Follow:
Keibubapaan, Performance® Natural Orange, Resipi

Resipi Kuih Makmur Sabah Mudah Dan Sedap

Kuih makmur antara biskut raya yang menjadi favorite setiap kali Hari Raya di Sabah. Ada peminat tersendiri gittew. Kalau open house Hari Raya, insyaAllah senang la jumpa di setiap rumah yang dikunjungi. Cuma, yang membezakan cuma sedap atau tidak jak kan, hihi…

Bercerita tentang kuih makmur ni kan, sebenarnya tahun ni kak Aya saja plan untuk buat sendiri sebab susah sangat jumpa kuih makmur Sabah yang sedap di tekak kak Aya ni. So, kuih lain kak tunjuk-tunjuk, yang ini, kak gagahi diri tuk buat.

resipi-kuih-makmur-sabah-sedap

Rara makan sampai 5 bijik ni, huhu… mama hanya mampu memandang.

Kuih makmur ni memang kegemaran kak Aya dari kecik sampai la ke tua bangka ni ha.. hihihi.. kalau Hari Raya, rasa tidak lengkap tanpanya. Teksturnya yang lembut, cair di mulut dan aroma minyak sapi yang nyamannn sangat rasa di tekak tu jadi push factor kak Aya tuk tabah membuatnya. Haha.. (siap ada push factor, hihihi), almaklumlah, kak Aya kan surirumah bz, ada push factor baru semangat mau buat, hihi…

So, hari ni kak akan kongsikan bahan-bahan dan langkah-langkah membuat kuih raya ni sehinggalah boleh dinikmati selepas berbuka, hehe.. belum raya confirm dah habis ni.

Follow step by step tau, jangan murtadddd resipi.. kalau nda jadi jangan salahkan kak Aya pula tau.

Resipi Kuih Makmur (Anggaran 180 biji)

Bahan A:

800-1000g Tepung Gandum – kak pakai Cap Rama-rama

400g Minyak Sapi – pilih jenama QBB Pure Ghee tin hijau tu (ini sedap)

200-300g Kacang Tanah Berkulit – tapi bukan guna semua tau, adjust ikut tekstur doh nanti

100g Susu Tepung – pilih susu Nespray

Bahan B:

Gula Ising

Susu tepung – pilih susu Nespray

bahan-bahan-kuih-makmur-sedap

Bahan-bahannya Kuih Makmur Sabah. Simple jak.

Cara Penyediaan:

  1. Sangai tepung dengan api kecil sehingga ringan, angkat, ayak dan ketepikan.

    biskut-makmur-susu-sabah

    Tepung yang telah disangai dan diayak. Bila sangai tu akan ada tepung yang bergumpal, So ayak la ya.

  2. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai kacang masak. Kopekkan kulitnya dan blender (kering) sehingga sederhana acah-acah halus. Kalau kasar sangat nanti susah bentukkan.
  3. Panaskan Ghee sehingga cair secara keseluruhan. Kak letak ja tin tu atas api dengan api kecik. Kejap jak cair.
  4. Campurkan setengah minyak sapi ke dalam tepung yang sudah diayak tadi. Kemudian sebatikan guna tangan seketika.
  5. Masukkan kacang dan susu tepung sedikit demi sedikit, begitu juga dengan baki minyak sapi. Uli sehingga boleh dibentuk bulat comel. Kalau doh sukar dibentuk dan minyak sapi dah habis, boleh add minyak jagung atau minyak masak sikit-sikit.

    resipi-kuih-makmur-sedap

    Ok, gini rupa dohnya. Yang penting boleh bentukkan kuih makmur tu bulat-bulat macam ni. Kalau tepung masi peroi, tambahkan sedikit minyak sapi atau minyak makan.

  6. Susun di atas dulang bakar dan bakar pada suhu 160 darjah dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Tipsnya, bila kuih dah masak, aroma menyengat boleh dihidu… nyummy… time tu dah boleh check montot kuih sudah perang atau belum. Jangan sampai hangit pula.

    cara-buat-kuih-makmur-sabah

    Suhu dan masa tu sebenarnya bergantung kepada oven memasing. Kak setkan ke 160-170 degree, 20 minit, api atas bawah. Sebelum masukkan kuih makmur mentah ni, pastikan panaskan dulu oven tu dalam 15 minit.

  7. Selepas masak, sejukkan sekejap, kemudian salutkan dengan campuran gula ising dan susu (jika suka). Ada juga orang cuma letak ising saja. Tapi kalau letak susu, rasa lemak-lemak gitu.
  8. Alhamdulillah, siap dan boleh dimakan selepas berbuka.

Sebenarnya tadi time kak Aya goreng kacang tanah, kak lupa yang kak tengah puasa, kak goreng sambil makan kacang sebab konon mau rasa kacang masak ka tidak kannnnn… Nasib baik sedar diri sewaktu berniat mau ambil air minum tu kannn, baru teringat tengah puasa. Fuhh.. untunglah kalau siap lengkap pakej minum air tu. Haha… jangan ikut macam kak tau. Hihi…

So, lepas ni, boleh la try buat sendiri, insyaAllah puas hati. Nanti kalau sudah try resipi ni, bagilah feedback ya. Buat biskut raya ni penat gak, lepas settle buat kuih tadi kak Aya tidur macam orang pengsan sampai jam 4.45 petang, haha… jadi kalau plan buat biskut raya tu pastikan semasa sahur amik minuman tenaga. Penat weh.. salute la dengan bakers yang buat beribu biji kuih.

Bah, jumpa di entry akan datang, kalau sudah try buat, helo-helo lah di ruangan komen. 😀

Luv,
Kak Aya Chalo
Peminat Tegar Kuih Makmur di Hari Raya, hehe…
(Follow kak Aya di Facebook)
Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

13 Comments

  • Reply kakda

    lepas baca entr ni terus rasa mau buat juga kuih makmur.hahaha..
    kakda pun ada entry best yang bertajuk 8 Punca Muka Dan Hidung Penuh Dengan Whitehead Dan BlackheadMy Profile

    June 21, 2017 at 12:54 am
  • Reply Girllyen Marcie

    Mesti sedap ni kalau homemade..adoii

    June 16, 2017 at 9:27 pm
    • Reply Aya Chalo

      paling sadap sebab bahan smua yg premium, kikikikikk…

      June 17, 2017 at 1:08 am
  • Reply Mezra

    Simple dan swdap..m kak aya ni memang cunn memasakmm shakeh3! Hehe
    Mezra pun ada entry best yang bertajuk Set Kurus Ibu MenyusuMy Profile

    June 16, 2017 at 2:52 pm
  • Reply Asyrafiah

    Kawan Asy ramai yang sabahan terel buat biskut makmur ni.

    Memang biskut ni dari Sabah ka Kak Aya?
    Asyrafiah pun ada entry best yang bertajuk Azabnya MenggaruMy Profile

    June 16, 2017 at 10:08 am
  • Reply syafia

    Hahaha..part makan kacang tu lawak. Adoii nasib tak sampai hati kacang tu. Btw, tq atas resepinya. Telan air liur sudah ni ?

    June 16, 2017 at 8:34 am
  • Reply Sueanna

    Wah sedapnya..mau cuba resepi ini pula..terima kasih resepinya

    June 16, 2017 at 8:19 am
  • Reply Asyrafiah

    Wowwww bestnya resepi ni.

    Kawan Asy pun ramai yang sabahan hebat bt biskut makmur ni.

    Ka memang biskut ni dari Sabah Kak Aya?
    Asyrafiah pun ada entry best yang bertajuk Azabnya MenggaruMy Profile

    June 16, 2017 at 8:09 am
  • Reply sarinah bte hashim

    Wah sedapnya , boleh try buat ni…tq share resipi yang sedap

    June 16, 2017 at 7:58 am
  • Reply Kuai

    Yeah.. Tq resepinya.. Nanti mau cuba ni..

    June 16, 2017 at 7:21 am
    • Reply Aya Chalo

      Suda try kasitau hasil aa ??

      June 16, 2017 at 8:17 am
  • Reply Nida

    Part kacang tu aku nda sanggup kak. Hihi. Tu lah yg p tunjuk makmur ja d mana mana.
    Nida pun ada entry best yang bertajuk TERLALU KURUS? INI CARA TAMBAH BERAT BADAN YANG PALING BERKESANMy Profile

    June 16, 2017 at 6:50 am
    • Reply Aya Chalo

      Hahaha kannn. Paling lama di kacang tu

      June 16, 2017 at 8:16 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge