Follow:
Keibubapaan

Kisah Pengorbanan Teragung: Salam Aidil Adha Buat Semua

Salam semua.

Pepagi ni anak-anak sibuk bertanyakan apa itu Hari Raya Korban. Jadi mamanya dapat idea untuk mainkan youtube Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail agar diorang faham sikit-sikit tentang Hari Raya Korban. Sempat juga play video sembelit lembu, muahaha.. Ngeri weh, tapi anak-anakku tabah ja menonton ?

Banyak pengajarannya dari Kisah ini sebenarnya. 
Antaranya bagaimana kita sebagai hamba Allah tidak boleh mudah berputus asa dan perlu sentiasa yakin akan janji Allah. Bila Siti Hajar berulang alik sebanyak 7 kali antara Safa dan Marwa dek kerana anak yang lapar, mengapa Allah tidak munculkan air zam-zam di hujung kaki Nabi Ismail dengan segera tapi biarkan sehingga 7 kali dan sehingga Siti Hajar terlalu penat dan hampir putus asa? Kerana Allah mahu lihat sekuat mana kita sanggup berusaha untuk sesuatu yang kita mahukan. Dan lihatlah, sehingga kini Air Zam-Zam tidak pernah kering, malahan sentiasa mengalir. Pengorbanan yang berbayar dengan manisnya 

Begitu juga dengan kita. Sekuat mana kita mahukan sesuatu dan sebanyak mana kita sanggup korbankan untuk mencapainya? Kerap kali kita cuba sekali, gagal dan lepas tu terus putus asa dan tidak mahu mencuba lagi. So agak-agak kalau macam ni lah, akan tercapaikan kejayaan yang kita impikan? Fikir dan insafi sendiri. 

Ok panjang pula terbebel kan. Sebenarnya saya cuma mau amik kesempatan untuk ucapkan Salam AidilAdha kepada semua followers ayachalo.com.

Semoga kita menjadi hamba yang berjaya dunia dan akhirat.

Salam Sayang, Aya Chalo (ayachalo.com)

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge