[InfoGrafik] 5 Fakta Penglihatan Bayi Baru Lahir Yang Papa & Mama Harus Tahu

Sangat seronok perasaannya apabila berjumpa dengan “orang baru”. Semua teruja nak dukung baby, nak acah-acah dengan baby, nak lihat senyuman baby. Tapi, bila kita dah acah-acah, baby tak senyum pun, kepada ya? Ini adalah kerana, pada usia kurang daripada dua bulan, penglihatan bayi baru lahir masih lagi terhad, dan ini menyebabkan bayi kurang responsif. Saya kongsikan fakta anda harus tahu tentang bayi baru lahir.

fakta penglihatan awal bayi

Oh seriusnya baby Rara 😀

5 Fakta Penglihatan Bayi Baru Lahir

#Fakta 1 : Bayi Tidak Mempunyai Air Mata Di Awal Kelahirannya

Jangan terkejut jika bayi anda tidak mengalirkan air mata walaupun dah menangis bagai nak rak. Ianya normal. Ini adalah kerana, sebelum bayi berusia sebulan, bayi tidak menghasilkan dan mengeluarkan air mata ketika menangis. Jadi, ibu jangan risau tau jika keadaan ini berlaku.

#Fakta 2: Bayi Hanya Boleh Melihat Dengan Jelas Pada Jarak 20cm

Penglihatan terbaik bayi sewaktu baru lahir adalah pada jarak 20cm. Jika terlalu dekat atau terlalu jauh, pandangan bayi akan menjadi kabur. Oleh itu, jika nak bermain dengan bayi sebelum berusia 2 bulan, pastikan jarak muka berada pada 20cm daripada mata bayi.

#Fakta 3: Kelipan Mata Bayi

Bayi mempunyai kekerapan kelipan mata yang kurang daripada dewasa. Selalunya, dalam tempoh seminit, bayi hanya mengelipkan mata sebanyak 2 kali berbanding dewasa yang boleh mencapai sehingga 15 kelipan dalam seminit.

#Fakta 4: Mata Bayi Mampu Bertukar Warna

Anak mata bayi mampu bertukar warna berbeza berbanding sewaktu lahir. Ini adalah kerana, ketika membesar, badan menghasilkan melanin yang boleh merubah warna anak mata bayi. Oleh itu, jangan hairan jika anak mata bayi berubah warna mengikut genetiknya.

#Fakta 5: Bayi Mula Fokus Pada Usia 2 Bulan

Pada usia bayi dua bulan, bayi mampu untuk melihat dan fokus kepada objek yang bergerak. Haaa.. masanya sudah tiba buat ibu dan ayah bermain peek-a-boo dengan bayi.

Semoga info yang ringkas ini boleh menjawab persoalan ibu bapa baru yang baru menimang cahayamata.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

fakta penglihatan bayi baru lahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge