Follow:
Pemakanan Si Manja

Resipi Bubur, Puri, Stok Ayam Dan Sayuran Untuk Bayi 6 Bulan

Sebelum Aya kongsikan resipi asas membuat Bubur Nasi, Puri Buah-Buahan dan Sayuran serta cara-cara penyediaan stok ayam, ikan bilis serta stok sayuran untuk dijadikan makanan pelengkap kepada bayi berusia 6 hingga 8 bulan, Aya mahu kongsikan beberapa tips penting buat ibu dalam proses penyediaan ni.

resipi bubur bayi, puri buah, puri sayur dan stok ayam serta sayuran

Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi

  1. Bayi tidak mampu menjilat sudu dengan lidah, jadi gunakan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya dia boleh mengambil makanan dengan bibir.
  2. Sayur-sayuran yang berserat atau berbiji perlu dilenyek dan ditapis untuk mendapat tekstur yang lembut. Hampas sayuran tidak dapat dihadam pada umur ini.
  3. Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan.
  4. Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C.

Bubur Nasi ( 2 hidangan)

resipi bubur nasi bayi

Bubur Nasi. Ibu juga boleh menggunakan beras perang buat si manja.

Bahan-Bahan:

1⁄4 cawan beras, dikisar halus
1 3⁄4 cawan air

Cara memasak:
  1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisar halus, kacau dari semasa ke semasa.
  2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  3. Hidangkan semasa panas.
Tips Penyediaan:
  1. Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
  2. Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

Puri Lobak (2 hidangan)

carrot puree recipe resipi puri lobak

Puri Sayuran. Selain daripada lobak, ibu boleh membuat puri sawi, bayam, brokoli dan labu.

Bahan-Bahan:

1⁄2 cawan lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
  1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
  2. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.
Cadangan:
  1. Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
  2. Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
  3. Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.

Puri Buah-buahan (2 hidangan)

puri apple epal untuk makanan bayi

Ibu boleh menggantikan epal kepada tembikai susu atau buah pir.

Bahan-bahan:

1 biji epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
1 cawan air

Cara memasak:
  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  3. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
Cadangan:
  1. Hidang bersama susu ibu.
  2. Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

Stok Ayam Dan Ikan Bilis

cara membuat stok ayam untuk makanan bayi

Stok ayam dan ikan bilis ini boleh menambah perisa kepada makanan bayi.

Bahan-bahan:

800 g tulang ayam bahagian dada
1 1⁄2 cawan ikan bilis
4 cawan air

Cara memasak:
  1. Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.
    Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
  2. Didihkan 1 liter atau 4 cawa air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.
  3. Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.
  4. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.
Cadangan:
  1. Hidang bersama bubur bayi untuk menambah perisa.

Stok Sayuran

stok sayur-sayuran untuk makanan bayi

Stok sayur-sayuran sebagai perisa semulajadi makanan bayi

Bahan-bahan:

1⁄2 cawan lobak merah, kupas kulitnya
2 biji ubi kentang bersaiz sederhana dan dipotong dadu
1 cawan daun sawi, dipotong kasar
1 1⁄4 cawan air

Cara memasak:
  1. Basuh sayur-sayuran dengan air yang bersih. Didihkan air dan rebuskan ubi kentang dan lobak sehingga lembut. Kemudian masukkan daun sawi dan masak selama 3 minit.
  2. Tapis air rebusan sayur-sayuran. (Tekan sayur-sayuran dengan menggunakan sudu untuk mengeluarkan lebihan air).
  3. Hidangkan pati sayuran tadi ke dalam cawan bayi atau tambahkan ke dalam bubur nasi.

Selamat mencuba mommies! (Oh tak sabarnya nak bagi baby Rara makan) 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart
Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

24 Comments

  • Reply Amirul Hanif

    Assalamualaikum wbt Puan.

    Kami dari team Pocket Jr berminat untuk menjemput Puan untuk membuat paid review.

    Sekiranya Puan berminat, kita boleh berbincang lebih lanjut berkenaan kadar harga paid review yang ditetapkan oleh Puan.

    Terima kasih.

    November 6, 2017 at 2:58 pm
  • Reply Amirul Hanif

    Kami dari team Pocket Jr berminat untuk menjemput Puan untuk membuat paid review.

    Sekiranya Puan berminat, kita boleh berbincang lebih lanjut berkenaan kadar harga paid review yang ditetapkan oleh Puan.

    Terima kasih.

    November 6, 2017 at 2:57 pm
  • Reply Nafisah musa

    assalamualaikum sis,

    thanks for sharing… Baby sy reject makan puree. puas cuba macam2 buah. akhirnya bubur nasi tambah sayur, ikan o ayam jugak yg baby makan. citarasa orang dewasa. kikiki…

    November 4, 2017 at 5:13 pm
  • Reply Fatini

    Terima kasih sis buat resepi yg membantu saya yang baru nak belajar membuat puri n bubu untuk bayi..
    Mohon share ya sis

    August 27, 2017 at 6:16 am
  • Reply Mimi

    Assalamualaikum sis. Saya nak tanya:
    1.mcm beras tu,xperlu basuh dulu ke? Maksud saya,basuh beras tu,keringkan baru blend.
    2.sayur sawi da boleh bagi ea dlm usia 7bulan
    3.stok ayam dan ikan bilis juga x terlalu awal ke bg seawal 6bulan? Sebab mcm ikan bilis masin kan? Mcm saya pernah baca, nak bg ikan bilis kena tgu 9bulan baru boleh bg.

    Terima kasih sis kalau sudi jawab pertanyaan saya ☺

    July 10, 2017 at 5:59 pm
  • Reply Dilla

    Akhirnya.. Dpt pun resepi bubur & puree ni.. Sy copy paste ilmu sis ye…. ??

    April 10, 2017 at 6:33 am
  • Reply fiena89

    saye nk tnye blh ke cmpurkn dengan susu formula…bayi sye isap susu similac lf

    November 13, 2016 at 12:01 pm
  • Reply rose

    salam sis..kiranye bila baby umur 6 bulan 1 hari tu dah blh start bg mknn pejal la ye?:-)

    February 25, 2016 at 5:19 pm
    • Reply Aya Chalo

      wslm, ya bole sis, pastikan bubur tu cair sangat untuk seminggu, bagi baby biasakan diri dulu dan elakkan perut terkejut. Cair seolah2 susu… lgpun memula ni baby baru nak belajar menelan makanan, tak sama macam hisap susu 😀
      Aya Chalo pun ada entry best yang bertajuk National Conference Shaklee 2016 dan Air MataMy Profile

      June 1, 2016 at 11:36 pm
  • Reply Berkhasiatkah Makanan Frozen Diberikan Kepada Bayi? | Parenting From The Heart

    […] resipi makanan bayi, Aya just follow Resipi Bubur, Puri, Stok Ayam dan Sayuran sebagai asas penyediaan makanan baby Rara dan Idea Menu Makanan Bayi 6 Hingga 12 […]

    November 15, 2015 at 12:09 pm
  • Reply titan

    okeh.

    boleh cuba bagi nih nanti.

    anak dah 6 bulan lebih nih.
    titan pun ada entry best yang bertajuk Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.My Profile

    November 8, 2015 at 9:34 am
  • Reply Ros

    bestnya.. ada sukatan lagi. senang sikit.
    Ros pun ada entry best yang bertajuk Bisnes Apa Yang Best? Ini Pilihan SayaMy Profile

    October 28, 2015 at 3:32 pm
  • Reply Dilla

    Trima ksh share…Saya da cuba buat ank puri epal cmpur madu ank suka sgt

    September 10, 2015 at 3:50 pm
  • Reply HawaMdRos

    Owkeh pasni nak wat stok puri banyak2 untuk Naufal .. tenkiu mamarara 🙂

    August 26, 2015 at 1:24 pm
  • Reply eMMe

    Assalam, Aya Chalo, saya jumpe blog anda, sgt gumbira jumpe resepi bubur puri utk baby… Alhamdulillah.. saya copy dari blog anda ya! Salam Kenal dari eMMe…

    August 21, 2015 at 11:38 am
  • Reply josh

    bestnya…x sabar nak try buat puri sendiri…
    tq m.aya

    July 29, 2015 at 4:28 pm
  • Reply Ibu Zarith

    bestnya lahai banyak resepi..seanng nak buat rujukan. terima kasih mamarara =)
    Ibu Zarith pun ada entry best yang bertajuk Selamatkah Penggunaan Baby Walker Terhadap Baby Anda?My Profile

    July 10, 2015 at 11:56 pm
  • Reply test

    test comment from sf

    July 10, 2015 at 2:24 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge