Makanan Halal Mesti Cuba Jika Melancong Ke Hong Kong

Makan adalah satu elemen penting dalam travel. Betulkah tidak? Kalau travel, kenalah mencuba makanan local kan? Dalam beberapa negara yang kak Aya sudah jejaki, negara yang paling kak gemari adalah negara yang mempunyai banyak makanan sedap (di tekak kak Aya lah) antaranya Seoul Korea, Jakarta Bandung, Indonesia dan Bangkok, Thailand.

Kali ni kak Aya mahu share 3 restoren makanan halal mesti dicuba jika melancong ke Hong Kong. Bukan makanan arab tau, tapi makanan local chinese muslim Hong Kong. Rasanya ramai dah pergi tempat ni tapi kak Aya pun mau juga share pengalaman uolls.

Makanan di Hong Kong ni sangat mahal. Jadi, kak Aya ingatkan supaya sediakanlah budget lebih-lebih sikit untuk makan. Macam kak, kitorang hanya makan di luar untuk lunch sahaja. Selebihnya lagi best masak di apartment Airbnb. Jimat gittew kan?

makanan-halal-hong-kong-itik-dim-sum-lamb-ghoulash

Kenangan di SkyTerrance Victoria Peak. Inilah 1st trip satu family siap bawa mak dan adik. All sponsored by orang kaya-kaya kak Aya. Haha… (gurau bah) Alhamdulillah ada rezeki lebih, kenalah bahagiakan orang tersayang kan 😀

3 Restoren Halal Mesti Cuba Jika Melancong ke Hong Kong

  1. Wai Kee Duck Rice Halal Restaurant

Sebenarnya restoran ni tidak di dalam list lunch kak Aya pun, tapi sudah rezeki dapat try Itik yang sedap. Memula kak Aya plan untuk makan dim sum di Canteen Masjid Ammar & Osman Ramju tapi wrong timing kerana datang ketika waktu rehat. Kebetulan uncle empunya kantin pun on the way balik, so dia offer untuk bawa dan tunjukkan jalan ke gerai Wai Kee ni.

harga-makanan-halal-di-hong-kong

Menu di Wai Kee Duck Rice Restaurant. Wajib try menu Roast Duck tau. Sedap gilak.

Menurut uncle kantin dim sum (lupa pula tanya nama pakcik, huhu), Wai Kee Restaurant ni adalah restoren halal yang wujud sejak berbelas tahun, tidak silap sudah 17 tahun. Makanan yang famous di sini adalah Roast Duck.

Memandangkan kami lapar gila selepas turun dari Victoria Peak, kak pun order sajalah Half Roast Duck dan Curry Beef. Rasanya? Sangat sedap! Ya ampun, tidak sangka licin anak-anak kak makan itik tu. Walhal first time tu, kaa diorang ingatkan ayam. Syukurlah semua spesis piranha macam maknya. Kikiki… Beef Curry tu pula memang lain dari kari daging yang selalu kak Aya makan tu. Semua orang makan licin, nasib mangkuk tidak ditelan sekali, haha…

tempat-makan-halal-di-hong-kong

Alhamdulilah, akhirnya jumpa makanan halal setelah frust Canteen Masjid Ammar tutup, hihi.. rezeki anak-anak makan itik hari ni.

Sebenarnya kak hampir lupa bila terakhir makan itik, tapi masyaAllah sedap gila itik goreng di sini, teringat-ingat sampai sekarang atau mungkin sebab kami dah kebuluran. Haha… dan jumlah makanan di sini cuma HKD 273 (RM150) untuk 4 dewasa dan 4 kanak-kanak riang.

wai-kee-halal-duck-rice-hong-kong

Inilah Roast Duck dan Beef Curry. Maafkan gambar comot mungkin sebab dah hilang akal kerana kelaparan. Haha… (Nasib ingat amik gambar, lol)

Lokasi Wai Kee Duck Rice: 21, Bowrington Rd, Wan Chai, Hong Kong.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.00 petang

Kak tambah sikit, lokasi Wai Kee Duck Rice ni di dalam bangunan pasar kering area Bowrington Road. Di bawah bangunan pasar banyak gerai-gerai macam pasar malam. Refer gambar agar untuk info tambahan lokasi. Hihi… Untuk ke sini cuma perlu berjalan kaki selama lebih kurang 10-15 minit daripada Masjid Ammar & Osman Ramju tadi.

wai-kee-location-halal-food-in-hong-kong

Kena masuk lorong-lorong di area Bowrington Road tu dan bangunan sebelah kanan tu adalah Pasar Kering. Boleh nampak signage atas tu “Cooked Food Centre”. Tabah betul uncle dim sum hantar sampai depan kedai, siap bagitau dengan tokey itik.

lokasi-wai-kee-roasted-duck

Naik kat tingkat 1. Tapi kalau suda sampai kat sini, insyaAllah senang ja jumpa. Tanya ja Wai Kee Halal Roast Duck Rice, confirm pakcik makcik dalam ni tau.

owner-wai-kee-duck-rice-hong-kong

Bergambar dengan owner Wai Kee Restaurant. Apasal muka “makcik” sangat tu, hahahhaa… ni muka penat dan kekenyangan selepas kelaparan. hihi…

  1. Halal Dim Sum at Canteen Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Kali kedua datang ke sini (dengan strategi yang betul, bangun awal, gerak awal) akhirnya kak dan family dapat juga merasa dim sum halal yang famous itu. Kenapa famous? Sebab uncle dim sum tu kata sejak masuk rancangan Halal Oriental, tidak putus-putus customer dari Malaysia, Indonesia dan Brunei datang. Alhamdulillah uncle, itu namanya rezeki. Dan sebenarnya sangat memudahkan pelancong muslim untuk merasa sendiri makanan tempatan Hong Kong.

Makanan-halal-di-hong-kong-dim-sum-masjid-ammar

Dim Sum ini dijual di Canteen Masjid Ammar. Ada 30 jenis Dim Sum yang boleh dicuba, di sini juga menyediakan lauk pauk sama seperti restoran lain. Berapa kak Aya bayar untuk makanan ni? Kak lupa, hihi… tapi yang bestnya kak Aya suka tengok Dim Sum tu, memang comel sangat.

dim-sum-halal-di-hong-kong-masjid-ammar

Ikut nafsu mau jak amik bebanyak ni, haha.. nasib baik la waras sikit sebab masa ni belum kebulur sikit, hihi..

Harga dimsum di Masjid Ammar ni. Mahal ka murah? double dari Malaysia untuk satu bekas tu. Tu sebab untuk budget makanan sila estimate double ok?

 

menu-dimsum-halal-masjid-ammar-hong-kong

Selain Dim Sum, Canteen Islamic Centre HK juga ada menu nasi, mee dan lauk pauk.

Kiosk Dim Sum di Canteen Masjid Ammar. Just tulis nombor dim sum macam dalam menu dan berikan ke makcik ni. Banyak sangat pilihan, best gila

manfaat-vivix-shaklee

Haippp, apa dia buat di sini ni? Dia pun ikut ke Hong Kong? betul-betul la Vivix bertuah, haha…

Lokasi Dim Sum Masjid Ammar: 5th Floor, Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong.
Waktu Operasi: 10 pagi – 3 petang, pastu tutup jam 6 petang buka balik

Cara untuk sampai ke sini? Kak Aya google maps jak, hahahahah.. Alhamdulillah sampai nda sesat pun, kitorang anak beranak jalan kaki dari Causeway Bay Station. Tabah kan?

Lagi satu tips, kalau berniat mahu naik teksi, pastikan screenshot alamat atas tu dan tunjukkan kepada pemandu teksi. Pemandu teksi di sini tidak speaking sangat.

  1. Ma’s Restaurant

Penutup tirai untuk trip family kali ni kak Aya ajak family makan di sini. Kenapa kak Aya pilih restoren ni? Sebab satu dekat dengan airbnb kami berhampir Prince Edward Station. Jalan kaki ja sampai (suka betul jalan kaki kan?) hihi… salah satu menu wajib yang mesti dicuba adalah Lamb Gaulash. Kak Aya ingatkan Lamb Gaulash ni sejenis puff yang berintikan Lamb macam di Malaysia ni, rupa-rupanya dia adalah sejenis dim sum diluarnya pastry dalamnya ada lamb berkuah. Susah mau explain, tengok gambar la ya.

ma's-restaurant-halal-di-hong-kong

Restoren ketiga wajib try. Sepanjang kak Aya makan di kedai ni, memang full house tau. 😀

menu-makanan-ma's-restaurant-halal-hong-kong

Menu dan harga Dim Sum dan makanan di Ma’s Restaurant. Wajib try Lamb Goulash dan Lamb Roll.

makanan-sedap-di-hong-kong

Kalau malas nak fikir, pilih ja pakej ni.

Untuk lunch terakhir ni kak Aya memang tidak pandang harga dah, main order ja ni lagipun ada refund octopus card dalam HKD 600, so, boleh la makan sakan kan? hihi

So kami pun decide untuk ambil Set of 6 berharga HKD855, muahahhaa, pastu tambah lagi beberapa menu tiada dalam ni.. inilah makanan paling mahal kak Aya pernah order. Tidak apalah, kononnya mau bagi kenangan buat mak khennn, Hihi…

Lokasi Ma’s Restaurant Hong Kong: 21-25 Cheung Sha Wan Road, Hong Kong.
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.00 malam

Lamb-Gaulash-must-try-food-hong-kong

Lamb Gaulash yang glemer tu. Kak Aya sudah try! Not bad. Unik dan sedap.

Lamb-Gaulash-ma's-restaurant-hong-kong

Uniknya sejenis dim sum ini. Nampak basah kan? sedappppp…

tips-melancong-bersama-anak-di-hong-kong

Fuhh, penuh meja. Sesuai la dengan harga, huhu… Bismillahh.. jemput makan 😀

ma's-restaurant-halal-oreintel-hong-kong

Sempat lagi diorang ni posing sementara tunggu van datang ambil dan hantar ke airport. Yeay, kami sudah kenyang!

Alhamdullah, selesai makan kami terus bergerak ke airport. Jam 7.30 malam lebih kurang macam tu flight balik ke Kota Kinabalu Sabah. Pengalaman best berholiday dengan anak-anak, mak dan adik. Dah tu jalan sendiri tanpa travel agent. Best tauu.. suka hati ko mau buat apa tanpa terikat masa ikut jadual guide, hihi.. InsyaAllah tahun depan kita ke Perth pula.

Buat kamu yang baca entry ni, bila lagi mau ke Hong Kong? Hehe…

Luv,
Kak Aya Chalo
Travel-Preneur 

 

7 Tips Memilih Kasut Untuk Si Manja Agar Tidak Tersalah Beli

Apa Kriteria Yang Diperlukan Untuk Memilih Kasut Yang Sesuai Untuk Anak Anda Agar Tidak Tersalah Beli?

Apabila anak memasuki usia 1 tahun dan mula berjalan, semestinya ibu dan ayah sangat excitedkan? Tentu ibu rambang mata untuk memilih kasut apa yang sesuai untuk si manja. Memilih kasut dianggap mudah dan remeh namun, ia sangat penting agar dapat memilih kasut yang sesuai, selamat untuk perkembangan kaki anak dan untuk mengelakkan pembaziran.

tips membeli kasut anak perempuan

Tak sabarnya nak tunggu Baby Rara pandai berjalan, kasut dah siap-siap beli setahun yang lalu. Hahaha.. Saya tahu, saya over 😀

Tujuan penggunaan kasut adalah untuk memberi perlindungan kepada kaki serta mengelakkan kecederaan. Oleh itu, ibu perlulah memilih kasut yang sesuai dengan tapak kaki anak, tidak terlalu sempit atau terlalu besar yang boleh menyebabkan ketidakselesaan, kecederaan atau kecacatan tetap.

Beberapa info Ibu harus tahu tentang pemakaian kasut untuk anak yang baru mula bertatih berjalan;

  1. Kasut bukan sekadar alas kaki atau penyeri kasut sahaja, ia penting untuk pembentukan otot dan tulang kaki si manja yang masih sangat sentitif.
  2. Elakkan memilih kasut berdasarkan rupa bentuk dan cantik untuk mengelakkan kesan negatif kepada kaki anak seperti melecet kerana ini boleh mengurangkan motivasi anak untuk berjalan.
  3. Elakkan membeli saiz kasut yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan anak tidak selesa dan mudah tersungkur atau jatuh.
  4. Kasut yang terlalu kecil pula boleh membuatkan kaki anak membengkok.
  5. Waktu yang sesuai untuk memilih dan membeli kasut untuk anak adalah pada usia 12 hingga 15 bulan atau ketika anak pandai berdiri dan berjalan.
  6. Jika anak masih belum boleh berjalan, gunakan stokin atau pelapik kaki untuk melindungi kaki bayi terutamanya ketika merangkak agar sentiasa selamat.
tips memilih kasut bayi

Comelnyaaaaaa…

Tips & kriteria memilih kasut anak agar tidak tersalah beli;

Tips 1 – Dalaman kasut

Kasut seharusnya lembut dan mudah lentur serta mempunyai ruang yang selesa dan bertapak lembut sesuai untuk kanak-kanak.

Ruang jari kaki perlu mempunyai ruangan yang secukupnya serta lebar yang bersesuaian dengan tumbesaran anak untuk menyediakan ruang pergerakan jari kaki yang selesa.

Tips 2 – Reka bentuk kasut

Elakkan memilih kasut yang berhujung runcing kerana ia membuat jari kaki anak tersepit. Bagi anak perempuan, jangan beli kasut bertumit tinggi kerana ia membuatkan kaki anak cenderung ke depan dan mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki.

Sentiasa memeriksa kaki anak anda agar tidak melecet, luka dan sebagainya.

Tips 3 – Ukuran kasut

Sebelum membeli kasut, cuba pakaikan kasut tersebut di kaki anak dalam keadaan berdiri dan memakai stokin. Selalunya kaki kiri dan kanan tidak sama besar. Pilihlah saiz mengikut ukuran kaki yang lebih besar. Minta anak untuk berjalan menggunakan kasut yang ingin dibeli. Pastikan anak selesa. Waktu yang sesuai untuk membawa anak membeli kasut adalah pada waktu petang.

Jika ibu membeli kasut secara online, ibu boleh meminta ukuran panjang kasut daripada hujung ibu jari ke bahagian tengah tumit daripada online seller dan mengukurnya semula kaki anak anda untuk memastikan tidak tersalah pilih size.

Tips 4 – Ruang dalaman kasut

Kaki anak sangat sensitif dan lembut. Oleh itu, ibu harus memastikan kasut yang dipilih mempunyai pengalas yang lembut dan menyerap hentakan ketika si manja berjalan dan berlari. Kasut juga perlu mempunyai ruang pengaliran udara yang baik untuk mengelakkan kaki berbau.

Tips 5 – Bahan Kasut

Kasut yang dipilih haruslah dibuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel. Elakkan memilih kasut daripada bahan yang keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki. Kesannya bentuk kaki anak anda tidak berkembang dengan baik.

Tips 6 – Ringan

Untuk anak yang baru mula berjalan, kasut yang terbaik adalah kasut jenis ringan. Ia akan memudahkan pergerakan si manja dan untuk mengelakkan anak jatuh dengan mudah. Kasut yang berat akan menyukarkan pergerakan anak.

Tips 7 – Mudah dipakai

Akhir sekali, dapatkan kasut yang mudah dipakai dan ditanggalkan buat si manja. Sebaiknya ibu memilih kasut jenis velcro berbanding bertali untuk anak yang baru sahaja diperkenalkan dengan pemakaian kasut.

Selain daripada tips di atas, ibu juga boleh memilih kasut berwarna terang dan cerah agar lebih menarik untuk kanak-kanak. Ibu juga perlu ingat bahawa bukan semua jenis dan rekaan kasut sesuai dengan kaki anak anda.

Semoga sedikit tips santai berkenaan tips memilih kasut anak ini dapat membantu ibu untuk memilih kasut yang terbaik buat si manja.

Oh ya, sekarang ni musim selesema kan? Kalau anak anda mengalami selesema, ibu mungkin perlukan petua merawat selesema dan batuk bayi tanpa perlu ke klinik. Moga membantu!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Tips Elak Ruam Dan Cara Merawat Ruam Lampin Bayi

Kulit punggung bayi adalah kawasan yang amat sensitif dan sangat mudah dijangkiti ruam walaupun lampinnya kerap ditukar. Ruam lampin terjadi apabila timbul berbintik-bintik merah di bahagian kelamin bayi, kemudiannya kulit menjadi tebal, berkedut dan seterusnya menggelupas. Jika ini berlaku, bayi akan merasa tidak selesa, kerap menangis dan akan menangis lebih teruk ketika punggung terkena air ketika mandi.

Ruam berlaku apabila bahan kimia yang terdapat di dalam air kencing mula dipecahkan oleh kuman. Jika ruam ini dibiarkan, ia boleh mengundang jangkitan yang lebih serius.

Memakai lampin yang sudah penuh dalam jangka masa yang lama dan menukar lampin tanpa membersihkan kawasan alat sulit dan punggung bayi juga merupakan punca berlakunya ruam lampin. Mesti mommies nak tahu cara merawat ruam lampin dan tips untuk mengelak ruam lampin kan? Aya kongsikan kat bawah 😀

cara merawat ruam lampin bayi

Bagaimana Cara Merawat Ruam Lampin?

  1. Segera menukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil atau air besar.
  2. Bersihkan menggunakan air suam, bilas sehingga bersih dan lap menggunakan tuala lembut dan pastikan kesemua bahagian kelamin kering. Aya selalu menggunakan bebola kapas untuk membersihkan bayi, dan mengikut pengalaman, lebih bagus menggunakan bebola kapas dan air berbanding menggunakan wipes yang ada di pasaran. Wipes ada bahan kimia walaupun mungkin dalam jumlah sedikit berbanding air suam biasa, ia bebas bahan kimia.
  3. Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan rapi setiap kali bayi membuang air besar. Pastikan kulit bayi kering sebelum memakaikan lampin.
  4. Sapukan krim yang sesuai dengan kulit bayi bagi melegakan radang atau ruam yang dialami. Krim ini juga boleh digunakan sebagai perisai kepada kuman-kuman yang terhasil daripada air kencing bayi dan sekaligus mengelakkan ruam.
  5. Gunakan krim pada bahagian kelamin secara konsisten untuk mencegah jangkitan kuman yang boleh menyebabkan ruam lampin.
  6. Jika bayi dijangkiti ruam, biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa banyak masa yang boleh untuk mempercepatkan penyembuhan kulit.
  7. Pilih lampin pakai buang yang sesuai dengan kulit bayi anda. Lampin pakai buang yang mempunyai daya serapan yang tinggi dan mengurangkan kelembapan adalah yang terbaik. Ibu boleh juga memilih untuk memakai lampin ataupun cloth diapers yang lebih selamat.
  8. Jika ruam lampin bayi anda berpunca daripada alahan tertentu, masalah itu akan hilang dengan sendirinya jika ibu menghentikan penggunaan produk yang menyebabkan ruam itu.
tips merawat ruam lampin bayi

Ibu tahu tak ruam tu buat saya tak selesa dan sakit? T_T

Bagaimana Untuk Mengelak Ruam Lampin?

  1. Kerap menukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil atau air besar. Mengikut pengalaman Aya, bayi baru lahir memang sangat kerap membuang air besar, so, ibu kena rajin-rajin check lampin bayi.
  2. Sapukan sedikit krim ruam setiap kali menukar lampin. Terdapat pelbagai pilihan krim di pasaran. Ibu boleh guna kaedah cuba jaya untuk mencari krim yang sesuai dengan kulit bayi. Sebaiknya jika ibu melihat punggung bayi menggelupas (walaupun tidak sakit), ibu hentikan menggunakan krim tersebut kerana ia tidak sesuai dengan kulit bayi. Krim yang sesuai adalah apabila ia tidak menunjukkan sebarang reaksi kepada kulit dan mampu mengelak atau menyembuhkan ruam.
  3. Elakkan menggunakan bedak talkum kerana ia boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi.
  4. Pastikan lampin dipakai longgar dan terdapat ruang pengaliran udara di sekeliling punggung bayi.

Jika berlaku ruam lampin ke atas bayi, ia akan pulih dalam masa tiga sehingga empat hari. Namun, jika perkara ini berlanjutan, tidak pulih malahan semakin serius, bawalah bayi berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri ruam lampin ini telah bertukar menjadi jangkitan yang lebih serius.

ruam lampin yang teruk

Segeralah bawa bayi anda bertemu doktor jika ruam semakin serius!

Sewaktu baby Aya berusia 3 bulan (anak pertama, tahun 2009), Aya memang mengalami sendiri pengalaman jangkitan serius di kawasan kelamin baby. Faeq cirit birit, dah pesan kat taska minta tolong tukarkan lampin dengan kerap, tapi apalah daya taska, ramai lagi budak lain kena jaga T_T. Kebetulan itu merupakan minggu pertama saya menghantarnya ke taska kerana kembali bekerja. Tuhan saja yang tahu perasaan Aya ketika mengambil Faeq dari taska, dia kerap menangis seolah-olah kesakitan. Aya check punggung, ya Allah, memang merah seakan-akan terbakar. Rasa nak nangis pun ada. Esoknya Aya bawa ke klinik pakar kanak-kanak, time tu barulah tahu rupa-rupanya anak saya ni ada ekzema. Patutpun ruam dia cepat sangat naik. Time tu doktor bagi ubat steroid tau, memang sekali sapu terus kulit kelihatan pucat (hilang terus merah terbakar tu), beberapa hari dah sembuh. Time tu rasa bersyukur sangat. Tetapi sebenarnya krim tu sangat la tak bagus lagi-lagi kalau digunakan dalam jangka masa panjang. Ia boleh menipiskan kulit dan akhirnya kulit lagi sensitif. Pengalaman anak 1st memang macam-macam, alhamdulillah anak ke2, ke3 dan ke4 ni dipermudahkan sebab banyak dah pengalaman, hehe…

So, kalau ibu menghadapi situasi macam ni; anak ada ruam, anak nangis tak berhenti, nasihat Aya, jangan sesekali bersihkan punggung menggunakan wipes, cuci perlahan-lahan, dan sewaktu letak krim tu jangan sapu/gosok, tapi tempek-tempekkan krim. Kalau kita yang dewasa ni pun dah rasa sakit kalau kena ruam, apatah lagi baby kecik kan. Jadi buat dengan lemah lembut ya mommies. Kalau mommies nak tanya apa-apa, or nak tahu krim apa yang Aya dah pernah cuba dan kesannya ke atas kulit anak, boleh contact Aya ok 😀

Semoga perkongsian yang sedikit ni memberi manfaat buat mommies.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo.com – Parenting From The Heart

5 Petua Merawat Selesema Bayi Tanpa Perlu Ke Klinik

Selesama merupakan satu jangkitan yang kerap dialami oleh bayi disebabkan sistem imunisasi yang rendah. Ia berpunca daripada serangan virus di saluran pernafasan bayi. Selalunya selesema berjangkit melalui udara atau sentuhan.

Apabila selesema, bayi akan menunjukkan reaksi tidak selesa, sukar bernafas, penyusuan terganggu, sukar tidur dan menyebabkannya kerap merengek dan menangis. Situasi ini turut memberi kesukaran kepada ibu bapa. Stress kan?

Tips merawat bayi selesema

Tentu ibu resah kalau bayi selesema, batuk atau demam. Ibu kena banyak-banyak sabar melayan kerenah anak, berilah tumpuan yang lebih sewaktu mereka sakit. Ia mungkin boleh memberikan keselesaan sedikit buat si comel.

Ada banyak cara untuk merawat selesema bayi. Antara satunya adalah dengan memberinya makan ubat daripada klinik. Namun, pada usia bayi yang masih kecil, saya berpendapat amat kesian jika awal-awal usianya lagi sudah diberikan ubat. Kalau jumpa doktor yang prihatin pun, tentu dia kata ubat tak sesuai untuk bayi di bawah usia 2 tahun, kan?

Sebenarnya ada pelbagai alternatif ibu boleh cuba tanpa perlu ke klinik. InsyaAllah dengan niat yang baik, bayi boleh sembuh walaupun akan mengambil masa sedikit dan ibu perlu banyak bersabar. Ibu boleh try petua merawat selesema bayi tanpa perlu ke klinik yang saya kongsikan ni ya. Petua ni saya dapat hasil perkongsian pengalaman ibu-ibu di group Mommies Chat Room.

#Petua 1: Gunakan Garlic Oil

Bahan-bahan untuk sediakan Garlic Oil: 1 labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk ala-ala manja, cukup sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun. Ibu boleh ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu si comel 😀

cara membuat minyak bawang putih garlic oil

#Petua 2: Gunakan Vicks

Ibu perlu membeli Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi. Caranya, ambil sedikit Vicks, gosok-gosokkan di telapak tangan sehingga terasa panas, kemudian sapukan ke dada, belakang, tapak kaki bayi dan pakaikan stokin. Saya suka letakkan sedikit di hidung dan batang hidung bayi, tapi sedikit saja tau, takut pedas sangat dan mengganggu bayi. Selepas sapu, ibu boleh tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.

vicks bayi untuk legakan selesema

#Petua 3: Mandikan Dengan Air Suam

Ibu boleh mandikan bayi 3 kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa. Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan bayi.

#Petua 4: Air Kunyit

Sediakan kunyit hidup. Gosok-gosokkan ke permukaan kasar, contohnya lesung untuk mendapatkan air kunyit. Sapukan air kunyit itu pada batang hidung bayi. Ini boleh mengelakkan hidung bayi tersumbat dan memberi kelegaan kepada pernafasan bayi. Selain itu, ibu juga boleh menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi. Cara ni agak comot tapi kalau boleh merawat selesema bayi apa salahnya kan?

#Petua 5: Teknik Percussion

Teknik ni adalah kegemaran saya :D. Ia boleh digunakan ketika bayi selesema atau batuk. Saya selalu praktikkan tanpa wap air, sekadar tepuk-tepuk saja kerana saya boleh lihat pernafasan anak saya ok sikit berbanding sebelumnya. Teknik ni amat mudah dibuat dan ia membantu melonggarkan kahak atau mengurangkan hidung tersumbat bayi tanpa perlu ke hospital. Selalunya, selepas sesi ni, bayi akan batuk, bersin atau muntah. Jika tidak muntah, kahak bayi akan keluar melalui najis.

cupping hand

Susahnya nak cari gambar “cupping hand”. Tapi ibu boleh bayangkan tangan tu buat macam ni, bentuk tangan seolah-olah sedang berdoa atau tadah air atau macam gambar ni. Dapat bayangkan?

Ikuti langkah-langkah ni untuk membuat Tepukan Percussion.
1. Letak bayi dalam posisi meniarap dan diletakkan bantal lembut di bawah perut bayi.
2. Pastikan kepala bayi lebih rendah berbanding kaki. Kaki lurus.
3. Bentukkan tangan “cupping” (lihat gambar di atas) dan buat pukulan dengan kekuatan di pergelangan tangan sahaja.
4.Tepuk selama 15 minit ke kiri dan kanan belakang bayi.

Ibu perlu ingat, pastikan buat sesi ni sebelum minum susu atau antara setengah jam hingga sejam selepas sesi menyusu untuk mengelakkan bayi muntah susu ketika sesi tepukan.

Sebagai tambahan, ibu turut boleh membuat Teknik Percussion ini serentak dengan Teknik Stim bayi. Teknik Stim boleh dibuat dengan menyediakan air panas di dalam baldi dan titiskan minyak kayu putih/minyak bawang putih. Baringkan bayi di atas paha dan halakan muka ke arah baldi tersebut. Wap air akan melegakan hidung tersumbat. InsyaAllah selepas sesi ni hingus bayi akan keluar. Bagi kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, ibu boleh menggunakan steam sterilizer botol. Untuk bayi letak dalam besen dah mencukupi.

teknik cara tepukan percussion

Letakkan bayi di atas bantal macam ni, pastikan kaki lebih tinggi dari kepala. Tepuk belakang bayi selama 10-15 minit. Selang selikan kiri dan kanan buat gerakan arah jam.

Alhamdulillah setakat usia baby Rara memasuki 5 bulan ni dia belum pernah kena demam dan selesema. Cuma minggu lepas dia terjangkit batuk dari abang dia, saya try buat percussion beberapa kali dan telan vitamin c double dosage kemudian breastfeedingkan dia macam biasa, dan time nak tidur tu saya sapu herbal blend cream. Alhamdulillah batuk baby Rara dan sembuh dan sebolehnya saya usahakan supaya tak perlu telan ubat klinik awal-awal ni 😀

yumna inara baby rara

Helo, saya baby Rara 😀

Jika anak sudah berusia 2 tahun ke atas, sebaiknya ibu berikan perlindungan melalui pemakanan suplemen tambahan. Almaklumlah sekarang ni makanan pun tidak “sesihat” dahulu berbanding sewaktu kita kecil. Ok lah, rasanya itu ja yang saya nak kongsikan petua atau cara merawat selesema anak tanpa ubat-ubatan.

Selesema, demam, batuk memang perkara biasa yang akan dialami oleh anak disepanjang tempoh pembesarannya. Bila ibu dah berjaya mengharungi jangkitan selesema yang pertama, sudah pasti ibu tahu apa yang perlu dibuat pada jangkitan seterusnya. Sebaiknya rawat dari awal jangkitan ya mommies. All the best!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart