Resipi Ayam Grill Simple, Sedap Sehingga Menjilat Jari

Dah lama nak share Resipi Ayam Grill yang mudah, simple dan yang paaaaling penting, sedap sehingga menjilat jari. Ilham resipi ni saya dapat time proses cuba-jaya ketika merasmikan oven baru, hihi.. sejak itu, menu ni lah yang saya selalu buat lebih-lebih lagi suami dan anak-anak bagaikan ketagih dan yang bestnya boleh buat banyak-banyak sekaligus dan difrozenkan.

Ayam yang difrozenkan ni lebih sedap rasanya sebab rempah dah meresap sehingga ke tulang dan cara ni memang menjimatkan masa memasak kerana hanya perlu cairkan, bakar di oven dan siap!

Ayam Grill Resipi mudah dan sedap

Nyummy… ni lauk kegemaran anak-anak dan suami. Makan sampai bohsannn.. hihi

So tanpa membuang masa, hari ni saya nak kongsikan resipi rahsia (pasni dah bukan rahsia lagi, hihi). Nasihat saya, ketika menyediakan menu ni, pastikan mommies happy, mata bersinar-sinar dan hati penuh dengan kasih sayang. Barulah rasa sedap berganda-ganda dan menusuk ke jiwa suami dan anak-anak. Kidding 😀

Resipi Ayam Grill Resipi Bonda

Bahan-Bahan:

4 ketul Ayam bahagian paha – Kelarkan
15 biji Bawang Merah – Dikisar/Tumbuk
10 ulas Bawang Putih – Dikisar/Tumbuk
4 sudu besar Kari Ikan (memang sengaja tidak guna kari ayam, rasanya lagi sedap)
3 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Kicap Manis
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Mixed Herbs
Gula
Garam
Perasa

Cara penyediaan:
1. Bersihkan dan kelar-kelarkan ayam, tambahkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati. Adjust perasa sehingga menepati tekak.
2. Masukkan ke dalam tray membakar. Saya guna casserole sebab nak berkuah sikit.
3. Tutupkan menggunakan aluminium foil. Pastikan aluminium foil ditebuk agar terdapat kitaran haba semasa memasak.
4. Masukkan tray membakar ke dalam Oven dan setkan suhu 200 hingga 250 degree, api atas dan bawah selama 30-40 minit. Yang ni bergantung kepada oven masing-masing, jangan takut untuk cuba-jaya okeh.
5. Setelah 40 minit, buka aluminum foil dan panaskan semula selama 20 minit dengan suhu 180 hingga 200 degree. Ini untuk menjadikan ayam juicy di dalam tapi garing di permukaan luar.
6. Anda bole mengurangkan atau menambah tempoh memasak bergantung kepada ayam anda. Jangan makan ayam mentah pula.
7. Hidang dan sedia untuk dimakan.

Untuk bekukan ayam yang telah diperap, masukkan ke dalam bekas dan asingkan mengikut portion satu kali masak. Saya selalu mengasingkan dua paha untuk sekali makan. Untuk memasak ayam yang telah difrozenkan, keluarkan 2 jam lebih awal agar ayam cair sepenuhnya.

Ok jom cuci-cuci mata tengok gambar cara menyediakan Ayam Grill Resipi Bonda ni.

Resipi Ayam Grill Mudah dan Sedap

Saya suka grill menggunakan casserole sebab kuahnya nanti sedap. Kalau nak diet jangan tiru tau. Banyak minyak. Hehehe..

cara masak ayam grill

Jangan lupa untuk tebuk-tebukkan aluminium foil.

resipi ayam berempah yang sedap dan mudah

Setting kat oven: Api atas bawah, 40 minit, 230 Degree. Kalau paha besar kena tambahkan masa dan grill sehingga masak.

Cara masak ayam grill yang mudah

Emmmm.. wangi semerbakkkk…

Resipi mudah, bahan simple tetapi hasilnya sungguh sedap. Jangan lupa kongsikan resipi ini tau. Selamat mencuba. Pasti tak menyesal.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

 

4 thoughts on “Resipi Ayam Grill Simple, Sedap Sehingga Menjilat Jari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge