenangan bersama Leader-leader Pollux Family kak Aya sewantu Business Leader National Conference awal tahun 2017 ni. Blue wave gittew…

ejen-shaklee-indah-permai

Rindunya trip percuma Shaklee ni. Ini trip terkini iaitu bulan Mei 2017. Yang bestnya bisnes Shaklee, kita bukan saja boleh bawa suami, tapi kita boleh bawa anak dan ibu bapa sekali. Kejayaan dikongsikan dengan orang tersayang lebih seronokkan?

pelan-perniagaan-shaklee-melancong-percuma

Ini Disneyland ketiga kak Aya yang disponsor oleh Shaklee. Berbaloi usaha bila kena rewards boleh bergembira main macam kanak-kanak, hihi…

ejen-shaklee-vivix-kota-kinabalu-sabah

Posing di dalam Colosseum Rome. Ini trip percuma Shaklee tahun 2015 ke Italy. Rinduuuuuuuu….

Ok lah, cukup la kan, kalau ikut hati kak Aya mau ja tempek gambar bebanyak, tapi next time pula la kak Aya share, hihi… kena sambung packing semula ni. Besok mau balik raya, weee…

Oh ya, menjawab persoalan berbaloi ka tidak kak Aya resign kerja dan fokus berniaga Shaklee di atas tu, semestinya kak kata sangat berbaloi. Cuma, kita kena pastikan untuk sentiasa fokus, kerja keras, jangan lalai, bantu downline untuk sama-sama berjaya dan kita kena yakin, rezeki Allah itu luas, kita boleh jana pendapatan melalui pelbagai cara, dan kak Aya pilih Shaklee.

So, kalau cik kak berminat mahu tahu dengan lebih lanjut tentang perniagaan Shaklee, jangan segan untuk kontek kak Aya tau. Klik ja ini untuk direct wasap 013.863.3224. Jumpa lagi!

Luv,
Kak Aya Chalo
Syioknya kerja dari rumah

Rahsia Mengatasi Masalah Anemia Sebulan Sebelum Bersalin

Rahsia Bagaimana Saya Naikkan Bacaan Hb Sekaligus Bebas Anemia Ketika Hamil Anak Ketiga. Hamil Anak Keempat Pula, Tiada Lagi Masalah Kurang Darah 😀

Assalamualaikum mommies,

Hari ni Aya nak share pengalaman sendiri, masalah kurang darah atau anemia ketika hamil. Ketika hamil anak pertama, kedua, dan ketiga, Aya mengalami Anemia iaitu masalah kurang darah. Patutpun sepanjang kehamilan Aya kerap migrain, pening, pucat, lesu dan tidak bermaya. Namun, tak terfikir pula ia disebabkan masalah kurang darah tu.

cara mengatasi anemia

 

Keadaan kurang darah yang paling teruk yang Aya alami sewaktu mengandung anak ketiga iaitu bacaan Hb cuma 8.7gm/dl. Ketika itu Aya sibuk sangat kat office, kerap outstation, tidak mengambil apa-apa vitamin prenatal sebelum mendaftar klinik dan tidak mengambil makanan seimbang. Lebih-lebih lagi hamil anak ketiga ni loya kuat sikit, selera makan kurang sangat, berat pula turun, so faham-faham la kan.

Seseorang ibu hamil dikatakan mengalami Anemia apabila bacaan paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Ibu perlu membuat ujian darah untuk mengetahui bacaan ni. Hemoglobin berfungsi untuk mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Kalau kat KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak), setiap kali review bacaan darah akan diambilkan? Jadi memang tau lah berapa Hb setiap bulan. Yang tak tahan bila dah low Hb ni, nurse akan suruh datang buat review setiap 2 minggu sekali. Penat sangat, dan sampai satu tahap terpaksa dengar nasihat dan leteran hampir 2 jam dalam bilik nurse tentang bagaimana nak buat untuk naikkan bacaan Hb. Sebab apa kena leter? sebab kurang darah ni bahayakan mommies, banyak risikonya.

Antaranya risiko kurang darah atau anemia adalah jantung bayi tidak terbentuk sempurna dan terbantut, tangan dan kaki tidak lengkap, pembentukan otak terganggu, bayi kurang berat badan ketika dilahirkan dan yang paling menakutkan ia boleh menyebabkan kematian di dalam kandungan.

Risiko kepada ibu pula seperti tumpah darah semasa atau selepas bersalin, keguguran dan juga boleh menyebabkan kematian. Darah yang mencukupi sangat penting kerana ia membawa nutrisi kepada ibu dan bayi.

Sehingga minggu ke-34 mengandung, bacaan Hb Aya cuma 10gm/dl. Masih low Hb, masih Anemia. Naik buntu dibuatnya. Namun, dalam tempoh 2 minggu selepas itu, Aya berjaya naikkan bacaan Hemoglobin ke paras normal iaitu 11mg/dl. Nak tahu rahsianya? Kena baca sampai habis dan tengok sendiri bacaan Hb dalam buku klinik ni ya mommies 😀

status low hb

Throwback status gembira bila Hb naik. Hehe…

Bagaimana saya mengatasi masalah Anemia ketika mengandung anak ke-3?

Bacaan Hb ketika mengamalkan ubat klinik

masalah low hb dan cara naikkan bacaan darah

Bacaan Hb pada minggu ke 17. Waktu ni Aya buka buku (daftar kehamilan di KKIA). Hb cuma 8.7gm/dl, dan sejak itu Aya perlu review 2 minggu sekali T_T

cara naikkan bacaan Hb darah

Ini pula bacaan Hb pada minggu ke 34, 10gm/dl sahaja. Lagi 4 minggu sebelum “menunggu hari”. Dari minggu ke 17 hingga minggu 34 ni bacaan Hb naik turun macam gunung Kinabalu tapi tak pernah mencapai bacaan NORMAL.

Disebabkan memasuki minggu ke 34 saya masih kurang darah, nurse dah bagi warning, siap kata nak suntik iron dalam badan kalau tak naik-naik lagi. Kecut perut dengar. At last, saya decide untuk mencuba Set Anemia Shaklee setelah berbulan kakak saya Lin Chalo SweetBonda suruh makan dan hasilnya seperti gambar di bawah. Hihihi…

Bacaan Hb selepas 2 minggu mengambil Set Anemia Shaklee

Alhamdulillah. Sesuai sangat vitamin di dalam Set Anemia Shaklee ni dengan Aya. Bacaan terus melonjak ke normal. Kalau tahu macam ni, dari awal lagi dah amalkan set ni. Hihi…

Aya juga terus berhenti mengambil ubat yang dibekalkan dari klinik sewaktu start makan Set Anemia Shaklee ni. Kiranya 100% guna Shaklee lah. Lagipun dah berbulan makan Iberet tak naik-naik bacaan darah pon kan?

Mommies nak tahu tak bagaimana Set Anemia Shaklee ni boleh membantu ibu untuk menaikkan bacaan Hb? Baca selanjutnya ok 😀

ubat tambah darah ketika mengandung

3 Oktober – 10mg/dl. Start consume Set Anemia Shaklee. 2 minggu kemudian, bacaan Hb NORMAL. Alhamdulillahhhh.. syukur sangat. 1st time saya bangga duduk depan nurse. hihihi…

tips mengatasi anemia

Minggu ke 37. Bacaan naik lagi…

bacaan hb rendah

Minggu ke 38. Naik lagi, alhamdulillah… time ni dah berdebar nak tunggu hari bersalin. Tak sabar lettew…

Ubat atasi kurang darah anemia

Hmmm.. Overdue pula. Tapi bacaan Hb tetap maintain. Syukurrr… pada 15 November Aya selamat melahirkan baby boy yang ke3. Boy lagi… hahaha..

Bagaimana Set Anemia Shaklee membantu ibu naikkan atau maintain bacaan Hb?

Ok, ni yang best nak cerita ni. Sebenarnya vitamin dalam Set Anemia Shaklee ni “sama” dengan pil hematinik (ubat klinik) yang disediakan di klinik seperti Iron, Folic Asid, Vitamin B dan Vitamin C.

Tetapi, istimewanya Shaklee kerana ianya 100% diperbuat daripada bahan semulajadi, ianya selamat dan insyaAllah berkesan (jaminan Shaklee, sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam). Manakala ubat klinik pula adalah vitamin sintetik, iaitu diperbuat daripada bahan kimia dengan meniru komposisi dalam vitamin semulajadi.

So ibu pilih, nak makan yang semulajadi atau tiruan? kalau Aya offcos nak makan yang semulajadi sebab lebih mudah diserap oleh badan dan selamat untuk kandungan.

Vitamin Shaklee juga telah melalui pelbagai ujian klinikal agar ianya mudah diserap oleh badan dan tidak membebankan buah pinggang. Bila dah tahu wujud vitamin semulajadi, tentulah pilih yang terbaik buat baby kan?

Jom kita lihat fungsi vitamin yang terdapat di dalam Set Anemia Shaklee ni.

Set Anemia Shaklee terdiri daripada;

  1. Vitalea With Iron Formula – Ia merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan hemoglobin. Vitamin dan mineral selebihnya pula (yang ada di dalam Vitalea) sangat penting untuk cover kelompongan vitamin yang tidak tiada diambil semasa mengandung melalui pemakanan kerana loya, kurang selera makan dan sebagainya. Jadi, dengan mengambil Vitalea, ibu dapat memberikan nutrisi buat diri dan bayi di dalam kandungan.
  2. B-Complex With Acid Folic – Asid folik juga penting di dalam pembentukan sel darah merah. Selain itu, ia juga sangat penting untuk mengelakkan kecacatan saraf bayi dan juga membantu dalam pembentukan otak bayi. Juga penting untuk tukarkan gula kepada tenaga agar ibu tak lemah lesu.
  3. Vitamin C – Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan penyerapan zat besi/iron. Lebih banyak iron diserap, lebih lancarlah penghasilan sel darah merah dan semakin normallah bacaan Hb ibu. Sebab itu, kalau nak naikkan Hb, ibu selalu dinasihatkan untuk makan pil zat besi bersama jus oren. Betul ka tidak? 😀
  4. ESP (Energizing Isolated Protien) – Kenapa Aya cadangkan protein juga? Sebab tau tak setiap sel di dalam badan kita ni terdiri daripada protein? Hemoglobin sendiri terdiri daripada protein. Jadi ia sangat membantu dalam penghasilan sel darah merah yang sihat. Protein juga sangat penting untuk tumbesaran bayi dan juga memberi tenaga kepada ibu hamil.
set kurang darah anemia shaklee

Set Anemia Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex dan ESP.

Sebenarnya Set Anemia Shaklee ni boleh diamalkan oleh ibu hamil yang tidak mengalami masalah Anemia pun kerana vitamin dalam set ni cumalah vitamin asas ibu hamil.

Aya pun amalkan vitamin yang sama sejak mula mengambilnya pada minggu ke 34 hamil anak ke-3 sehingga mengandung anak ke-4. Alhamdulillah, ketika mengandungkan baby Rara (anak ke 4), bacaan Hb saya normal sehingga bersalin. Nampak tak Shaklee Effectnya? Mommies boleh play video kat bawah kalau nak dengar sendiri apa Shaklee Effect saya dan juga boleh lihat betapa “cantiknya” bacaan Hb saya ketika mendaftar klinik di KKIA pada minggu ke-11 kandungan keempat tahun lepas. 😀

cara naikkan bacaan hb darah

Dalam sejarah bila mendaftar kehamilan di klinik tanpa Anemia. Syukur sangat-sangat ya Allah. Tak sia-sia amalkan Vitamin-vitamin Shaklee sejak bersalin anak ke -3 dulu 😀

Saya juga telah dihubungi oleh ramai ibu hamil yang mempunyai masalah anemia dan ada juga yang sudi dibantu. Terima kasih kerana percayakan saya untuk membantu anda. Ibu boleh baca testimonial ibu hamil anemia di sini.

Nasihat saya kepada ibu diluar sana, kalau ada masalah kurang darah atau anemia tu, jangan berkira-kira sangat untuk tukar vitamin dan invest untuk vitamin prenatal yang lain (tak kisah la nak try Shaklee or brand lain).

Fikirkan tentang bayi anda dan juga diri ibu sendiri. Nak tak tumpah darah or bayi lahir tak sempurna? Tak nak kan? Apalah sangat nilai vitamin ni jika dibandingkan dengan nyawa anda dan bayi. Tak mahal pun, dan boleh dimakan sehingga berpantang. Harga Set Anemia Shaklee ni seperti kat bawah:

Harga Set Anemia Shaklee:

1. Vitalea: RM88.75 / 120 biji (Percuma jika join ahli sehingga Oktober 2015)
2. B-Complex: RM53.75 / 120 biji
3. Vitamin C: RM92.50 / 180 biji
4. ESP: RM150.00 / 850g
Jumlah: RM385.00

Set lengkap ni berjumlah RM385.00 tidak termasuk kos penghantaran. Penggunaannya 2-4 bulan, jimat kan? Tak perlu beli setiap bulan. Kalau nak dapat harga murah, ibu boleh pertimbangkan untuk join ahli Shaklee.

Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat konsultation seumur hidup daripada saya. Kalau join bulan ni sehingga Oktober 2015 pula, ibu boleh dapatkan VITALEA SECARA PERCUMA. Jimat RM88.75 dan dapat harga ahli pula tu. Berganda-ganda jimat!

Jika ibu sedang mengalami masalah kurang darah, sering lesu, tiada selera makan dan risau bayi tak membesar sebaiknya kerana kurang nutrisi, sudah tiba masanya untuk menghubungi Aya di 013-8633224.

Aya akan bantu ibu dan guide tentang cara pemakanan berkesan seperti mana yang Aya amalkan sehingga bacaan Hb kembali normal. Rahsia pemakanan ni eksklusif hanya kepada pelanggan Aya. Jangan nanti dah jadi macam customer Aya yang anemia teruk ni baru nak start makan. Takut-takut dah tak sempat.

Sekian saja perkongsian kisah anemia Aya. Jumpa lagi di entry akan datang!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart