Follow:
Resipi

Resipi Roti Jala Mudah Dan Confirm Sedap

Tidak sanggup rasanya tidur sebelum sempat berkongsi resipi Roti Jala Mudah dan Kari Ayam yang saya sharekan di facebook tengahari tadi. Saya tau ramai yang berliur dan ternanti-nanti resipinya kannn? Siapa nak resipi confirm jadi sila angkat handphone masing-masing. *haha*

Sebelum saya share resipi, saya tayang gambarnya dulu, semoga selepas ni mommies terus ke dapur untuk mencuba resipi ni. Hehe…

Lunch tengahari tadi. Balik-balik ja dari ambil anak di sekolah terus masuk dapur berperang dengan tepung dan ayam. Hasilnya memang berbaloi-baloi.

RESIPI ROTI JALA MUDAH & KARI AYAM TANPA SANTAN

Roti Jala Mudah

Bahan-bahan:

  • 500g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning (saya guna serbuk kunyit sebab tak jumpa pewarna kuning)
  • Acuan roti jala
  • Air secukupnya (sorry tiada sukatan sebab saya main agak-agak ja kecairannya, +- 600ml)

Cara Penyediaan:

  • Satukan tepung, garam, serbuk kunyit (jika tiada pewarna kuning) dan air (masukkan sikit demi sedikit untuk elakkan terlalu cair)
  • Apabila sudah sebati, masukkan telur kemudian tuangkan ke dalam pengisar (blender) dan blend sehingga sebati.
  • Tapis bancuhan tepung yang telah diblend tersebut. Selalunya sukatan air mencukupi apabila bancuhan dengan mudah boleh ditapis. Jika pekat sangat sila tambahkan air sedikit demi sedikit dan blend semula. Pindahkan ke dalam bekas (saya selalu gunakan jug supaya mudah tuang ke dalam acuan roti jala)
  • Alirkan bancuhan ke dalam acuan. Jika aliran bancuhan lancar tanpa tersekat, bermakna dah ok la tahap kecairan bancuhan tepung roti jala tersebut. Jika tersekat-sekat, sila add air lagi dan ulang proses di atas.
  • Selalunya bancuhan tepung memang agak cair untuk menghasilkan “jala” yang halus dan kurang tebal. Lagi nipis lagi best.
  • Panaskan kuali dan sapukan dengan sedikit minyak agar bancuhan tidak melekat.
  • Tebarkan roti jala bermula dari bahagian tengah kuali dan membulat disekitarnya.
  • Selepas masak (dalam 30 saat-1 minit), angkat dan bolehlah menggulung ala-ala buat popia tu. Lipat saja pun boleh.
  • Sedia untuk di makan (tapi pastikan kari ayam dah siap masak. haha)

Kari Ayam Mama Aya (Tanpa santan/susu cair)

Bahan-Bahan:

  • 6 ketul sayap ayam
  • 3 biji bawang merah (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 tangkai cili  merah (hiris)
  • 2 biji kentang (kupas dan belah dadu)
  • 2 sudu besar cili boh
  • Serbuk kari ayam secukupnya (maaf tiada sukatan sebab tuang sesuka hati)
  • Kayu manis (1 batang kecik cukup)
  • Bunga lawang (1 ja – jimat, haha)
  • Air asam jawa (jadikan pes)
  • Perasa (garam-gula)

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan ayam, potong kecil-kecil.
  • Kupas bawang merah dan putih, tumbuk hingga lumat.
  • Panaskan kuali, tumis bawang, cili boh, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  • Kecilkan api, masukkan serbuk kari. Tumis sehingga naik bau. Gunakan api kecil sahaja dan kacau dengan kerap. Kalau rasa-rasa serbuk kari tidak mencukupi, boleh add pada bila-bila masa sepanjang tempoh memasak.
  • Masukkan ayam. Masak sebentar.
  • Masukkan air, air asam jawa dan kentang.
  • Biarkan sehingga masak.
  • 15 minit sebelum masak masukkan hirisan bawang besar dan lada merah. Masukkan perasa.
  • Setelah kentang dan ayam masak, matikan api dan sedia untuk dihidang.

TIPS: Saya suka masak ayam kari ni lama-lama sikit sehingga kuahnya pekat, isi ayam lembut dan minyak naik, baru la umpphh makan dengan roti jala kan. Ada yang bertanya saya, macamana rupa acuan roti jala ni, saya kongsikan gambar acuan saya di bawah ya. Pasni boleh cari di kedai. Hehe..

Acuan ni saya beli di kedai peralatan memasak di Kolombong Trading KK.

Acuan ni saya beli di kedai peralatan memasak di Kolombong Trading KK.

Ok lah, itu saja perkongsian pagi ini. Diharap dapat memenuhi selera suami dan anak-anak k. Kalau ada nak kongsi-kongsi resepi tinggalkan la jejak. Nanti saya datang melawat 🙂

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart
Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge