7 Sebab Mengapa Ramai Amalkan Vitamin C

Dalam banyak-banyak vitamin, rasanya yang paling glemer sekali adalah Vitamin C kan? Apatah lagi ia sinonim dengan perempuan, orang kata Vitamin Cantik kerana fungsinya yang boleh mencerahkan dan juga sangat penting untuk awet muda. Ada juga yang amalkan Vitamin C untuk maintainkan kesihatan supaya tidak mudah diserang selesema, batuk dan demam.

Disebabkan fungsinya yang pelbagai, bukan setakat untuk kulit yang cantik, dan meningkatkan sistem imun, tu sebab la rata-rata orang amalkan Vitamin C.

manfaat-dan-kelebihan-vitamin-c-shaklee

Fungsi Vitamin C

Dengan jolokan nama “The All Do Vitamin”, Vitamin C memang mempunyai pelbagai fungsi dan ia merupakan salah satu Essential Vitamin (nutrisi perlu dimakan setiap hari) yang tidak dihasilkan oleh badan dan larut air. Jadi, ini bermaksud, setaip kali Vitamin C masuk ke dalam badan melalui pemakanan, jika tidak digunakan, ia akan keluar bersama urin. Tu sebab, jika mahu amalkan Vitamin C, pilihlah Vitamin C yang mempunyai sistem pelepasan (sustained release), dalam erti kata lain, ia mempunyai timing supaya tidaklah Vitamin C tu terbazir melalui air kencing.

Vitamin C berfungsi untuk?

1. Melawan Jangkitan dan Tingkatkan Sistem Imun. Terutama seseorang yang kerap jatuh sakit seperti selesema, demam, batuk. Jadi Vitamin C membantu meningkatkan daya tahan badan secara semulajadi. Sekarang ni lagi kecoh tentang Virus Zika kan? Inilah masanya untuk protect diri anda.

2. Mencantikkan Kulit kerana Vitamin C membantu penghasilan kolagen. Kolagen akan dihasilkan oleh badan dengan natural. Tapi bila usia meningkat, penghasilan kolagen akan berkurang. So, kalau anda mau amalkan Kolagen di pasaran, pastikan pilih produk kolagen yang ada Vitamin C atau makanlah bersama-sama Vitamin C untuk meningkatkan keberkesanan dan penyerapan ke dalam badan.

3. Memusnahkan Radikal Bebas. Radikal bebas sangat jahat yang masuk ke dalam badan setiap hari atau terbentuk di dalam badan. Radikal bebas ni yang memusnahkan sel badan dan akhirnya menyebabkan penuaan pramatang (tua sebelum usia), penyakit seperti cancer, sakit jantung, ketumbuhan bukan cancer dan boleh dikatakan pencetus penyakit. Jadi Vitamin C adalah vitamin anti-oksida dan mampu memusnahkan radikal bebas dalam badan kita. Kalau dikelilingi oleh perokok, anda juga terdedah dengan radikal bebas, dan andalah orang yang betul-betul perlukan Vitamin C.

4. Membantu Membaiki Tisu Penghubung. Vitamin C penting untuk bantu membaiki tisu penghubung. So ia banyak berkaitan dengan kesihatan sendi, Vitamin C bantu untu repair sel-sel tulang rawan, ligamen dan sebagainya.

5. Melindungi Saluran Darah. Memandangkan Vitamin C adalah anti-oksida yang baik, so ia turut membantu menjadikan saluran darah lebih anjal. Kalau saluran darah sihat, peredaran darah juga akan menjadi normal.

6. Bantu Meningkatkan Penyerapan Zat Besi. Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. So, kalau anda ibu pregnant yang mengalami low Hb atau Anemia, sangat disarankan untuk menambah Vitamin C di dalam suplement anda. Baca sini Rahsia saya naikkan bacaan Hb ke normal sebulan sebelum bersalin.

7. Membantu dalam Penyembuhan Luka dan Penting untuk Kulit, Tulang dan Gigi. Vitamin C juga memainkan peranan dalam penyembuhan luka. Kekurangan Vitamin C juga akan menyebabkan tubuh badan mudah lebam, luka serta menjadikan tulang dan gigi kurang kuat.

Memperkenalkan Vita-C Sustained Release Shaklee.

Shaklee mempunyai produk Vitamin C yang berbeza dengan yang ada di pasaran. Saya kongsikan perbezaannya di sini supaya kalau anda tercari-cari Vitamin C di pasaran, anda boleh bandingkan dengan Vita-C SR Shaklee ni.

perbezaan-dan-keistimewaan-vitamin-c-shaklee

Anda dapat semua manfaat di atas hanya dengan RM 0.51 sehari. Berbaloi ka tidak? Mestilah berbaloi kann… Harga sebotol saya letak di bawah nunnn 😀

Bagaimana Vita-C SR ni berbeza dengan Vitamin C yang ada di pasaran?

1.Vita-C SR diperbuat dari sumber semulajadi iaitu daripada Ekstrak Jagung. Ini bermakna, ia selamat diambil oleh pesakit gastrik. Vitamin C di pasaran biasanya menggunakan buah-buahan citrus yang masam dan lebih berasid, ini boleh menyebabkan gastrik bertambah teruk.

2. Vita-C SR berkepekatan tinggi iaitu 1 tablet membekalkan 500mg Vitamin C. Ia umpama memakan 7.5 biji buah Oren tau.

3. Ia juga ditambah dengan 120mg Citrus Bioflavonoids Complex yang merupakan bestfriend Vitamin C. Gabungan dua-dua ni akan meningkatkan fungsi dan keberkesanan Vitamin C. So sebelum beli Vitamin C di pasaran, check dulu tau :D, tapi kalau susah-susah order jak Vita-C SR Shaklee ni.

4. Ada Sistem Pelepasan Berperingkat (Sustained Release). Macam saya cerita diawal tadi, Vitamin C ni vitamin larut air. Kalau kita ambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus, tidak semua Vitamin C ni boleh diserap oleh badan dan yang tidak diserap akan dikeluarkan melalui air kencing. So kencing kita jadi mahal uolls, kencing Vitamin C, hihi.. tu sebab kena pilih Vitamin C yang ada Sustained Release ni sebab vitamin c akan dilepaskan 100mg setiap jam dan badan boleh menyerap dengan lebih optimum.

Sebenarnya inilah Rahsia mengapa Vita-C SR berkesan tau, sebab dah la semulajadi (badan senang serap), Sustained Release pula tu. So tidak perlu telan banyak-banyak sangat sebab insyaAllah menyerap dengan baik punya.

Dalam dunia ni, kita ada banyak pilihan, kengkadang kita pun keliru mana satu yang terbaik. Tapi, bagi saya, kalau mahu amalkan makanan tambahan (suplemen), pilih la yang semulajadi, lulus KKM dan halal serta mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada produk lain.

Di luar sana ada pelbagai jenama kan? saya tidak cakap jenama lain tidak bagus, but kita sebagai pengguna pepandai lah pilih.

Kalau teringin try Vita-C SR Shaklee ni, boleh jak. Harganya pun sangat berpatutan iaitu RM 92.50, kuantitinya 180 biji lebih kurang RM 0.51 sen sebiji. Murahkan? Beli oren 8 biji suda rm10 ba. Hihih…

Cara makan? Offcos la cara makan tu Exclusive untuk customer saya jak. Nanti saya boleh kongsikan sekali cara makan Vitamin C untuk kesan sama seperti suntikan Vitamin C. Teruja kan? Bah Order sekarang 😀

Luv,
Aya Chalo || WA 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di Pengedar Shaklee Sabah

 

2 thoughts on “7 Sebab Mengapa Ramai Amalkan Vitamin C

  1. Pingback: 10 Hari Terakhir Promosi ESP dan Vita C Yang Hot Ittew | Parenting From The Heart

  2. Pingback: Punca dan Cara Merawat Kayap Dengan Berkesan | Parenting From The Heart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge