[InfoGrafik] 4 Tips Banyakkan Susu Ibu Walaupun Berpuasa

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma tentu ibu yang menyusukan mula bimbang akan kemampuan untuk berpuasa dan juga risau penghasilan susu ibu bekurangan. Jangan risau ibu, saya kongsikan 4 tips mudah untuk banyakkan susu ibu dan memastikan susu si comel cukup walaupun ibu berpuasa penuh.

Rahsianya simple. Yang paling penting adalah ibu menjaga 4 perkara ini.

Tips banyakkan susu ibu walaupun berpuasa

#1: Makan Makanan Seimbang

Ibu perlu memastikan mengambil makanan seimbang iaitu, karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan yang tinggi kalsium dan zat besi. Ibu juga boleh mengambil snek sihat seperti yogurt dan kekacang. Elakkan mengambil minuman berkafien, beralkohol kerana ia boleh menyerap ke dalam susu badan. Makanan yang seimbang juga akan membantu ibu lebih cergas, penghasilan susu ibu yang berkualiti dan meriah. Ibu juga boleh mengambil makanan penggalak susu yang sesuai dengan badan ibu.

#2: Minum Air Secukupnya

Air yang cukup sangat penting buat ibu menyusu yang berpuasa. Bayangkan seharian berpuasa, jika ibu tidak minum air yang mencukupi, berkemungkinan besar air susu tidak dapat dihasilkan dengan mencukupi atau ibu akan mengalami dehidrasi. Pengalaman saya sendiri, jika minum air tidak cukup, susu akan berkurang, badan penat, letih lesu, kepala sakit. Sebab tu saya sangat disiplin untuk mencukupkan 3 liter air setiap hari. Nak tahu tips bagaimana jadual pengambilan air saya untuk pastikan ia cukup 3 liter?

Saya buat macam ni, semasa berbuka saya sediakan 1 liter air letak sesiap dalam botol 1 liter tupperware. Selalunya saya akan buat sirap oren yang ditambah dengan Performance Drink untuk seimbangkan kembali bendalir di dalam badan. Selesai solat isyak, tengah duduk-duduk depan laptop update blog, saya akan sediakan 1 liter air lagi dan mesti habiskan sebelum tidur. Kadang-kadang saya minum lebih dari 1 liter. Hehe.. selepas tu, sewaktu sahur tu saya akan habiskan 1 liter air lagi. Haaa.. ni memang nak kena ada kesungguhan. Kalau tak boleh ikut tips sini, saya ada juga kongsikan tips mudah minum 8 gelas air di bulan ramadhan kat sini.

#3: Pam Tepat Pada Waktunya

Bagi ibu bekerjaya, pastikan ibu mengepam tepat pada waktunya setiap hari. Jadikan ianya rutin. Jika ibu selalu skip, lama kelamaan otak akan mendapat signal bahawa permintaan susu kurang dan akan menyebabkan penghasilan susu turut berkurangan. Jadi, kalau nak penghasilan susu tu maintain, ibu mesti pam pada masa yang sama pada setiap hari. Contohnya ibu pam pada jam 10 pagi dan 2 petang setiap hari.

#4: Doa, Zikir dan Sedekah

Susu ibu adalah rezeki daripada Allah.Tiada daya kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Mohonlah kepada Allah agar diberikan rezeki melimpah-ruah buat bayi. Amalkan membaca doa ini dan spesifikkan doa agar Allah izinkan untuk menyusukan bayi sekurang-kurangnya dua tahun.

“Ya Allah Ya Tuhanku…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan, amin…”

Selain itu, ibu boleh mengamalkan zikir untuk banyakkan susu iaitu zikir “Ya Matin” sebanyak 70 kali sebaiknya pada waktu subuh dan malam dan boleh juga dihembuskan ke air dan dijadikan minuman.

Ibu perlu ingat, kejayaan menyusukan bayi 90% terletak pada mindset, dan 10% pada teknikal. Pemikiran positif, kesungguhan ibu dan sokongan insan sekeliling insyaAllah membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu walaupun berpuasa.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

4 thoughts on “[InfoGrafik] 4 Tips Banyakkan Susu Ibu Walaupun Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge