Follow:
Resipi, WAHM

Resipi Korean Spicy Fried Chicken Simple

Pheww, sudah berapa hari nda sempat update blog kak Aya ni, habuk penuh 😂. So hari ni sudah janji dengan diri sendiri untuk update, dan kebetulan kak Aya 1st time cuba masak resipi Korean Spicy Fried Chicken nyum, nyum, nyum. Jadi, haruslah kak Aya share resipinya.

Resipi asal kak Aya amik dari post Korean Spicy Fried Chicken Recipe ni. Tapi, sebab kak Aya ni orangnya style masak yang simple-simple, so kak durhaka sikitlah part cara menyediakan ayam goreng tu.

Memandangkan cubaan pertama time lunch tadi rasanya sedap gilos (mungkin disokong oleh faktor kelaparan), so dinner pun kak Aya masak lagi kengkonon bagi rasa anak-anak yang seharian sekolah siang tadi pula. Alhamdulillah, licin 😍

Ok jom kita tengok bahan dan cara memasak Ayam Goreng Pedas Korea ni. 😁

Bahan-bahan:

A: Ayam Goreng
12 ketul sayap ayam
Tepung serbaguna (kak Aya guna jenama Bestari)
1 biji telur

B: Sos Ayam
3 sudu besar Gochujang
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 sudu kicap cair
1 sudu minyak bijan
Sedikit air

C: Hiasan
Sedikit bijan
Daun bawang

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng ayam mengikut arahan tepung goreng.
  2. Goreng sampai kekuningan, angkat dan ketepikan.
  3. Dì kuali lain, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan Gochujang, sos tomato, madu, kicap cair dan sedikit air (untuk mencairkan paste), kacau sehingga sebati dan cukup rasa.
  5. Sebelum letak ayam yang digoreng tadi, tuang minyak bijan dan kacau sebentar.
  6. Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga sebati dikeseluruhan permukaan ayam.
  7. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang dan bijan.
  8. Siap untuk dihidang.

Simple jak kan? Cuma kena ada Gochujang tu. Kak Aya beli Gochujang dengan satu seller halal korean food online ni, kalau korang berminat bolehla order dengan beliau di page Ommason By FaezAmer Korean Kitchen.

Gochujang ni banyak juga kegunaan dia dalam masakan Korea. Boleh guna untuk sos Bibimbap, untuk Dakgalbi (nasi goreng korea), guna untuk sup-sup pun boleh. Serbaguna gittew.

Resipi dan Step By Step Homemade Kimbap
Resipi Bulgogi (Grilled Marinated Beef) Mudah dan Sedap

Selain gochujang, korang boleh juga order halal kimchi, laver untuk kimbap, susu pisang daripada seller yang kak Aya sebut atas tu 😁

resipi-ayam-pedas-korea

Oh ya, cemana rasa Korean Spicy Fried Chicken ni? Rasanya pedas-pedas, manis dan masam. Kalau mau try dulu boleh try di restoren makanan korea lepas tu masak sendiri di rumah 😅

Selamat mencuba!

❤️
Kak Aya Chalo
Pencinta Makanan Korea
#DapurKakAya

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

3 Comments

  • Reply sarinah bte hashim

    Sedapnya…bereselera betol nak makan…
    bOLEH TRY NI…
    tq ye share resipi …kang kakina nak cub agak
    sarinah bte hashim pun ada entry best yang bertajuk KALSIUM TERBAIK UNTUK IBU-IBU HAMILMy Profile

    July 25, 2017 at 4:00 pm
  • Reply jida

    menarik juga resipi ni. Kalau makan di restoren mau berabis juga ni. Buat sendiri boleh makan sampai puas hati kan?
    jida pun ada entry best yang bertajuk Tanda Badan Terlebih Ambil Garam Dan Risiko Yang Bakal DiHadapiMy Profile

    July 25, 2017 at 7:09 am
  • Reply Nija

    Semangat tengok resepi resepi kak ni tau. Orang yang tidak pernah makan makanan Korea pun jadi mau Cuba 😊
    Nija pun ada entry best yang bertajuk Ini Baru Raya [Edisi 2017]My Profile

    July 25, 2017 at 12:22 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge