Risiko Kehamilan Ibu Berbadan Besar Dan Tips Kekal Sihat

Risiko kehamilan bagi ibu berbadan besar dan cara memantaunya agar kekal sihat sepanjang kehamilan

risiko berat badan berlebihan bagi ibu hamil

Pemakanan yang sihat semasa hamil sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidapi beberapa jenis komplikasi kehamilan yang membahayakan ibu dan bayi. Berat badan ketika hamil perlu dipantau terutamanya anda yang bertubuh gempal. Namun, ibu perlu menjaga pemakanan dan bukannya mengehadkan pemakanan sehingga melampaui batasan kerana ia mungkin membahayakan bayi.

Ibu dikategorikan sebagai memiliki berat badan berlebihan jika BMI pada minggu-minggu awal kehamilan diantara 25 sehingga 29.9. Bagi BMI 30 atau lebih, ibu memasuki ketegori obes. Namun usah risau, ibu hanya perlu menjaga pemakanan seharian untuk mengelak risiko komplikasi kehamilan.

Sebagai langkah pertama, ibu perlu mengetahui berat badan yang seharusnya bertambah disepanjang kehamilan. Bagi ibu yang mempunyai BMI 25-29.9, ibu perlu memastikan berat badan ibu bertambah sekitar 7 – 11kg ataupun 0.9 – 1.3kg sebulan. Manakala ibu obes pula 5 – 9kg disepanjang kehamilan.

Apakah risiko kehamilan ibu bertubuh gempal?

1. Diabetes

Masalah ini disebabkan peningkatan gula dalam darah sepanjang kehamilan dan badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Ibu perlu menjalani ujian darah (MGTT) untuk menentukannya.

Diabetes boleh menyebabkan keguguran, jangkitan kuman di bahagian sulit yang kerap, air ketuban berlebihan, pre eklampsia, kegagalan buah pinggang, berat badan bayi melebihi 4kg, kecacatan saraf tunjang dan jantung bayi, hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah) dan lemas semasa lahir.

Walaupun ibu menghidap diabetes, ibu masih boleh menjalani kehamilan yang sihat asalkan mengikuti saranan doktor dan mematuhi temujanji pemeriksaan antenatal dan rawatan yang ditetapkan. Ibu juga perlu menjaga pemakanan seharian.

2. Tekanan Darah Tinggi

Jika ibu mengalami tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 tetapi di dalam ujian air kencing tiada protein, ibu didiagnos sebagai gestational hypertension ataupun hipertensi. Tekanan darah tinggi jika tidak dikawal boleh menyebabkan sawan kepada ibu, pra eklampsia, uri terpisah dari rahim ataupun placenta abruption, strok, sesak nafas, fungsi buah pinggang dan hati terjejas, serta darah gagal membeku.

ubat tekanan darah tinggi ketika hamil

Bacaan tekanan darah biasa bagi ibu sihat adalah antara 110/70 dan 120/80. Jika tekanan darah meningkat ke 140/90 ibu perlu berhati-hati dan doktor seharusnya menjalankan pemeriksaan lanjutan.

Kesan kepada bayi pula antaranya tumbesaran terbantut di dalam kandungan, kelahiran pramatang, kelahiran kurang berat badan dan juga boleh menyebabkan kematian di dalam kandungan.

3. Pra Eklampsia

Masalah ini adalah masalah kompleks yang didiagnosis jika anda menghidap tekanan darah tinggi dan juga terdapat kandungan protein di dalam urin selepas minggu ke-20. Pra Eklampsia boleh menyebabkan saluran darah menyempit, lalu meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pengaliran darah ke seluruh tubuh ibu.

Dalam kes-kes tertentu, ia boleh menyebabkan ibu mengalami kerosakan organ, perkembangan bayi terbantut kerana kesukaran menerima zat pemakanan, air ketuban kurang dan juga uri terpisah dari rahim yang boleh menyebabkan bayi meninggal di dalam kandungan.

4. Neural Tube Defect (NTD)

NTD merupakan masalah berkaitan dengan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi. Walaupun risikonya cuma 0.1% namun jika berbadan besar, risiko keatas bayi tetap ada.

Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, ibu perlu mengamalkan suplemen asid folic sebaiknya 3 bulan sebelum dan sepanjang kehamilan. Ibu boleh meminta doktor menjalankan ujian darah triple-screen pada minggu ke-15, ujian imbasan dan amniosentesis untuk mengenalpasti NTD.

Agak fobia part ni sebab bayi rakan baik sendiri mengalami anencephaly. Baby hanya bertahan selama 2 jam kemudian meninggal. So please jangan skip pengambilan asid folic ya mommies.

5. Bayi Besar

Bayi berisiko besar jika ibu menghidap diabetes atau melepasi tarikh jangkaan bersalin. Ibu boleh membuat ujian imbasan untuk memantau berat bayi dan mengetahui jangkaan berat bayi.

Apa yang ibu boleh lakukan adalah pastikan ibu melakukan ujian tahap gula dalam darah mengikut apa yang diarahkan oleh doktor dan juga berbincang dengan doktor tentang pilihan bersalin yang ada.

Tips kekal sihat sepanjang hamil walaupun berat berlebihan

  1. Jangan skip sarapan

    Mulakan hari dengan sarapan yang sihat. Sarapan perlulah seimbang dan mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Mengambil sarapan akan membuatkan ibu bertenaga dan selesa sepanjang hari.

  2. Makan sedikit

    Makanlah dalam jumlah yang sikit tetapi kerap. Sebaiknya makan 6 kali sehari berbanding 3 kali makan utama. Ini akan membantu mengawal gula di dalam darah.

  3. Protein

    Pastikan setiap hidangan mengandungi protein dan elakkan makanan yang dihasilkan daripada gula halus dan tepung putih. Ia berupaya membantu menstabilkan paras gula di dalam darah dan mengurangkan rasa lapar.

  4. Buah dan sayur

    Ibu boleh berkreativiti dalam menyediakan hidangan buah dan sayur. Ibu boleh membuat salad dengan mencampurkan sayur, telur dan buah serta sos yang enak. Aya dah try satu sos salad ni memang sedaplah, hingga anak yang tak suka sayur boleh minta maknya ni buatkan salad. Cuba tau 😀

  5. Lemak baik

    Gunakan minyak seperti minyak kanola, minyak kacang tanah atau minyak zaitun menggantikan minyak kelapa sawit dalam masakan. Ia akan membantu mengawal jumlah kalori harian dan mengelakkan lemak jahat meningkat di dalam badan.

  6. Asid Folik

    Utamakan folat dalam pemakanan seharian. Berdasarkan kajian, ibu berbadan besar memerlukan lebih asid folik. Oleh itu, amatlah penting agar ibu mengambil sama ada suplemen atau makanan mengandungi asid folik yang tinggi seperti brokoli.

  7. Diari makanan

    Amalkan mencatat apa jua yang ibu makan di dalam buku khas atau di dalam telefon pintar anda. Ini dapat membantu ibu mengenalpasti jumlah kalori yang diambil setiap hari dan mengetahui mood serta mudah jika ditanya oleh doktor kelak.

makanan sihat ibu hamil dan ibu mengandung

Walaupun berbadan gebu, tidak semestinya ibu akan mendapat penyakit yang disenaraikan di atas. Aya turut tergolong di dalam kategori ibu hamil berbadan gempal ni, namun, alhamdulillah Aya tidak pernah mengalami masalah di atas melainkan masalah Anemia. Hihihi… kat sini Aya kongsikan rahsia mengatasi masalah anemia dalam sebulan sebelum bersalin sewaktu mengandung anak ketiga tempohari.

Sebenarnya tidak kira ibu hamil berbadan besar atau tidak, risiko penyakit di atas tetap ada. Cuma, bagi yang ibu bertubuh gempal, perlu sentiasa berhati-hati dan mengawal pemakanan agar kekal sihat sepanjang tempoh hamil. Anda sihat, baby pun sihat, insyaAllah.

Take care mommies, jumpa di next entry 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

One thought on “Risiko Kehamilan Ibu Berbadan Besar Dan Tips Kekal Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge