Petua Mempercepatkan Kehamilan Secara Moden & Tradisional

Petua Penting Dalam Meningkatkan Kehamilan Secara Moden & Tradisional Yang Mungkin Membantu Anda Mendapatkan Zuriat.

Masih “kosong” selepas beberapa bulan berkahwin sering kali mengundang keresahan buat ramai pasangan. Tekanan semakin terasa apabila bulan bertukar tahun, namun cahayamata yang dinanti-nantikan masih belum menjadi. Apatah lagi ditambah “garam” dengan pertanyaan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Terasa sungguh #sakitnyatudisini kan? Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah terdapat cara untuk meningkatkan kesuburan suami mahupun isteri sekaligus mempercepatkan kehamilan? dan adakah masih ada peluang untuk bergelar ibu dan ayah?

tips cepat hamil

 

Secara umumnya, cepat atau lambat kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan suami dan isteri.

Kesuburan isteri berkait rapat dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur ini hanya akan keluar sekali dalam satu kitaran haid dan disebut sebagai waktu subur. Bagi isteri yang mempunyai kitaran haid teratur, selalunya telur akan keluar pada hari ke-13 atau ke-14. Selain itu, isteri boleh menggunakan teknik mengukur suhu badan menggunakan ovulation thermometer.

Bagi suami, masalah kesuburan lelaki selalunya berkaitan dengan sperma yang tidak normal, jangka hayat sperma terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi. Ketidaknormalan ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya berlaku keradangan pada testis, masalah pembengkakan saluran darah testis, saluran testis tersumbat akibat jangkitan kuman, pengambilan alkohol dan merokok, hormon yang tidak normal, terdedah kepada bahan kimia beracun dan pemakaian seluar yang terlalu ketat.

Walaupun wujud pelbagai masalah kesuburan, ini bukanlah pengakhiran buat pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan kesuburan sekaligus meningkatkan peluang untuk cepat hamil.

 Tips Meningkatkan Kesuburan Suami

#1 – Amalkan memakan buah Betik

Buah betik kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh mengurangkan tahap kesuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg Vitamin C setiap hari amatlah digalakkan.

#2 – Banyakkan pengambilan Zink

Mineral Zink dikatakan mampu mengaktifkan serta meningkatkan kualiti sperma. Ini adalah kerana, mineral ini dijumpai paling banyak di dalam sperma. Makanan sumber zink adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut, prosuk tenusu dan boleh diambil dalam bentuk suplemen.

#3 – Berhenti Merokok

Merokok didapati mampu merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kelajuan sperma untuk sampai ke telur. Merokok juga boleh membunuh Vitamin C di dalam badan sekaligus mengurangkan kualiti sperma yang terhasil. Kalau suami kaki rokok, pastikan suami mengambil Vitamin C lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

#4 – Pastikan kebersihan makanan yang diambil

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat digalakkan. Akan tetapi, racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada buah dan sayuran mampu menjejaskan tahap kesuburan. Pastikan buah dan sayuran dibasuh sempurna sebelum dimakan.

#5 – Minum banyak air kosong

Pengambilan air kosong sebanyak dua hingga tiga liter sehari dikatakan mampu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.

Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri

#1 – Kawal berat badan

Usahakan untuk mendapat berat badan yang ideal. Obesiti boleh menganggu pengeluaran telur.

#2 – Jaga pemakanan

Elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berkarbonat dan minuman beralkohol. Banyakkan mengambil makanan bernutrisi terutama yang tinggi yang kaya dengan asid folic, Vitamin C dan B-Complex.

#3 – Berhati-hati dalam mengambil ubat-ubatan

Kebanyakan ubat seperti anti-kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik akan memberi kesan kepada tahap kesuburan. Oleh itu, cuba elakkan mengambil ubat-ubatan jika merancang untuk hamil dan berbincanglah dengan doktor.

#4 – Periksa rahim anda

Masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Sekiranya ada tanda-tanda seperti haid yang tidak teratur, sengugut teruk, haid yang banyak, sakit perut yang melampau, segeralah berjumpa doktor.

#5 – Amalkan senaman berkala

Bersenam secara tetap dan teratur. Ia bukan sahaja menyihatkan namun membantu mengekalkan berat badan ideal.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Boleh Meningkatkan Peluang Anda Untuk Hamil?

Testimonial-set-Kesuburan-Shaklee
Nasihat Pakar Sakit Puan Dr. Hamid Arshat buat pasangan yang mahu mendapat zuriat. Antara nasihat beliau adalah ikhtiar dengan pengambilan suplemen Multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folic.
cara meningkatkan kesuburan suami isteri agar segera hamil
Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada Vitalea (multivitamin), B-Complex lengkap dengan Asid Folic, Vitamin C, GLA, Zink dan Vitamin E.

Anda boleh ikhtiar dengan cuba amalkan pemakanan suplemen yang penting untuk meningkatkan kesuburan serta meningkatkan peluang untuk hamil seperti yang terdapat di dalam Set Kesuburan Shaklee di atas. Set ini boleh membantu anda, suami dan isteri untuk meningkatkan kesuburan serta mempercepatkan kehamilan dengan;-

1. Menstabilkan hormon isteri dengan GLA terutama jika isteri mempunyai masalah haid yang tidak teratur atau cyst. GLA juga mampu menghasilkan satu cecair yang boleh memanjangkan jangka hayat sperma di dalam rahim isteri sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyewakan.

2. Menambah kualiti dan kuantiti sperma suami serta meningkatkan fungsi organ seks lelaki. Terdapat 10 kali ganda zink di dalam prostat lelaki berbanding organ lain. Ini membuktikan zink sangat penting untuk kesuburan lelaki.

3. Kajian mendapati pengambilan Vitamin E yang lengkap dengan selenium akan meningkatkan kualiti air mani dan mobiliti sperma.

4. Vitamin Asas: Multivitamin, Asid Folic dan Vitamin C turut membantu dalam membekal vitamin penting kepada tubuh badan untuk mengoptimumkan fungsi badan, sebagai persediaan untuk kehamilan dan mengelakkan kecacatan bayi serta meningkatkan kesuburan sperma.

Set ini mampu bertahan dua hingga empat bulan mengikut jenis vitamin. Harganya pula insyaAllah pasti berbaloi untuk anda berdua. Jom kita baca, apa kata pengguna yang berjaya hamil dengan set ini.

Testimonial Pasangan Yang Berjaya Hamil

testimonial set cepat hamil shaklee

Testimonial Set Kesuburan Shaklee 1 
 

Testimonial 1

“Actually lama dah nak share testi sendiri since hampir 2 bulan consume. Pada Awalnya beli GLA dan B-Complex untuk nak hamil sekaligus nak kurangkan rasa sakit masa period datang. Selepas seminggu makan saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan lain, tetapi doktor mendapati saya mempunyai rahim yang terbalik. Masa itu doktor kata orang yang ada rahim terbalik susah untuk hamil, tapi dengan izin Allah kita tidak tahu.

So selepas sebulan suami pula try makan vitamin E, Zink dan ESP. Orang lelaki susah sikit nak makan vitamin tapi selepas dipujuk dan bagitau akan dapat kesan kesihatan yang superb dia pun makan.

Alhamdulillah selepas hampir sebulan setengah makan GLA, saya rasa badan saya tak selesa, tiba-tiba sakit bontot ingatkan sebab jatuh, tapi pagi tu selepas membuat test upt syukur ada tanda blur positif dan setiap hari saya buat upt test sebab teruja nak tengok line yang betul-betul positif.

So inilah masa yang dinanti hamil setelah berusaha untuk hamil. Suami masih lagi makan vitamin tu sebab kesan pada kulit dan tenaga yang sangat luar biasa. Saya pula terus makan set kehamilan, wow, sangat sangat best”

testimonial set kesuburan shaklee

Testimonial Set Kesuburan Shaklee 2

 Testimonial 2

“Asslm. Just nak share experience. Saya start consume GLA complex on January 2013 sebab ada masalah period paid dan cycle period panjang. saya dah kawin lebih kurang 4 tahun 6 bulan. Baru-baru ni saya check upt positif. Doktor cakap sudah 6 weeks. Doakan saya selamat bersalin”

testimonial-gla-tingkatkan-kesuburan-isteri
Testimonial Set Kesuburan Shaklee 3

Testimonial 3

“As salam, ingin berkongsi kegembiraan member opis ni, dia dah 6 tahun berkahwin, 2 kali keguguran puncanya adalah cyst. Cyst ni dapat dikesan dengan saiz 9.7cm. Alhamdulillah selepas 6 bulan, cyst mengecil dan terus mengecil dan kini cyst tu dah tiada. Ajaibkan berkat pengambilan 2 botol GLA secara konsisten dan juga mengamalkan diet karbohidrat. Sekarang member dah pregnant 5 minggu. Happy sangat-sangat.”

cara cepat hamil untuk haid tidak teratur

Testimonial Set Kesuburan Shaklee 4

Testimonial 4

“Salam Syawal warga GBS. Nak share sikit dengan anda semua. Alhamdulillah syukur pada Allah, 8/8/13 genap usia kandungan saya 5 bulan. Masih berbaki 4 bulan sebelum si precious ni keluar. Terima kasih Allah sebab ditemukan dengan Shaklee dan diberi rezeki setelah 2 tahun tunggu. 

Awal bulan 2 2013 saya dan suami start makan Set Kesuburan + ESP, lepas disahkan hamil pada 2 2013, saya sambung dengan pengambilan Set Hamil Trimester 1 (Vitalea, B-Complex, Vita C, Ostematrix dan ESP) dan sambung dengan Set Hamil Trimester 2/3 dengan hanya menambah Omega Guard. Saya langsung tak ambil ubat dari doktor. 100% Shaklee. Bulan 12 ni insyaAllah saya bersalin.Bolehlah ambil Set Berpantang Shaklee pula.”

Harga Set Kesuburan Shaklee Premium adalah seperti berikut:

1. Vitalea: RM88.75 / 120 biji (Percuma jika join ahli)
2. B-Complex: RM53.75 / 120 biji
3. Vitamin C: RM92.50 / 180 biji
4. GLA: RM91.25 / 60 biji
5. Zinc: RM33.75 / 120 biji
Jumlah: RM360.00

Highly recommended add-on:
6. Vitamin E: RM126.14 / 120 biji
Jumlah: RM486.14

Set lengkap ni berjumlah RM360.00 (excluding add-on) tidak termasuk kos penghantaran. Penggunaannya 2-4 bulan, jimat kan? Tak perlu beli setiap bulan. Kalau nak dapat harga murah, anda boleh pertimbangkan untuk join ahli Shaklee.

Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat konsultation seumur hidup daripada saya. Kalau join bulan ni sehingga Oktober 2015 pula, anda boleh dapatkan VITALEA SECARA PERCUMA. Jimat RM88.75 dan dapat harga ahli pula tu. Berganda-ganda jimat!

Alhamdulillah. Dengan izin Allah ramai yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. Customer Aya sendiri dah lebih 5 orang yang berjaya hamil. Usaha, yakin dan makan dengan konsisten insyaAllah akan berhasil. Harga set ni pun tidaklah mahal sangat berbanding prosedur hospital yang menelan ribuan ringgit. Berbalik lah kepada asas yang diperlukan oleh badan.

Jika anda mengalami masalah ketidaksuburan, sukar hamil, period tidak teratur, sudah tiba masanya anda menghubungi Aya di 0138633224. Aya akan bantu anda tentang konsultasi produk dan masalah yang dihadapi. Aya juga akan kongsikan Cara Pemakanan Vitamin Yang Berkesan seperti customer-customer Aya yang dah hamil tu. Rahsia pemakanan ni KHAS untuk pelanggan Aya sahaja.

Jangan tunggu lagi. Umur semakin meningkat, risiko makin tinggi.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar
Like Page kami di MyLittleMomo By AyaChalo