Follow:
Keibubapaan, Penyakit

Penyebab, Tanda Jangkitan dan Tips Pencegahan Penyakit Pneumokokal

Penyebab, Tanda Jangkitan dan Tips Pencegahan Penyakit Pneumokokal

Setiap 20 saat, 1 kanak-kanak mati akibat pneumonia ataupun dikenali sebagai jangkitan kuman di paru-paru. Pneumonia merupakan antara satu daripada empat Penyakit Pneumokokal.

Minggu lepas, anak Aya sendiri iaitu Faeq yang berusia 7 tahun, mendapat jangkitan Pneumonia. Ini merupakan pengalaman kedua bagi saya. Bermula dengan batuk dan selesema, kemudian batuk seolah-olah tidak cukup nafas, merupakan tanda-tanda terkena jangkitan dan terus saya meminta suami membawa anak ke emergency hospital sebelum terlambat.

Naluri ibu selalu betulkan? memang anak Aya dah kekurangan oksigen, dan kuman dah pun menyerang, setelah neb 3x namun Faeq masih bernafas laju, lalu x-ray dilakukan dan akhirnya warded kemudian terus diberi rawatan oksigen dan antibiotik.

Bayangkan lah, dah la balik raya rumah mertua dan ada baby kecil yang menyusu badan, tak dapat temankan anak yang bertarung nyawa di hospital. Sakit jiwa T_T. Tapi memang salah saya pun, saya lupa bawa vitamin minyak ikan Omega Guard dan vitamin c yang biasa anak-anak makan untuk elakkan selesema dan batuk yang berlarutan.

Apa yang menakutkan apabila anak mendapat jangkitan ni adalah, ia boleh menjadi serius dalam masa yang singkat dan kadar kematian juga amat tinggi, Nauzubillah. Sebab tu, ibu perlu alert tentang penyakit Pneumokokal ni.

Penyebab, Punca, Tanda jangkitan pneumonia paru-paru

Apakah Penyakit Pneumokokal?

Penyakit Pneumokokal berpunca dari sejenis bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan tekak dan telinga dan juga boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti radang paru-paru dan radang selaput otak dan saraf tunjang yang boleh membawa maut.

Ia berpunca dari bacterium Streptococcus Pneumoniae yang terdapat pada lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman) dan boleh merebak melalui batuk dan sentuhan orang yang berada di sekeliling secara terus.

Terdapat hampir 90 jenis serotip pnuemokokal. Kebanyakkannya mengakibatkan jangkitan ringan namun ada segelintir yang mampu menyebabkan jangkitan lebih teruk.

Jenis-jenis Penyakit Pneumokokal

#1: Pneumonia 

Juga dikenali sebagai radang paru-paru atau jangkitan kuman di paru-paru. Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan ruang pleural, keradangan kantung yang mengelilingi jantung dan pembentukan abses paru-paru.

Tanda-tanda jangkitan:
Kesukaran bernafas, pernafasan laju (boleh lihat anak tarik nafas hingga ke perut), batuk berkahak atau tanpa kahak, rasa tidak sihat dan kerap merengek, demam, sakit dada dan seram sejuk.

#2: Meningitis

Merupakan radang selaput otak dan saraf tunjang. Antara komplikasinya adalah serebral palsi, epilepsi, kerosakan otak, penyakit buah pinggang, kehilangan pendengaran, amputasi anggota badan, kelewatan perkembangan dan kematian.

Tanda-tanda jangkitan:
Leher kejang, demam, sakit kepala, tidak berupaya untuk makan, meragam serta kelesuan.

#3: Otitis Media

Merupakan jangkitan di bahagian telinga tengah. Otitis Media boleh menyebabkan jangkitan Meningitis dan mastoiditis iaitu jangkitan di tulang mastoid yang terletak di belakang dan di atas cuping telinga.

Tanda-tanda jangkitan:
Sakit telinga, sukar tidur, demam dan kerengsaan.

#4: Bakteraemia

Merupakan bakteria dalam aliran darah. Ia memberi kesan kepada neurologi dan sepsis dan keadaan ini boleh mengancam nyawa.

Tanda-tanda jangkitan:
Demam, kerengsaan, bintik merah pada kulit, kekeliruan atau perubahan mental.

Siapakah yang berisiko tinggi dijangkiti Penyakit Pneumokokal?

  • Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah penyakit kronik
  • Kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan

Apakah langkah pencegahan untuk mengelak Penyakit Pneumokokal?

Mengamalkan cara hidup yang sihat, memastikan kebersihan diri dan persekitaran, penyusuan susu ibu serta pengambilan vaksin atau imunisasi boleh mencegah dan melindungi kanak-kanak daripada jangkitan Penyakit Pneumokokal ini.

Jika anak batuk dan selesema, ibu perlulah memastikan anak mendapat rehat yang secukupnya, minum air mencukupi, menjaga dan mengawal makan minum anak agar selesema dan batuk tidak berlarutan serta mendapatkan rawatan daripada doktor. Sekiranya anak mempunyai tanda-tanda jangkitan segeralah ke hospital kerana jika ia dapat dikesan dari awal dan diberikan rawatan yang sewajarnya, penyakit ini dapat dikawal.

punca dan rawatan jangkitan paru-paru

Setelah 3 kali nebulizer dan 1 kali x-ray akhirnya Faeq admitted kerana nafas terlalu laju dan kekurangan oksigen. Sobs

tanda-tanda jangkitan paru-paru pneumonia

Kesian anakku. Oksigen sedang diberikan. Penat dan sakit dada katanya.

cara merawat pneumonia

Nasib baik sudah beli Mesin Nebulizer ni time Awal kena serangan setahun lalu. So boleh buat rawatan sendiri di rumah. Saya sendiri request ke dokter untuk berikan ubat Ventolin kerana kesan lebih laju berbanding Salbutamol yang perlu diminum.

Namun, setelah dua orang anak saya diserang penyakit yang sama, hampir fobia dibuatnya bila anak sukar bernafas, macam-macam terlintas di fikiran. Jadi terfikir pula untuk berikan anak-anak saya ni suntikan vaksin Pneumokokal selain ikhtiar untuk tingkatkan sistem immune diorang dengan vitamin kanak-kanak Shaklee seperti multivitamin, minyak ikan dan vitamin c. Sehingga hari ini anak saya masih meneruskan rawatan antibiotik dan neb di rumah. Doakan dia cepat sembuh seperti biasa 😀

Jika anak anda mengalami tanda-tanda di atas, dan perlukan bantuan, jangan segan untuk menghubungi saya. InsyaAllah saya akan membantu. Saya doakan anak-anak kita dilindungi dari penyakit yang boleh membawa maut ini.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo.com – Parenting From The Heart
Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

8 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Sian Faeq…Alhamdulillah semuanya dah selamat. memang takut bil;a anak-anak batuk ke selesema. Memang extra care la ibu
    Ibu Zarith pun ada entry best yang bertajuk 7 Cara Atasi Perut Meragam Sepanjang HariMy Profile

    July 29, 2015 at 12:39 am
    • Reply Aya Chalo

      Tq Zarith. Haaa.. tu la. Memang kena extra carefull. Memang menakutkan sebab jangkitan ni tiba2 ja boleh jadi teruk. Nauzubillahh… hari ni dah follow up checkup dengan dokter. Alhamdulillah, semua dah makin ok.
      Aya Chalo pun ada entry best yang bertajuk 7 Petua Mengatasi Rambut Gugur Teruk Selepas BersalinMy Profile

      August 1, 2015 at 10:23 pm
  • Reply Riza Afzan Asri

    Semoga cepat sembuh Faeq
    Mama mesti susah hati sangat kan
    Riza Afzan Asri pun ada entry best yang bertajuk Resepi Kari Kepala Ikan Salmon Berlemak Tanpa SantanMy Profile

    July 26, 2015 at 11:35 pm
    • Reply Aya Chalo

      Makasih Riza. Memang sgt susah hati. Huhu.. Tp skrg sda beransur pulih, lasaknya pun dah kembali. Hahah.. Urut dada ?
      Aya Chalo pun ada entry best yang bertajuk Pengedar Shaklee SarawakMy Profile

      July 27, 2015 at 12:53 am
  • Reply Eva Heart

    Semoga Faeq cepat sembuh.Amen
    Eva Heart pun ada entry best yang bertajuk 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu EksklusifMy Profile

    July 26, 2015 at 11:35 am
  • Reply cikyah

    Alamak.. baby pn haritu dh start neb.. dia batuk mcm tak lepas.. lepastu batuk2 muntah balik susu
    Doctor bg sabutamol dgn serbuk singulair tu

    July 26, 2015 at 10:14 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge