5 Restoren Halal di Seoul Korea Wajib Try Kalau Ke Sana

Kak Aya teruja bila bercerita pasal makanan ni. Lebih-lebih lagi makanan kampung sendiri di Seoul tu kan, jangan nda tau kak ni orang Korea sesat, hihih… Antara salah satu sebab mengapa kak Aya balik-balik rindu kampung adalah makanannya. Dari Dakgalbi, ke Bulgogi, ke Kimbap, ke Lamb BBQ, ke Tteokbokki ke food street di Myeongdong memang boleh buat gila bayang.

restoren-halal-di-seoul-korea

Gara-gara rindu kak Aya siap try buat sendiri Danmuji (jeruk lobak putih), Kimbap, Bulgogi dan beberapa jenis makanan korea lagi. Step by step buat Danmuji dan Tuna Kimbap kak kongsikan dalam entry ni. Resipi Bulgogi pun ada. Try la, sedap 😀

So malam ni kak akan share beberapa restoren halal atau yang diyakini di Seoul yang kak Aya sudah try sendiri. Untuk info, kebanyakan restoren di Seoul menghidangkan banchan dan air putih secara percuma. Banchan tu adalah side dish contohnya kimchi, seaweed, danmuji, ikan bilik, dan macam-macam lagi.

Restoren Halal Wajib Try Jika Ke Seoul Korea

  1. Nami-Ok Restaurant

Jika ke Nami Island, bolehlah singgah lunch sebentar ke Restoren Nami-Ok. Restoren ni adalah restoren halal (kat luar kedai ada logo halal). So bolehlah makan ayam atau daging dengan gembira.

Menu yang famous di sini adalah Chicken Dakgalbi. Dakgalbi ni acah-acah nasi goreng. Tapi menggunakan paste Gochujang. Rasanya pedas-pedas manis dan memang heaven lah. Selalunya pelayan restoren akan sediakan bahan-bahannya seperti nasi, rice cake, kobis, marinated chicken, seaweed dan kita yang akan “goreng” nasi tu.

cara-pergi-ke-nami-ok-halal-dakgalbi-seoul

Husband ku kaki selfie, haha.. nampak logo halal tu?

Satu lagi menu yang biasa dicuba dalah Stir-Fried Squid, tapi kak Aya tidak sempat try hari tu. Oh ya, kak pergi Seoul dah 2 kali. 1st dengan personal tour guide, yang kedua backpack jak dengan Husband. Restoren ni kak pergi semasa travel backpack tu.

Dari Seoul ke Gapyeong boleh menaiki bas atau ITX. Kak prefer ITX sebab laju dan santai. Boleh baca sini untuk Tips ke Nami Island menaiki ITX.

nami-ok-halal-makanan-korea-dakgalbi

Halal Chicken Dalgalbi. Yeehaa! Jom makan!

Sedikit Travel Tips dari kak, rancang perjalanan ke Nami Island ni, ambil ITX sebelah pagi (9am gitu) dan sebaik saja sampai, terus ke Nami-Ok sebelum ke Nami Island. So bila sudah kenyang, masuk ke Nami Island terus boleh round satu pulau. Kalau lapar lagi, di Nami Island ada 2 restoren halal juga iaitu Asian Cuisine dan nasi goncang di Drama Cafe, makanan ringan seperti jagung dan ubi manis panas-panas pun ada dijual kat sana.

Alamat: South Korea, Gyeonggi-do, Gapyeong-gun, Gapyeong-eup, 읍내리 786-2
Waktu Operasi: 9am – 7pm
Phone: +82 10-2181-1686
Price: Chicken Dakgalbi – 12000won seorang

2. Yang Good Halal BBQ Lamb Restaurant

Kalau ke korea, tidak aci kalau tidak try Lamb BBQ halal ni, sedap weh. Haha.. 1st time datang ke Seoul, kak guide ada bawa kak Aya kat sini, tapi bukan rezeki, restoren tutup. Kali kedua ni kak Aya datang sendiri dengan husband. Alhamdulillah ada rezeki dan makanannya memang sedap ya ampunnnn… Lamb grill ja pun but the feeling tu yang buat rasa best. Dah la boleh bancuh free flow coffee maxim (korean coffee) secara free. Bayangkan weather di luar sejuk, di dalam restauran hangat. Best!

yang-good-korean-bbq-lamb-halal-seoul

Lepas turun bukit, jalan sikit boleh nampak signage kuning ni. Nampak tu logo halal besar gedabak di atas map Aussie?

Kalau makan sini kenalah try makan Lamb Rack dan Soybean Paste Stew. Oh ya, restoren ni pun ada sijil Halal tau. So makanlah lamb ittew tanpa was-was.

Alamat: 서울특별시 강남구 논현로95길 15 (Seoul, Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15)
Waktu Operasi: 4pm – 2am

Phone: 02-567-7060
Price: Lamb Rack – 22000won, Soybean Paste Stew – 3000won

yang-good-halal-seoul-bbq

Lamb Rack yang telah dipotong-potong. Best sangat sebab grill sendiri. Hehe…

Tips, restoren ni hanya buka pada jam 4 petang. So datang untuk Dinner. Macamana nak ke Yang Good Restaurant ni? Kak Aya ke sini dengan  menaiki Subway. Naik Subway sampai Station Yeoksan (Line 2), dan keluar ke Exit 6. Jalan terus sampai hujung, nanti jumpa KFC sebelah kiri. Masuk simpang kiri tu. Belok kanan, jalan naik ke arah bukit dan jumpa simpang pertama sebelah kiri, masuk simpang tu dan jalan sikit (turun bukit pula) dan akan jumpa restoren ni (sebelah kiri), bangunan yang ada map Australia besar gedabak.

3. Busan Jib Halal Restaurant

Ok, restoren ketiga pula. Yang ni kak Aya tak rekomen sangat sebab mahal gilos. Kak makan dalam kesenduan. Hihi.. tapi yang best sebab dia halal di tengah-tengah kebizian Myeongdong.

makan-halal-di-myeongdong-busan-jib

Restoren Halal di tengah-tengah Myeongdong. Agak pricey dengan makanan yang sebegitu. Kalau mau budget sket boleh jalan terus sehingga ke hujung lorong ni dan ada restoren Yooganae depan tu. Boleh makan Dakgalbi Seafood. Sedap gak.

Makanan yang kak Aya try disini adalah Asam Pedas dan Oyster Pancake. Rasanya pun sederhana sahaja. Sebenarnya dulu di barisan deretan kedai ni ada 1 restoren yang kak guide bawa kak Aya. Asam pedasnya ya ampun sedap gilaaaa.. tu sebab kak Aya datang sini konon cari restoren tu tapi malangnya dah tutup, sobs.

asam-pedas-korea-halal-di-myeongdong

Asam pedas korea. Tapi kak tetap rindu yang di kedai tutup tu, huhu…

menu-harga-makanan-busan-jib-myeongdong-seoul

Menu yang mencekik darah bagi kak Aya. Apa boleh buat dah terminum air baru buka menu, terpaksa la teruskan order, haha…

Lokasi restoren ni di celah bangunan. Kalau  naik subway dan turun di Myeongdong Station Line 4 (Biru) dan keluar di Exit 6. Pergi ke arah kiri dan jalan terus sehingga jumpa Frisbee Apple (logo Apple Iphone tu) dan belok kanan. Di celah ni la boleh jumpa Busan Jib. Kalau jalan terus akan jumpa restoren Yoogane (kak cerita kat bawah).

Address: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, 서울특별시 South Korea
Waktu Operasi: 10am – 10pm
Phone: +82 2-777-8660
Price: Asam Pedas – 20000won, Oyster Pancake – 20000won

4. Mabongnim Halmoeni Tteokbokki di Sindang-Dong

Restoren yang ni tiada logo halal tapi menurut buku Backpack Korea yang ditulis oleh pelajar Malaysia di Korea, restoren ini cuma menghidangkan seafood. So, bagi kak Aya ok jak sebab tiada pun yang meragukan.

Sindang-Dong ni adalah area yang glamour dengan Tteokbokki (Spicy Stir Fry Rice Cake) dan digelar sebagai Tteokbokki Town . Tteokbokki ni adalah makanan korea yang terdiri daripada kek beras, fishcake, sayuran, telur, kadang kala diletak ramen dan diletakkan dengan Gochujang (paste lada besar). Rasanya manis-manis pedas, memang sedap!

Cara ke sini? Kak Aya naik subway jak, turun di Sindang Line 2, Exit 8. Exit 8 ni susah sket mau nampak, so just follow laluan brown-orange Exit 6 sehingga jumpa Exit 8. Bila sampai luar, akan nampak Fire Station, belok kiri dan jalan terus sehingga nampak arch lampu lip lap. Restoren makcik tu cuma sebelah kiri selepas arch tu. Boleh tengok ramai orang restaurant tu.

tteokbokki-halal-sindang-dong-makanan-seoul

Malam-malam dingin mencucuk tulang pun kak Aya sampai tau demi makan, haha.. Restoren Tteokbokki belah kiri tu, yang ada hijau-hijau, betul-betul di belakang arch ni.

Cara order? cakap ja nak Tteokbokki, ahjumma tu dah faham dah sebab ramai juga orang Malaysia datang sini. Kena try la sekali. So balik Malaysia boleh banding dengan mana-mana restoren Korean sini pula.

Rasanya? Sungguh tidak mengecewakan sebab acah-acah makanan kita juga (cuma tidak berempah ratus lah), manis, pedas, memang ngam dengan tekak kak Aya dan husband. Licin kitorang makan, hahaha…

tteokbokki-halal-di-seoul-korea

Hehe, muka puas hati hajat tercapai… tengah tunggu makanan mendidih dan masak.

sindang-dong-tteokbokki-halal-korea

Slurppp… tengok gambar pun boleh terliur ni, haha…serius sedap.

Alamat: 5, Dasan-ro 35-gil, Jung-gu, Seoul
Waktu operasi: 9am – 12am
Phone: +82-2-2232-8930
Price: Tteokbokki – 11000won/2 orang

5. Yoogane Myeongdong

Restoren ni menawarkan pelbagai Dakgalbi (nasi goreng korea). Ok, ni pun sama status dengan restoren Tteokbokki tadi. Logo halal tiada, so maksudnya tidak boleh makan makanan yang ada daging or ayam, tapi kat sini tiada v*vi tu ya. So apa yang boleh dimakan? tentunya seafood.

lokasi-yoogane-myeongdong-seoul

Nampak signage putih-oren-kuning ni, itulah restoren Yoogane. Merata-rata kat Seoul.

So boleh order Seafood Dakgalbi. Sama macam di Nami-Ok tadi. Waitress akan serve nasi, seaweed, sayuran, octopus dan Gochujang paste untuk dimasak. Yang ni diorang yang akan masakkan. So tunggu ja la. Di sini ada kaunter banchan, so sila amik sendiri, free flow juga.

yoogane-seafood-dakgalbi-myeongdong

Muka happy jumpa makanan

Yoogane ni banyak cawangan. So mana-mana cawangan pun sama. Di Myeongdong ni ada 2 cawangan tidak silap. Kak Aya pegi yang berhampiran dengan Busan Jib tu. So mau ke sini follow jak macam arahan kak bagi untuk Busan Jib.

Address: 8 Myeongdong 4-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea
Waktu operasi: 10am – 1am
Phone: +82 2-3789-2492
Price: 11000won/2pax

Myeongdong Food Street

Ok, selain 5 restoren di atas, sebenarnya di Myeongdong Street pun sangat banyak makanan “food street” yang mengenyangkan. Selalunya sebelah malam area ni sangat happening, penuh gerai dan penuh juga dengan pelancong. Ini antara makanan yang boleh dimakan tanpa ragu-ragu.

street-food-roti-telur-halal-di-myeongdong-street

Korean Egg Muffin. Rasanya sedap, dalamya ada telur. Rasa manis-manis sket.

pancake-pisang-halal-korea

Pancake pisang

pancake-ikan-myeongdong-halal-food-street

Pastry Ikan. Filling dia ada macam-macam.

makanan-tepi-jalan-di-myeongdong

Seafood tempura. Yang ni kak Aya beli 2x. Haha.. sedap dimakan bersama sos yang disediakan. Pedasss…

makanan-halal-di-myeongdong-kentang

Kentang ni sedap. Tapi Malaysia pun ada kan? hihi…

lobster-cheese-myeongdong-makanan-halal

Lobster Cheese, nyums!

kuih-tradisi-korea-di-myeongdong

Yang ni kuih tradisional korea, iaitu Gula Tarik (tidak tau korean name dia apa) diperbuat daripada madu dan diletakkan filling memacam. Boleh pilih.

kimbap-halal-di-myeongdong-seoul

Kimbap! Sebenarnya rindu kimbap di SInchon Hostel tapi tidak sempat ke sana. So tapau ini jak balik Malaysia. Octopus ni pedassss.

kimbap-halal-di-seoul-myeongdong

Berliur pula tengok ni, haha!

mochi-korea-strawberry-myeongdong

Yang ni kak Aya lupa apa nama dia, tapi acah-acah mochi, kuih pulut dalamnya ada red bean paste. Yang ni special sikit, sebab selain red bean paste dalamnya ada juga sebiji strawberry. Serius sangat refreshing. Gabungan manis masam-masam, sedap!

susu-pisang-korea-onigiri

Snack untuk mengisi perut kosong sementara tunggu sampai ke restoren atau bila-bila masa. Boleh beli susu pisang pelbagai perisa di 7E, boleh juga beli Tuna Onigiri sekali (pinjam nama dalam bahasa Jepun, lupa sudah korea panggil apa). Tips untuk beli Onigiri tu, tanya dulu tau kalau ragu-ragu, sebab ada macam-macam jenis juga. Carilah yang seafood.

Fuhh.. terdera emosi (dan perut) kak Aya siapkan entry ni. Tapi info bebanyak simpan sorang-sorang buat apa kan? Bila kongsi tu jadi lebih bermanfaat terutamanya buat traveller muslim yang akan ke Seoul, mudahlah mencari makanan halal kan?

Ok lah, cukup ini saja entry kali ni. Siapa mau tau restoren dan makanan best di Bangkok pula? Entry akan datang kak Aya share ya. Jumpa lagi!

Luv,
Kak Aya Chalo
Korea dihatiku

Makanan Halal Mesti Cuba Jika Melancong Ke Hong Kong

Makan adalah satu elemen penting dalam travel. Betulkah tidak? Kalau travel, kenalah mencuba makanan local kan? Dalam beberapa negara yang kak Aya sudah jejaki, negara yang paling kak gemari adalah negara yang mempunyai banyak makanan sedap (di tekak kak Aya lah) antaranya Seoul Korea, Jakarta Bandung, Indonesia dan Bangkok, Thailand.

Kali ni kak Aya mahu share 3 restoren makanan halal mesti dicuba jika melancong ke Hong Kong. Bukan makanan arab tau, tapi makanan local chinese muslim Hong Kong. Rasanya ramai dah pergi tempat ni tapi kak Aya pun mau juga share pengalaman uolls.

Makanan di Hong Kong ni sangat mahal. Jadi, kak Aya ingatkan supaya sediakanlah budget lebih-lebih sikit untuk makan. Macam kak, kitorang hanya makan di luar untuk lunch sahaja. Selebihnya lagi best masak di apartment Airbnb. Jimat gittew kan?

makanan-halal-hong-kong-itik-dim-sum-lamb-ghoulash

Kenangan di SkyTerrance Victoria Peak. Inilah 1st trip satu family siap bawa mak dan adik. All sponsored by orang kaya-kaya kak Aya. Haha… (gurau bah) Alhamdulillah ada rezeki lebih, kenalah bahagiakan orang tersayang kan 😀

3 Restoren Halal Mesti Cuba Jika Melancong ke Hong Kong

  1. Wai Kee Duck Rice Halal Restaurant

Sebenarnya restoran ni tidak di dalam list lunch kak Aya pun, tapi sudah rezeki dapat try Itik yang sedap. Memula kak Aya plan untuk makan dim sum di Canteen Masjid Ammar & Osman Ramju tapi wrong timing kerana datang ketika waktu rehat. Kebetulan uncle empunya kantin pun on the way balik, so dia offer untuk bawa dan tunjukkan jalan ke gerai Wai Kee ni.

harga-makanan-halal-di-hong-kong

Menu di Wai Kee Duck Rice Restaurant. Wajib try menu Roast Duck tau. Sedap gilak.

Menurut uncle kantin dim sum (lupa pula tanya nama pakcik, huhu), Wai Kee Restaurant ni adalah restoren halal yang wujud sejak berbelas tahun, tidak silap sudah 17 tahun. Makanan yang famous di sini adalah Roast Duck.

Memandangkan kami lapar gila selepas turun dari Victoria Peak, kak pun order sajalah Half Roast Duck dan Curry Beef. Rasanya? Sangat sedap! Ya ampun, tidak sangka licin anak-anak kak makan itik tu. Walhal first time tu, kaa diorang ingatkan ayam. Syukurlah semua spesis piranha macam maknya. Kikiki… Beef Curry tu pula memang lain dari kari daging yang selalu kak Aya makan tu. Semua orang makan licin, nasib mangkuk tidak ditelan sekali, haha…

tempat-makan-halal-di-hong-kong

Alhamdulilah, akhirnya jumpa makanan halal setelah frust Canteen Masjid Ammar tutup, hihi.. rezeki anak-anak makan itik hari ni.

Sebenarnya kak hampir lupa bila terakhir makan itik, tapi masyaAllah sedap gila itik goreng di sini, teringat-ingat sampai sekarang atau mungkin sebab kami dah kebuluran. Haha… dan jumlah makanan di sini cuma HKD 273 (RM150) untuk 4 dewasa dan 4 kanak-kanak riang.

wai-kee-halal-duck-rice-hong-kong

Inilah Roast Duck dan Beef Curry. Maafkan gambar comot mungkin sebab dah hilang akal kerana kelaparan. Haha… (Nasib ingat amik gambar, lol)

Lokasi Wai Kee Duck Rice: 21, Bowrington Rd, Wan Chai, Hong Kong.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.00 petang

Kak tambah sikit, lokasi Wai Kee Duck Rice ni di dalam bangunan pasar kering area Bowrington Road. Di bawah bangunan pasar banyak gerai-gerai macam pasar malam. Refer gambar agar untuk info tambahan lokasi. Hihi… Untuk ke sini cuma perlu berjalan kaki selama lebih kurang 10-15 minit daripada Masjid Ammar & Osman Ramju tadi.

wai-kee-location-halal-food-in-hong-kong

Kena masuk lorong-lorong di area Bowrington Road tu dan bangunan sebelah kanan tu adalah Pasar Kering. Boleh nampak signage atas tu “Cooked Food Centre”. Tabah betul uncle dim sum hantar sampai depan kedai, siap bagitau dengan tokey itik.

lokasi-wai-kee-roasted-duck

Naik kat tingkat 1. Tapi kalau suda sampai kat sini, insyaAllah senang ja jumpa. Tanya ja Wai Kee Halal Roast Duck Rice, confirm pakcik makcik dalam ni tau.

owner-wai-kee-duck-rice-hong-kong

Bergambar dengan owner Wai Kee Restaurant. Apasal muka “makcik” sangat tu, hahahhaa… ni muka penat dan kekenyangan selepas kelaparan. hihi…

  1. Halal Dim Sum at Canteen Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Kali kedua datang ke sini (dengan strategi yang betul, bangun awal, gerak awal) akhirnya kak dan family dapat juga merasa dim sum halal yang famous itu. Kenapa famous? Sebab uncle dim sum tu kata sejak masuk rancangan Halal Oriental, tidak putus-putus customer dari Malaysia, Indonesia dan Brunei datang. Alhamdulillah uncle, itu namanya rezeki. Dan sebenarnya sangat memudahkan pelancong muslim untuk merasa sendiri makanan tempatan Hong Kong.

Makanan-halal-di-hong-kong-dim-sum-masjid-ammar

Dim Sum ini dijual di Canteen Masjid Ammar. Ada 30 jenis Dim Sum yang boleh dicuba, di sini juga menyediakan lauk pauk sama seperti restoran lain. Berapa kak Aya bayar untuk makanan ni? Kak lupa, hihi… tapi yang bestnya kak Aya suka tengok Dim Sum tu, memang comel sangat.

dim-sum-halal-di-hong-kong-masjid-ammar

Ikut nafsu mau jak amik bebanyak ni, haha.. nasib baik la waras sikit sebab masa ni belum kebulur sikit, hihi..

Harga dimsum di Masjid Ammar ni. Mahal ka murah? double dari Malaysia untuk satu bekas tu. Tu sebab untuk budget makanan sila estimate double ok?

 

menu-dimsum-halal-masjid-ammar-hong-kong

Selain Dim Sum, Canteen Islamic Centre HK juga ada menu nasi, mee dan lauk pauk.

Kiosk Dim Sum di Canteen Masjid Ammar. Just tulis nombor dim sum macam dalam menu dan berikan ke makcik ni. Banyak sangat pilihan, best gila

manfaat-vivix-shaklee

Haippp, apa dia buat di sini ni? Dia pun ikut ke Hong Kong? betul-betul la Vivix bertuah, haha…

Lokasi Dim Sum Masjid Ammar: 5th Floor, Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong.
Waktu Operasi: 10 pagi – 3 petang, pastu tutup jam 6 petang buka balik

Cara untuk sampai ke sini? Kak Aya google maps jak, hahahahah.. Alhamdulillah sampai nda sesat pun, kitorang anak beranak jalan kaki dari Causeway Bay Station. Tabah kan?

Lagi satu tips, kalau berniat mahu naik teksi, pastikan screenshot alamat atas tu dan tunjukkan kepada pemandu teksi. Pemandu teksi di sini tidak speaking sangat.

  1. Ma’s Restaurant

Penutup tirai untuk trip family kali ni kak Aya ajak family makan di sini. Kenapa kak Aya pilih restoren ni? Sebab satu dekat dengan airbnb kami berhampir Prince Edward Station. Jalan kaki ja sampai (suka betul jalan kaki kan?) hihi… salah satu menu wajib yang mesti dicuba adalah Lamb Gaulash. Kak Aya ingatkan Lamb Gaulash ni sejenis puff yang berintikan Lamb macam di Malaysia ni, rupa-rupanya dia adalah sejenis dim sum diluarnya pastry dalamnya ada lamb berkuah. Susah mau explain, tengok gambar la ya.

ma's-restaurant-halal-di-hong-kong

Restoren ketiga wajib try. Sepanjang kak Aya makan di kedai ni, memang full house tau. 😀

menu-makanan-ma's-restaurant-halal-hong-kong

Menu dan harga Dim Sum dan makanan di Ma’s Restaurant. Wajib try Lamb Goulash dan Lamb Roll.

makanan-sedap-di-hong-kong

Kalau malas nak fikir, pilih ja pakej ni.

Untuk lunch terakhir ni kak Aya memang tidak pandang harga dah, main order ja ni lagipun ada refund octopus card dalam HKD 600, so, boleh la makan sakan kan? hihi

So kami pun decide untuk ambil Set of 6 berharga HKD855, muahahhaa, pastu tambah lagi beberapa menu tiada dalam ni.. inilah makanan paling mahal kak Aya pernah order. Tidak apalah, kononnya mau bagi kenangan buat mak khennn, Hihi…

Lokasi Ma’s Restaurant Hong Kong: 21-25 Cheung Sha Wan Road, Hong Kong.
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.00 malam

Lamb-Gaulash-must-try-food-hong-kong

Lamb Gaulash yang glemer tu. Kak Aya sudah try! Not bad. Unik dan sedap.

Lamb-Gaulash-ma's-restaurant-hong-kong

Uniknya sejenis dim sum ini. Nampak basah kan? sedappppp…

tips-melancong-bersama-anak-di-hong-kong

Fuhh, penuh meja. Sesuai la dengan harga, huhu… Bismillahh.. jemput makan 😀

ma's-restaurant-halal-oreintel-hong-kong

Sempat lagi diorang ni posing sementara tunggu van datang ambil dan hantar ke airport. Yeay, kami sudah kenyang!

Alhamdullah, selesai makan kami terus bergerak ke airport. Jam 7.30 malam lebih kurang macam tu flight balik ke Kota Kinabalu Sabah. Pengalaman best berholiday dengan anak-anak, mak dan adik. Dah tu jalan sendiri tanpa travel agent. Best tauu.. suka hati ko mau buat apa tanpa terikat masa ikut jadual guide, hihi.. InsyaAllah tahun depan kita ke Perth pula.

Buat kamu yang baca entry ni, bila lagi mau ke Hong Kong? Hehe…

Luv,
Kak Aya Chalo
Travel-Preneur 

 

Itinerary Percutian Ke Jepun Yang Tidak Mungkin Dilupakan

Pertama kali dapat tahu percutian tajaan percuma 2017 ke Jepun, kak Aya like… krik krik krik… biar betul jepun jak?? haa, macam tu la suara-suara kecik bermain di jiwa kak Aya. Ya lah, kak harapkan percutian free ke Switzerland ka ke New Zealand ka, mana-mana lah negara yang best, but, why Japan??? ha.. sampai cenggitu sekali.

Tapi, selepas kak Aya jejakkan kaki ke Jepun, terus rasa menyesal pula pandang rendah cenggitu. Sebenarnya Jepun sangat besttttt… Walhal trip kali ni cuma ke Nagoya dan Tokyo selama 8 hari 7 malam. Insyaallah lepas ni repeat lagi ni, guna duit sendiri, free trip tempat lain pula.

Itinerary-percutian-ke-nagoya-dan-tokyo-jepun

Sebenarnya kali ke-empat kami menikmati Incentive Trip Shaklee. Alhamdulillah seperti biasa, mana-mana Trip Shaklee pun memang terbaik dan melebihi apa yang dijangkakan, tu sebab setiap tahun pun ternanti-nanti dan mungkin sebab tu pandangan tentang Jepun berubah 360 darjah. hihi…

Sepanjang hampir 5 tahun ber-Shaklee, setiap tahun kak Aya layak ke Free Trip Shaklee ni, kak summarykan seperti di bawah:

2014 US: Los Angeles & San Francisco (2 tiket international & 4 local trip)
2015 Italy: Milan, Florence & Rome (4 tiket international & 1 local trip)
2016 US: Orlando Florida (2 tiket international & 2 local trip)
2017 Japan: Nagoya & Tokyo (3 tiket international & 1 local trip)

Yang bestnya Inventive Trip Shaklee, bukan saja boleh bawa suami malahan boleh bawa anak dan parents sekali. Yang penting kumpul points bebanyak, hihi… mau tau rahsia dapat points banyak kenalah join jadi downline kak, hihihi…

Incentives Trip Jepun kali ni memang betul-betul membuka mata kak Aya tentang Jepun. Sebelum ni kak Aya sudah 2 kali ke Seoul Korea sebab rasa best sangat kat sana.

Tapi bila ke Jepun, kak Aya rasa terlalu banyak benda yang perlu di-explore di Jepun tambahan lagi negaranya memang cantik, terjaga, bersih dan orang-orangnya pun sangat baik hati. Awal (anak kak yang ikut ke trip Jepun kali ni, siap dapat 1000yen dari seorang atok. Pemurah sangat diorang ni.

apa-yang-menarik-di-nagoya-jepun

Kalau landing di Nagoya, boleh pegi tempat-tempat ni: Shirakawa-Go (UNESCO Heritage Site), Takayama (Old Town), Nagoya, Kyoto, Ise, Tateyama Kurobe (Alpine Route & Snow Wall, best gila) dan Mt. Fuji.

Tentative Shaklee pula memang sangat ohsem, gunung dapat, bunga dapat, strawberry dapat, Shaklee Japan dapat, semua dapat! Dari Nayoga ke Tokyo. Berbaloi fight untuk trip Percuma ni.

Secara summary trip ni bermula dari Takayama Morning Market di Old Town Sannomachi, kemudian ke perkampungan tradisi jepun yang sangat cantik di Shirakawa-Go dengan berpakaian tradisi Jepun iaitu Yukata, kemudian ke Apline Rounte di Mt. Tateyama.

Kemudian turun pula ke Ishihara Nojo untuk Strawberry picking (strawberry ditanam KHAS untuk trip ni, serius terharu time makan strawberry tu), lepas kenyang makan strawberry, Shaklee bawa pula ke Fuji Motosu (Pink Moss Festival), subhanalllah memang lawa sangat bunga-bunga di situ, kemudian ke Sumida River Cruise di Tokyo, berShaklee walk di Hibiya Park and last Shaklee belanja pula berjimba-jimba di Disneyland Tokyo.

All for FREE… ko kumpul ja points bebanyak. 8 hari yang sangat memorable untuk kami anak-beranak.

Macam kak Aya cakap tadi sejujurnya sewaktu kak Aya tau Incentive Trip cycle 2016-2017 pergi Jepun, kak rasa sedikit frust. Ya la, ke Jepun jak?? macam tu la lebih kurang. Tapi, selepas merasai sendiri pengalaman ke Jepun bersama Shaklee ni, rasa bertuah sangat sebab tripnya bukan trip cikai2, even Tour Guide tunduk ucap terima kasih kepada Shaklee sebab dia dapat merasa gak stay 3 malam di Imperial Hotel Tokyo, 5 star hotel.

Beliau cerita lagi, bebanyak group Incentive Trip yang dia handle, kebanyakan cuma stay di 3-4 star hotel, tapi Shaklee, dari day 1st, stay di 5 star hotel malahan top 3 Onsen hotel Japan.

Ada satu malam tu dinner kat Restoren Makanan India, beliau siap inform Shaklee bayar RM300 per person untuk dinner malam tu, siap booking restoren tu untuk deligasi Shaklee, walhal banyak lagi seat kosong. Berbaloi fight habis-habisan trip Shaklee ni tau.. rugi nda buat betul2 sebab memang Shaklee benar-benar hargai penat lelah leader Shakleenya. Shaklee suruh enjoy! 😍
Ok jom layan gambar-gambar highlight hari pertama dan kedua trip ni, banyak sangat gambar step by step la kak Aya share ya, huhu…

13 Mei terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA. Flight ke Bangkok (transit) pada ja 8.30 malam dengan menaiki Thai Airlines.

13 Mei terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA. Flight ke Bangkok (transit) pada ja 8.30 malam dengan menaiki Thai Airlines.

Seperti biasa, sudah sampai KLIA, kita lapor diri dulu dengan Staff Shaklee. Dapat la luggage tag, tentative booklet dan yang paling best, dapat duit elaun makan untuk mana-mana waktu makan yang Shaklee tidak dapat provide seperti di Disneyland dan Toki Premium Outlet. Sorang dapat 12000 Yen, satu family dapat 36000yen. Kaya mak, hihi...

Seperti biasa, sudah sampai KLIA, kita lapor diri dulu dengan Staff Shaklee. Dapat la luggage tag, tentative booklet dan yang paling best, dapat duit elaun makan untuk mana-mana waktu makan yang Shaklee tidak dapat provide seperti di Disneyland dan Toki Premium Outlet. Sorang dapat 12000 Yen, satu family dapat 36000yen. Kaya mak, hihi…

pengalaman menaiki thai airlines

Kali ini kami menaiki Thai Airlines ke Nagoya, transit sekejap di Suvarnabhumi Airport, Bangkok.

tips shopping di toki premium outlet jepun

Landing ja terus Shaklee bawa kami ke Toki Premium Outlet. Haa.. murah ka tidak kat sini? So far Premium Outlet di US offcos jauh lebih murah. Tapi, Kak Aya sempat juga beli G-Shock dan Baby-G yang harganya half daripada Malaysia. Jam Swatch pun gila murah. Serius tidak percaya, tanya seller tu ulang kali, bayangkan 5 utas jam swatch hanya 9800 yen, gila murah, so wajib la kak Aya beli kann…

Yukata sejenis kimono musim panas

Selesai shopping kami di bawa ke Hotel iaitu di Gero Suineikan Hot Spring Resort yang merupakan hotel tradisional jepun. Menurut Tour Guide, hotel ni adalah Top 3 Onsen Hotel (Hotel Kolam Air Panas) di seluruh Japan. Wow sangat! Sebelum naik ke bilik memasing, kami anak-beranak diberikan Yukata Set dan Geta untuk dipakai keesokan hari. Merasalah jadi orang jepun kejap kan, hihi…

Sesampainya di bilik, luggage sudah ready. Lepas tu ada sesuatu di atas meja. Tidak sempat buka lagi sebab rushing ready untuk Kaiseki Dinner.

Kaiseki Dinner. Kaiseki dinner adalah salah satu tradisional multi-course dinner. Tidak silap hampir 14 jenis makanan dihidangkan. Hmm.. sikit-sikit tapi kenyang juga. Satu pengalaman yang best, sudah la makan sambil pakai Yukata, terlondeh uolls. hihihi…

incentive-trip-shaklee-jepun-japan-malaysia

Konichiwa!! Muka-muka kenyang qualifier Shaklee incentive Trip Japan 2017. Seronott…

pengalaman-tidur-atas-tatami-bed-di-hotel-tradisional-jepun

Ok, selepas dinner memasing sudah penat, sesampainya di bilik tatami bed sudah ready, comel ja betul-betul merasai hidup orang jepun ni, hihi… jam 3 lebih pagi dah subuh weh, kagum gila jam 5am dah cerah, haha..

Ok lah, settle hari pertama dan kedua. Day 3 dan berikutnya lagi best sebab day 3 kak Aya akan ke pekan tradisi orang jepun Takayama dan perkampungan tradisi Jepun di Shirakawa-Go dengan menggunakan Yukata & Geta (terompah). Tapi, nanti kak Aya sambung kehh…

Banyak pengalaman manis di Jepun ni, insyaAllah jejak jepun kak Aya tidak akan terhenti disini saja, kena pegi Kyoto, kena pegi Hokkaido, kena pegi semua. haha… dan dan tertukar kampung cenggini, bye Seoul, hihi.. apa-apapun, korea tetap di hati sebab makanan dia sedap.

Ok, jumpa di part 2 nanti.

Luv,
Kak Aya Chalo
Shaklee International Incentive Trip Japan Qualifier
Pengedar Shaklee Sabah

Tips Buat Passport Untuk Kanak-kanak

Kurang sebulan lagi sebelum percutian bersama anak-anak dan nenek ke Hong Kong. Excited kak Aya sebab 1st time ni bawa satu family siap dengan nenek dan uncle ke oversea. Tercapai gak salah satu impian kak Aya selama ni. Hihihi…

So, perkara penting yang wajib ada untuk ke oversea adalah Passport Antarabangsa barulah kita bole masuk ke negara orang lain. Jadi, hari ni kak Aya mau share cemana proses permohonan passport Malaysia untuk kanak-kanak. Rasanya sama ja lah untuk dewasa, cuma kali ni kak Aya pi buatkan Rara dan Awal sebab diorang dua lagi yang tiada passport.

Kali ni Kak Aya buat passport di UTC Kota Kinabalu, Sabah. Rasanya UTC ni semua negeri pun ada kan? Yang bestnya UTC ni lengkap dan kak Aya tau jam 9 malam baru tutup, so nda la sampai sana tetiba tutup pula kan. Oh ya, TIADA gambar dalam premis Imigresen yang akan kak Aya tunjuk ok, sebab katanya nda boleh, so kak Aya cerita ja la ya.Cara-buat-passport-kanak-kanak (1)

Sebelum ke UTC, pastikan segala dokumen untuk apply passport sudah lengkap, so sampai sana proses akan smoothnya gitu. Jadi antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan passport kanak-kanak antaranya:

  1. Mykid
  2. Surat Beranak
  3. Mykad parents
  4. 1 Salinan Mykid
  5. 1 Salinan Surat Beranak
  6. 1 Salinan Parents (mak & bapa)
  7. RM100 / anak
  8. Jiwa yang cool dan sabar hihi…

Gambar passport tidak perlu disediakan sebab gambar terus boleh diambil di kaunter Imigresen nanti. Cuma ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhilah time bergambar tu.

Kak Aya ringkaskan proses yang akan berlaku start daripada melangkah masuk ke UTC KK tu supaya nanti nda la terpinga-pinga apa perlu buat kan. Hihi… so, follow ja step by step cerita kak Aya ni.

1st, selepas masuk ke pejabat Imigresen, cari Kuanter Nombor Giliran. Kalau UTC KK, kaunter hujung sebelah kanan. Bole tengok orang beratur situ.

Apa perlu buat? Follow tips kak Aya ni, sebelum bebaris, pegi dulu ukur ketinggian anak di ruangan ukur ketinggian di hadapan kaunter nombor giliran tu. So bila sudah sampai giliran di kaunter tu nanti, nda perlulah baru sibuk2 mau pi ukur kan.  Jadi sudah ukur sesiap, bila pegawai check dokumen (yg kak Aya listkan di atas tu), dia akan tanya berapa ketinggian anak dan nombor handphone parents so nda perlulah baru terkial-kial pi ukur. Ok?

Bila dokumen lengkap, pegawai akan susun dokumen tu (dia akan ambil mana yang perlu dan bagi balik yang nda perlu), barulah nombor giliran akan diberikan. So tunggu sampai nombor giliran sampai untuk proses berikutnya.

Setelah nombor dipanggil, bolelah pergi ke kuanter. Di situ nanti gambar akan diambil oleh pegawai. Sebelum datang tu pastikan pakai baju gelap, rambut sisir balah tengah ka, belah siring ka yang penting jangan tutup dahi, telinga mesti jelas, jangan pakai kontek lens, yang pakai tudung, pakai la kaler gelap, jangan banyak bunga kaler kuning-kuning lagi, confirm kena suh balik hahaha.. pakai kaler gelap dan serlahkan keayuanmu itteww… ok memelalut suda. Terlupa kejap mau cerita pasal anak ba kan? 😂😂

Ok tuk kanak-kanak, pepandailah pujuk dan puji supaya anak bagi kerjasama time ambil gambar. Pastikan kasi minyak rambut supaya kemas dan bukan macam rambut k-pop yang tutup dahi tu, dahi mesti terbuka luas2 aaa.. telinga nda tertutup, kepala jangan senget, baju gelap. Macam Rara tadi alahai demand betul nda mau dengan pegawai lelaki, mau juga dengan pegawai kakak yang baik hati dan cun, tapi alhamdulillah, 1x gambar trus ngam, phewww.. habis liur mama puji-puji dia cakap cantik la, good girl la, syukur la menjadik. Hoho…

So cemena gaya rambut yang ngam nanti refer gambar yang kak Aya bagi di bawah ni aaa… dan, selepas amik gambar, pegawai akan bagi 1 kertas summary yang tercatat segala info kita macam alamat, no surat beranak anak dan nama penjamin. Nama penjamin ni kamu bincanglah laki bini mau letak nama siapa. Macam kami, memang kami bagi-bagi.. Rara dengan mama, Awal dengan papa. Haa sonang. Memasing ada tanggungjawab. Haha… Dokumen ni nanti kalau segala info sudah lengkap dan tepat, anak kena turunkan cap jari dan penjamin pun kena sign dan cap jari juga. Settle.

Gambar-buat-passport-antarabangsa

Rules yang kena dipatuhi semasa ambil gambar. Sumber: google.

Ok, selesai di situ, kita tunggu pula dipanggil untuk buat pembayaran. Untuk kanak-kanak, bayaran membuat passport adalah sebanyak RM100 seorang untuk tempoh 5 tahun. Untuk jadikan ianya berbaloi, silalah bawa anak travel oversea setiap tahun hokeyyy… (tu impian kak Aya tu, hihi)

Ini pula info kadar pembayaran passport untuk 5 tahun ok?

  • Permohonan Biasa Dewasa – RM200
  • Warga Emas (60 Tahun ke atas) – RM100
  • Kanak-kanak Dibawah 12 Tahun – RM100
  • Pelajar Mengikuti Program Ijazah Diluar Negara Dibawah 21 Tahun – RM100
  • Jemaah Haji – RM100
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma

Sekarang ni dah tiada passport untuk 2 tahun ya, semuanya untuk tempoh 5 tahun.

Settle bayaran, maknanya tinggal 1 step ja lagi iaitu tunggu passport siap. Bila passport sudah ready, pegawai akan panggil nama dan minta anak kita untuk turunkan cap jari lagi di passport baru tu.

Haaa gitu jak prosesnya, senangkan? Tadi nda ramai sangat di UTC so prosesnya cuma 1 jam. Fuhh… syukur, sebab lepas tu sempatlah kak Aya berlari ke Shaklee Branch untuk beli order customer. Bz buat passport alhamdulillah masuk gak order, hihi…

Kak Aya share lagi beberapa info yang kak Aya dapat dari pegawai imigresen tadi. Memandangkan passport kak Aya akan expired pada Jan 2019, so kak tanyalah, ok kah kalau renew awal? Pegawai tu cakap better renew 6 bulan sebelum expired date tu, sebab kalau nda, rugi lah tempoh yang belum digunakan tu. Ya la, sebab bebaru ni ada juga tanya-tanya geng travel ni, ada yang cakap date tu disambung terus, ada yang kata ikut date kita renew, yang betulnya adalah, date passport baru tu dia akan follow tarikh kita buat ditambah dengan 5 tahun 6 bulan. Haa gittew, kalau nda faham nda pa, sila la renew passport tu 6 bulan sebelum expired ya. Hihi.. insyaAllah lepas tu akan faham, haha! Zalim pula.

So, alhamdulillah selesai part Passport. Sekarang ni anak-anak kak Aya semua sudah berpassportlah. Doakan perjalanan kami sekeluarga termasuk nenek dan uncle Hapik ke Hong Kong dipermudahkan dan dilindungi dari pergi sehingga balik.

Booking bilik hotel di Hollywood Disney Hotel sudah settle, booking 2-Day Pass ke Disneyland Park sudah settle, booking AirBnB untuk lagi 3 malam juga sudah settle. Add on luggage & Meal AirAsia blum buat, study mana mau pegi yang lagi 3 hari tu belum finalized. Doakan dipermudahkan yaaa…

Jumpa lagi di-entry akan datang. Nanti kak Aya share itinerary percutian dengan anak-anak ke Hong Kong pula. Emmuahh! Take care kamurang!

Luv,
Aya Chalo

Tips Ke Nami Island Menaiki ITX dan Lunch di Nami-Ok, Restoran Halal Korea (Seoul Part 4)

Nami Island adalah salah satu tempat wajib yang mesti dilawati bila sampai di Seoul. Ia adalah pulau buatan yang cantik dan Nami Island terkenal sebab disinilah lokasi penggambaran drama Winter Sonata.

Cara-ke-nami-island-menaiki-itx-dan-review-restoren-nami-ok

Autumn di Nami Island. Cantik sangat kan?

Tips-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station-dan-cara-booking-online-letskorail

Target kak Aya mesti datang sini untuk semua musim kecuali summer. So, kita tunggu winter sonata pula. Hihi

percutian-musim-luruh-di-pulau-nami-seoul-korea

Autumn ni memang padat betul Nami Island dengan tourist.

Winter Sonata merupakan antara 1st drama korea yang kak Aya layan pada tahun 2002 nda silap. Sebelum tu kak Aya layan drama jepun. Rupa-rupanya drama korea lagi best! Hihi.. so start dari sana, sampai la ke hari ini, kak Aya memang suka layan drama korea dan movie korea, berbanding drama melayu. Tapi Ejaz kak Aya layan gak… hahah..

tips-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station-dan-lunch-di-nami-ok

Acah-acah winter sonata, ahaks… pinjam gambar Spring 2014 dulu, hihi…

Ok sambung. So bagaimana cara untuk sampai ke Nami Island? Kak Aya pergi ke Nami Island menaiki ITX. ITX ni salah satu train yang ada di Seoul. ITX cuma stop di beberapa station saja dan salah satunya di station Gapyeong yang berhampiran dengan Nami Island. Untuk membeli tiket ITX ada 2 cara. Pertama beli di kaunter ITX di Yongsan Station. Kedua, beli secara online melalui letskorail.com.

Tips-membeli-tiket-ITX-ke-nami-island

Pembelian tiket ITX secara online boleh dibuat melalui website ni letskorail.com. Beli advance sebulan pun boleh.

Kak Aya cadangkan kalau memang planning ke Nami Island, belilah tiket secara online. Sebab apa? Sebab seat dalam train adalah limited. Kalau beli sesiap, insyaAllah bolehlah lepak duduk-duduk sambil layan FB dan coaching rakan bisnes sepanjang 55 minit perjalanan. Bukan apa, sebab ramai gila kak Aya nampak orang yang duduk di lantai train gara-gara seat dah full. Siap ada yang bawa baby lagi. Tu sebab kak Aya cadangkan belilah tiket sesiap ok?

Tips-membeli-tiket-ITX-ke-nami-island-dari-yongsan-station

Kalau booking dan beli tiket ITC secara online sesiap, boleh la duduk lepak minum-minum kopi sepanjang perjalanan ke Gapyeong Station. Hehe…

Prosesnya membeli tiket sangat mudah. Hanya perlu booking masa perjalanan, bayar menggunakan Debit Card dan print resit tiket untuk ditukar kepada tiket sebenar di kaunter ITX nanti. Korang decide la mau pergi ke Nami Island bila, kak Aya suggest pergi pada hari bekerja sebab hujung minggu sangatlah ramai orang. Huhu… Ok, jom kita baca step by step beli tiket ITX ke Nami Island.

Tips-membeli-tiket-ITX-ke-nami-island-dari-yongsan-station

Autumn memang high-peak katanya. Kak Aya pegi hari isnin dan lihatlah barisan manusia. Hihi… banyak gila tourist dari pelbagai negara. Kak Aya acah-acah wakil Malaysia. Ni berbaris untuk naik feri ke tanah besar. On da way balik.

Cara Booking Tiket ITX Secara Online

Untuk booking tiket, sila pergi ke website letskorail.com dan klik Booking Online. Dalam website ni, tiket yang dijual hanyalah one-way tiket. So, kena ulang proses yang sama untuk beli tiket balik pula. Means kena 2 kali bayar la ya. Harga tiket dewasa one-way adalah 5200 won.

Tips-melancong-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station

Layari letskorail.com dan isi seperti yang kak Aya pilih ni.

Langkah 1: Cara isi form di Booking Online

Travel Category: Normal Type
Travel Type: Direct
Departure time: Pilih Tahun, Bulan, Hari dan Masa bila mahu pergi tu
Departure/Arrival: Yongsan – Gapyeong (Boleh juga naik dari Station Cheongnyangni)
Train: ITX-Cheongchun
Passangers: Pilih berapa tiket Dewasa dan Kanak-kanak

Langkah 2: Pilih Arrival Time

Langkah seterusnya adalah pilih Masa Ketibaan Train yang anda mahukan. Sebaiknya pergilah awal supaya puas round satu pulau, hihi…

Tips-membeli-tiket-itx-ke-nami-island

Klik Select untuk pilih masa yang dimahukan.

Kak Aya pilih jam 9.00 pagi dan balik jam 4.28 petang. Masa perjalanan adalah selama 55 minit. Bagi kak Aya biar pegi awal sikit sebab plan untuk singgah makan di Restoren Dakgalbi Halal Nami-Ok sebelum ke Nami Island. Pastikan anda tiba di station Yongsan 30-45 minit lebih awal daripada jadual sebab nanti kena beratur untuk tukar tiket ITX pula. Kalau ramai orang beratur memang boleh buat nervous juga, hihi…

Langkah 3: Isi Info Peribadi

Tips-ke-nami-island-dengan-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Isikan info yang diperlukan untuk membeli tiket ITX. Pastikan segala info betul terutamanya Nombor Passport pembeli tiket.

Passport diperlukan untuk buat booking ni ya. Dah settle booking, sila print resit (klik My Reservation) untuk dibawa ke Seoul nanti. Jangan lupa tau, sebab tanpa resit ni, anda tidak boleh tukar tiket ITX.

Tips-ke-nami-island-dengan-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Kaunter untuk menukar resit booking kepada tiket ITX sebenar. Jangan lupa sediakan Passport seperti dalam booking form ok. Tengok dari jauh mak aihhh ramainya orang beratur. Tu sebab kena datang 45 minit awal tau.

Langkah 4: Tukar resit ke Tiket ITX Sebenar

Untuk proses penukaran resit booking ITX ke tiket sebenar, anda perlu keluar dari station asal (subway dari hotel) dan pergi ke ITX Ticket kaunter seperti gambar di atas tu.

Tips-ke-nami-island-dengan-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Jangan lupa tukar terus tiket pergi balik.

Pastikan bawa sekali resit booking dan passport yang digunakan untuk booking. Tukar tiket termasuk tiket balik sekali. So di station Gapyeong nanti tidak perlu berbaris semula untuk tukar tiket kembali ke Yongsan.

Tips-ke-nami-island-dengan-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Ok! Tiket dah ready. Hikhik… Pastikan anda cari coach yang betul, contoh macam ni, gerabak (car) no.1, seat no. 8A. Ada juga gerabak dua tingkat tau. Just refer tiket. Kalau dua tingkat dia ada tulis UP, DOWN tidak silap.

Settle tukar tiket ITX, tunggu train di line yang ditetapkan dan duduk di nombor seat seperti dalam tiket. Cerita seat ni pun lawak juga, rupa-rupanya kak Aya duduk di seat ajumma ni. Almaklumlah tidak terfikir pula tengok nombor coach tu, tu yang terduduk di seat orang, huhu… Time ajumma tu datang, dia siap jeling-jeling lagi, so kak Aya tunjuk la tiket, nombar seat sama, tapi rupa2nya kak Aya silap coach. Ajumma tu kata, “no.1” sambil tunjuk-tunjuk belakang. Hahaha.. sorry ajumma. Hikhik… kami pun pindahlah ke coach kami. Best juga ada pengalaman silap coach ni, boleh la kak Aya share dengan uolls kan?

Tips-ke-nami-island-dengan-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Tracks ITX Cheongchun. Atas tu nama-nama station perhentian ITX.

Selain Yongsan, station ITX yang singgah ke Gapyeong juga terdapat di Cheongnyangni. Anda bole pilih station mana satu yang berhampiran hotel anda.

Dari Road-House Myeongdong GuestHouse, Kak Aya naik Metro subway dari Chungmuro Station Exit 7, naik train Line 4: Oido, transfer di Seoul Station ke Line 1: Incheon/Sindang dan akhirnya sampai ke Yongsan Station. Untuk melancarkan perjalanan, silalah install apps Subway dan buat homework ok?

Tips-menaiki-itx-ke-nami-island-nami-ok

Train di track no 1. Jom tunggu di bawah.

Sesampainya di Gapyeong Station, cari exit dan keluar. Di hadapan station terdapat perhentian bas dan teksi. Kak Aya naik teksi ja sebab mau pergi makan chicken Dakgalbi di restoren halal Nami-Ok. Untuk ke Nami Island, naik teksi boleh, naik bas pun boleh.

Tips-ke-nami-island-menaiki-itx

Bus stop dan teksi pickup point ada di hadapan Gapyeong Station. Pastikan berbaris ya. Di Korea ni pemandu teksi sangat strict, kalau potong queue confirm dia tidak dibenarkan naik. Hihi…

Tips-naik-bas-ke-nami-island

Selain teksi, boleh juga naik bas ni ke Nami Island. Kalau kak Aya tidak silap, jika mahu pergi ke Petite France pun naik bas ni. Petite France tu yang tempat shooting My Love From The Star, part Do Min Joon “tunjuk” yang dia tu “alien”, hehe… sempat lagi selitkan bah, haha!

Lupa mau cerita, semasa di station Yongsan, kak Aya terserempak dengan seorang gadis lone ranger, Medi. Pergh, salute dengan dia berani jalan sorang-sorang. Tapi di Seoul ni kak Aya rasa lebih selamat banding Malaysiaku, huhu… So kak Aya ajaklah Medi makan sekali di Nami-Ok. Kami janji jumpa balik di luar station Gapyeong dan sama2 naik teksi ke Nami-Ok. Hihi…

Untuk ke Restoren Nami-Ok, naik teksi dan inform ja ajussi teksi tu mahu ke Nami-Ok. Driver teksi disini maklum sangat la tu ramai orang Malaysia datang restoran Nami-Ok tu sebab halal dan sedap! Caj teksi 4200 won.

review-makan-di-nami-ok-restoran-halal-korea-dakgalbi

Bila jumpa Restoran Halal di Korea means bolehlah kita makan ayam, daging dan sewaktu dengannya. Kalau tiada halal, pilihlah kedai yang tidak menghidangkan makanan jelas haramnya. Selain itu, boleh pilih restoran seafood dan vegetarian. Gitulah tipsnya supaya tidak kebulur di negara orang. Kalau mau cari halal jakim memang tiada la kan. Hihi..

 Naik teksi dari Gapyeong Station dan bagitau ajussi untuk hantar ke Nami-Ok, Halal Restaurant.

Naik teksi dari Gapyeong Station dan bagitau ajussi untuk hantar ke Nami-Ok, Halal Restaurant.

Review-makan-di-restoren-halal-korea-nami-ok-dakgalbi-ayam-halal

Excited kak Aya mentang-mentang tukang bukak kedai hari ni kan. Kehkeh.. dengar-dengar kalau lunch time jam 1-2pm, restoren ni penuh dengan pelancong. Time kami siap makan, memang betul datang 1 bas pelancong. Hihi glemer gitu.

Sesampainya di Nami-Ok, kami merupakan pelanggan pertama. Ahjumma sudah maklum, confirm datang mau makan Dakgalbi Halal kan? So dia tanya, Halal? halal? Kami pun angguk2.
Seminit kemudian ajumma datang dengan membawa periuk leper dakgalbi tu. Dakgalbi ni macam biasa, ko panaskan sehingga rice cake tu lembut, ayam masak dan sedia untuk dihidang. Kebiasaannya orang akan minta ramen (mee kuning) untuk ditambah ke dalam dakgalbi, tapi kami minta nasik. Lapar oo.. hihi… so kami pun makan sampai kenyang. Harga dakgalbi ni 11000 won seorang.

makanan-halal-korea-nami-ok

Bertuah betul peniaga korea ni, pelanggan masak sendiri, hihihi.. kak Aya admire la dengan pan dia ni, kena beli satu tuk masak di rumah ni, haha…Ok, apa rasa dakgalbi ni? Dakgalbi ni ala-ala nasi goreng (boleh juga letak ramen), tapi bahan asas ada korean chilli paste, kobis, ayam, rice cake, dan sayuran lain. Rasanya pula gabungan pedas, manis, masin sikit. Side dish seperti kimchi dan salad turut disediakan. Ermm.. sedap lah, sukar diterangkan. Datanglah korea dan try sendiri ok? Kak Aya kasik 5 bintang.

Selesai makan, ajumma offer tuk panggilkan teksi. Tapi malangnya tiada teksi yang available ke Nami-Ok. Haaaa, sudah! Cemana mau pi Nami Island ni? Kami bincang-bincang dan decide untuk jalan kaki ke area yang ada teksi lalu lalang.

Makanan-halal-korea-di-restoran-nami-ok-nami-island

Selesai makan, kena berjalan pula. Hoho..ini kalilah, tapi best pula dapat merasai suasana pinggir bandar (ka pekan?) Gapyeong. Lalu pula tepi kebun cili ni. Tapi semua sudah kering. Hehe…

Agak jauh juga kami jalan menuruni bukit, memang lenggang betul jalanraya area situ, sudah la sejuk gila, huhu… Last-last terjumpa dengan pakcik ni, kak Aya pun approach dia dan sapa, “Annyeong Ajussi, teksi?” sambil buat sign sedang bertelepon. Haaa cakap gitu pun pakcik ni sudah paham. Dia terus call teksi. Tidak sampai 5 minit teksi pun sampai. Fuhh legaaaaa. Punya la excited time tu, nda terbayang kalau kena jalan kaki sampai Nami Island ni, hahahah… Rasa mau peluk ja pakcik. Hahah, sempat gak la selfie. Kamsahamnida Ajussi ❤️

review-makan-di-nami-ok-restoran-halal-korea-dakgalbi

Penyelamat kami. Hihi.. Kamsahamnida Ajussi ❤️

Ok, teruskan perjalanan ke Nami-Island, sebenarnya tidak sampai 10 minit pun naik teksi tu, bayaran cuma 6400 won. Approaching kaunter tiket Nami Island, barulah perasan banyak gila bas pelancong beratur dan teksi pun banyak gila di situ. So memang confirmlah ramai orang kan? Hihi… patutpun tiada teksi ke Nami-Ok, semua busy di sini. Beli 2 tiket masuk ke Nami Island, 8000won each. Tiket ni termasuk bayaran feri pergi dan balik.

Tips-travel-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Nampak steel structure tinggi tu? Berdekatan situlah terletaknya kaunter penjualan tiket ke Nami Island.

Tips-travel-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Selain menaiki feri, boleh juga ke Nami Island melalui Zip-Wire ala-ala flying fox. Eh betul ka flying fox? 😂 Ajak encik Shuben, dia nda mau. Isk…

Tips-travel-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Beratur untuk beli tiket. Pastikan beli tiket pergi dan balik. Harga tiket termasuk feri.

Tips-travel-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Tu dia… ramaikan Malaysian? Hihi…

Tips-travel-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Pintu masuk untuk menaiki Feri. Nasib baik barisan tidak panjang.

Selepas beli tiket, ngam-ngam feri sedang menunggu. So kami pun naik la feri. Kak Aya lepak di luar ja. Mau merasa sejuk yang mencucuk tu. Kehkeh.. di dalam Feri ada heater. So kalau tidak tahan sejuk, boleh la lepak di dalam. Sorry gambar feri nda dijumpai.

Dalam kurang 10 minit naik feri, sampai lah ke Nami Island. Orang yang beratur untuk balik, ramai gila. Memang sah la high peak Nami Island ni di musim Luruh. Dulu kak Aya pegi sewaku musim Bunga, tiada pack macam ni. Rileks jak semua orang. Hihi… Oh ya, ramai gila orang Malaysia disini. So, anda tidak akan keseorangan.

 

Tips-melancong-ke-nami-island-menaiki-itx

Di Nami Island ada juga tourism center, kalau perlukan apa-apa info ada volunteer tunggu di depan bangunan tu.

Kali ni kak Aya cuma mau bergambar dengan pokok kuning. So kak Aya teda bergambar satu pun dengan benda-benda yang berkaitan dengan Winter Sonata. Boleh solat jamak dan qasar di Surau di area Library.

 

Tips-travel-ke-nami-island-menaiki-itx-dari-yongsan-station-ke-gapyeong

Nampak sangat ramai Malaysian datang sini kan? Ada satu patung lagi tulis “apa kabar?”

musim-luruh-dan-surau-di-nami-island-seoul-korea

Surau berada di bangunan kuning ni. Restoren Asian Cuisine tu pun halal, tapi kak Aya belum berpeluang untuk try lagi. Last time datang sini kak Aya makan nasi goncang, (nasi goreng goncang kak Aya bagi 2 bintang jak). hohoho…

musim-luruh-autumn-di-nami-island

Ok, mission accomplised. Walaupun cuaca agak mendung sepanjang hari di Nami Island ni, tapi kak Aya happy, sebab lawa gila scenery dia. Next time kak Aya datang lagi, sebab ada 1 port lagi sebenarnya kak Aya nda sempat pegi. Kalau mau tau port apa, kena tunggu entry Winter Sonata pula, hihihi…

musim-luruh-di-nami-island-seoul-korea

Pokok maple yang comel. Rendang-rendang ja semua. Yang ni daun kemerah-merahan, oren pun ada. Cantiknya ciptaan Allah.

apa-yang-best-di-nami-island-korea

Antara yang ada di Nami Island. Kalau 1st time datang sini, silalah tawaf satu pulau. Sewa basikal pun boleh. So lagi “laju” lah tuk tawaf pulau ni.

apa-yang-best-di-musim-luruh-nami-island-korea

Kalaulah langit membiru kan best… hihih… (Aya, sila bersyukur sebab nda hujan, huhu)

 

tips-bercuti-di-nami-island-di-musim-luruh

Sebenarnya kak Aya mau share banyak-banyak gambar, so buat macam ni la senang, hehehe..

tips-bercuti-di-nami-island-di-musim-luruh

Jagung tu sangat sedap. Apa nda sedap, cuaca sejuk gila lepas tu layan jagung panas-panas, tu sebab berganda sedap, hihi…

Tepat jam 3.15 petang kak Aya dan husband kembali ke entrance Nami Island untuk kejar train ITX jam 4.28 petang. Memandangkan tadi ramai gila orang, so memang kena awal sejam keluar dari Nami Island ni sebab kena beratur naik Feri, kemudian beratur lagi untuk naik teksi. Bayaran teksi 3100 won. Berdebar jugalah sebab naik teksi pun panjang gila barisan, siap ada tourist potong queue lagi, nasib baik Ajussi teksi suh orang tu turun balik. Debar tau takut tertinggal train, haha…

apa-yang-best-di-musim-luruh-nami-island-korea

See you soon Nami Island, winter nanti kak Aya datang balik. Tahunnya nda tau bila, hihi.. ada rezeki cepatla tu sampai.

Tepat jam 4.10 kami sampai ke Station Gapyeong dan terus naik ke atas tunggu train ke Yongsan. Time tu sejuk gila, nda silap 6 darjah, mengigil, haha… beberapa minit kemudian train ITX pun sampai.

Entry akan datang kak Aya kongsikan review dinner di restoran halal Busan-Jib dan food street di Myeongdong pula. Buat yang pertama kali follow travelog Seoul 2016 kak Aya ni, bolehlah baca Part 1, Part 2 dan Part 3 di bawah nunnn, macam novel pula kan? haha…

Jangan lupa tinggalkan la komen. Hehe… tata…

Luv,
Kak Aya Chalo | Seoul 2016 Travelog

Terbang ke Seoul Korea Dari Kota Kinabalu Menaiki Air Asia (Part 1)

Tempat Lepak Best di KLIA2 Jika Tidak Check-In Hotel (Seoul Part 2)

Tips Menaiki Airport Limousine Bus Dari Incheon Airport dan T-Money (Seoul Part 3)

Tips Menaiki Airport Limousine Bus Dari Incheon Airport dan T-Money (Seoul Part 3)

Setelah melalui malam yang panjang, tanpa tidur yang proper (siapa suruh tidak booking hotel kan), kak Aya dan husband decide untuk boarding awal dan tunggu di gate yang ditetapkan.

Pintu pelepasan antarabangka KLIA2 di tingkat 3 LCCT KL

Pelepasan Antarabangsa KLIA2. Kena lalui pemeriksaan Imegresen dan scan hand luggage. Kalau mau cepat, boleh skip kaunter pemeriksaan manual Imegresen dan pegi ke auto-gate checking.

Ini kali pertama kak Aya masuk ke International Departure Hall KLIA2 ni. Not bad. Macam shopping mall hihi.. tapi sebab kak Aya pegi ni pepagi buta, banyak lagi kedai yang tutup.

Tips Ibu Menyusu Travel di mana boleh pum susu

Ginilah nursing mommy kalau travel, breast pump jangan tinggal. Di airport KLIA2 ni memang nursing friendly. Cari ja toilet yang ada nursing room dan bolelah lepak situ.

Agak menarik juga sebab 3x scan hand luggage. Ketat betul pemeriksaan di Malaysia ni ya. Tempat last sekali tu, staff di kaunter pemeriksaan tu minta kak Aya buka beg sebab katanya ada cecair.

Ya memang ada cecair tapi kak Aya bgtaulah cecair ni semua 100ml ke bawah. Dia pun angguk-angguk dan lepaskan kak Aya. Kalau incase kak Aya tidak tahu pasal rules ni, rasanya dia dah buang dah perfume, dengan listerin kak Aya tu. Nasib baik lepas. Fuhh… Jadi pengajarannya, jangan bawa apa-apa liquid more than 100ml dalam hand luggage tau. Kalau mau bawa juga, agih-agihkan dalam bottle kecik 100ml each.

Tips travel backpack ke seoul korea

Kak Aya prefer tunggu 30-45 minit awal di departure hall berbanding terkejar-kejar. Hehe…

Settle checking, kami terus ke gate P6. Sesampainya di sana, sempatlah bersihkan diri dan husband menunaikan solat subuh.

Tepat jam 8.00am kami terbang ke Incheon. Penerbangan mengambil masa 6 jam 20 minit kalau tidak silap. Timing di Korea ni 1 jam lebih awal. Dalam flight selain makan, kak Aya tidur jak la. Hihi.. penat weh nda tidak satu malam.

Airasia fly thru dari kota kinabalu ke incheon seoul korea

Langit cerah di Seoul, tapi sejuknya, hanya Kak Aya yang tahu. Hehe

Alhamdulillah, perjalanan smooth tanpa ada turbulence teruk. Tepat jam 3.00pm selamat mendarat di Incheon. Yeay! Sewaktu pramugari annouce waktu tempatan sebelum landing tu, pastikan terus settingkan jam ikut waktu tempatan untuk memudahkan pergurusan masa. Dan.. perjalanan mencari dedaun autumn dan makan pun bermula. Yippie!

pergi-ke-seoul-menaiki-air-asia-lebih-jimat

Alhamdulillah sampai juga ke kampung halaman 😆

Di mana boleh beli T-Money di Incheon Airport.

Perkara pertama kena buat selepas keluar dari arrival hall adalah kena cari kedai serbaguna yang jual T-Money. T-Money ni adalah 1 kad pra-bayar yang akan digunakan untuk naik Subway, Teksi, Bas sekitar Seoul sepanjang berada di Seoul ni.

cara-membeli-t-money-seoul-korea-dan-cara-top-up

Hamboi excitednya gambar T-Money ni, macam hati kak Aya yang excited jak. Kihkih…

Kedai Serbaguna ni senang jak cari. Kalau keluar dari Arrival Hall Exit C, belok kiri, jalan sehingga jumpa Starbuck, kedai tu ada disebelah jak iaitu kedai serbaguna CU. Harga T-Money dalam 4000 won sekeping. Kak Aya beli 2 T-Money dan terus top up 24000 won each untuk kegunaan beberapa hari ni. Selain tu, T-Money ni juga dijual di 7 Eleven, Mini Shop, GS 25, With Me dan Buy The Way.

Selain T-Money, kak Aya lebih teruja bila terlihat susunan Susu Pisang di kedai serbaguna tu. Jadi, kak Aya belilah 3 susu pisang untuk bekalan di dalam bas. Sebotol susu pisang berharga 1300 won. Ada 5 perisa, asli, strawberry, light, honeydew dan coffee.

pisang-susu-korea-sedap-pelbagai-perisa-halal-diminum

Awak, awak… awak tau kah kita rindu nak minum awak. Hihi.. minta maaf buat awak tunggu dua tahun, hihi

Selesai beli T-Money, kak Aya keluar melalui pintu di hadapan kedai serbaguna tu untuk mencari bas. Depan arrival hall tu berderet bas dan pastikan tahu apa nombor bas yang lalu di area hotel anda.

airport-bas-ke-myeongdong-daripada-airport-6015

Pastikan study tau apa nombor airport bas yang sampai ke hotel sebelum sampai ke sini. So tidak la kelang kabut bila sampai ke sini. Info bas seperti yang tertera. Bas setiap 10 minit. Mantapkan? On time pula tu. Ini yang suka dengan kampung halaman ai ni. Hihi…

Alhamdulillah, tempat pertama kak Aya pegi tu memang cun-cun tempat Airport Bas Limousine bernombor 6015 ke hotel. Memula macam ragu-ragu juga sebab di signage tulis nama PJ hotel, yang kak Aya catat dalam buku cuma Chungmuro Station. So kak Aya ringankan mulut ja bertanya denga pakcik yang ada di situ, dan memang betul di situlah pickip point bas ke hotel kak Aya.

tips-naik-bas-dari-lapangan-terbang-ke-seoul

Di tepi signage tadi, akan ada benda ni di lantai. So beratur di sini.

Kalau travel sendiri ni, jangan takut bertanya. Kalau tidak pasti, tanya ja terus. Jangan stress-stress, hihi. Pastikan tahu nama panggilan dlm bahasa local seperti Pakcik (Ajussi), Makcik (Ajumma) dan juga beberapa perkataan penting seperti Annyeong (Hai) dan Kamsahamnida (Terima Kasih).

Airport Bas Limousine di Seoul ni sangat efisien. Jadualnya perjalanannya pun sangat kerap iaitu 8-12 minit. So kak Aya tunggu kejap ja bas pun sampai. Jadi Ajussi tadi tu tolong letak beg kami di bahagian bawah bas dan berikan tiket untuk setiap beg. Tambang bas pula dibayar kepada driver bas sebanyak 15000 seorang. T-Money tidak boleh digunakan utk airport bas ni.

tips-menaiki-bas-dari-airport-incheon-ke-seoul

Dalam bas akan ada paparan tv ni. Nanti boleh tengok map perjalanan di sini dan pastikan alert dengan pengumuman bas supaya tidak terlepas station.

Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit sebab jem yang panjang. Driver bas tu pun surrender, bila dari jauh nampak deretan kereta, dia pun kata “aigoooooo…” (alamak in korean). Kihkihkih.. kak Aya rileks jak, sebab kak Aya ada mobile wifi yang super laju. Boleh la layan anak cucu bisnes sesambil minum susu pisang. Hehe..

tips-menaiki-airport-bas-dari-lapangan-terbang-incheon-ke-bandaraya-seoul

Dalam jem sempat lagi ambil gambar Bridge ni. Lawakan? Terus kak Aya teringat Golden Bridge Gate di San Francisco hari tu. Warnanya lebih kurang macam ni.

Lebih kurang 20 minit lalu bridge ni kak Aya pun sampai ke PJ Hotel/Chungmuro Station. Turun-turun jak dari bas, sejuk gila dan berangin pula tu. Jari jemari kebas sebab kena check email untuk lokasi hotel.

Review RoadHouse Myeongdong Guesthouse dan cerita food hunting di Myeongdong Street kak Aya sambung di entry selepas ni ok? Sebab banyak mau share ni. Hihi…

tips-memilih-hotel-di-seoul-korea

Antara cerita yang kak Aya kongsikan di entry Seoul Part 5, review hotel, food street di Myeongdong, Seafood Galbi di Yoogane dan Rose LED Garden di DDP. Pastikan follow entry kak Aya.

Bagi yang mau follow travelog kak Aya dari part 1 dan part 2, boleh baca sini Terbang ke Seoul Korea Dari Kota Kinabalu Menaiki Air Asia (Seoul Part 1) dan Tempat Lepak Best di KLIA2 Jika Tidak Check-In Hotel (Seoul Part 2).

Bah, jumpa di entry part 4 lepas ni.

Seoul Travelog kak Aya Chalo | Dalam Flight Incheon-Kuala Lumpur | 0930am | 2 Nov 16

Tempat Lepak Best di KLIA2 Jika Tidak Check-In Hotel (Seoul Part 2)

Alhamdulillah selamat landing di KLIA2 tepat jam 2 pagi. Cuaca tidak best kali ni, tekejut bak hang bila flight “bergoncang”. Mungkin sebab gegaran tu terjadi time kak Aya sedang lena diulit mimpi, jadi kesannya tu sampai tangan kak Aya menggigil. Huhu… Nasib baik tangan ni laju gi pegang husband, keluar segala selawat zikir, baru la rasa lega sikit, hihi… dan syukurlah dapat mendarat dengan selamat. Fuhh…

Ok sambung, tadi sudah ceritakan yang kak Aya akan transit di KLIA2 dan lepak di mana-mana sebab tiada booking hotel? So kak Aya mau share apa benda boleh dibuat sementara tunggu next flight ni.

Benda pertama kak Aya buat selepas ketibaan adalah pergi ke Capsule yang terletak di Level 1, Public Area of Transportation Hub KLIA2 ni. Bukan untuk check-in capsule tau, tapi untuk ambil MiFI (mobile wifi) yang kak Aya booking dengan Travel Recommends.

Terbang-ke-Seoul-Korea-Dari-Kota-Kinabalu-Menaiki-Air-Asia-Part-2

Travel Recommends MiFi: Datang dengan Wifi router, Universal Adapter dan Charger. Kalau perlu power bank, bolehlah sewa sekali.

Kalau plan mau ber-MiFi, kena booking paling lewat seminggu sebelum fly, kalau tidak memang susah sebab selalu fully booked. Travel Recommends ni salah satu provider yang menyediakan perkhidmatan ni. Ada beberapa provider lain lagi, boleh try google. Cara booking boleh dibuat secara online. Pembayaran pun online. Pegi ja link yang kak Aya berikan di atas tu. Di Capsule Bar ni collect pointnya.

Travel ke Seoul kali ni kak Aya tidak mahu gunakan servis roaming Celcom. Satu sebab ratenya yang agak mahal, kedua sebab kak Aya mahu cuba ok ka tidak menggunakan MiFi ni.

Rate 1 hari untuk penggunaan unlimited wifi di Korea adalah sebanyak RM13. Ini promo rate, kebiasaannya RM30. Tapi still murah daripada roaming. Tidak silap Celcom RM38 belum termasuk GST. Kak Aya harap sangat MiFi ni ok, so tidak perlulah activekan roaming di sana pula. Nanti kak Aya bagi review ok? Kena follow blog kak ni, hehe…

Selepas settle pick-up MiFi, kak Aya dan husband decide untuk stay lepak di area Capsule ni. Sempat la juga skodeng Rate Capsule. Yang bestnya siap ada servis “mandi” dengan caj RM25.

Terbang-ke-Seoul-Korea-Dari-Kota-Kinabalu-Menaiki-Air-Asia-Part-2

Rate stay di Capsule dan perkhidmatan lain yang disediakan

Maksudnya, walaupun bukan in-house quest, still boleh bayar untuk mandi sahaja. Tidak silap, servis ni termasuk towel, sabun dan locker untuk simpan barang semasa pegi mandi. Ok lah kan? Walaupun nda stay Capsule, tapi boleh segarkan dan bersihkan badan.

Berhampiran Capsule ni juga ada public toilet dan surau. Jadi, memang cun sangatlah jadi tempat lepak. Cuma kekurangan di sini adalah jenis kerusi yang disediakan tidak best.

Terbang-ke-Seoul-Korea-Dari-Kota-Kinabalu-Menaiki-Air-Asia-Part-2

Capsule lounge. Depan tu ada Public Toilet, Nursing Room dan Surau.

Bukan apa, kerusi ni selesa, tapi tidak boleh baring. Hahaha.. teringat pula waktu transit balik KK dari US bulan ogos lepas kak Aya tidur dalam 2 jam atas kerusi di KLIA tu. Hihi… di sini boleh tidur duduk jak la.

Ok, sekarang hampir jam 4 pagi. Encik Husband lena betul di kerusi sebelah, kihkih… kak Aya pula tidak dapat tidur walaupun mata ni ngantuk sangat. Ntah dari mana datangnya energy walaupun seharian attend kelas Eizil lepas tu malam ni terbang pula. Ni mesti gara-gara teh tenaga ni. Tu yang menulis ni. Takut pula terlupa apa yang penting yang boleh dikongsikan.

Terbang-ke-Seoul-Korea-Dari-Kota-Kinabalu-Menaiki-Air-Asia-Part-2

Meriahkan? Ramai gila orang lepak tidur sini, hihi..

So… tunggu sampai Seoul baru kak Aya update travelog Seoul lagi.  Nantikan part 3 pula, stay tune.

Seoul Travelog kak Aya Chalo | KLIA2 | 0349 | 30 Oct 16 

Terbang ke Seoul Korea Dari Kota Kinabalu Menaiki Air Asia (Part 1)

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba, tidak sabar-sabar sebenarnya mahu ke Seoul kali ni. Ya lah, dedaun kekuningan di Nami Island tu menggoda banget, hihi… Autumn in my heart gitteww.

terbang-ke-seoul-dari-kota-kinabalu-dengan-air-asia-1

Inilah gambar pokok-pokok di Nami Island bila musim Luruh. Inilah juga penyebab kak Aya kumpul duit untuk ke sana tau. Hihi…


Kali ni kak Aya beli tiket Air Asia dari Kota Kinabalu ke Seoul. Kalau beli tiket Air Asia Kota Kinabalu ke Seoul ni, kena transit di KLIA2 untuk beberapa jam. Sehari ada dua flight dari Kuala Lumpur ke Seoul, iaitu jam 8.20 pagi dan 3.20 petang. Penerbangan pula dalam lebih kurang 7 jam. 

Penerbangan dari KK macam biasa, ikut jadual Kota Kinabalu – Kuala Lumpur. Pilih jak mana suka, hihi..

Mobile Check-in sebaiknya buat awal-awal sebelum tarikh penerbangan. 

Pastikan print semua boarding pass untuk mengelakkan di-caj RM 10 per boading pass (tidak silap) kalau kaunter yang printkan. 

Kalau di rumah tiada printer jangan risau, di airport nanti ada banyak kiosk untuk print boarding pass. 

Yang penting catat booking number ataupun semasa mobile check-in tu, pilih untuk send bar code melalui SMS. So nanti kat kiosk tinggal scan bar tu dan boarding pass pun akan diprint. 

Alhamdulillah selesai drop lugagge di kaunter Air Asia. 

So, sekarang ni sedang lepak di Mc Donalds KKIA sementara tunggu boarding ke Kuala Lumpur untuk transit dan besok pagi pula akan meneruskan penerbangan ke Incheon International Airport.

Sebenarnya sebelum drop luggage tadi kak Aya risaukan pasal luggage. 

Almaklumlah ini pengalaman pertama menaiki Air Asia yang “ada” transit. 

Tahun 2012 dulu beli tiket berasingan KK-KUL, KUL-ICN (Seoul), so memang confirm-confirm la luggage tu collect balik dan check in semula keesokan harinya. 

Jadi memula tadi agak tertanya-tanya juga luggage gedabak ni perlu kutip semula ka di KLIA2 nanti? Atau cuma perlu collect bila sampai di Incheon Airport nanti?

So semasa check-in kak Aya tanyalah dengan staf Air Asia tu dan dapatlah jawapan yang diharapkan, hehe.. 

Memandangkan kak Aya beli tiket Air Asia Kota Kinabalu – Seoul tu dengan 1 booking number, so lugagge cuma akan dikutip di Incheon Airport nanti, yippi! 

Maksudnya tidak perlulah kak Aya angkut lugagge ni ke hulu ke hilir semasa transit nanti.

Lega sebab kena transit 6 jam juga ni. So pastikan kalau tidak mau ke hulu ke hilir dengan luggage semasa transit nanti, pastikan beli under 1 booking number ok?

terbang-ke-seoul-dari-kota-kinabalu-dengan-air-asia-1-2

Nampak tulisan ICN tu? Haaa.. itu maksudnya luggage sampai terus ke Seoul. So tidak perlu tuntut luggage semasa transit di KLIA2 nanti.


Jadi setakat ini dulu kak Aya share dalam travelog part 1 ni. 

Flight delay dalam 20 minit la pulop, nampaknya jam 2 pagi-lah baru sampai di KLIA2 ni. 

Tapi tidak mengapa sebab kak Aya memang acah-acah backpack jak ni, huhu… lagipun transit kejap jak kan. Jadi tiadalah booking Capsule ka Tune Hotel ka, memang planning tidur di Surau. Kehkehkeh…

Sampai KLIA2 kak Aya sambung ok? Banyak lagi mau share ni. 

Jumpa di part 2. 

Seoul Travelog kak Aya Chalo | KKIA| 2236 | 29 Oct 16 

Tips Travel Ke Seoul Korea Tanpa Tour Guide

Beginilah jadinya bila hati Kak Aya tidak keruan tengok gambar-gambar dedaun berguguran di musim luruh Seoul, laju jak jari ni klik apps Traveloka.

Tetiba pula ternampak tiket yang mampu milik, apa lagi, teruslah tanya suami, mahu pergi atau tidak? Dia pula kata ok jak. Kemudian call nenek bebudak ni pula, request tuk jaga anak-anak sewaktu ke sana, hihi.. nasib baik mak pun bagi greenlite, Alhamdulillah! Tanpa membuang masa, kak Aya terus beli tiket tu. Hoho.. memang kerja gila! Tapi nasib baik memang ada Tabung Travel, hihi… (penat kak Aya kumpul tau)

Kak Aya pergi hari tu  pada musim bunga tahun 2014, kali ni mau datang untuk menikmati Autumn pula.. musim luruh selalu ada dalam mimpi kak Aya, autumn in my heart gittew… hihi…

Sebenarnya sejak balik dari sana pada tahun 2014, kak Aya pasang impian mahu datang pada setiap musim terutamanya ke Nami Island.

Teringat sewaktu pregnant Rara tempoh hari selalu jak teringat “ikan asam pedas” yang kitorang makan di Myeongdong. Sampai terkadang cakap dengan laki, ok kah kalau turun semata-mata pergi makan ikan asam pedas tu? hihihi, time tu laki hanya mampu geleng kepala… nasib time tu bini dia ni waras sket, sekarang ni yang kurang waras. Hahaha…

tips-makan-di-korea

Sampai sekarang teringat-ingat Ikan Asam Pedas ni. bambamnya ahkak tahun 2014, hihi…

So, memandangkan sudah terbeli tiket ke Seoul dan tarikhnya pula lagi beberapa hari, dan kali ni kak Aya decide untuk jalan sendiri tanpa pemandu pelancong sebab tidak mau terkejar-kejar itinerary tour guide (sebab mau golek-golek puas2 bawah dedaun oren, kihkih), maka, kak Aya pun terpaksalah buat study sendiri supaya di sana nanti tidak sesat, hehe… bila buat study dan research untuk ke Seoul tanpa pemandu pelancong ni, barulah kak Aya sedar, sesungguhnya sangat mudah untuk jalan di Seoul ni. Boleh la datang untuk kali ke-3, ke-4, ke-5, ke-6, kesimpulannya banyak kali pun boleh. Lepas ni kak Aya janji, mau bawa mak dan anak-anak ke Winter Seoul pula. Doakan ya.

So, sebelum kak Aya lupa apa persediaan yang kak Aya buat untuk trip tanpa tour guide ni, maka kak Aya kongsikan lah dalam entry ni…

Antara perkara yang kak Aya kena fikirkan sebelum decide stay di area mana untuk memudahkan perjalanan ke mana-mana tempat yang kak Aya mau pergi adalah:-

Adakah Area Penginapan Tu Berhampiran Dengan Bas Station Dari Incheon Airport?

Ok. Ini sangat penting sebab nanti dari airport kak Aya akan bawa luggage besar. So sangat penting untuk decide mahu tinggal area mana dan hotel apa. Kena pastikan hotel/tempat penginapan tersebut berhampiran dengan station bas untuk memudahkan perjalanan sampai dan balik nanti, dan kena tahu bas number berapa yang perlu diambil dari airport ke hotel.

So, tidaklah nanti terlalu jauh untuk tarik luggage dan mesti ingat tau, di Seoul ni area berbukit-bukit. Pastikan baca review hotel/penginapan sebelum booking. Tips memilih tempat tinggal kak Aya share di bawah. Teruskan pembacaan.

Oh ya, dari airport ada 3 cara untuk ke bandar Seoul: naik train, bas dan teksi, dan bas lebih murah. Tu sebab kak Aya pilih bas.

Subway Info

Di Seoul, jaringan subwaynya sangat efficient, ada 18 line, wow sangat kan?

So senang untuk travel ke tempat yang mahu dituju. Yang penting, 1st thing kena install apps Subway ni. Ini penting untuk memudahkan kita check dan tahu Station mana yang berhampiran dengan Hotel/Hostel/Guesthouse yang akan kita tempah nanti. Pastikan pilih area penginapan yang berhampiran dengan line subway yang hampir dengan area yang kita akan pergi nanti. Banyakkan kena fikir? tapi InsyaAllah kalau dah pening di Malaysia, sampai Korea nanti dipermudahkan, hihi..

So lepas sudah install apps ni, maka mudahlah nak plan perjalanan kan? Kak Aya memang jadikan priority tempat penginapan yang berhampiran dengan Subway supaya senang berjalan. Apps ni penting juga ketika sampai di Seoul nanti. Sebelum terlupa, nanti bila sudah sampai airport, jangan lupa amik Info Tourism such as map Seoul, subway map etc untuk digunakan jika tetiba handphone tidak dapat digunakan, untuk tujuan emergency. Sesampainya di airport nanti, perlu beli T-Money di kedai serbaguna. T-Money ni boleh guna tuk naik subway dan bas sekitar Seoul.

apps-penting-travel-sendiri-ke-seoul-korea-laluan-subway

Apps Subway Korea berikan info tentang Subway Map. Boleh gunakan info-info dari Trip Advisor untuk tentukan Station Subway mana yang berhampiran dengan tempat penginapan. Macam kak Aya, kak Aya pilih Guesthouse berhampiran Changmuro. Sebab Station Changmuro ni menghubungkan 2 line iaitu line 3 dan 4. Means, lebih mudah untuk jalan! 😀

Mahu Menginap di Mana?

Kalau datang ke Seoul ni, tidak perlulah stay di hotel. Sebab banyak sangat pilihan penginapan yang murah-murah (banding hotel, sini mahal gilos), kak Aya cadangkan cari range harga RM150-RM250 satu malam. InsyaAllah boleh tidur lena, lagipun kita datang melancong untuk lihat tempat orangkan, bukannya lihat hotel orang, hehe…

Antara pilihan penginapan samada Hostel, Guesthouses atau Hotel. Boleh guna apps Airbnb untuk skodeng-skodeng bilik, yang ni boleh direct contact host. Tapi kak Aya tetap yakin dengan Agoda.com dan pastikan baca review orang-orang yang pernah menginap tu menggunakan TripAdvisor sebelum buat booking. Baca semua review keadaan bilik, perkhidmatan, ada wifi atau tiada, kalau sudah puas hati baru booking ok?

Dan jangan lupa sebelum pilih tempat mau stay kena pertimbangkan beberapa perkara seperti berhampiran dengan Subway (baca dari review di TripAdvisor), dekat dengan perhentian bas dari Airport, senang cari makan dan lagi best kalau dekat dengan tempat yang kita mau pegi.

Kali ni kak Aya pilih Guesthouse area Myeongdong. Sebab utama sebab dekat dengan stesen yang menghubungkan 2 line, so senang mau jalan. Lagi satu, ikan asam pedas tu ada di area ni, hihihihi… bijak kan kak Aya pilih tempat? haha..

Ke Mana Nak Dituju?

Penginapan settle, kak Aya cerita pula dimana kak Aya plan jalan-jalan nanti. Kak Aya planning untuk pergi ke beberapa tempat kali ni. Memandangkan pegi kejap jak, dan tujuan utama adalah untuk menikmati autumn dan makan, hihi… maka, prioritynya haruslah dua benda tu kan? So ini antara tempat yang kak Aya mahu pegi kali ni.

1- Banpo Bridge Rainbow Fountain

1st time turun Seoul hari tu, tidak sempat ke sini. So kali ni kak Aya kena pegi. Nasib baik kak Aya datang dalam bulan Oktober ni, sebab dalam bulan November hingga Mac tiada persembahan bridge fountain ni, mungkin sebab sudah masuk musim sejuk, air membeku, hehe. Dan, yang istimewanya, ini adalah the world’s longest bridge fountain. Rugi datang jauh-jauh tidak amik kesempatan pegi tengok kan? Entry akan datang kak Aya share cemana mau ke sini dengan menaiki subway ya 😀

tempat-mesti-pergi-ke-seoul-banpo-bridge-rainbow-fountain

2- Nami Island

Antara satu sebab utama kak Aya kembali ke Seoul ni sebab impian kak Aya untuk melihat Nami Island pada setiap musim. 2014 tu kak Aya sudah datang pada musim Spring,  so kali ni datang untuk musim Luruh pula. Kalau tengok gambar-gambar Autumn pulau Nami ni memang mengasyikkan lah… hihi.. dan kak Aya impikan juga datang pada musim Salji pula. Kali ni mesti bawa anak-anak dan mak.

Lagi satu sebab kenapa kena datang sini kali ni, hari tu kak Aya tidak sempat pusing satu pulau sebab kak Aya bizi main basikal ala-ala pelakon Winter Sonata, hihi… so kali ni mau pusing dan amik gambar banyak2, apatah lagi dedaun pokok suda bertukar warna ke kuning, oren, merah. Mesti mengancam! O ya, kak Aya mau guling-guling atas dedaun juga, harap-harap tidak hujan la. Doakan kak Aya dapat cuaca paling best sekali time di Nami Island tu.

tips-ke-nami-island-menggunakan-itx-train

Nami Island musim bunga. Daun-daun pokok botak. Hihi, meh kita tengok tahun ni pokok kaler apa.. tazabar…

3- Namsan Tower & Namsan Park

Last time kak Aya sudah pergi Namsan Tower ni, tapi, bila google, google kata kawasan Namsan ni tersangatlah lawa pada musim autumn, lagipun ia cuma di kawasan bandar, dekat area guesthouse yang kak pilih tu, hihi… So, kak Aya rasa mau pergi la lah, hihi.. yaa.. harus ingat tujuan datang sebab mau tengok fall foliage kan? so haruslah hunting daun-daun ittew.

cara-ke-namsan-tower-tempat-mesti-pergi-ke-seoul

Namsan Tower & Namsan Park. Amacam, ada tergugat perasaan? hihi…

4- Haneul Park

Satu lagi tempat kak Aya plan mau pegi adalah taman rumput ni, hihi.. walaupun hanya ada rumput tapi katanya bila musin autumn, area ni lawa sangat. Tu sebab kak Aya plan (kalau larat) untuk jalan-jalan sini. Lagipun taman ni agak jauh dari Myeongdong. Kalau ada rezeki, insyaAllah sampai la ke sini. hihi…

cara-pergi-ke-haneul-park-autum-mesti-pergi-di-seoul

Haneul Park. Lawakannn? unik 😀

Ok, setakat hari ni kak Aya confirm pegi Nami Island sebab yang ni kena confirmkan cepat-cepat sebab kena beli tiket ITX train ke sana, takut full. Haa.. nanti kak Aya share tips beli tiket train ke Nami Island yaaa.. hihi…

Jadi kesimpulannya, kalau mau travel sendiri tanpa tour guide ni kenalah fikir mahu stay area mana? apa station subway berhampiran? dekat dengan bas station airport kah? dekat dengan tempat makan? haaa… ini yang penting tau. Kak Aya start cari tempat penginapan dulu dan baca semua review di Trip Advisor. Dari review-review tu kak Aya dapat info yang kak mahukan seperti subway station dan bas station. Then, barulah kak Aya booking tempat penginapan..

So, itu jak update takat ni. Nanti kak Aya share lagi, tempat makan belum sempat share lagi. Semoga dapat membantu sedikit sebanyak buat anda yang bercadang ke korea tanpa tour guide.

Nantikan next tips….

Luv,
Aya Chalo
#ayachalostories