Follow:
Cari Makan, Travel, WAHM

Makan Seafood Murah di Sri Titingan Seafood Tawau

Last day di Tawau rabu lepas, kak Aya sempat makan malam di Sri Titingan Seafood yang terkenal sebagai restoren seafood di Tawau. Tapi sebelum kak Aya bagi review tentang restoran tu, kak cerita sikit apa yang menarik tentang Mee Tauhu dan Pasar Besar Tawau. Manalah tau korang mau datang ke Tawau kan, boleh la usha-usha apa yang kak akan ceritakan ni. 

Pepagi lagi kak Aya cuba nasib cari Mee Tauhu Tawau yang sedap tu. Alhamdulillah kedai sudah start beroperasi di hari raya ke 4. Kalau balik ke Tawau ni tidak sah lah kalau tidak singgah ke tempat makan yang sedap dan best di Tawau ni. 

Mee-tauhu-tawau-sedap

Mee tauhu yang terkenal di Tawau. Mee tauhu ni adalah mee udang yang dimakan bersama pelbagai jenis tauhu yang dimasak berkuah. Sedap sangat ni. Turun Tawau wajib try ya.


Selesai makan mee tauhu, kak Aya terus menuju ke Pasar Besar Tawau. Mak kak Aya kirim toto kekabu, so kak Aya pegi la cari. Sebelum beli toto, kak Aya naik ke tingkat 1 kengkonon cari ikan bilis. Kak Aya suka beli ikan bilis di Tawau ni sebab “lawa” dan baru. Ikan bilis kopek kegemaran kak. Wajib ada dalam peti ais. 

Ikan-bilis-sabah-tawau

Bilis kopek yang “lawa”. Fresh gittew

Perkara-menarik-cuti-di-tawau

Heaven kannn??? ?


Pengalaman baru di area ikan kering ni, memula kak Aya ternampak bungkusan sirip ikan bergantung berharga RM800, kemudian RM2500, paling wow sekali kak Aya jumpa fish maw yang berharga RM8500 sebungkus. Tekojot kak Aya. Mahal gilakk. Ni kalah harga gelang emas kak ni. Baru kak Aya tahu ada pula “benda mahal” dijual di Pasar Besar Tawau ni ?

Cuti-cuti-di-tawau-sabah

RM8500 gulppp ?


Settle beli sekilo ikan bilis dan diselubungi rasa terkejut dengan harga Fish Mow tadi, kak Aya turun ke bawah untuk cari Toto Kekabu. Dan bila sudah berada di tingkat bawah ni memang rambang mata tengok produk periuk dan peralatan dapur dari indonesia, filipina, india. 

Terbeli la pula bekas lauk-pauk besi. Huhu… ntah guna ka tidak nanti. Yang penting beli dulu ? pakai belakang kira. Wajib beli juga adalah Gula Merah Indonesia (sedap gilak), ragi untuk buat tapai, amplang ikan, amplang udang dan kuih bangkek. Oh ya kak Aya sempat juga beli lengkuas parut. Senang mau merendang di KK nanti. Hehe…

Settle di Pasar Besar, kak Aya dan husband ke Pasar Ikan pula. Tapi hampa, yang ada cuma “ikan biasa-biasa”, cuma ikan di sini memang fresh gila. Geram betul tengok ikan kembung dia gemuk semacam, haha… 

Perkara-menarik-cuti-di-tawau-sabah

Geram tengok ikan ni sebab tembam sangat! Segar kan?


Sebelah malam, kak Aya ajak suami, anak-anak dan anak-anak buah untuk dinner di Sri Titingan yang terkenal dengan seafoodnya. Kak Aya pun google location lah, alhamdulillah jumpa. 

Seafood-murah-di-tawau
Kak Aya order 4 lauk; Ikan Siakap Masak Mango Thai, Sotong Goreng Tepung Telur Masin, Udang Butter Kering dan Kahanga Masak Cili Kering. Air pula jus Honeydew, yang ni sedap ya ampun, penuh dengan jus buah, bukan macam kebiasaan tu, air jak lebih. Hihi…

Lokasi-sri-titingan-tawau-seafood

Siakap Manggo Thai

Makanan-sedap-di-tawau

Udang Butter Kering


Restoren-seafood-di-tawau

Sotong Goreng Telur Masin


Seafood-sedap-dan-murah-di-tawau

Kahanga Masak Cili Kering


Penyediaan makanan ambil masa dalam 20-30 minit dan datang berperingkat. Kira ok gak la. Tidaklah lama menunggu sebab customer agak ramai juga. 

Overall rasa dan tahap kesedapan lauk yang kak Aya order agak sederhana. Udang goreng tepung agak keras tepungnya, sotong goreng telur masin agak berbeza “rupa dan rasa” berbanding kebiasaan di kedai seafood, ikan siakap ok, kahanga pun ok, rasa biasa-biasa. Kak Aya lebih prefer masakan di Gayang Seafood. Lebih sedap. Hehe… tapi yang best kat sini sebab murah. Total makan cuma RM125.80 untuk 4 dewasa dan 5 kanak-kanak. Oklah kan?


Tapi apa-apapun terpulang dengan taste memasing. Lidah kak Aya ni dah lain macam sikit, hihi… yang penting ini review seikhlasnya dan next time kena datang lagi sebab super-murah ?

Kepada penggemar seafood, datanglah bertandang ya.

❤️
Kak Aya Chalo

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

7 Comments

  • Reply Falinah

    Sedapnya makanan2 tu?.saya pun pengemar seafood jg.mna tau next time dtg ke tawau boleh singgah tmpt mkn ni juga

    July 3, 2017 at 12:15 am
  • Reply Jesz

    Punua fresh makanan seafood diaa.. Aduii, sisapun~ bikin beliur ohh tgok ..
    Jesz pun ada entry best yang bertajuk Kenapa Perut Kembung Dan Berangin? Ini Puncanya!My Profile

    July 3, 2017 at 12:03 am
  • Reply Odah

    Sri titingan tu parent student saya yg punya. Selalu dapat diskaun berabis kalau makan situ

    July 2, 2017 at 8:57 pm
  • Reply Lydia Pius

    aduuuh masta sedapnyaaaa
    Lydia Pius pun ada entry best yang bertajuk KESAN SAMPINGAN DETOXMy Profile

    July 2, 2017 at 7:18 pm
  • Reply Ros

    Bolehlah singgah kalau ke Tawau.
    Ros pun ada entry best yang bertajuk Penanggal Mekap Yang Terbaik Dan BerkesanMy Profile

    July 2, 2017 at 11:23 am
  • Reply jida

    terkejut tengok harga ikan 8500 tu…bagaimana la rasanya ya…?
    jida pun ada entry best yang bertajuk Rezeki Akhir Ramadhan : Jumpa Penulis Buku Mudahnya Menjemput RezekiMy Profile

    July 2, 2017 at 8:40 am
  • Reply Byte Jannate

    Sedapny tengok makanan tu kak aya. Harga pun boleh tahan juga. Dulu pergi,lau oder,lain dapatnya. Tak sama masakan semenanjung jadiya. Nanti kalau ke san,boleh refer sinila nak cari tempat makan. Terima kasih
    Byte Jannate pun ada entry best yang bertajuk PRODUK PENJAGAAN WAJAH SEMULAJADI PALING BERKESANMy Profile

    July 2, 2017 at 8:04 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge