Follow:
Keibubapaan, Kerohanian

Doa Buat Bapa Yang Telah Tiada

Selama 28 tahun ni, semalam kali kedua kak Aya mimpikan arwah bapa. Hensemnya bapa, segak berbaju putih, ceria wajahnya… 

Kak mimpikan beliau berjalan jauh di hadapan, terus ter-refresh balik memang itulah gaya beliau berjalan, kemudian kak Aya sempat juga datang dekat, sempat bapa berpaling, senyum, hensem sangat,  tapi lepas tu terkejut bangun sebab azan subuh dari handphone, belum puas rasanya bertemu, Allahu… rindu yang amat.  
Terus rasa bersalah sebab 3 Syawal baru sempat berkunjung ke kuburan. Apalagi selepas selesai baca surah yasin tadi, bercucuran la airmata kak Aya, seharian memang mudah sangat airmata ni mengalir, asal teringat confirm nangis… ??


Arwah bapa kak Aya meninggal pada usianya 34 tahun sebab Jantung Berlubang. Muda sangat. Sebelum tu sudah 3x operate di IJN. Ketika bapa meninggal tu kak Aya baru masuk primary 1, awal tahun. Sebenarnya bapa sedang sambung Degree Land Surveyor di Adelaide, Australia. Ya, kami semua 4 beradik dan mama ikut ke sana. Meninggal bumi Australia. 

Ketika bapa sedang bertarung nyawa, kak Aya orang pertama nampak bapa di meja studynya.  Sedang duduk bersandar, kepala terlentok di kerusi, tangan memegang pen, kaki terlunjur. Kak Aya tanya bapa, “mau minum kopi ka teh?” (Sebab mama suruh tanyakan). Tapi tiada respon. Kak Aya ingatkan bapa bergurau sebab sebelum meninggal, bapa memang suka main “mati-mati”, mungkin sudah tandanya. Bapa siap ajar mama cara buat CPR. So kak Aya pun peratikan juga la. 

Bila melihat bapa di kerusi, seperti tidak sedarkan diri, kak Aya cuba “test” nafasnya menggunakan jari di hidung, tapi tiada nafas. Lepas tu kak cuba pula dengar degupan jantung di dadanya, juga tiada degupan. Kak jerit panggil mama, kak ingat lagi ayat time tu “Makkkk… bapa tiada nafas”. 

Saat tu la segala-galanya berubah. Mama panic. Huru-hara. Kak Aya cuma berdiri di tepi pintu lihat mama turunkan bapa dari kerusi studynya. Mama buat CPR. Kak Aya nampak ada cecair putih keluar dari hidung. 

Lepas tu mama lari keluar ke rumah jiran Indonesia untuk meminta pertolongan. Ambulans datang dan kami tinggal 4 adik beradik dan jiran temankan di rumah. Adik bongsu Ida time tu tidur, tertiba bangun terus menangis sambil panggil “bapa… bapa”… mungkin arwah bapa jumpa dia dalam mimpi. Kesian dia, time tu baru berumur 3 tahun lebih.  

Lepas tu kak Aya tidak ingat sangat. Yang kak ingat lepas tu kami stay di rumah orang lain, mama cakap orang kedutaan. Almost 2 minggu juga kami stay di Adelaide sebelum kembali ke Malaysia. Alhamdulillah waktu sampai di Lapangan Terbang KK ramai sungguh orang menantikan arwah bapa. Sampai di Lapangan Terbang Tawau pun sama. Sehinggalah dikebumikan. 

Ok, cukuplah, cerita throwback kisah Arwah Bapa yang sangat dirindui. Beliau anak harapan, anak yang bijak, kerja bagus-bagus, tapi Allah lebih sayangkannya. 

Semoga kita bertemu lagi pa… muncullah lagi dalam mimpi anakmu ni ??

Kak Aya tahu, bukan kak Aya seorang saja yang sudah kehilangan Ayah tersayang, jadi kak Aya kongsikan sedikit amalan yang boleh dibuat untuk arwah ibu bapa yang telah tiada. 

  • Mendoakan pada bila-bila masa
  • Sedekahkan Al-Fatihah,  setiap kali selepas solat fardu
  • Mohon keampunan dan kesejahteraan buat ibu bapa
  • Laksanakan wasiat yang ditinggalkan
  • Lakukan amalan yang boleh memberikan pahala berterusan buat arwah seperti bersedekah dan niatkan untuk mereka. 
  • Selesaikan hutang piutang
  • Tunaikan haji buat mereka


Juga boleh doakan doa ini selepas solat;

Segala puji bagi Allah yang telah memerintahkan kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kami dan berwasiat kepada kami agar menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik kami sewaktu kecil. 

Ya Allah, sayangilah kedua orang tua kami, ampuni, redhai dan rahmati mereka. 

Ya Allah, ampuni mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka ketika lampau. 

Berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di dalam kubur. Jadikanlah kubur mereka daripada taman-taman syurga. Dan jauhkanlah kubur mereka daripada salah satu lubang api neraka. 

Ya Allah lemah lembutkanlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami saat mereka hidup. 

Senangkanlah roh roh mereka dengan amal-amal kami. Janganlah mereka disiksa kerana perbuatan terkutuk kami. 

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Pengampun. 

Atau

Ya Allah! Sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada roh bapaku Andi Chalo Manuke. Ya Allah, Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia. Maafkan segala kesalahannya, muliakan kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terima kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”. 

Aaminn…

Al-Fatihah buat arwah bapa tersayang;
Andi Chalo Manuke 28 Jan 1989

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

8 Comments

  • Reply Sarinah bte hashim

    Alfatihah tuk rohnya…
    Sarinah bte hashim pun ada entry best yang bertajuk POPIAH GULUNG INTI IKAN BILIS DARI DAPUR KAKINAMy Profile

    June 28, 2017 at 9:02 pm
  • Reply syafia

    Alfatihah utk arwah bapa kakya. Moga rohnya dicucuri rahmat diklgn para solihin. Sedih dan sebak baca coretan ni.
    syafia pun ada entry best yang bertajuk Vitamin Untuk Tulang Yang Kuat dan SihatMy Profile

    June 28, 2017 at 2:05 pm
  • Reply Lydia Pius

    sedih baca tau…T.T

    terima kasih sebab sudi kongsi
    Lydia Pius pun ada entry best yang bertajuk Kisah Di Sebalik Senjata GayangMy Profile

    June 28, 2017 at 1:17 pm
  • Reply Ros

    Semoga arwah bapa kak Aya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
    Ros pun ada entry best yang bertajuk Tips Bergambar di AidilfitriMy Profile

    June 28, 2017 at 9:21 am
  • Reply Brigett

    Doa dan amalan kita yang masih hidup ini seja yang boleh buat dorang senang hati di sana kan.
    Brigett pun ada entry best yang bertajuk Luka Jahitan Bersalin Yang Buat Kakak Ini Susah Duduk, Susah Jalan Hilang Selepas 3 HariMy Profile

    June 28, 2017 at 7:34 am
  • Reply Byte Jannate

    alfatihah untuk arwah bapa kak aya. masa raya macam ni memang menggamit rindu sama insan kesayangan. semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam orang-orang beriman.
    Byte Jannate pun ada entry best yang bertajuk KENAPA WANITA SUKA BERSOLEKMy Profile

    June 28, 2017 at 7:12 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge