Makanan & Tempat Makan Best di Tawau

Tawau memang heaven la makanan dia. Kalau balik sana, saya pesan sesiap dengan Mak mertua, nda payah susah-susah, panjang list ni mau makan di sini mak.. hoho.. bertuah punya menantu.. hihih…

Minggu lepas, ngam-ngam kazen kawin, so saya dan suami turun berdua ke Tawau. Inilah masanya untuk makan sesuka hatinya sebab anak-anak tinggal di KK, muahaha…

Jadi, Breakfast, Lunch, Dinner makan luarlah, bila lagi kan? terasa cam orang bujang pula, hehe. Ok, tanpa membuang masa, saya share dimana port makan paling sedap yang saya sudah try. Memang recommended la. Tapi kalau kamu ada tempat lagi best, sudi-sudikan la share di ruangan komen.

Lagi satu kan, sebenarnya entry ni saya buat sebab hari tu bila google “lokasi makanan sedap di tawau” yang keluar cumalah gambar-gambar makanan, lokasinya nda da. Stress gue. Hihi.. almaklumlah walaupun berdarah Tawau, tapi menetap di KK dan nda champin lagi tempat-tempat makan yang best. So, ni yang terhasilnya entry ni. Harap-harap dapat la bagi sedikit info buat anda yang “hunting” makanan sedap di Tawau.

  1. Sanggar Cheese dan Mango Sago di Indo Cafe

makanan-sedap-di-tawau-sanggar-cheese

Sanggar (Pisang) Cheese ni memang sedap. Selalunya cheese dia cair, but kali ni dia mcm ni. Apa-apa pun tetap layan 😀

makanan-sedap-di-tawau-manggo-sago

Mango Sago ni memang heaven, sebab mangga dia tu banyak gila. Sampai ke sudu terakhir pun masih ada buah manggu tu. Ai likeee..

Selain dari dua ni, ada banyak lagi lah makanan lain seperti makanan goreng-goreng, gado-gado, tapi nda pernah try yang tu sebab datang cafe ni semata-mata mau makan dua benda di atas.

Ok, lokasi cafe ni ada di sini Indo Cafe II, Tawau, Sabah, Malaysia. Pastikan install Google Maps tau, senang mau cari. Hehe… ok next.

2. Gado-Gado di Warung Jawa, Taman Semarak

Ok, kalau datang ke Tawau, pastikan makan Gado-gado ni yang dibuat di Warung Jawa Taman Semarak ni. Dia memang buat time tu juga, siap lenyek2 lada, tabur2 kacang (lupa pula amik gambar), dan Gado-gadonya antara yang tersedap bagi saya. (Menitik pula air liur sambil taip ni, haha). Nasib baik sempat abadikan gambar ni, huhu.. Ada juga Big Why kena balik Tawau selalu ni, hihihi… kalau mau pegi, pegi awal pagi tau, karang habis dan jangan pegi hari jumaat, sebab restoren ni tutup. Oh ya, jangan lupa try juga kuih muih tradisional di situ, murah ja 4 ketul RM1, mana mau cari? Only in Tawau la 😀

Lokasinya di sini Warung Jawa Taman Semarak.

makanan-best-dan-sedap-di-tawau-gado-gado

Jangan tenung lama-lama, karang termimpi-mimpi, huhu…

3. Mee Tauhu di Kedai Kopi Mee Tauhu Tawau

Ini paling manang ni. Yang lain semua aku datang sekali ja, yang ni aku sempat datang 2 kali. Hahaha.. jadi silalah bayangkan betapa marvelesnya Mee Tauhu dia tu kan.. dan, bukan calang-calang ya, restorennya memang Full House sokmo. Sampai menunggu kita di luar tuk tunggu giliran duduk. Hihi.. Apa jom skodeng apa yang best sini.

Lokasinya di sini Kedai Kopi Mee Tauhu Tawau

makanan-best-di-tawau-mee-tauhu

Satu set. Mee Udang, Telur Mata dan Tauhunya. Sambal dia tu sodappp, tauhu pun sodap.. Mee dia kan, piring besar RM 1.50 ja tau (belum termasuk telur), tapi memang banyak gila. Tauhu tu pula boleh pilih mau tauhu bulat ka, tauhu putih ka, lada sumbat (yg ni cepat habis), terung or peria. Saya cadangkan, ko try la semua. hihih… memang sedap ya ampun.

makanan-sedap-di-tawau-mee-tauhu

Saja amik gambar tauhu closed up gini supaya boleh dijadikan inspirasi, hahaha… kalau di KK ni, ko masak sendiri la jawabnya, hihi…

makanan-sedap-dan-best-di-tawau-nasi-kuning

Kali kedua datang ke restoren ni sebenarnya sebab mau try Nasi Kuning dia. For me not bad la. Berbanding day 1 breakfast di Tawau dengan nasi kuning di kedai lain, this one lagi sodap dan harga pun mahal gila, hihih.. Sepa suruh pilih ikan putih kan, offcos la mahal, harga sepiring ni RM12. hambek ko.. tapi yang penting, puas hati (cuma nda da pula kelapanya, mau juga ada kelapa tu, barulah nasi kuning). Apa-apapun, Must try juga ni,

4. Seafood di Atap Biru Kam Ling Fresh Seafood

Kalau datang Tawau, tolonglah try Seafood dia. Ada banyak restoren seafood yang best-best. Tapi saya suka yang di atap biru. Yang penting, seafood fresh-fresh dan masakannya pun sodap. Restoren ni Serve No Pork, so kalau nda yakin, nda payah masuk 😀

Lokasinya sini Kam Ling Fresh Seafood

makanan-seafood-sedap-di-tawau

JellyFist Thai Style, Soft Crab Salted Egg, Sotong dan Udang. Ada lagi sebenarnya ni Isi ikan steam dengan Garlic tapi lupa gambar. Overall masakan dia sedap dan ada rasa la.. Tapi paling sadap tu lada hiris, hihi… Malam tu memang makan kenyang sungguh, Alhamdulillah…

5. Lain-lain makanan must try

Ok, sebenarnya ada lagi port makan best di Tawau ni, macam Sate Fujimat dan Gogos (pulut panggang), tapi lupa pula amik gambar. Lokasinya di sini Sate Fujimat dan Gogos. Ini pun wajib makan juga kalau turun ke Tawau.

Selain tu boleh juga lepak-lepak di tepi Highway di Tawau sambil minum Ice Teler.

makanan-sedap-dan-best-di-tawau-ais-teler

1st time try Ice Teler ni. Dia macam ABC juga cuma ais tu ketul-ketul macam tu, dalam dia ada tapai ubi kayu dan ditabur-tabur dengan roti, huhu.. rasa nda boleh terima kenyataan ada roti dicarik-carik atas tu, hahaha.. tapi habis gak la aku makan. Jangan lupa try tau.

makanan-tradisi-bugis-di-tawau-pisang-telemmek

Ini nama dia Pisang Talemmek (kalau salah tolong betulkan), katanya kuih tradisi orang Bugis. Aku pun orang Bugis gak, tapi kenapakah baru 1st time aku jumpa ni, hahaha.. Ok, pisang ni sedap sebab manis-manis dan ada pula kacang di tengah-tengah. Kalau mau try, di Warung Jawa Taman Semarak dan di Sate Fujimat tu ada jual. Jangan lupa tanya waitress. Must try juga 😀

Ok… itu saja story makanan kali ni. Sebenarnya ada banyak lagi makanan best-best di Tawau ni macam Bakso, Murtabak, Nasi Lalap etc tapi nda jumpa lagi mana port best.

So, kalau anda yang membaca ni ada port best, tolong share tau di ruangan komen. Jadi next time turun Tawau bolehlah aku pi try test semuanya, hihi…

Till then, jumpa lagi di entry akan datang. Kalau mau cari Produk Shaklee, kontek ai tau #AyaChalo_0138633224, Pengedar Shaklee Sabah, hahaha (sempat lagi bah).

Ok bai! 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge