Follow:
Keibubapaan, Resipi, WAHM

Resipi Rendang Daging Ala Kenduri Gerenti Sedap

Rendang Daging adalah satu menu wajib yang mak kak Aya mesti sediakan di pagi raya. Makan dengan nasi impit dan kuah kacang memang tangkap leleh…

Resipi-rendang-daging-mudah-dan-sedap
So malam ni kak Aya mau share resipi Rendang Daging. Resipi ni simple jak sebab kak Aya just gunakan rempah rendang abadi so tidak perlu sediakan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih, lepas ni bolehlah masak untuk open house sempena Raya ni kan 😄

RESIPI RENDANG DAGING ALA KENDURI

Bahan A:

  1. 2kg daging
  2. Rempah Rendang Adabi – 1 paket kecil
  3. Daun kunyit – 1 helai
  4. Daun Limau Purut ~ 6-7 helai
  5. Kerisik – 5 sudu
  6. Santan – 1 kotak besar
  7. Serbuk kunyit ~ 1 sudu kecil
  8. Cili boh ~ 4 sudu
  9. Asam keping ~ 2 keping
  10. Gula merah/melaka ~ secukup rasa
  11. Garam ~ secukup rasa

Bahan B: (Semua diblender Halus)

  1. Bawang merah ~ 5-10biji
  2. Bawang putih ~ 2 cloves
  3. Bawang besar ~ 2 biji
  4. Serai ~ 2-3 batang
  5. Halia ~ 2 inci
  6. Lengkuas ~ 3 inci* (Blender asing/beli yg siap blend di pasar 😂)

Cara-cara memasak:

  1. Potong daging dan rebus selama 30 minit. Kalau ada periuk bertekanan tinggi, boleh juga rebus daging dalam tu, HP 15 minit.
  2. Sementara daging direbut, tumis bahan B sehingga naik bau, kemudian masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Tips: Untuk hasilkan rendang yang tidak mudah basi, sila tumis bawang-bawang lama-lama sikit biar betul-betul masak. 
  3. Masukkan Rempah Rendang Adabi dan tumis sebentar. Perasakan dengan garan dan gula merah dan masukkan asam keping.
  4. Masukkan daging yang telah direbus. Kacau sebentar.
  5. Tuang santan (boleh cairkan dulu atau tambah air selepas add santan pekat. Agak-agak air menutup semua daging ok lettew.
  6. Add kerisik dan lengkuas.
  7. Test lagi rasa dia, kak Aya suka balance kan rasa masin, manis dan masam2 sket.
  8. Perlahankan api dan kacau sehingga daging lembut dan kuah rendang start memekat.
  9. Masukkan daun limat purut (telah dicarik) dan daun kunyit (hiris nipis-nipis)
  10. Kacau lagi dan kalau daging sudah empuk, rasa sudah balance, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang.

Amacam, mudah ja kan? Hihi… kejap ja licin rendang kak Aya tadi. Tidak sempat pula makan lebih-lebih. Tapi nda apa, balik KK nanti kak Aya masak lagi hehe…

Ok lah, kalau sudah cuba resipi ni bagi kak Aya feedback di ruangan komen ya.

Dikesempatan ni kak Aya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya (lagik), Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua yang sudi singgah di blog kak ni. 😍

Pengedar-shaklee-kota-kinabalu-tawau-sabah

Salam Kosong-Kosong uolls ❤️

Luv, kak Aya. Chef jadian.

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

5 Comments

  • Reply Jesz

    Sedapnya rendang ❤ teringat2 trus lemang2 .. Adududu
    Jesz pun ada entry best yang bertajuk 9 Cara Untuk Melakukan Senaman Di Rumah Tanpa Sebarang PeralatanMy Profile

    June 26, 2017 at 11:08 pm
  • Reply Collen

    Thanks resepinya.. Nampak sedap..

    June 26, 2017 at 8:15 pm
  • Reply Wahidah Haron

    Suka rendang yang letak daun limau purut. Sebab ada resepi yang tidak letak kan. Boleh la saya cuba resepi kak aya ni nanti. Hehe
    Wahidah Haron pun ada entry best yang bertajuk Hari Raya Pertama 2017My Profile

    June 26, 2017 at 8:47 am
  • Reply Brigett

    Sedapnyaaa
    Brigett pun ada entry best yang bertajuk Senangnya Hilangkan 10kg Dalam Masa 2 BulanMy Profile

    June 26, 2017 at 8:11 am
  • Reply Lydia Pius

    sya suka rendang yang rasa serai dan lengkuas dia
    Lydia Pius pun ada entry best yang bertajuk Apa Yang Best Tinggal Di Kampung?My Profile

    June 26, 2017 at 7:39 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge