Follow:
Keibubapaan, Penyakit, Tips Sihat

Punca, Tanda-tanda, Rawatan dan Cara Mengatasi Vertigo

Bayangkan anda sedang berdiri dediam, tiba-tiba dunia persekitaran seakan berpusing-pusing. Pelik kan? Tapi bagi pesakit Vertigo, inilah sensasi palsu yang akan mereka alami.

Apabila serangan Vertigo berlaku, pesakit Vertigo akan merasakan diri mereka dan persekitaran bergerak atau berpusing-pusing. Kebiasaanya pesakit akan hilang keseimbangan, merasa loya, pening, pandangan mata menjadi kabur dan menyebabkan sukar untuk melakukan aktiviti harian.

Vertigo sementara juga boleh terjadi kepada kanak-kanak. Kak Aya masih ingat sewaktu kecil, kak Aya suka main pusing-pusing, selepas pusing beberapa kali dan berhenti, dunia masih lagi berpusing dan kak rasa pening, badan tidak stabil dan seolah-seolah mahu tersungkur.

Vertigo-dan-cara-mengatasi

Sensasi Vertigo. Dunia seakan-akan bergerak walaupun sedang berdiri tegak.

Haa.. lebih kurang beginilah sensasi Vertigo tu, tapi, ia akan menjadi lebih teruk bergantung kepada situasi dan ada serangan yang cuma akan berakhir selepas beberapa hari. Huhu, azab kan?

Apa tanda-tanda mengalami Vertigo?

Antara tanda Vertigo adalah rasa berputar atau bergerak walaupun kita sedang duduk diam-diam.

Pergerakan badan atau kepala, atau berguling-guling di atas katil boleh memburukkan lagi keadaan pesakit Vertigo. Jadi, jika anda mempunyai tanda Vertigo, elakkan melalakukan pergerakan macam ni ya.

Tanda-tanda Vertigo selalunya berbeza mengikut individu. Ada yang rasa sikit-sikit sahaja namun ada juga yang rasa sehingga mahu pengsan. Rasa ini diikuti dengan rasa mual dan muntah.

ubat-rawat-vertigo

Vertigo selalu menyerang dan mengakibatkan pening melampau.

Selalunya apabila pemeriksaan dijalankan, terdapat tanda-tanda pergerakan mata yang tidak normal pada pesakit Vertigo.

Vertigo turut menyebabkan ketidakseimbangan tubuh, namun, jika mengalami ketidakseimbangan melebihi beberapa hari dan diikuti dengan sebelah tubuh menjadi lemah, kemungkinan juga ia adalah tanda-tanda awal strok atau gangguan otak.

Jadi, kak Aya sarankan cepat-cepatlah berjumpa dengan Doktor sebelum ia bertambah teruk.

Bagaimana Vertigo boleh berlaku?

Terdapat beberapa sebab berlakunya Vertigo dan ia boleh ditentukan berdasarkan samada ia berpunca daripada masalah peripheral atau central.

Peripheral ni selalunya gangguan pada sistem keseimbangan di dalam telinga. Ini termasuklah seperti keradangan dalam telinga, atau terdapat batu-batu kecil di rongga telinga yang menggangu fungsi keseimbangan badan dan meransang berlakunya Vertigo. Ini dikenali sebagai Vertigo Paroxysmal Positional (BPPV).

Selain tu, penyakit Meniere yang disebabkan oleh kehilangan pendengaran atau bunyi berdering di telinga disebabkan pengumpulan bendalir juga boleh menyebabkan Vertigo.

Manakala central pula adalah gangguan di bahagian otak atau saraf tulang belakang. Puncanya termasuklah migrain, gangguan fungsi otak seperti kecederaan, strok yang menjejaskan bahagian tertentu otak, atau ketumbuhan.

Apa Faktor Meningkatkan Risiko Vertigo?

Kajian menunjukkan 2%-3% dalam populasi berisiko mendapat BPPV. Manakala wanita berusia juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat Vertigo.

Berikut pula adalah faktor-faktor lain yang boleh mendedahkan diri kepada serangan Vertigo, iaitu;-

  1. Kecederaan kepala
  2. Mengamal ubat-ubatan antaranya ubat darah tinggi, aspirin, ubat anti-tekanan
  3. Mempunyai tekanan darah tinggi
  4. Penyakit Jantung
  5. Diabetes
  6. Merokok
  7. Minum alkohol

Bagaimana Untuk Elak Berlakunya Vertigo?

Mengawal faktor risiko untuk strok boleh mengelakkan berlakunya cental Vertigo. Ini termasuklah mengawal tekanan darah, kolestrol, berat badan dan paras gula di dalam darah.

Untuk mengawal risiko Vertigo disebabkan oleh penyakit Meniere pula, mengawal pengambilan garam mungkin membantu.

Apakah Rawatan Vertigo?

Selalunya pesakit Vertigo boleh mendapatkan sesi Fisioterapi. Pergilah ke hospital berhampiran untuk info lanjut.

Ubat-ubatan juga boleh memberi sedikit kelegaan namun tidak digalakkan untuk diamalkan untuk jangka masa panjang. Perlu diingatkan ubat-ubat ini hanya mengurangkan gejala dan bukan menyembuhkan Berbincanglah dengan pakar kesihatan untuk option terbaik.

Rawatan-vertigo

Jika mengalami Vertigo, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar kesihatan.

Oleh kerana masalah Vertigo ni boleh berlaku secara spontan, dan agak sukar meramal siapa yang berisiko, maka ini menyebabkan ia tidak boleh dihindari secara menyeluruh.

Adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan pemakanan sihat yang seimbang, disokong dengan makanan tambahan, agar dapat mengurangkan risiko berlakunya serangan Vertigo.

So, kak Aya harap artikel ni dapat menambah info mengenai Penyakit Vertigo. Next entry kak akan kongsikan tentang kisah mak ex-officemate kak Aya, yang merupakan pesakit Vertigo. Kak akan share bagaimana beliau boleh menghentikan serangan Vertigo dan alhamdulillah, akhirnya beliau boleh tidur lena sepanjang malam.

Tunggu…

Luv,
Kak Aya Chalo
ayachalo.com

Share on
Previous Post Next Post

13 Comments

  • Reply Eva

    Bahayanya ni vertigo. Thanks info sis ❤

    January 6, 2018 at 2:25 pm
  • Reply Norkarlina

    Kawan kena ini sebab bangun mengejut anaknya nangis minta susu..
    So semua orang berpontensi kena ini..
    Tq tipsnya kak aya..

    January 6, 2018 at 12:37 pm
  • Reply Ratna

    Saya tunggu post akan datang lagi ni.

    January 6, 2018 at 11:55 am
  • Reply Ena Suhaina Mat Jaidin

    Sengsara juga ada Vertigo ni. Nda dapat buat kerja kalau begitu.

    January 6, 2018 at 11:23 am
  • Reply Alezra

    jom kita elak dari terkena serangan vertigo, sbb kalu terkena mmg bahaya dan sakit

    January 6, 2018 at 10:57 am
  • Reply EMMA FRANCISCA LUIS

    entah la..mugkin jodoh sy selalu ketemu dengan individu yg ada masalah vertigo ni.. seram dengar pengalaman mereka tau.. one fof them ambil vivix shaklee.. syukur sekrang every month beli vivix sbb vivix bantu dia lebih fokus bilangnya!

    January 6, 2018 at 10:56 am
  • Reply FATIMAHWATI BINTI HAMZAH

    Bagus artikel tentang vertigo ni. Ilmu baru thanks for sharing.

    http://fatinhamzah.wasap.my

    January 6, 2018 at 10:53 am
  • Reply Diana

    Bahaya pula kan vertigo ni..ada kawan pun dia amalkan vivix juga untuk kes begini..

    January 6, 2018 at 10:26 am
  • Reply Alezra

    cuba vitamin kesihatan untuk elak dari terkena serangan vertigo.

    January 6, 2018 at 10:24 am
  • Reply falinah

    Perkongsian yang menarik.

    January 6, 2018 at 10:09 am
  • Reply Nija

    Pernah rasa Masa pregnant
    Sengsara betul rasa

    January 6, 2018 at 10:05 am
  • Leave a Reply