Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Ramai Ibu Tidak Tahu

Lelehan keputihan yang berlebihan semasa hamil adalah sesuatu yang normal selagi ianya berwarna putih. Namun ianya bertukar menjadi abnormal sekiranya lelehan bertukar warna menjadi kekuningan atau kehijauan.

punca-keputihan-teruk-semasa-hamil

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau Keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.

Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj.

Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin.

Sepanjang mengandungkan 4 orang anak, Kak Aya pernah terkena jangkitan faraj sekali sewaktu hamil anak pertama.

Mula-mula cuma ada lebihan lelehan berwarna putih, lama kelamaan ia bertukar menjadi kekuningan dan kehijauan. Lepas tu gatal ya ampun. Memang tidak sedar tangan ni asyik menggaru sampai tahap luka kulit tu, huhu… sampai satu tahap kak Aya tidak dapat tahan, barulah kak pergi ke Klinik dan dapatlah ubat untuk dimasukkan ke faraj.

Ubat pertama ni kurang berkesan. Kejap jak bertahan. Kemudian dijangkiti semula. Kali kedua kak Aya inform nurse di KKIA, so doktor check guna “mulut itik” acah-acah papsmear untuk ambil sample lelehan. Ya… memang lelehan tu sudah berwarna kehijauan, patutlah gatal gila!

cara-mengubati-keputihan-ketika-mengandung

Jangkitan yis semasa hamil.

 

Selepas result lab keluar, kak Aya pun diberikan ubat yang sesuai dengan jangkitan yang kak hadapi, ubat ni untuk dimasukkan ke dalam faraj. Kak lupa berapa hari kena masukkan ubat, tapi yang kak ingat memang setiap pagi sewaktu kencing, akan keluar semua putih-putih tu dari faraj. Alhamdulillah kali ni berkesan. Kegatalan tidak kembali dan lelehan pun terkawal.

Selepas kes ni, barulah kak Aya study pasal keputihan. Rupa-rupanya antara satu risiko jangkitan faraj ni boleh menyebabkan mata bayi buta, huhuhu… insaf mak, nasib baik anak sihat walafiat. Ya lah, bayangkan kalau kak Aya biarkan keadaan tu sebab malas pergi klinik kan? Nauzibillah min zalik, huhu…

Mengambil pengajaran dari pengalaman ni, setiap kali mengandung kak Aya betul-betul jaga kebersihan agar tidak mendapat jangkitan faraj. Sewaktu hamil anak keempat, kak Aya amalkan suplemen untuk elak jangkitan kuman dan kuatkan antibodi. Almaklumlah anak keempat baru berkenalan dengan suplemen kan. Dan hasilnya? Alhamdulillah tiada jangkitan sehingga melahirkan.

Ok, memandangkan keputihan ni masalah biasa dikalangan ibu hamil, dan seringkali dianggap perkara remeh, kak Aya share apa risiko keputihan semasa hamil jika tidak dirawat dengan segera.

Antara Risiko Keputihan Yang Ramai Ibu Tidak Tahu

1. Sawan

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi.

2. Gangguan Pernafasan Kepada Bayi

Jangkitan keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian bayi.

3. Kelahiran Pra-Matang

Keputihan yang disebabkan oleh Chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang kerana menyebabkan selaput ketuban pecah sebelum cukup bulan.

4. Jangkitan mata

Keputihan yang berpunca oleh Neisserea Gornorrnoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan mata bayi buta.

Tips Mencegah Jangkitan Faraj

  1. Pakai seluar dalam daripada material kapas yang longgar.
  2. Jangan mencuci faraj menggunakan sabun. Ia akan membunuh bakteria baik yang melindungi faraj anda.
  3. Sentiasa pastikan faraj bersih dan kering. Lapkan punggung dari hadapan ke belakang selepas masuk tandas.
  4. Elakkan penggunaan pantiliner yang kerap. Gunalah jika perlu sahaja.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula sebab ketika hamil faraj mengandungi gula yang tinggi disebuk glikogen, inilah yang menggalakkan pertumbuhan kulat.
  6. Basuh faraj dengan bersih sebelum dan selepas berjimak.
  7. Amalkan suplemen anti-fungus dan penggalak sistem imun untuk melawan jangkitan kuman.

Untuk tips ke-7, kak Aya mau kongsikan sket tentang suplemen yang boleh membantu ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Dua suplemen yang kak Aya amalkan sewaktu hamil anak keempat adalah Garlic dan Nutriferon. Dua-duanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang disimplify untuk memudahkan diambil.

Apa fungsi Garlic Complex dan Nutriferon ni?

#1 – Garlic

Ianya dibuat daripada Bawang Putih premium yang ditanam secara organik yang bebas daripada racun berbahaya. Berbeza dengan produk garlic di pasaran, Garlic Complex Shaklee menggabungkan manfaat bawang putih dengan herba rosemary sebagai antioksida. Untuk mengurangkan bau bawang putih, Garlic Complex ditambah dengan Spearmint, tu yang wangi sangat tablet garlic shaklee ni.

rawatan-keputihan-semasa-mengandung

Fungsinya? Ia merupakan Antibiotik semulajadi yang menghalang penyakit berjangkit seperti jangkitan yis candida, jangkitan virus, jangkitan kuman dan ia juga meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan glukos. Ingat lagi tadi gula boleh menggalakkan pertumbuhan kulat? Inilah fungsi garlic dalam memberikan perlindungan secara semulajadi.

#2 – Nutriferon

Nutriferon adalah produk berpaten yang dibuat daripada ekstrak 4 tumbuhan iaitu Biji Labu, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan Biji Plantago. Nutriferon ni merupakan satu formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee, so memang tidak akan jumpa di kedai-kedai, kena beli dengan kak Aya jak, hihi…

Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Apabila sistem pertahanan imun kita lemah dan jika kita diserang oleh kuman, mikrofaj yang banyak melalui pernafasan, sentuhan, makanan, persekitaran dan sebagainya, badan kita akan mudah sakit, stress, alergi, kena jangkitan dan sebagainya.

Pada saat kehamilan, sistem imun kita berada pada tahap terendah, tu sebab kena juga amalkan immune booster untuk pastikan badan sentiasa kuat untuk melawan jangkitan termasuklah serangan kulat, virus dan sebagainya.

ubat-keputihan-teruk-semasa-hamil

So, agak lengkap juga penerangan kak Aya tentang keputihan semasa mengandung ni kan? Ingat ibu-ibu, jangan pandang remeh keputihan ni terutama kalau sudah jadi abnormal tu. Sebab kita bukan tahu “siapa” yang menyerang kita kan. Takut-takut ja virus/bakteria yang paling jahat sekali yang boleh beri kesan terhadap baby dalam kandungan, huhu…

Jadi, nasihat kak Aya, amalkan semua tips yang kak cadangkan di atas. Kalaulah lelehan tu sudah pelik lain macam, tolonglah berjumpa doktor dengan segera. Jangan gadaikan nyawa anak dan diri kita sendiri sebab anggap benda ni remeh temeh.

Kalau mahu melindungi diri sebelum terkena jangkitan, bolehlah amalkan suplemen yang kak cadangkan. Wasap kak Aya untuk konsultasi, klik ja link kat bawah tu ATAU klik icon BUY NOW dibawah untuk tempahan Garlic dan Nutriferon (atau salah satu) secara online dan pembayaran boleh menggunakan Debit/Kredit Kad. Mudah sangats 😀

ubat-keputihan-semasa-mengandung-5-bulan

Luv,
Kak Aya Chalo
Direct wasap klik 013-8633224
Say No To Keputihan Semasa Hamil

Tips Mudah Hamil Untuk Elak Soalan Bonus Di Pagi Raya

“Ko suda ada berapa orang anak?”, soalan keramat yang paling sukar dijawab tiap kali tiba Syawal bagi pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Ya lah, sejak 5 tahun berkahwin, setiap kali balik kampung dapat soalan yang sama. Walaupun faham soal rezeki tu ditentukan oleh Allah, tapi tetap perit bila menusuk gegendang telinga, berjuta perit lagi menusuk ke jiwa.

Soalan-soalan sebegini biasa diajukan bila tiba Hari Raya. Yang tiada anak akan dapat soalan “bila lagi nak mengandung?” Yang ada anak pula akan dapat soalan “bila lagi mahu tambah rakyat?”

Masalah kesuburan ni memang menjadi satu “beban” kepada pasangan yang telah lama berkahwin.

tips-untuk-mengandung-hamil-awal

Antara penyebab kepada masalah kesuburan suami dan isteri termasuklah:

  • Suami yang mempunyai saluran sperma yang tersumbat yang menghalang sperma daripada bercampur dengan air mani suami
  • Kualiti dan kuantiti sperma suami yang rendah
  • Masalah ejakulasi dan mati pucuk
  • Masalah obesiti samada suami atau isteri
  • Tiub fallapio isteri tersumbat
  • Masalah cyst, fibroid atay endometriosis
  • Rahim terbalik
  • Tekanan atau stress

Dan pelbagai lagi masalah lain.

ubat-subur-untuk-hamil

Namun, selain berdoa, kita perlu berusahakan?

Malam ni kak Aya mahu share satu tips daripada pakar sakit puan terkemuka negara iaitu Dr. Hamid Arsyat. Seperti yang kita tahu, beliau telan membantu ramai pasangan untuk mendapat cahayamata (izin Allah jua).

tips-cepat-hamil-selepas-haid

Tips tingkatkan kesuburan untuk cepat hamil oleh Pakar Sakit Puan Dr. Hamid Arshat

“Seorang pesakit berumur 32 tahun, sudah 11 tahun kahwin dan sudah buat ujian dan berbagai jenis rawatan kesuburan termasuk IUI tapi gagal hamil. Ada seorang anak angkat berumur 7 tahun. Jumpa saya untuk rawatan pada bulan october 2012. Saya beri Adipex untuk pecah lemak, Vit E, Vit C dan Folix Asid. Alhamdulillah dia sudah hamil 7 minggu dan scan sahkan kandungannya baik. Saya pesan dengan dia dan suami buat amal2 untuk tunjuk syukur kepada Allah SWT.” – Dr Hamid Arshat.

Kalau melihat kepada kebanyakan status Facebook Dr. Hamid Arshat, mostly dia akan suggest kepada pemakanan seimbang, amalan rohani dan amalkan suplemen untuk melengkapkan nutrisi yang menyokong badan untuk meningkatkan peluang kehamilan.

Bagaimana Nutrisi Di Dalam Suplemen Boleh Membantu Dalam Masalah Kesuburan?

Empat suplemen yang Dr Hamid cadangkan di atas iaitu Pemecah Lemak, Vit E, Vit C dan Folic Asid ada di dalam range produk semulajadi Shaklee. Produk semulajadi insyaAllah lebih mudah diserap oleh badan dan tidak meninggalkan kesan negatif.

So kak Aya akan terangkan tentang kepentingan setiap suplemen berdasarkan kepada produk Shaklee ya.

Lecithin Pemecah Lemak

Lecithin Shaklee diperbuat menggunakan sumber semulajadi daripada kacang soya non-GMO. Lecithin sangat penting diambil bagi pasangan yang mempunyai masalah obesiti atau berlebihan berat badan untuk menurunkan berat badan secara efisien.

Lecithin berfungsi untuk membantu dalam pemecahan lemak secara semulajadi kepada molekul-molekul kecil untuk penghadaman sekaligus menurunkan berat badan secara efisien.

Harganya yang mampu milik sudah tentu tidak membebankan pasangan yang betul-betul mahu memiliki cahayamata.

Vita E Complex Shaklee

Vitamin E adalah satu vitamin anti-oksida yang sangat baik untuk melindungi sel daripada mengalami kerosakan. Istimewanya Vita E Shaklee kerana dilengkapi dengan Selenium dan Ekstrak Biji Anggur untuk menambahkan lagi kuasa anti-oksidannya.

makanan-subur-buat-suami

Kajian Vita E dan Selenium yang membuktikan mampu membantu meningkatkan kualiti sperma

 

Antara manfaat Vita E adalah untuk meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikal bebas yang boleh merosakkan sperma.

Gabungan Vita E dan Selenium pula berkuasa untuk meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan pergerakan sperma, laju gittew.

Vita C Plus Shaklee

Vita C Shaklee berbeza dengan Vitamin C di pasaran kerana diperbuat daripada sumber semulajadi ekstrak kanji jagung yang mempunyai sistem pelepasan yang konsisten agar lebih berkesan.

sebab-susah-hamil

Melalui kajian, Vita C memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan peluang untuk hamil, menjaga kualiti sperma, memberi keseimbangan hormon dan meningkatkan sistem imun tubuh serta support kehamilan yang sihat.

Suami isteri amalkan memang cun sangat ni.

Asid Folic di Dalam B-Complex Shaklee

Asid folic ataupun Folat/B9 vitamin terkandung di dalam B-Complex Shaklee. Ia sangat penting diambil ketika merancang untuk hamil, ketika hamil dan selepas melahirkan bayi.

Asid Folic (B9) adalah satu vitamin yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak. Jadi ia sangat penting dalam proses kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan penting disaat telur “ditanam” di dalam rahim.

Untuk suami pula, asid folik turut membantu mengatasi masalah kesuburan. Ia akan mengurangkan kecacatan dalam kromosom sperma suami. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom dan jika disenyewakan akan menghasilkan janin yang tidak sihat dan tidak dapat hidup lama. So, kalau isteri balik-balik keguguran pun ini antara satu puncanya. Jadi, pihak suami pun kenalah amalkan B-Complex ya.

Nampaknya sangat besar fungsi Asid Folik ni, patutlah Dr. Hamid duk ulang-ulang makan folic asid, makan folic asid. Hihi…

makanan-untuk-cepat-hamil

Bila doktor pun suggest, mestilah bertambah yakin dengan Nutrisi Kesuburan Shaklee kan.. kak Aya pun planning dapat anak keempat dengan set ni tau. Alhamdulillah sekarang babynya suda berusia 2 tahun lebih 😀

Panjang lebar kak Aya explain ni. Kalau tak paham, boleh wasap kak Aya terus. Kak bukan apa, sebenarnya tadi baru dapat whatsapp dari kawan meluah perasaan almaklumlah minggu depan sudah nak raya kan. Sebelum ni Kak Aya pesan amik set ni dan try petua mempercepatkan kehamilan secara moden dan tradisional ni, tapi biasalah manusia memang degil, huhu…. Lagi seminggu raya baru order, terlepas lah peluang untuk jadi baby Ramadhan, tapi insyaAllah boleh jadi baby Syawal, hihi… Kita usaha dan doa bebanyak ja la kan.

Kak Aya belanja 2 testimoni customer kak Aya yang sudah hamil dengan mengambil nutrisi kesuburan shaklee.

tips-cepat-mengandung-selepas-haid

“The greatest gift ever bila nampak 2 line yang ditunggu-tunggu sudah muncul! Hehe, tidak juga la lama suda berkahwain, cuma kami try-try dan rancang mau dapat baby tapi belum dapat rezeki. Sampai beratus-ratus duit habis check di hospital, beli pregnancy test la semua, semua sia-sia jak. Sampai saya nampak iklan di Facebook pada ni set kesuburan untuk husband and wife, dan nampak testimoni yang sangat positive, tanpa mengira harga tu supliment dengan perasaan kecewa time tu, kami terus beli di hari 1st saya period juga. Nah! tidak sampai 1 bulan ja saya makan tu Shaklee, hari ni saya positive. Thanks God, tq kak..”

cara-cepat-hamil-selepas-haid

Customer kak Aya yang ni pun memang beli sewaktu period. Alhamdulillah dipermudahkan untuk beliau untuk hamil anak ke-3.

 

Kalau mahu order set ni (jangan jadi macam kawan kak Aya tu, bertahun baru nak try, ), klik gambar BUY NOW di bawah untuk pembelian secara online menggunakan Debit/Credit Card atau hubungi kak Aya melalui whastapp http://ayachalo.wasap.myubat-supaya-subur-mudah-hamil

Luv,
Kak Aya Chalo
013.863.3224
Sedia membantu untuk lebih subur

Resipi Kuih Makmur Sabah Mudah Dan Sedap

Kuih makmur antara biskut raya yang menjadi favorite setiap kali Hari Raya di Sabah. Ada peminat tersendiri gittew. Kalau open house Hari Raya, insyaAllah senang la jumpa di setiap rumah yang dikunjungi. Cuma, yang membezakan cuma sedap atau tidak jak kan, hihi…

Bercerita tentang kuih makmur ni kan, sebenarnya tahun ni kak Aya saja plan untuk buat sendiri sebab susah sangat jumpa kuih makmur Sabah yang sedap di tekak kak Aya ni. So, kuih lain kak tunjuk-tunjuk, yang ini, kak gagahi diri tuk buat.

resipi-kuih-makmur-sabah-sedap

Rara makan sampai 5 bijik ni, huhu… mama hanya mampu memandang.

Kuih makmur ni memang kegemaran kak Aya dari kecik sampai la ke tua bangka ni ha.. hihihi.. kalau Hari Raya, rasa tidak lengkap tanpanya. Teksturnya yang lembut, cair di mulut dan aroma minyak sapi yang nyamannn sangat rasa di tekak tu jadi push factor kak Aya tuk tabah membuatnya. Haha.. (siap ada push factor, hihihi), almaklumlah, kak Aya kan surirumah bz, ada push factor baru semangat mau buat, hihi…

So, hari ni kak akan kongsikan bahan-bahan dan langkah-langkah membuat kuih raya ni sehinggalah boleh dinikmati selepas berbuka, hehe.. belum raya confirm dah habis ni.

Follow step by step tau, jangan murtadddd resipi.. kalau nda jadi jangan salahkan kak Aya pula tau.

Resipi Kuih Makmur (Anggaran 180 biji)

Bahan A:

800-1000g Tepung Gandum – kak pakai Cap Rama-rama

400g Minyak Sapi – pilih jenama QBB Pure Ghee tin hijau tu (ini sedap)

200-300g Kacang Tanah Berkulit – tapi bukan guna semua tau, adjust ikut tekstur doh nanti

100g Susu Tepung – pilih susu Nespray

Bahan B:

Gula Ising

Susu tepung – pilih susu Nespray

bahan-bahan-kuih-makmur-sedap

Bahan-bahannya Kuih Makmur Sabah. Simple jak.

Cara Penyediaan:

  1. Sangai tepung dengan api kecil sehingga ringan, angkat, ayak dan ketepikan.

    biskut-makmur-susu-sabah

    Tepung yang telah disangai dan diayak. Bila sangai tu akan ada tepung yang bergumpal, So ayak la ya.

  2. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai kacang masak. Kopekkan kulitnya dan blender (kering) sehingga sederhana acah-acah halus. Kalau kasar sangat nanti susah bentukkan.
  3. Panaskan Ghee sehingga cair secara keseluruhan. Kak letak ja tin tu atas api dengan api kecik. Kejap jak cair.
  4. Campurkan setengah minyak sapi ke dalam tepung yang sudah diayak tadi. Kemudian sebatikan guna tangan seketika.
  5. Masukkan kacang dan susu tepung sedikit demi sedikit, begitu juga dengan baki minyak sapi. Uli sehingga boleh dibentuk bulat comel. Kalau doh sukar dibentuk dan minyak sapi dah habis, boleh add minyak jagung atau minyak masak sikit-sikit.

    resipi-kuih-makmur-sedap

    Ok, gini rupa dohnya. Yang penting boleh bentukkan kuih makmur tu bulat-bulat macam ni. Kalau tepung masi peroi, tambahkan sedikit minyak sapi atau minyak makan.

  6. Susun di atas dulang bakar dan bakar pada suhu 160 darjah dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Tipsnya, bila kuih dah masak, aroma menyengat boleh dihidu… nyummy… time tu dah boleh check montot kuih sudah perang atau belum. Jangan sampai hangit pula.

    cara-buat-kuih-makmur-sabah

    Suhu dan masa tu sebenarnya bergantung kepada oven memasing. Kak setkan ke 160-170 degree, 20 minit, api atas bawah. Sebelum masukkan kuih makmur mentah ni, pastikan panaskan dulu oven tu dalam 15 minit.

  7. Selepas masak, sejukkan sekejap, kemudian salutkan dengan campuran gula ising dan susu (jika suka). Ada juga orang cuma letak ising saja. Tapi kalau letak susu, rasa lemak-lemak gitu.
  8. Alhamdulillah, siap dan boleh dimakan selepas berbuka.

Sebenarnya tadi time kak Aya goreng kacang tanah, kak lupa yang kak tengah puasa, kak goreng sambil makan kacang sebab konon mau rasa kacang masak ka tidak kannnnn… Nasib baik sedar diri sewaktu berniat mau ambil air minum tu kannn, baru teringat tengah puasa. Fuhh.. untunglah kalau siap lengkap pakej minum air tu. Haha… jangan ikut macam kak tau. Hihi…

So, lepas ni, boleh la try buat sendiri, insyaAllah puas hati. Nanti kalau sudah try resipi ni, bagilah feedback ya. Buat biskut raya ni penat gak, lepas settle buat kuih tadi kak Aya tidur macam orang pengsan sampai jam 4.45 petang, haha… jadi kalau plan buat biskut raya tu pastikan semasa sahur amik minuman tenaga. Penat weh.. salute la dengan bakers yang buat beribu biji kuih.

Bah, jumpa di entry akan datang, kalau sudah try buat, helo-helo lah di ruangan komen. 😀

Luv,
Kak Aya Chalo
Peminat Tegar Kuih Makmur di Hari Raya, hehe…
(Follow kak Aya di Facebook)

Makanan Halal Mesti Cuba Jika Melancong Ke Hong Kong

Makan adalah satu elemen penting dalam travel. Betulkah tidak? Kalau travel, kenalah mencuba makanan local kan? Dalam beberapa negara yang kak Aya sudah jejaki, negara yang paling kak gemari adalah negara yang mempunyai banyak makanan sedap (di tekak kak Aya lah) antaranya Seoul Korea, Jakarta Bandung, Indonesia dan Bangkok, Thailand.

Kali ni kak Aya mahu share 3 restoren makanan halal mesti dicuba jika melancong ke Hong Kong. Bukan makanan arab tau, tapi makanan local chinese muslim Hong Kong. Rasanya ramai dah pergi tempat ni tapi kak Aya pun mau juga share pengalaman uolls.

Makanan di Hong Kong ni sangat mahal. Jadi, kak Aya ingatkan supaya sediakanlah budget lebih-lebih sikit untuk makan. Macam kak, kitorang hanya makan di luar untuk lunch sahaja. Selebihnya lagi best masak di apartment Airbnb. Jimat gittew kan?

makanan-halal-hong-kong-itik-dim-sum-lamb-ghoulash

Kenangan di SkyTerrance Victoria Peak. Inilah 1st trip satu family siap bawa mak dan adik. All sponsored by orang kaya-kaya kak Aya. Haha… (gurau bah) Alhamdulillah ada rezeki lebih, kenalah bahagiakan orang tersayang kan 😀

3 Restoren Halal Mesti Cuba Jika Melancong ke Hong Kong

  1. Wai Kee Duck Rice Halal Restaurant

Sebenarnya restoran ni tidak di dalam list lunch kak Aya pun, tapi sudah rezeki dapat try Itik yang sedap. Memula kak Aya plan untuk makan dim sum di Canteen Masjid Ammar & Osman Ramju tapi wrong timing kerana datang ketika waktu rehat. Kebetulan uncle empunya kantin pun on the way balik, so dia offer untuk bawa dan tunjukkan jalan ke gerai Wai Kee ni.

harga-makanan-halal-di-hong-kong

Menu di Wai Kee Duck Rice Restaurant. Wajib try menu Roast Duck tau. Sedap gilak.

Menurut uncle kantin dim sum (lupa pula tanya nama pakcik, huhu), Wai Kee Restaurant ni adalah restoren halal yang wujud sejak berbelas tahun, tidak silap sudah 17 tahun. Makanan yang famous di sini adalah Roast Duck.

Memandangkan kami lapar gila selepas turun dari Victoria Peak, kak pun order sajalah Half Roast Duck dan Curry Beef. Rasanya? Sangat sedap! Ya ampun, tidak sangka licin anak-anak kak makan itik tu. Walhal first time tu, kaa diorang ingatkan ayam. Syukurlah semua spesis piranha macam maknya. Kikiki… Beef Curry tu pula memang lain dari kari daging yang selalu kak Aya makan tu. Semua orang makan licin, nasib mangkuk tidak ditelan sekali, haha…

tempat-makan-halal-di-hong-kong

Alhamdulilah, akhirnya jumpa makanan halal setelah frust Canteen Masjid Ammar tutup, hihi.. rezeki anak-anak makan itik hari ni.

Sebenarnya kak hampir lupa bila terakhir makan itik, tapi masyaAllah sedap gila itik goreng di sini, teringat-ingat sampai sekarang atau mungkin sebab kami dah kebuluran. Haha… dan jumlah makanan di sini cuma HKD 273 (RM150) untuk 4 dewasa dan 4 kanak-kanak riang.

wai-kee-halal-duck-rice-hong-kong

Inilah Roast Duck dan Beef Curry. Maafkan gambar comot mungkin sebab dah hilang akal kerana kelaparan. Haha… (Nasib ingat amik gambar, lol)

Lokasi Wai Kee Duck Rice: 21, Bowrington Rd, Wan Chai, Hong Kong.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.00 petang

Kak tambah sikit, lokasi Wai Kee Duck Rice ni di dalam bangunan pasar kering area Bowrington Road. Di bawah bangunan pasar banyak gerai-gerai macam pasar malam. Refer gambar agar untuk info tambahan lokasi. Hihi… Untuk ke sini cuma perlu berjalan kaki selama lebih kurang 10-15 minit daripada Masjid Ammar & Osman Ramju tadi.

wai-kee-location-halal-food-in-hong-kong

Kena masuk lorong-lorong di area Bowrington Road tu dan bangunan sebelah kanan tu adalah Pasar Kering. Boleh nampak signage atas tu “Cooked Food Centre”. Tabah betul uncle dim sum hantar sampai depan kedai, siap bagitau dengan tokey itik.

lokasi-wai-kee-roasted-duck

Naik kat tingkat 1. Tapi kalau suda sampai kat sini, insyaAllah senang ja jumpa. Tanya ja Wai Kee Halal Roast Duck Rice, confirm pakcik makcik dalam ni tau.

owner-wai-kee-duck-rice-hong-kong

Bergambar dengan owner Wai Kee Restaurant. Apasal muka “makcik” sangat tu, hahahhaa… ni muka penat dan kekenyangan selepas kelaparan. hihi…

  1. Halal Dim Sum at Canteen Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Kali kedua datang ke sini (dengan strategi yang betul, bangun awal, gerak awal) akhirnya kak dan family dapat juga merasa dim sum halal yang famous itu. Kenapa famous? Sebab uncle dim sum tu kata sejak masuk rancangan Halal Oriental, tidak putus-putus customer dari Malaysia, Indonesia dan Brunei datang. Alhamdulillah uncle, itu namanya rezeki. Dan sebenarnya sangat memudahkan pelancong muslim untuk merasa sendiri makanan tempatan Hong Kong.

Makanan-halal-di-hong-kong-dim-sum-masjid-ammar

Dim Sum ini dijual di Canteen Masjid Ammar. Ada 30 jenis Dim Sum yang boleh dicuba, di sini juga menyediakan lauk pauk sama seperti restoran lain. Berapa kak Aya bayar untuk makanan ni? Kak lupa, hihi… tapi yang bestnya kak Aya suka tengok Dim Sum tu, memang comel sangat.

dim-sum-halal-di-hong-kong-masjid-ammar

Ikut nafsu mau jak amik bebanyak ni, haha.. nasib baik la waras sikit sebab masa ni belum kebulur sikit, hihi..

Harga dimsum di Masjid Ammar ni. Mahal ka murah? double dari Malaysia untuk satu bekas tu. Tu sebab untuk budget makanan sila estimate double ok?

 

menu-dimsum-halal-masjid-ammar-hong-kong

Selain Dim Sum, Canteen Islamic Centre HK juga ada menu nasi, mee dan lauk pauk.

Kiosk Dim Sum di Canteen Masjid Ammar. Just tulis nombor dim sum macam dalam menu dan berikan ke makcik ni. Banyak sangat pilihan, best gila

manfaat-vivix-shaklee

Haippp, apa dia buat di sini ni? Dia pun ikut ke Hong Kong? betul-betul la Vivix bertuah, haha…

Lokasi Dim Sum Masjid Ammar: 5th Floor, Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong.
Waktu Operasi: 10 pagi – 3 petang, pastu tutup jam 6 petang buka balik

Cara untuk sampai ke sini? Kak Aya google maps jak, hahahahah.. Alhamdulillah sampai nda sesat pun, kitorang anak beranak jalan kaki dari Causeway Bay Station. Tabah kan?

Lagi satu tips, kalau berniat mahu naik teksi, pastikan screenshot alamat atas tu dan tunjukkan kepada pemandu teksi. Pemandu teksi di sini tidak speaking sangat.

  1. Ma’s Restaurant

Penutup tirai untuk trip family kali ni kak Aya ajak family makan di sini. Kenapa kak Aya pilih restoren ni? Sebab satu dekat dengan airbnb kami berhampir Prince Edward Station. Jalan kaki ja sampai (suka betul jalan kaki kan?) hihi… salah satu menu wajib yang mesti dicuba adalah Lamb Gaulash. Kak Aya ingatkan Lamb Gaulash ni sejenis puff yang berintikan Lamb macam di Malaysia ni, rupa-rupanya dia adalah sejenis dim sum diluarnya pastry dalamnya ada lamb berkuah. Susah mau explain, tengok gambar la ya.

ma's-restaurant-halal-di-hong-kong

Restoren ketiga wajib try. Sepanjang kak Aya makan di kedai ni, memang full house tau. 😀

menu-makanan-ma's-restaurant-halal-hong-kong

Menu dan harga Dim Sum dan makanan di Ma’s Restaurant. Wajib try Lamb Goulash dan Lamb Roll.

makanan-sedap-di-hong-kong

Kalau malas nak fikir, pilih ja pakej ni.

Untuk lunch terakhir ni kak Aya memang tidak pandang harga dah, main order ja ni lagipun ada refund octopus card dalam HKD 600, so, boleh la makan sakan kan? hihi

So kami pun decide untuk ambil Set of 6 berharga HKD855, muahahhaa, pastu tambah lagi beberapa menu tiada dalam ni.. inilah makanan paling mahal kak Aya pernah order. Tidak apalah, kononnya mau bagi kenangan buat mak khennn, Hihi…

Lokasi Ma’s Restaurant Hong Kong: 21-25 Cheung Sha Wan Road, Hong Kong.
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.00 malam

Lamb-Gaulash-must-try-food-hong-kong

Lamb Gaulash yang glemer tu. Kak Aya sudah try! Not bad. Unik dan sedap.

Lamb-Gaulash-ma's-restaurant-hong-kong

Uniknya sejenis dim sum ini. Nampak basah kan? sedappppp…

tips-melancong-bersama-anak-di-hong-kong

Fuhh, penuh meja. Sesuai la dengan harga, huhu… Bismillahh.. jemput makan 😀

ma's-restaurant-halal-oreintel-hong-kong

Sempat lagi diorang ni posing sementara tunggu van datang ambil dan hantar ke airport. Yeay, kami sudah kenyang!

Alhamdullah, selesai makan kami terus bergerak ke airport. Jam 7.30 malam lebih kurang macam tu flight balik ke Kota Kinabalu Sabah. Pengalaman best berholiday dengan anak-anak, mak dan adik. Dah tu jalan sendiri tanpa travel agent. Best tauu.. suka hati ko mau buat apa tanpa terikat masa ikut jadual guide, hihi.. InsyaAllah tahun depan kita ke Perth pula.

Buat kamu yang baca entry ni, bila lagi mau ke Hong Kong? Hehe…

Luv,
Kak Aya Chalo
Travel-Preneur 

 

Wajah Putih Bebas Jeragat Dengan Skincare Organik NutriWhite Shaklee

Ada beratus pilihan produk penjagaan wajah yang direka khas untuk pemutihan wajah di pasaran. Setiap kali lihat iklan yang best terus rasa mau try dan tukar skincare kan? Hihi… Tetapi bila sudah cuba, memula rasa best, tapi kemudian muka mula berminyak, mula naik jerawat, kulit mula menggelupas, kering, bertambah kusam, timbul jeragat dan akhirnya wajah putih tanpa jeragat tinggal kenangan. Masalah kulit semakin bertambah parah…

Hakikatnya kebanyakkan produk di pasaran BUKAN dicipta untuk kulit orang Asia tapi direka untuk negara yang ada 4 musim dan mostly diperbuat daripada bahan BUKAN natural.

Bila menggunakan produk yang bukan natural, kulit terdedah kepada keradangan dan menjadi kering yang akhirnya akan terkupas terutamanya di bahagian pipi yang akan menjadikan kulit semakin lama semakin nipis dan menjadi lebih sensitif. Bila kulit kering pula, kita mulalah tercari-cari produk pelembap. Namun, yang ada dipasaran kebanyakannya adalah jenis berminyak yang tidak sesuai dengan kulit orang Asia.

Harga-set-kulit-nutriwhite-shaklee

Jadi apa solusinya? Haa ni la kak Aya mau share ni. Sebenarnya kita perlukan produk penjagaan wajah yang ada ciri-ciri ni:

  1. Direka khas buat kulit orang Asia.
  2. Menggunakan bahan semulajadi yang tidak menyebabkan radang dan menipiskan kulit.
  3. Melindungi bukan setakat di lapisan permukaan kulit sahaja (epidermis), tapi juga lapisan dermis agar jeragat dihalang untuk muncul ke permukaan kulit.

Sebelum kak Aya share lebih lanjut, kak mahu cerita dulu beberapa sebab mengapa susah sangat mau dapat kulit putih flowless tanpa jeragat ni.

Antara sebabnya adalah faktor-faktor ni;

  1. Faktor penuaan iaitu semakin usia meningkat, kulit akan kurang keanjalan dan semakin hilang effect “toing-toing” kulit.
  2. Regenerasi kulit semakin perlahan. Ini mengakibatkan muncul tompok-tompok hitam dan kita namakan “aging spot” yang menunjukkan kulit semakin tua.
  3. Gaya hidup tidak sihat seperti kerap lewat tidur, makanan yang tidak sihat, stress dan kurang minum air putih.
  4. Faktor persekitaran seperti pencemaran, terdedah kepada habuk, sinaran uv dan sebagainya pun mempengaruhi tau.

Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan wajah kehilangan seri, tona kulit yang tidak sekata, kulit kusam, muncul banyak garis-garis halus dan kedut serta masalah jeragat.

Bagaimana Skincare Organik NutriWhite Shaklee Boleh Membantu?

NutriWhite Shaklee merupakan gabungan 16 jenis nutrien yang diekstrak daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan daripada 16 negara. Ianya 100% natural tanpa bahan kimia berbahaya yang sesuai dengan kulit orang kita.Nutriwhite-Shaklee-set-penjagaan-wajah-natural-organikFungsi utama NutriWhite ni adalah untuk:

  • Memutihkan kulit
  • Memberikan ketegangan, kelembapan dan kelegaan kulit
  • Mengurangkan dan mencegah Jeragat
  • Menghilangkan sel mati agar kulit lebih sempurna dan flowless

Keistimewaan NutriWhite Shaklee pula adalah:

  1. Direka khas untuk kulit orang Asia. Ia tidak menyebabkan kulit terlalu berminyak yang boleh menyebabkan liang roma besar. Ia juga tidak terlalu kering. So balance gitu.
  2. Dihasilkan oleh Pakar Penjagaan Kulit dan Saintis di Jepun dan Amarika Syarikat.
  3. Mengambil masa dalam 3 tahun untuk proses Research & Development sebelum dipasarkan.
  4. Menggunakan gabungan 16 jenis ramuan botani tumbuhan dan buah-buahan yang diperolehi dari 16 buah negara.
  5. Ianya 100% dari sumber semulajadi, all natural.
  6. Patent-Pending WhiteN-16 yang merupakan campuran 16 jenis nutrien terpilih yang membantu mengurangkan kehadiran melanin sedia ada untuk membantu menambahkan kecerahan kulit serta mengurangkan jeragat agar wajah lebih berseri.
Skincare-normal-skin-organik-nutriwhite-shaklee

16 bahan dari 16 negara yang terkandung dalam set pemutihan wajah NutriWhite.

Ini adalah 16 ramuan botanikal yang ada di dalam NutriWhite Shaklee dengan fungsi tersendiri;

Bahan-ramuan-ingredient-nutriwhite-shaklee

Buah-buahan Beri untuk pemutihan kulit secara semulajadi.

tips-atasi-jeragat-pigmen

Ramuan botanikal dalam NutriWhite Shaklee bagi menyihatkan, melembap dan menegangkan kulit.

kulit-putih-dengan-nutriwhite-shaklee

Nutrien bagi melembapkan dan melegakan kulit. So bila pakai tiada rasa pedih, gatal, terkupas or bengkak. All natural.

Bagaimana NutriWhite bertindak ke dalam kulit?

Sistem NutriWhite bertindak dengan 5 cara iaitu;-

  1. MENCEGAH kesan daripada pancaran matahari dan persekitaran dengan melindungi kulit secara aktif daripada sinaran UV dan cahaya matahari. Kulit yang terdedah dalam tempoh yang panjang tanpa perlindungan, boleh merosakkan struktur kolagen kulit dan mengurangkan keanjalan serta menjadikan kulit semakin gelap.
  2. MENGURANGKAN penghasilan pigmen hitam pada kulit sekaligus mencegah kulit daripada menjadi gelap, kusam serta tona kulit yang tidak sekata.
  3. MENYEKAT pigmen daripada muncul ke permukaan epidermis kulit (permukaan kulit). Pigmentasi bukan berlaku secara tiba-tiba, ia terbentuk dalam jangka masa yang panjang di permukaan dermis kulit (dalam kulit). Jadi ia akan sekat pemindahan pigmen hitam dari dasar sel ke permukaan kulit.
  4. MENCERAHKAN kulit dengan mencerahkan pigmentasi sedia ada agar tona kulit lebih sekata dan cerah.
  5. MEMPERBAHARUI sel kulit dengan menghilangkan sel kulit mati dan membantu regenerasi sel kulit yang baru agar kulit nampak lebih putih, cerah secara keseluruhan.
nutriwhite-shaklee-skincare-organik

NutriWhite bertindak dengan 5 cara. Putihkan kulit dan nyahkan Pigmentasi.

Amacam, menarikkan NutriWhite Shaklee ni? So untuk dapatkan kulit wajah yang putih, cerah, tegang, berseri dan tanpa jeragat, kita kena buat 6 langkah ni pula:

  1. MEMBERSIHKAN dengan Gentle Action Makeup Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser
  2. MEMPERBAHARUI dengan Soothing Radiance Whitening Softener
  3. MENCERAHKAN dengan Daily Defence Whitening Essence
  4. MERAWAT dengan Spot Whitening Treatment
  5. MENCEGAH dengan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
  6. MEMULIHKAN dengan Overnight Renewal Whitening Cream
Tips-penjagaan-kulit-muka-cerah-putih-berseri

Tips miliki kulit wajah yang putih dan berseri dengan NutriWhite Shaklee.

Langkah Pertama: Bersihkan kulit dengan Gentle Action Makeup Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser.

Make Up Remover akan menghilangkan sel mati, boleh sental di muka tanpa air, nanti akan keluar daki-daki make up. Kak Aya memang sangat impress dengan make-up remover NW ni sebab tidak berminyak, tidak buat wajah pedih, serius memang rasa macam letak air, tapi kulit jadi bersih! Lepas tu cuci muka pula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser untuk membersih dan membuang sel-sel mati, haa, 2x tindakan. Memang bersih sangat.

Harga Gentle Action Makeup Remover – RM100.70 (Klik harga untuk tempahan)
Harga Gentle Deep Foaming Cleanser –
RM126.14 (Klik harga untuk tempahan)

Make-up-remover-pencuci-muka-organik-nutriwhite-shaklee

Langkah Kedua: Perbaharui kulit dengan Soothing Radiance Whitening Softener. Soothing Radiance ni ala-ala toner la. Ia berfungsi untuk merilekskan kulit serta mengembalikan pH kulit yang seimbang. Ia juga berfungsi untuk melembapkan, menegangkan dan mencerahkan kulit.

Harga Soothing Radiance Whitening Softener – RM146.28 (Klik harga untuk tempahan)

Toner-pemutih-soothing-radiance-nutriwhite-shaklee

Langkah ketiga: Mencerahkan serta menegangkan kulit dengan Daily Defence Whitening Essence. Yang ini serum yang berfungsi untuk mencerahkan, menegangkan, mengimbangi pigmen, mengurangkan tompok-tompok hitam dan melindungi wajah. Ia kaya dengan Vitamin C, Bearberry dan Mulberi.

Harga Daily Defence Whitening Essence – RM244.86 (Klik harga untuk tempahan)

Essence-pemutih-nutriwhite-shaklee-natural

Langkah keempat: Merawat kesan-kesan matahari serta memudarkan jeragat lebih cepat dengan Spot Whitening Treatment. Berkesan dalam menegangkan, mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.

Harga Spot Whitening Treatment – RM159.00 (Klik harga untuk tempahan)

Langkah kelima: Mencegah kerosakan dan melindungi kulit dengan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15. Berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat cahaya matahari, menghilangkan radang kulit, pelembap yang melindungi dari pelbagai sudut serta membina daya tahan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

Harga Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 – RM212.00 (Klik harga untuk tempahan)

Sun-block-terbaik-nutriwhite-shaklee

Langkah keenam: Memulihkan kulit dengan Overnight Renewal Whitening Cream. Ia memperbaharui kulit sewaktu tidur. Kaya dengan Vitamin C untung mengurangkan tompok-tompok hitam, mencerahkan, serta melembapkan kulit. Bangun pagi rasa kulit wajah leeembut sangat.

Harga Overnight Renewal Whitening Cream – RM238.50 (Klik harga untuk tempahan)

Krim-pemutih-wajah-selamat-nutriwhite-shaklee

Untuk memiliki ketujuh-tujuh produk Nutriwhite ini, bolehlah membuat tempahan melalui link di bawah:

Tempahan Set Lengkap NutriWhite – Harga RM1227.48 (Klik harga untuk tempahan)

Nutriwhite-Shaklee-set-penjagaan-wajah-natural-organik

Set Lengkap NutriWhite Shaklee (Kulit Normal)

Untuk panduan rahsia cara penggunaan produk, kak Aya akan kongsikan HANYA untuk customer yang membeli Produk NutriWhite daripada website ini. Jadi, jangan lupa klik pada HARGA setiap produk untuk tempahan ATAU kalau mahu tempah 2-3 produk sahaja bolehlah hubungi kak Aya terus di http://bit.ly/pm_ayachalo (klik dan direct masuk whatsapp).

Jom bertukar ke set penjagaan muka organik yang DIREKA KHAS untuk KULIT ORANG ASIA yang MEMFOKUSKAN untuk menyelesaikan masalah kulit berjeragat, kulit kusam tidak sekata dan kulit berkedut.

Hubungi kak Aya Chalo untuk FREE CONSULTATION,
0138633224
Pengedar Shaklee Malaysia

Tips Buat Passport Untuk Kanak-kanak

Kurang sebulan lagi sebelum percutian bersama anak-anak dan nenek ke Hong Kong. Excited kak Aya sebab 1st time ni bawa satu family siap dengan nenek dan uncle ke oversea. Tercapai gak salah satu impian kak Aya selama ni. Hihihi…

So, perkara penting yang wajib ada untuk ke oversea adalah Passport Antarabangsa barulah kita bole masuk ke negara orang lain. Jadi, hari ni kak Aya mau share cemana proses permohonan passport Malaysia untuk kanak-kanak. Rasanya sama ja lah untuk dewasa, cuma kali ni kak Aya pi buatkan Rara dan Awal sebab diorang dua lagi yang tiada passport.

Kali ni Kak Aya buat passport di UTC Kota Kinabalu, Sabah. Rasanya UTC ni semua negeri pun ada kan? Yang bestnya UTC ni lengkap dan kak Aya tau jam 9 malam baru tutup, so nda la sampai sana tetiba tutup pula kan. Oh ya, TIADA gambar dalam premis Imigresen yang akan kak Aya tunjuk ok, sebab katanya nda boleh, so kak Aya cerita ja la ya.Cara-buat-passport-kanak-kanak (1)

Sebelum ke UTC, pastikan segala dokumen untuk apply passport sudah lengkap, so sampai sana proses akan smoothnya gitu. Jadi antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan passport kanak-kanak antaranya:

  1. Mykid
  2. Surat Beranak
  3. Mykad parents
  4. 1 Salinan Mykid
  5. 1 Salinan Surat Beranak
  6. 1 Salinan Parents (mak & bapa)
  7. RM100 / anak
  8. Jiwa yang cool dan sabar hihi…

Gambar passport tidak perlu disediakan sebab gambar terus boleh diambil di kaunter Imigresen nanti. Cuma ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhilah time bergambar tu.

Kak Aya ringkaskan proses yang akan berlaku start daripada melangkah masuk ke UTC KK tu supaya nanti nda la terpinga-pinga apa perlu buat kan. Hihi… so, follow ja step by step cerita kak Aya ni.

1st, selepas masuk ke pejabat Imigresen, cari Kuanter Nombor Giliran. Kalau UTC KK, kaunter hujung sebelah kanan. Bole tengok orang beratur situ.

Apa perlu buat? Follow tips kak Aya ni, sebelum bebaris, pegi dulu ukur ketinggian anak di ruangan ukur ketinggian di hadapan kaunter nombor giliran tu. So bila sudah sampai giliran di kaunter tu nanti, nda perlulah baru sibuk2 mau pi ukur kan.  Jadi sudah ukur sesiap, bila pegawai check dokumen (yg kak Aya listkan di atas tu), dia akan tanya berapa ketinggian anak dan nombor handphone parents so nda perlulah baru terkial-kial pi ukur. Ok?

Bila dokumen lengkap, pegawai akan susun dokumen tu (dia akan ambil mana yang perlu dan bagi balik yang nda perlu), barulah nombor giliran akan diberikan. So tunggu sampai nombor giliran sampai untuk proses berikutnya.

Setelah nombor dipanggil, bolelah pergi ke kuanter. Di situ nanti gambar akan diambil oleh pegawai. Sebelum datang tu pastikan pakai baju gelap, rambut sisir balah tengah ka, belah siring ka yang penting jangan tutup dahi, telinga mesti jelas, jangan pakai kontek lens, yang pakai tudung, pakai la kaler gelap, jangan banyak bunga kaler kuning-kuning lagi, confirm kena suh balik hahaha.. pakai kaler gelap dan serlahkan keayuanmu itteww… ok memelalut suda. Terlupa kejap mau cerita pasal anak ba kan? 😂😂

Ok tuk kanak-kanak, pepandailah pujuk dan puji supaya anak bagi kerjasama time ambil gambar. Pastikan kasi minyak rambut supaya kemas dan bukan macam rambut k-pop yang tutup dahi tu, dahi mesti terbuka luas2 aaa.. telinga nda tertutup, kepala jangan senget, baju gelap. Macam Rara tadi alahai demand betul nda mau dengan pegawai lelaki, mau juga dengan pegawai kakak yang baik hati dan cun, tapi alhamdulillah, 1x gambar trus ngam, phewww.. habis liur mama puji-puji dia cakap cantik la, good girl la, syukur la menjadik. Hoho…

So cemena gaya rambut yang ngam nanti refer gambar yang kak Aya bagi di bawah ni aaa… dan, selepas amik gambar, pegawai akan bagi 1 kertas summary yang tercatat segala info kita macam alamat, no surat beranak anak dan nama penjamin. Nama penjamin ni kamu bincanglah laki bini mau letak nama siapa. Macam kami, memang kami bagi-bagi.. Rara dengan mama, Awal dengan papa. Haa sonang. Memasing ada tanggungjawab. Haha… Dokumen ni nanti kalau segala info sudah lengkap dan tepat, anak kena turunkan cap jari dan penjamin pun kena sign dan cap jari juga. Settle.

Gambar-buat-passport-antarabangsa

Rules yang kena dipatuhi semasa ambil gambar. Sumber: google.

Ok, selesai di situ, kita tunggu pula dipanggil untuk buat pembayaran. Untuk kanak-kanak, bayaran membuat passport adalah sebanyak RM100 seorang untuk tempoh 5 tahun. Untuk jadikan ianya berbaloi, silalah bawa anak travel oversea setiap tahun hokeyyy… (tu impian kak Aya tu, hihi)

Ini pula info kadar pembayaran passport untuk 5 tahun ok?

  • Permohonan Biasa Dewasa – RM200
  • Warga Emas (60 Tahun ke atas) – RM100
  • Kanak-kanak Dibawah 12 Tahun – RM100
  • Pelajar Mengikuti Program Ijazah Diluar Negara Dibawah 21 Tahun – RM100
  • Jemaah Haji – RM100
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma

Sekarang ni dah tiada passport untuk 2 tahun ya, semuanya untuk tempoh 5 tahun.

Settle bayaran, maknanya tinggal 1 step ja lagi iaitu tunggu passport siap. Bila passport sudah ready, pegawai akan panggil nama dan minta anak kita untuk turunkan cap jari lagi di passport baru tu.

Haaa gitu jak prosesnya, senangkan? Tadi nda ramai sangat di UTC so prosesnya cuma 1 jam. Fuhh… syukur, sebab lepas tu sempatlah kak Aya berlari ke Shaklee Branch untuk beli order customer. Bz buat passport alhamdulillah masuk gak order, hihi…

Kak Aya share lagi beberapa info yang kak Aya dapat dari pegawai imigresen tadi. Memandangkan passport kak Aya akan expired pada Jan 2019, so kak tanyalah, ok kah kalau renew awal? Pegawai tu cakap better renew 6 bulan sebelum expired date tu, sebab kalau nda, rugi lah tempoh yang belum digunakan tu. Ya la, sebab bebaru ni ada juga tanya-tanya geng travel ni, ada yang cakap date tu disambung terus, ada yang kata ikut date kita renew, yang betulnya adalah, date passport baru tu dia akan follow tarikh kita buat ditambah dengan 5 tahun 6 bulan. Haa gittew, kalau nda faham nda pa, sila la renew passport tu 6 bulan sebelum expired ya. Hihi.. insyaAllah lepas tu akan faham, haha! Zalim pula.

So, alhamdulillah selesai part Passport. Sekarang ni anak-anak kak Aya semua sudah berpassportlah. Doakan perjalanan kami sekeluarga termasuk nenek dan uncle Hapik ke Hong Kong dipermudahkan dan dilindungi dari pergi sehingga balik.

Booking bilik hotel di Hollywood Disney Hotel sudah settle, booking 2-Day Pass ke Disneyland Park sudah settle, booking AirBnB untuk lagi 3 malam juga sudah settle. Add on luggage & Meal AirAsia blum buat, study mana mau pegi yang lagi 3 hari tu belum finalized. Doakan dipermudahkan yaaa…

Jumpa lagi di-entry akan datang. Nanti kak Aya share itinerary percutian dengan anak-anak ke Hong Kong pula. Emmuahh! Take care kamurang!

Luv,
Aya Chalo

Kisah Pengorbanan Teragung: Salam Aidil Adha Buat Semua

Salam semua.

Pepagi ni anak-anak sibuk bertanyakan apa itu Hari Raya Korban. Jadi mamanya dapat idea untuk mainkan youtube Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail agar diorang faham sikit-sikit tentang Hari Raya Korban. Sempat juga play video sembelit lembu, muahaha.. Ngeri weh, tapi anak-anakku tabah ja menonton 😂

Banyak pengajarannya dari Kisah ini sebenarnya. 
Antaranya bagaimana kita sebagai hamba Allah tidak boleh mudah berputus asa dan perlu sentiasa yakin akan janji Allah. Bila Siti Hajar berulang alik sebanyak 7 kali antara Safa dan Marwa dek kerana anak yang lapar, mengapa Allah tidak munculkan air zam-zam di hujung kaki Nabi Ismail dengan segera tapi biarkan sehingga 7 kali dan sehingga Siti Hajar terlalu penat dan hampir putus asa? Kerana Allah mahu lihat sekuat mana kita sanggup berusaha untuk sesuatu yang kita mahukan. Dan lihatlah, sehingga kini Air Zam-Zam tidak pernah kering, malahan sentiasa mengalir. Pengorbanan yang berbayar dengan manisnya 

Begitu juga dengan kita. Sekuat mana kita mahukan sesuatu dan sebanyak mana kita sanggup korbankan untuk mencapainya? Kerap kali kita cuba sekali, gagal dan lepas tu terus putus asa dan tidak mahu mencuba lagi. So agak-agak kalau macam ni lah, akan tercapaikan kejayaan yang kita impikan? Fikir dan insafi sendiri. 

Ok panjang pula terbebel kan. Sebenarnya saya cuma mau amik kesempatan untuk ucapkan Salam AidilAdha kepada semua followers ayachalo.com.

Semoga kita menjadi hamba yang berjaya dunia dan akhirat.

Salam Sayang, Aya Chalo (ayachalo.com)

National Conference Shaklee 2016 dan Air Mata

Alhamdulillah, saya selamat kembali ke Kota Kinabalu semalam selepas menghadiri National Conference 2016 di Sunway Convention Centre, Sunway Pyramid 28 Mei tu.

Aura National Conference Shaklee kali ini memang lain macam sedikit. Ini kali ketiga saya menghadiri Shaklee NC, tapi kali ni, banyak sangat moment-moment penting yang meresap ke dalam jiwa saya yang menjadikan saya lebih jelas tentang apa sebenarnya yang saya mahukan melalui bisnes ini.

Suasana National Conference 2016

Suasana National Conference 2016 di Sunway Pyramid Convention Centre

Pengakuan ikhlas Adibah Noor yang merupakan Emcee kali ini pun membuat saya sedar dan bertambah yakin bisnes ni lain daripada MLM lain. Ini antara apa yang diucapkan oleh beliau dan saya tahu, beliau ikhlas mengatakan ini kerana kata-katanya menusuk terus ke dalam kalbu, sebak bah…

“… What i saw there, is ketaksuban terhadap wang ringgit. Wang ringgit itu seolah-oleh Tuhan. Mereka bersorak, mereka macam taksub sangat dengan kejayaan dari segi wang ringgit. Tapi, although i was skeptical when i was here, in Shaklee, but i’m not a member yet, what i see today, that u people sharing experiences from your soul. Which is soo Ohsem!

Kebebasan kewangan itu hanyalah BONUS sahaja, dan bukan merupakan matlamat utama, matlamat sebenar yg saya nampaklah, dari my observation the whole day from morning is, YOU PUNYA KEINGINAN UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAAN DEMI INSAN-INSAN YANG TELAH BERKORBAN UNTUK ANDA. Wow! That really touched me ”
– Adibah Noor.

Saksikan Pengakuan ikhlas Adibah Noor terhadap Shaklee di sini.

Adibah Noor di National Conference Shaklee 2016

Emcee of the day – Adibah Noor, ohsem man… terbaik dan menghiburkan.

O ya, excited mau kongsikan cerita sehingga lupa cerita apa benda Shaklee NC (National Conference) ni? NC ni merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia untuk memberi penghargaan kepada ejen-ejen Shaklee yang memenuhi kriteria Star Achiever.

Time ni la segala usaha keras tahun sebelumnya diiktiraf dan dihargai. Best sangat sebab dapat naik pentas amik award. Dan bezanya Shaklee, disebabkan ianya bisnes keluarga, anda boleh lihat ramai yang naik pentas bersama anak-anak. Last year saya naik pentas bertiga dengan baby Rara, tapi tahun ni saya pergi berdua dengan suami, insyaAllah next year saya mahu naik pentas bersama 4 orang anak dan suami. Doakan saya ya.

Alhamdulillah, thank u Shaklee

Alhamdulillah, thank u Shaklee!

Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang NC ni berlangsung. Ada pameran, ada demo produk, ada penjualan item premium Shaklee, dan yang bestnya ada Promosi Istimewa sempena NC (ramai yang berbaris 2-3 jam, huhu), nasib baik saya beli awal, hehe..

Lagi best sebab Shaklee turut menyediakan Child Care yang lengkap dengan free flow minuman kesukaan kanak-kanak Mealshakes serta popcorn buat anak-anak. Bapa-bapa pun ramai lepak sambil tengok movie di layar besar yang disediakan. Seronok kan? Alhamdulillah, Shaklee memang sangat memahami keperluan ejen-ejennya.

Mak bapa bz conference, anak pula bz main :D

Mak bapa bz conference, anak pula bz main 😀

Seronokkann?? :D

Child Care di Shaklee NC 2016. Seronokkann?? 😀

NC kali ni juga banyak perkongsian tentang #ShakleeEffect. Antaranya kisah pengorbanan Ibu kerana anak yang menghidap penyakit yang sukar diubati, namun setelah berikhtiar dengan Shaklee dan anak sembuh, si anak pula membalas jasa baik ibunya. Sayu sangat dengar sharing Master Alice Koh dan Master Daniel Loo. Saya hurai kisah mereka di post ini #ShakleeEffect Pesakit SLE Lupus.

Perkongsian daripada SLE Survivor

Perkongsian daripada SLE Survivor. Alhamdulillah kini beliau bebas daripada penyakit Lupus. Semoga kekal sihat agar dapat membantu lebih ramai pesakit SLE ya Master.

Sesi Forum juga penuh dengan linangan air mata. Bagaimana seorang surirumah, yang hanya mempunyai taraf pendidikan SPM, berjaya menghadiahkan suami sebuah kereta Toyota dan tiket percuma ke Umrah (Video perkongsian beliau di sini Kisah Surirumah Jana 5 Angka).

Barisan Forumer yang menyebabkan ramai menitiskan air mata mendengar kisah mereka

Barisan Forumer yang menyebabkan ramai menitiskan air mata mendengar kisah mereka

Juga satu lagi perkongsian bagaimana seorang Nose Cancer Survivor, yang dikatakan hanya mampu hidup dalam tempoh 3 bulan, namun akhirnya sembuh dari cancer (Nanti saya update link, dari pagi upload video tapi line slow).

Banyak lagi perkongsian lain seperti kisah mentor saya, Master Lyna Noh, yang dulunya seorang Jurutera Oil & Gas namun akhirnya resign dan berikan tumpuan 100% menjadi Shaklee Independent Distributor. Rakaman video beliau ada di sini Ada apa dengan Shaklee?

Tidak kurang juga kisah Master Farihah, yang suaminya tiba-tiba mengambil keputusan untuk resign 24 jam dari agensi kerajaan dan mengajaknya berpindah ke kampung untuk berbakti kepada ayah yang sakit.

Perkongsian yang best daripada Master Farihah

Perkongsian yang best daripada Master Farihah

Jika, mereka ini tidak bersungguh-sungguh berniaga Shaklee, agak-agak dapatkah mereka memilih untuk meninggalkan pekerjaan mereka? Kerana berniaga Shakleelah, mereka ini punyai pilihan. Kita pun boleh memilih jika kita sanggup komited terhadap perniagaan sendiri.

Sungguh menginspirasikan kisah Shaklee Effect ni kan?

Itu antara pengisian event, dan kali ni saya juga mendapat Award. Tapi, award tu tidaklah penting sangat berbanding apa yang telah saya dapat melalui bisnes ni. Dan yang paling best adalah, aura yang ditiupkan ke dalam diri dan dapat bertemu upline, sidelines yang dirindui, hihihi..

Keluarga besar iReach Family

Keluarga besar iReach Family

Interprem jap

Interprem jap

Sideline, Downline and Uplines. Kami satu family dan kami adalah Fighters.

Sideline, Downline and Uplines. Kami satu family dan kami adalah Fighters.

Rombongan Pollux Family yang terbang jauh dari Sabah.

Rombongan Pollux Family yang terbang jauh dari Sabah. Tahniah my leader Alexandra Brigett dan Hidayah Kassim.

Soooo.. jika anda (yg sedang baca ni) adalah seorang SID (ejen Shaklee), pastikan NC2017 anda hadir untuk merasai dan mendengar sendiri kisah-kisah Shaklee Effect yang dikongsikan.

Kedua, kalau anda (yang sedang membaca ni) belum lagi menjadi Ejen Shaklee or Ahli Shaklee, silalah hubungi akak untuk join dan sama-sama mengubah hidup menjadi lebih sihat dan lebih baik dari sebelum ini.

Let’s be part of Shaklee Effect!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Berkhasiatkah Makanan Frozen Diberikan Kepada Bayi?

Berkhasiatkah Makanan Sejuk Beku Untuk Diberikan Kepada Bayi?

Di barat, makanan bayi yang disediakan di rumah dan disejukbekukan menjadi pilihan buat ibu bapa. Ini adalah kerana, kesibukan ibu pada hari ini menyebabkan ramai di kalangan ibu yang tidak sempat menyediakan sendiri makanan untuk anak. Disebabkan permintaan ini juga, terdapat pelbagai makanan bayi segera yang dijual di pasaraya seperti bijirin bayi atau makanan tersedia di dalam botol. Adakah makanan segera ini berkhasiat kepada bayi?

Menurut Pakar Pemakanan, makanan segera  seperti bubur segera, makanan dalam jar, tidak digalakkan diberikan kepada bayi kerana mempunyai 60% gula atau garam atau kedua-duanya sekali yang lebih tinggi dan tidak selamat buat bayi.

Oleh itu, untuk memastikan anak mendapat makanan berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, ibu bapa perlu merancang makanan harian si manja dan mendalami ilmu pengetahuan tentang pemakanan bayi daripada proses penyediaan, cara menyimpan sehinggalah cara memasak. So, Aya akan kongsikan info penting yang sangat berguna buat ibu bapa serta soalan yang kerap kali diajukan kepada saya sendiri 😀

makanan frozen bayi

Berapa lama ketahanan makanan sejuk beku ini?

Jangka hayat makanan yang disejukbekukan bergantung kepada jenisnya. Sayur-sayuran perlu disediakan seminggu sekali dalam bentuk puri, protein seperti ayam, ikan dan daging boleh bertahan dalam sebulan, manakala buah-buahan sebaiknya tidak perlu dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya.

Tips penting yang perlu dititikberatkan semasa penyediaan makanan sejuk beku.

  1. Ibu bapa perlu memastikan tangan dibersihkan sebelum memegang sebarang makanan.
  2. Peralatan juga perlu dibersihkan dan dinyahkuman (rendam air panas dalam beberapa minit)
  3. Gunakan peralatan mengisar puri khas untuk bayi, jangan campur adukkan untuk mengisar bahan masakan lain.
  4. Gunakan bekas menyimpan khas yang bersih serta BPA free. Ada dijual dalam bentuk bekas kecil-kecil, bekas plastik sejuk beku atau seperti bekas kiub ais. Aya sendiri gemar menggunakan bekas kiub ais ni kerana mudah diagihkan kepada kuantiti sekali makan.
  5. Untuk menyejukbekukan sayur-sayuran, celur atau stim sayur sehingga masak. Masukkan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga menjadi puri. Sejukkan dalam suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kiub ais atau bekas kecil. Masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais.
  6. Untuk menyejukbekukan buah-buahan pula, bersihkan, potong dan simpan di dalam bekas kecil, ia dicairkan pada suhu bilik sebelum dipurikan dan segeralah diberikan kepada anak.
  7. Jika disediakan dan disimpan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku boleh disimpan selama satu hingga dua bulan, dan maksimum tiga bulan. Ini banyak dipengaruhi oleh peti ais anda.
  8. Jika makanan diletakkan pada ruang sejuk peti ais, jangka hayatnya kurang daripada 48 jam.
  9. Pastikan peti ais berada dalam keadaan baik iaitu pada suhu beku kurang 0°C.

bekas puri bayi beku

Info harus tahu tentang makanan sejuk beku.

  1. Makanan sejuk beku adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar.
  2. Walaupun makanan disejukbekukan, ia tetap mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya.
  3. Semua jenis buah dan sayur, jenis ubi, kekacang yang sesuai, ayam, ikan daging boleh dibekukan.
  4. Telur tidak boleh disejukbekukan.
  5. Makanan yang telah dicairkan dan dipanaskan, tidak boleh dipanaskan semula untuk mengelakkan pencemaran.
  6. Makanan yang telah cair, jangan pula disejukbekukan semula.
  7. Sangat digalakkan untuk menghabiskan makanan sejuk beku dalam tempoh sebulan.

Bagaimana cara memanaskan makanan sejuk beku ni?

  1. Makanan yang beku perlu dikeluarkan dalam kuantiti yang diperlukan dan diletakkan di bahagian peti ais ruangan sejuk semalaman.
  2. Ketika mahu dipanaskan, gunakan mangkuk kaca.
  3. Dua cara memanaskan makanan iaitu dengan menggunakan microwave, cara kedua pula adalah kaedah “double boil”
  4. Untuk kaedah Microwave, masukkan makanan ke dalam mangkuk kaca dan panaskan selama 30 saat. Pastikan makanan betul-betul telah sejuk sebelum memberikan kepada anak. Memanas menggunakan ketuhar gelombang micro akan menyebabkan pemanasan yang tidak sekata kepada makanan. Sebab tu ibu perlu mengacau makanan sehingga sebati dan sejuk.
  5. Bagi kaedah kedua iaitu “double boil”, didihkan air dan letakkan mangkuk kaca di atas air yang mendidih tu. Pastikan menggunakan mangkuk yang tahan panas.

Pengalaman Aya memberikan makanan frozen buat Baby Rara.

Aya adalah seorang Work At Home Mom, duduk di rumah tetapi memang sibuk kerana menguruskan bisnes Shaklee dan juga organisasi Pollux Family (group Shaklee dibawah naungan Aya). So, memang Aya putuskan untuk berikan Rara makanan yang bernutrisi yang dimasak di rumah. Cuma sekali baby Rara makan makanan segera Heinz tu konon nak mudah ketika on the go, kali kedua dia dah refuse, siap nangis mengamuk, hoho… So, setiap kali jalan-jalan ke shopping mall Aya memang akan bawa makanan di dalam Thermos, dan alhamdulillah memang licin dia makan.

Mengapa Aya suka frozen solid food? Sebab Aya boleh sediakan sekaligus makanan untuk 3-5 hari, dan walaupun Aya sibuk, Rara tetap mendapat pelbagai nutrisi selain dari susu ibu. Sejak usia 6 bulan Rara memang akan makan 1 lauk (ayam/ikan/ikan bilis) dan 3-4 jenis sayuran. Aya pernah terbaca, untuk mengelakkan anak yang picky eater, maknya haruslah pelbagaikan makanan sejak dari bayi. Setelah Aya gagal untuk anak 1st sehingga 3rd, kali ni memang Aya cuba pelbagai makanan untuk baby Rara.

makanan bayi 8 bulan

Untuk resipi makanan bayi, Aya just follow Resipi Bubur, Puri, Stok Ayam dan Sayuran sebagai asas penyediaan makanan baby Rara dan Idea Menu Makanan Bayi 6 Hingga 12 Bulan.

Alhamdulillah, kini baby Rara berusia 9 bulan, dia tak pernah lagi sembelit, demam tak pernah, batuk dan selesema baru 2 kali. Tu pun kejap dah sembuh, syukur sangat.

Kalau mommies nak tahu lebih lanjut tentang frozen solid food ni, ibu boleh baca kat artikel Tips Memulakan Pemakanan Pertama Bayi ni atau 20 Petua Penyediaan Makanan Bayi Yang Mak Mesti Tahu atau jangan segan silu untuk hubungi Aya. InsyaAllah, Aya akan berkongsi tips dan pendapat berkenaan topik ni.

Semoga info ini berguna buat mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart