Follow:
Keibubapaan, Resipi, WAHM

Resipi Pajeri Nenas Sedap Menjilat Jari

Antara sayur kegemaran kak Aya (ka lauk?) antaranya adalah Pajeri Nenas. Kalau kak Aya suka makan, kak akan usahakan untuk belajar masak. So bolelah makan anytime teringin tu kan. 😁


Syukur juga sebab suami pun suka makan Pajeri Nenas ni. Hari tu balik beraya ke rumah mertua, sempat juga mak mertua request masakkan pajeri nenas. Katanya last time kak Aya balik dan masak pajeri nenas, dia simpan pejari tu di peti ais dan makan sikit-sikit, sedap lettew kan? 😂

So kak kongsikan resipinya dan beberapa tips untuk jadikan pajeri tu lebih ummphh gitew. 

Resipi Pajeri Nenas

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas masak 
  • 5 biji bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan bunga pelaga)
  • 3 sudu besar Kari Ikan Adabi
  • Segengam udang kering
  • 4 sudu besar kerisik
  • Gula melaka
  • Garam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar cili boh (optional)


Penyediaan Bahan:

  1. Bersihkan nenas dan hiris-hiris setebal 1.5cm lebih kurang. (Semua tau kan cara kupas nenas? 😅)
  2. Blender atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus. 
  3. Cuci dan bersihkan udang kering, tumbuk separa halus. Jangan halus sangat. 
  4. Masukkan kari ikan dalam mangkuk dan jadikan ia paste dengan menambah sedikit air. Tips ni supaya rempah tidak hangus ketika ditumis nanti. Kenapa kari ikan? Haaa ni la tips rahsianya. Kalau mau rasa kari yang lebih sedap cuba gunakan kari ikan instead of kari ayam. Memang berbeza tau. Kak Aya kalau masak ayam kari pun guna kari ikan. Serius sedap!


Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan bawang yang telah ditumbuk dan tumis sehingga wangi semerbak.
  2. Kemudian masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak. (Cili boh optional, kalau tiada pun nda pa). Last sekali masukkan udang kering. Bagi dia nampak garing sikit. 
  3. Next masukkan paste kari ikan tadi dan tumis sampai agak “masak”. Agak masak tu bila kari berubah warna jadi kemerah-merahan sikit. Hati-hati jangan sampai hangus. 
  4. Masukkan nenas dan gaul sebati kemudian tambah air. Air tu letak la asalkan nampak keluar dari tepi-tepi nenas tu tapi jangan tenggelam semua tau. 
  5. Masak sebentar sampai nenas tu menyerap kari. 
  6. Kemudian masukkan kerisik, gula merah, dan garam. 
  7. Kalau nampak kari tu cair, bole add lagi serbuk kari sehingga pekat sikit. Tapi kena ingat, makin banyak kari, makin pedaslah pajeri tu. So kena agak-agak la ya. 
  8. Masak pajeri tu sehingga air semakin berkurangan dan nenas nampak masak dan sebati dengan kari. 
  9. Adjust rasa. Masam, masin dan manis kena balance barulah sedap. 
  10. Bila sudah masak, kuah pun sudah pekat, matikan api dan sedia untuk dihidang. 

Resipi ni simple ja sebenarnya. Dan hasilnya pun mabelesss… nampaknya besok kak Aya kena pi cari nenas ni, berliur pula 😂

So, kalau sudah try resipi ni, jangan lupa bagi feedback tau, singgah-singgahlah tinggalkan komen. Ok lah, selamat mencuba!

❤️ Dapur Kak Aya 

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

8 Comments

  • Reply Lydia Pius

    sedapnyaaaaa! tp bru sotong goreng tepung pn sya failed sudah!hahaha
    Lydia Pius pun ada entry best yang bertajuk DIY MaskerMy Profile

    July 10, 2017 at 11:17 pm
  • Reply Sueanna

    Terim kasih resepinya..aumm sedapnya, x sbr nk buat

    July 10, 2017 at 9:53 pm
  • Reply Jesz

    Baru juga nampak ne resepi di Dapur Panas kemarin😂 lama sudah tak makan pajeri nanas ne .. Tq kak aya share resipi👍
    Jesz pun ada entry best yang bertajuk Kenapa Anda Perlu Detox ?My Profile

    July 10, 2017 at 9:26 pm
  • Reply sarinah bte hashim

    Senang je rupanya masak #pajeri nenas ni…
    Kakina guna ya….resipi #aya….
    sarinah bte hashim pun ada entry best yang bertajuk TESTIMONY-CYST SEBESAR 6CM TURUN KE 0.5CM DENGAN SUPPLEMENT SEMULAJADIMy Profile

    July 10, 2017 at 12:57 pm
  • Reply Syafia

    Sya pun suka makan nenas. Paling suka pajeri nenas. Bertambah-tambah makan 😂

    July 10, 2017 at 11:55 am
  • Reply Roe

    Peberet suami n.. nampak gayanya nak kena cuba jugak buat n… n pas Roe buat.. ai will update u k masta… 😉

    July 10, 2017 at 10:15 am
  • Reply jida

    tak pernah masak pajeri nenas, tapi suka je makan..nampaknya kena cuba resepi kak aya ni..macam sedap je..
    jida pun ada entry best yang bertajuk Cara Mengurangkan Keguguran RambutMy Profile

    July 10, 2017 at 8:36 am
  • Reply Byte Jannate

    Sedapnya pajeri nenas. Kalau tak de selera nak makan,masak saja pajeri nenas. Pembangkit selera ni. Terbai resepi kak aya ni.
    Byte Jannate pun ada entry best yang bertajuk 4 LANGKAH KENAL JENIS KULIT WAJAHMy Profile

    July 10, 2017 at 5:34 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge